Breaking News
Loading...
February 28, 2018

Info Post
GAMBAR HIASAN, TIADA KENA MENGENA DENGAN KAPAL HILANG ATAU YANG MASIH BERLAYAR

Hilang, lost, missing, perdido, perdu, merujuk kepada hilang, sama maksudnya tetapi lain bahasanya...

Tidak pelik kalau HILANG ini menjadi tajuk berita koran-koran di malaysia...

MH370 Hilang...

Enjin F5E Hilang..

Tanah Hilang, tapi dapat balik...

Duit Hilang, nanti dapat balik la tu...

Orang Hilang...

Kasut Hilang...

Spander Hilang...

Hilang...Hilang...Hilang...

Semalam aku terbaca dalam koran harian metro, laporannya menulis sebuah kapal tangki hilang...

Wow kapal yang aku agak panjangnya hampir 400 meter boleh hilang dalam sekelip mata...

Kapal yang ditambat di jeti tanjung piai boleh ghaib?

Jeti dimana tempat kapal itu ditambat dalam jagaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)..

Apa ilmu si perampok itu gunakan untuk membawa lari kapal sepanjang 400 meter itu?

Aku yakin kapal tu tak hilang, mana bisa APMM lengah dalam menjaga barang kes sebesar itu, ingat ya, APMM bukan syarikt kawalan keselamatan Ah Hok security, APMM memiliki aset di laut dan di udara yang maha hebat, malah APMM juga memiliki pasukan khas mereka sendiri iaitu STAR yang mendapat latihan daripada Pasukan Khas Laut TLDM, dengan menyarung uniform ACU ala-ala US Army dan ber-beret merah, pasukan itu cukup gagah untuk mengawal sebuah kapal tangki.

Mungkin jeti tempat APMM tambat kapal tu, berpuaka, berhantu dan berpontianak...

Cuba cari betul-betul, cuba laung Azan 7 kali, di setiap penjuru jeti tanjung piai tu, dengan ijin Allah, kapal yang hilang itu bakal dijumpai...

Ini kes kalau pembangkang tahu, sure mereka suruh menteri yang jaga APMM letak jawatan, hahahah...

0 comments: