PAS Pernah Mengkhianati UMNO, Masih Nak Bersama Dengan PAS???


UMNO khianat PAS ketika pernah bersatu dulu?
 
Benarkah terdapat unsur pengkhianatan oleh UMNO terhadap PAS? siapa yang khianat siapa?

Kepada budak-budak yang baru nak up, jadikan sejarah sebagai panduan kepada anda semua. Saya tahu ada menyokong PAS kerana "ditutupi" dengan imej keIslaman. Ada yang mahu melihat kesatuan antara UMNO dan PAS, baik kita baca balik sejarah dahulu...
 
Apa yang berlaku pada puluhan tahu yang lalu, ketika zaman Tun Hussien Onn bukanlah senang.

Tahukah anda bahawa ketika PAS dan UMNO bersatu dahulu, Dato’ Haji Mohamad Nasir dipilih untuk menerajui jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan dan UMNO tidak langsung mencampuri urusan tersebut. Namun, selepas beberapa ketika, Datuk Nasir dilucutkan jawatan.

UMNO telah mengambil sikap berkecuali dalam hal ini. Namun, siapa sangka yang peristiwa pemecatan Datuk Nasir telah menimbulkan darurat kepada Negeri Kelantan. Terdapat huru-hara berlaku di Kelantan dan rusuhan semakin parah. 

Tun Hussien Onn pada waktu itu tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengisytiharkan undang-undang Darurat. Huru-hara ini berpunca daripada PAS kelantan dan kumpulan Datuk Nasir yang tidak puas hati.

Namun, apabila UMNO mengambil alih buat seketika tampuk pemerintahan KELANTAN dari PAS bagi meredakan huru-hara sehingga Kelantan bernanung di bawah perintah darurat, PAS pula tidak berpuas hati dengan tindakan UMNO ini. PAS menganggap bahawa UMNO masuk campur dalam urusan pemerintahan PAS di Kelantan.

Maka, bermula pada saat ini provokasi demi provokasi dilakukan oleh PAS kepada UMNO. Maka, PAS berpecah kepada dua puak pada waktu itu, puak yang masih menyokong kesatuan UMNO-PAS di dalam BN dan puak yang menentang kesatuan dua parti bangsa melayu ini.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menggulingkan presiden PAS pada waktu itu iaitu Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Krisis dalaman PAS ini mengakibatkan penubuhan serpihan PAS iaitu BERJASA dan HAMIM.

Ditambah dengan provokasi demi provokasi melampau PAS ini dilihat bakal meranapkan Barisan Nasional, maka Tun Hussien Onn dengan berat hati terpaksa melepaskan PAS daripada Barisan Nasional. Dan hari ini, idea untuk PAS bersatu dengan UMNO dibangkitkan kembali tampa memikirkan apa yang pernah PAS lakukan terhadap UMNO, tak ke bangang namanye tu...



Comments

Anonymous said…
Bangang kot mananya bro. Kan ke pemimpin2 yg buat huru hara dulu dahpun tiada dalam parti. Apa nak simpan dendam lama2. Politik ni begitulah, kawan bukan selamanya dan musuh juga bukan selamanya. Bawa bertenang dan istighfar. Allah lebih mengetahui.
Anonymous said…
Boleh, pasal TGNA dah tiada. Beliau saja yang menentang gabungan sebangsa dan seagama.
Anonymous said…
Dengan dap kena kencing pun pas blh terima smapai la kini baru nak putus betul2..pkr yg sah2 sokong pan lawan pas kat kuala kangsar itu hari pun pas msh blh kawan n terima tp dgn umno benda dah jd berkurun pun dendam sampai mati xnak lawan..pelik benar sikap pas ni..maybe dap ngan pkr lg islamik dr umno or islam diaorg sama level islam pas kut sbb tu pas sudi kawan...bagus terus jd pembangkang sampai kiamat saja pas ni..ego tak kena tempat..
Anonymous said…
Selepas TGNA tiada, tuan ibrahim tuan man pulak menentang kesatuan ummah umat Nabi SAW. dia sanggup bubar PAS jika UMNO dan PAS menjadi saudara Islam semula... Org bukan Islam cuma tunggu saja perpecahan umat Nabi SAW di Malaysia... Semoga Allah SWT melindungi umat Islam Malaysia yg saling membantu saudara-saudaranya SeIslam di seluruh dunia. Aamiin..
Anonymous said…
Lu silap bro..macam sejarah tulisan penjajah. Orang cerdik akan melihat fakta dan disebalik fakta. TGNA dulu cakap Islam didulukan. Dia sanggup bubarkan Pas demi Islam.
Anonymous said…
Lu lagi silap la bro.. tak perlu nak bubar apa2 pun, janji sikap tinggikan syiar Islam lebih diutamakan... ISLAM IS 1ST CLASS... tuan ibrahim lebih kepada penentangan penyatuan umat Islam antara 2 parti terbesar Malaysia. Aku dan ko mungkin baru dilahirkan pada tahun perpecahan UMNO-PAS tapi kita dengar cerita perpecahan ini selepas 10-20 tahun persengketaan tersebut. Jgn permasalahan zaman Tun M, org lain terpalit sama... wujudkan penyatuan demi meningkatkan kekuatan umat Nabi SAW. Org yahudi dan nasrani yang bukan beragama Islam takkan redha dengan org Islam, maka org Malaysia yang tak beragama Islam tetap bukan beragama Islam selagi tidak anuti agama Allah SWT. Maka ko tahu isihati mereka? Jika ko tahu isihati, ko memang HEBAT... Sebab tu Rasulullah SAW ada sifat Fathonah iaitu bijaksana. Bijak dalam strategi. Satu lagi nak bagi tau kat HANG.. sori na.. kat PENANG ada banyak hulubalang HANG-HANG, jangan ada sifat dalam diri "TIKAM SAUDARA SEISLAM".... bawa dalam musyawarah. ISLAM TU HEBAT..
Anonymous said…
apa daa.. itu dh jd sejarah. kita buat sejarah penyatuan yg baru, yg lbh baik.. pikir positif je udah la..
Anonymous said…
Oh isle didulukan...habis selama ni isle kat Malaysia ni Umno tak dulukan ke..dulu wanita kat Malysia cuma berskaf sekrang berhijab dah..dulu..sekolah agama terpinggir sekarang dah diarus perdanakan..dulu Umno berbaik dgn Mca Mic untuk merdeka..tapi Pas berbaik ngn Dap sbb nak kuasa.akhirnya kena kencing ngn Dap..itulah kalau niat tak betul..maka semuanya tak berkat
Anonymous said…
Kadang2 hairan jugak dgn ulamak3 pas ni..sesama islam bukan main keras...dgn kafir harbi boleh pulak pelok cium...
Betul2 ulamak palsu
Anonymous said…
Sebenarnya sanggup bubar pas demi menurut kafir harbi dapig...
Anonymous said…
Jgn putar belit fakta sejarah. Ramai yg tahu perkara sebenar ttg sejarah tu.
Anonymous said…
Itu umno dulu la,umno skrg mana ada camtu..kalau filem separuh lucah pun umno sekarang duk diam saja takpayah la nak ungkit bab skaf skirt bagai
Unknown said…
Saya jwb ya
Unknown said…
Sedara..
Ada yg masih hidup kalau nak tanya.
Tun M yg bertanggung jwb utk projek ini
Kuli perancang utama tawan kelantan.
Subki latif pengarang buku politik
Diawal pembentukan kerajaan campuran Tun Razak bg syarat MB kerajasn campuran Mohd Nasir, ia bukan pilihan Dato Asri, Mohd Basir dikontrol oleg Tun Razak. Pilihan Dato Asri adalah Sato Wan Ismail. TGNA marah dgn UMNO kerana UNNO ibarat lenbu kenyang. Bacalah apa Kuli ckp bila PAS menang di kelantan tahun 1990 "Saya menebus dosa politik saya terhadap PAS"
Samalah mcm skrg bila dia tengok pas kuat dia berkawan. Saya setuju PAS kena buli dgn PKR dan tipu oleh DAP. Saya dihubungi okeh ulamak PAS PP, katanya kita rugi DAP menang di PP. Tahukah tuan tuan di luar PP, Guan Eng ada Temasik Holding sbg sayap utk majukan
PP dan menyisih org Melayu secara terhormat

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID