Breaking News
Loading...
February 27, 2018

Info Post

Tan Sri Robert Kuok Hock Nien bilionair Malaysia mencatatkan demikian di dalam bukunya “Robert Kuok, A Memoir”. – Foto FMT
Raja  gula yang juga taikun besar Malaysia, Robert Kuok mendakwa beliau adalah orang tengah antara kerajaan Malaysia dan China yang membawa kepada ‘matinya’ Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1980-an.
“Saya fikir, sesuai untuk cakap bahawa Malaysia menganggap saya rakyat yang ada kenalan baik dengan pihak China. Kerana hubungan baik saya dengan kedua belah pihak, beberapa kali saya dijemput sebagai orang tengah antara dua kerajaan itu,” tulis Kuok dalam memoirnya yang diperolehi oleh The Malaysian Insight.
Kuok berkata Abdul Rahim Noor, pengarah cawangan khas ketika itu menghubungi meminta pertolongannya.
Cawangan Khas kerap hubungi saya bertanya, ‘boleh tak awak kirimkan mesej ini ke China,’” tulis Kuok.

Antara permintaan itu termasuklah memohon kerajaan China “mendiamkan” siaran radio PKM yang mengancam kerajaan Malaysia.
“Saya kirim mesej itu dan kemudian radio itu pun disenyapkan. Cawangan Khas kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada saya melalui orang saya di Kuala Lumpur iaitu Lim Chee Wah,” tulis Kuok.
Chee Wah merupakan salah seorang pewaris kumpulan Genting.
Menurut Kuok lagi, kerajaan Malaysia berkata, mereka mahukan jaminan daripada China supaya berhenti menyokong PKM dan pemimpin PKM Chin Peng.
“Suatu hari Rahim Noor cakap pada saya, ‘Kami dah hantar utusan kami ke dalam hutan untuk berunding dengan orang-orang Chin Peng. Awak telah beri petunjuk berkaitan sikap China yang sudah tak menyokong PKM.
“‘Ini selari dengan apa yang agen-agen kami perhatikan. Tetapi, boleh tak awak buat kenyataan bertulis, nyatakan tahap mana China menarik diri dari menyokong (PKM)?;”
Setelah menyampaikan permintaan itu kepada Zhong, Kuok dijemput ke Guangzhou melalui Hong Kong bagi membantu menyemak draf mesej oleh “pemimpin paling senior negara.”
“Jadi, pada hari yang dijanjikan, saya keluar pada tengah hari dan sampai di Guangzhou dua jam kemudian. Saya dijemput oleh sebuah kereta dan pemanduannya seperti dalam babak James Bond.
“Kami melalui jalan sana sini, belok sana sini, lebih dari yang sepatutnya. Mereka mahu pastikan kami tidak diekori,” tulis Kuok.
Di rumah yang “ringkas dan biasa-biasa” itu, Kuok berjumpa dengan “No. 1”, seorang pegawai tinggi parti untuk mesyuarat, namun Kuok tidak ingat di mana rumah itu.
Tulis Kuok, beliau ditunjukkan dengan draf mesej dan diminta memberi komen.
“Mujurlah ketika itu, bahasa China saya agak elok. Tulisan itu dalam dua atau tiga muka surat. Ia tak ditujukan kepada sesiapa. Ia adalah kenyataan sahaja.”
Kuok berkata kenyataan itu “kenyataan yang bagus” dengan dua pengecualian.
“Awak patut berhenti di sini,” Kuok beritahu mereka. “Pertama sekali, kamu banyak bercakap mengenai ‘tambah’; perkataan yang lebih-lebih ini macam air sejuk. Perkataan yang lebih-lebih ini tak perlu digunakan.”
Kuok edit banyak, yang kemudiannya apabila diserahkan kepada Rahim Noor, ia dianggap “berjaya.”
Beberapa bulan kemudian, kerajaan Malaysia dan Chin Peng menandatangani perjanjian gencatan senjata.
“Orang-orang dia keluar dari hutan dan secara simboliknya meletakkan senjata, berjanji setia kepada Malaysia, dan dengan itu tamatlah riwayat Parti Komunis.” – 28 November, 2017.

“Robert Kuok, A Memoir” boleh didapati secara eksklusif di Bookazine, Hong Kong dan di semua kedai buku utama di Malaysia dan Singapura. Ia akan dikeluarkan di Indonesia pada 1 Januari depan.

0 comments: