Memperingati 93 Tahun Tumbangnya Kerajaan Uthmaniyah 3 Mac 1924...


Detik ini sudah 89 tahun umat Islam kehilangan empayar terunggul iaitu khilafah uthmaniyah. Sama ada kitasedar ataupun tidak, detik 3 Mac 1924 menjadi detik hitam dalam sejarahumat islam. Kehilangan ini bukan sahaja melibatkan kejatuhan empayar Uthmaniyah, bahkan ia meliputi  kejatuhan empayar Islam secara keseluruhannya. Islam yang mana suatu ketika dahulu pernah menaungi 2/3 dunia.

Peristiwa yang perit ini terjadi gara-gara angkara musuh Allahyang bertopengkan manusia iaitu Mustafa Kamal Atartuk laknatullah.Ya, dialah dalang segala-galanya. Dia juga adalah orang yang bertanggungjawab dalam merancang kejatuhan khilafah melalui empat teknik rahsia iaitu kaedah hutang, melalui revolusi Arab 191 perjanjian Skyes-Picot dan juga melalui kekalahan Jerman dalam perang Dunia Pertama. Semua faktor ini amat berkait rapat dengan kejatuhan sistem khilafah. Sama ada kitasedar ataupun tidak, semua ini sebuah konspirasi yang terancang.


Namun jangan kita lupa bahawa disebalik sejarah kejatuhan ini, kecekalan seorangpemerintah yang benar-benar berusaha untuk mempertahankan Islam  ketika itu, iaitu khalifah Abdul Hamid II(1876-1909). Pada zaman pemerintahannya, wujud banyak anasir luar yang menekanTurki. Antaranya termasuklah negara Barat, Yahudi dan Freemason.

Malangnya, Sultan Abdul Hamid tidak dapat meneguhkan kedudukannya untukmempertahankan Islam. Pada tanggal 31 Mac 1909, pihak zionis melakukan satu konspirasi hebat di mana mereka telah mencetuskan pembunuhan berdarah di kota Istanbul, Turki. Rentetandaripada peristiwa tersebut, Sultan Abdul Hamid II telah dituduh sebagai dalang. Akhirnya, beliau telah dilucutkan jawatan sebagai seorang khalifah, pemegang tampuk pemerintahan Turki pada ketika itu.

Orang-orang Yahudi telah menjadikan hari perlucutan sultan tersebut sebagai hari penting dan bersejarah mereka. Tidak lama selepas perlucutan jawatan tersebut, jelas lagi nyata hakikat sebenar yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Pihak kuffar mula menjalankan niat jahat mereka. Mereka menyedari bahawa bukan mudah untuk menghancurkan khilafah melainkan dengan mengangkatseorang pahlawan boneka seperti Mustafa Kamal Atartuk bagi mengaburi mata rakyat Turki pada waktu itu.Setelah itu, bermulalah tipu daya mereka.

Kemenangan di dalam beberapa siri peperangan yang diketuai oleh Atartuk telah dirancang rapi. Semasa pemerintahan Atartuk, dia telah mengusulkan kepada anggota Zionis Antarabangsa untuk melaksanakan projek pembubaran khalifah. Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh anggota organisasinya sendiri. Detik hitam ini dirakamkan pada 3 Mac 1924.

Mulai hari itu, maka bermulalah usaha Atartuk dalam melaksanakan misi pihak Yahudi. Atartuk telah menggantikan sekolah Islam dengan sekolah sekular dibawah Kementerian Pendidikan. Selain itu, dia juga telah mengarahkan supaya azanditukarkan kepada bahasa Turki. Dia juga mengarahkan kalendar Hijri ditukar kepada kalendar Masihi.


Nah, begitulah detik-detik terakhir runtuhnya kerajaan Khilafah Uthmaniyah. Justeru, 
1) Adakah kita masih mempunyai rasa walau secebis untuk berusaha ke arah menegakkan khilafah islamiyyah? 
2) Adakah kita masih boleh duduk berdiam diri? 

Tentunya tidak

Sekarang sudah tiba masanya untuk kita bangkit dan membentukperpaduan Islam yang syumul dalam usaha mengembalikan semula sistem khilafah yang telah lama hilang.

Sumber.

Comments

Anonymous said…
(2:120 )   Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

( 2:130 )   Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang saleh.

( 2:131 )   Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!" Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam".

( 2:132 )   Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam".

( 2:133 )   Adakah kamu hadir ketika Ya'qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apa yang kamu sembah sepeninggalku?" Mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (yaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya".

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID