Pembangkang Kering Modal, Timbalan Pengarah SPR Selangor Pula Di FITNAH...


Berhubung laporan yang disiarkan dalam portal berita Free Malaysia Today yang bertajuk 'Only 1170 new military voters in Selangor - say EC' yang telah memetik nama saya sebagai memberi kenyataan berkaitan status senarai Tuntutan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun Pertama 2017  yang sedang dipamerkan. 

Saya ingin menjelaskan bahawa pada hari berkenaan saya tidak pernah memberi apa-apa kenyataan atau penjelasan kepada mana-mana pihak media berkaitannya. 

Laporan tersebut telah menimbulkan kekeliruan dan salah tanggapan dikalangan pembaca.

Sehubungan dengan itu, saya menyatakan rasa kesal terhadap pelaporan berkenaan yang melanggar etika kewartawanan dengan memetik nama saya sebagai sumber maklumat laporan berkenaan tanpa merujuk dan meminta kebenaran secara langsung dengan saya.

Saya memohon supaya berita tersebut ditarik balik atau dibuat pembetulan dengan tidak menggunakan nama saya sebagai sumber laporan tersebut kerana saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan.

Sekian, terima kasih.

KAMARUL AZMAN BIN AHMAD SABRI
Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor

Comments

Unknown said…
Tipikal pembangkang modus operandi..
Anwar nk masuk court.. di pusingnya berita hakim korup.. shafee korup.. utk reka cerita kasi org hilang percaya pada mahkamah..
Ni dah nak pru14.. sibuk reka cerita mengenai kaun sprm pulak.. kasi pesepsi buruk supaya org hilang percaya undi.. org nk g haji.. nnati di pusing pasal tabung haji plak.. pastu nk sukan sea.. kj siap la..
Pembangkang malaysia cuma tahu membangkang.. tapi tak buat kerja.. kebanyakan wakil rakyat pembangkang.. wakil rakyat remote.. wakil rakyat pembangkang tak jaga kawasan sendiri.. sibuk auta

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID