Breaking News
Loading...
February 5, 2018

Info Post

Masa aku tengah ketuk keyboard ni aku berada di tahun 2018, bermaknanya lagi 2 tahun kita akan ke tahun 2020 yang mana ketika aku kecik-kecik dulu, mat salleh gambarkan pada tahun 2000 atau tahun 2020, kereta boleh terbang, kita punya pakaian dah macam angkasawan dan lain-lain imaginasi merapu puak freemason dan iluminati...

Baik bukan cerita pasal kereta terbang atau iluminati atau freemason, yang aku nak belasah kali ini, tapi ada 1 tajuk yang aku yakin aku akan terima berkapal-kapal makian dari puak-puak tertentu, ahhh.. aku pedulik apa, sape komen maki-maki aku tak publish, sape yang komen murni-murni saje yang aku keluarkan, blog aku suka hati aku la kan...

Ia bercerita pasal DAP, korang kenalkan ? DAP yang selama ni dijadikan hantu kopek, hantu raya, hantu langsuir untuk menakut-nakutkan bani melayu setiap kali dekatnya pilihanraya.

Ok soalan aku kepada pertubuhan kebangsaan melayu bersatu (baharu), sampai bila nak gunakan DAP untuk menakut-nakutkan orang melayu? sampai bila?


Pada pandangan aku, ingat ye korang baca betul-betul "ini pandangan aku" cukup-cukuplah menakut-nakutkan orang melayu dengan hantu cina DAP ni, pandangan aku orang melayu dah tak takut dah, yang mungkin akan melopong kalau di ceritakan mengenai DAP yang rasis, yang perkauman, yang benci melayu yang benci islam dan yang akan mengkristiankan orang melayu adalah mereka-mereka yang mengundi di saluran 1 sedikit di saluran 2, tetapi tidak bagi pengundi dari saluran 3,4,5,6,7,8,9.

Sampai bila nak takutkan bani melayu dengan hantu cina DAP ni? 

Bagi aku, DAP dijadikan kambin hitam, punching bag, target face sheet untuk menutup kelemahan kerajaan, kenaikan kos sara hidup, kenaikan harga minyak dan lain-lain, jadi di surahkan kepada bani melayu yang DAP ni memang parti cilaka, sial, haramjadah dan macam aku cakap tadi, maka meloponglah para pengundi saluran 1 sambil meangguk-anggukkan kepala, oooo.... evil-nya dap ni...

Masih relevan ke modius operandi mencilakakan DAP dihadapan bani melayu di abad ini? 

Baik, kalau betul la dari sejak penubuhan DAP tahun 1966 sehingga sekarang dilihat sebagai masaalah kepada bani melayu dan negara, maka di waktu ini di saat ini dan di ketika ini adalah masa yang terbaik untuk membunuh DAP, bagaimana caranya? satu Malaya tahu CEC DAP memang bermasaalah, Kerajaan pon tahu, ROS (pendaftar pertubuhan) lebih tahu mesyuarat CEC DAP bermasaalah, nah.. inilah waktu terbaik untuk membunuh DAP, ini masa terbaik untuk meliang lahat kan parti cuvanis itu, gunakan segala peruntukan perlembagaan, akta yang ada di ROS untuk memadamkan hayat DAP yang selama ini terlalu banyak bagi masaalah kepada negara, aku sarankan buat segera...

Tapi malangnya, setelah di maki hamun DAP selama berdekat-dekat, bila ada peluang untuk palam parti cuvanis tu, kerajaan tak buat apa-apa, kenapa? ini yang aku pelik, ini yang orang melayu di bandar-bandar pelik, ini yang buatkan cerdik pandai melayu jadi bertambah pelik, apa yang tak peliknya, CEC DAP bermasaalah, bermasaalahnya CEC tu sehinggakan sudah banyak aduan dan laporan telah diajukan kepada ROS, ikut logik nya CEC DAP sudah terbatal, jawatankuasa yang dilantik itu adalah jawatankuasa haram, bila jawatankuasa dah haram, mesyuarat pun sudah tentulah haram jadah juga, apa jadi dengan parti tu? dah tentu la double trouble haramnya jadahnya, maka ROS dah boleh ambil tindakan mengharamkan terus DAP, tapi kenapa tak buat? why...why...?

Atau pun ini adalah agenda pertubuhan kebangsaan melayu bersatu (baharu) sengaja membiarkan DAP lepas bebas, supaya bila ada masaalah dalam pentadbiran, M4, GPMG atau 76mm Oto Melara boleh di lepaskan bertubi-tubi kepada DAP dan semua masaalah sweep under the carpet.


Isu rakyat perlu diberi perhatian oleh pertubuhan kebangsaan melayu bersatu (baharu), bukan hanya di peringkat kementerian, tetapi perlu juga turun sehingga ke bawah, dalam rapat-rapat umum pertubuhan kebangsaan melayu bersatu (baharu) perlu di ceritakan apa yang pembaharuan yang barisan nasional akan buat sekiranya di beri mandat untuk memerintah kembali, tidak cukup hanya pak-pak menteri yang bercakap mengenai perkara itu, ketua-ketua bahagian, pemuda, wanita dan puteri juga perlu senada dan seirama dengan menteri dan mereka yang membuat dasar, barulah rakyat, pengundi dan bakal pengundi nampak apa yang akan dibuat oleh barisan nasional...

Bukan dengan hanya menyalahkan DAP, bila rakyat mengadu harga ikan termenung di pasar RM10 sekilo, bukan menjawab, DAP nak jadikan malaysia negara kristian bila rakyat bertanya kenapa harga petrol last week turun 1sen this week naik 2sen, list-kan isu rakyat dan jawab di majlis rapat umum pertubuhan kembangsaan melayu bersatu (baharu), itukan lebih berfaedah dan mampu menarik lebih banyak undi bani melayu daripada menceritakan yang DAP akan melantik cina jadi ketua polis negara dan panglima angkatan tentera sekiranya DAP memerintah, ye betul, DAP tu buruk, ye betul DAP tu cibai, ye betul DAP tu palat, itu semua bani melayu dah tahu, kerana cerita pasal hantu kopek cina bernama DAP ni dah berdekat di ceritakan dari satu generasi ke satu generasi.

Secara tak lansung, serangan-serangan barisan nasional terhadap DAP dilihat oleh rakyat sebagai over kill, rakyat dan pengundi terfikir, apakah berlakunya rasuah, salahguna kuasa, kenaikan harga barang keperluan, kenaikan harga petrol yang mana sekarang ini diesel lebih mahal, kenaikan harga rumah dan lain-lain punca dan sebab musababnya berpunca dari DAP?

Ye sekarang sudah ada bani melayu yang sudah bertanyakan soalan itu, ringgit jatuh berpunca dari DAP ke? saham FGV merudum di sebabkan DAP ke? 

Carilah cara lain untuk menarik dan menawan kembali hati pengundi melayu di kawasan bandar, beli hati pengundi melayu M40, beli hati pengundi muda, address isu rakyat, bukan dengan membawa Razali Rahman ke hulu-kehilir bercerita pasal DAP itu dan ini dan pada hari esoknya harga ikan termenung kekal RM10 sekilo dan minyak minggu depan turun 1sen dan naik 3sen minggu berikutnya. BAHAGIAKAN HIDUP, PERUT DAN POKET PENGUNDI ITU LEBIH UTAMA...

BERUBAH LA WEIII...

ANDA SEMAK? SERABUT? TAK PAHAM? SAKIT HATI? ATAU ADA RASA NAK PUKUL AKU? LEPAS BACA ARTIKEL NI? ITU KORANG PUNYA PASAL LA...

NAH DENGAR LAGU NI...

19 comments:

Anonymous said...

Terbaik Bro! Message dari rakyat.

Anonymous said...

SAMPAI BILA NAK TAKUTKAN MELAYU DENGAN BN/UMNO?

Anonymous said...

Ya betul tu... Hidop PELIWAT LAKNATULLAH..!!!

Anonymous said...

Ada juga melayu2 bodoh yanv boleh percaya kat cakap2 DAP. PAS pun dah tak percaya kat DAP kan, kik3

Anonymous said...

bukan takut...cuma di suruh berwaspada je..dan dendam tetap membara...lagi pun kalo baca perlembagaan DAP ni, mana ada cita cita nak jaga melayu dan islam...korang anak muda...kencing pun bercabang lagi...tak merasa 13 mei 1969 dulu...betapa biadap nya mereka terhadap kaum melayu...korang ujud ke masa tu...???
kalo tak polis blok kemaraan melayu dari utara, selatan dan timur semenanjung ke KL masa tu...dah lama lunyai depa ni... apa korang tahu...???

Anonymous said...

Umno la ni dok takutkan melayu dengan dap. Sebelum ni tanah melayu dijajah britsh, portugis, belanda. Tak ada pulak orang melayu tukar jadi kafir, elok je cakap melayu, raja pun bertahta juga.

Anonymous said...

Tak takut pun...cuma hairan bila cina DAPIGS kata " KITA GUNA MELAYU UNTUK SKREW MELAYU".....masih ada pengkhianat2 bangsa dan agama yg bodoh buta tuli.

Anonymous said...

Lu bodoh apa mat? Siapa yg jahanamkan saham felda? Cina dap ke? Kerajaan mana yg tak reti nak control harga rumah? Kerajaan dap ke? Siapa yg jual proton yg ada 30 ribu pekerja melayu? Dap ke? Macai umno ni betul le bebal dulu kini dan selama-lamanya.

Anonymous said...

Kenapa dari 13may 1969 tak heret dap ke muka pengadilan? Sembang bikin bimbang la bro, silap2 masa 13 may tu pun kau masih berada dalam kantung bapak kau. Kalau betul 13 may tu angkara dap seperti yg di tulis dalam laporan MAGERAN kenapa tak haramkan aje dap tu dari dulu lagi?

Anonymous said...

Ape ko ingt dap blh jadikan warga felda kaya ke.. Ape ko ingt dap blh bh rumah harga murah ke.. Ape ko ingt dap blh selamatkan proton bagi kat org melayu ke.. Macai dap ni mmg bangang sejak dalam kantung bapak dia. Bodoh sampai neraka

Anonymous said...

selama ini DAP dok dendang lagu kerajaan BN ni UMNO yg punya. Jadi bila depa dpt P.Pinang, habis harta kerajaan pinang kononnya harta melayu depa jual. Depa tau depa tak akan kekal memerintah. Jadi bila BN menang balik semua harta yg ada dah kena jual dan melayu akan ttp kalah walau menang pru.

Anonymous said...

KALAU DASAR FAHAMAN SOSIALIS DAH MERESAP DALAM ROH ISLAM DAN MELAYU ,,,,JADI LAH SPT YG DIUNGKAPKAN,,,,

X BACA KITAB RASA NYA DORANG NI,,,,

Anonymous said...

KALAU DASAR FAHAMAN SOSIALIS DAH MERESAP DALAM ROH ISLAM DAN MELAYU ,,,,JADI LAH SPT YG DIUNGKAPKAN,,,,

X BACA KITAB RASA NYA DORANG NI,,,,

Anonymous said...

KALAU DASAR FAHAMAN SOSIALIS DAH MERESAP DALAM ROH ISLAM DAN MELAYU ,,,,JADI LAH SPT YG DIUNGKAPKAN,,,,

X BACA KITAB RASA NYA DORANG NI,,,,

Anonymous said...

mamat 06 February, 2018....

memang ada perancangan nak heret...tapi Tunku kata sabbbaaaaar...Tun Razak pun kata sabbarrr...
jadi org melayu di bawah pun sabaaarrrr....kalo ikut hati mmg dah lunyai...termasuk la ko sekali....yg nampaknya belum wujud lagi masa tu sebab bapak ko belum kongkek pantat babi mak ko...

Anonymous said...

Bodoh lu mat, yg jahanamkan proton, felda melayu la der. Najib yg jual kat cina merah proton, najib yg setuju plan isa ketot nak senaraikan felda kat bursa saham, sudahnya apa jadi kat felda mat?

Anonymous said...

Baru keluar gua ke mat, musa sheikh fadzil sendiri akui umno yg jual tanah melayu kat penang, masa tu umno dok bwh tapak kaki gerakan koh sukon.

Anonymous said...

Rilek mat, tak ada dalam mana2 makalah atau laporan yg mcm ko cakap tu, tunku suruh sabar, razak suruh sabar, itu maknanya melayu umno bodoh al-bahalol, Islam, raja dan bangsa kena hina lagi mau sabar? Puii bodoh punya umno. Ko pon same mat, silap2 masa tu pon mak bapak kau masih berenang2 kuak lentang dalam kerandut atauk2 kau. Phuii.

Anonymous said...

banyak la tunku suruh sabar, razak suruh sabar.....mcm ler dia duk sebelah tunku masa tu....may13 sebenarnya disetting umtuk turunkan Tunku la...dan mmg Tunku turun lepas may13....dan org zaman dulu bolehla dibodohkan, org zaman skrg lagi bijak