Breaking News
Loading...
March 23, 2018

Info Post

Sebaik mendapat tahu ada wacana yang di anjurkan oleh sinar harian bertajuk "apakah tun m terlalu tua untuk jadi pm" aku bergegas balik rumah, tinggalkan lagi satu assiment pada kawan aku, suruh dia selesaikan.

Aku terconggok depan laptop dengan perasaan berkobar-kobar untuk melihat tun di balun oleh tiga ahli panel seorang bergelar prof, seorang bergelar doktor dan sorang lagi bergelar cikgu...

Wacana di mulakan dengan doktor kamarul zaman, aku dah stim dah, mukadimah dia je dah mula perlekehkan tun, aku rasa berbaloi aku ponteng assiment kalau 2 lagi ahli panel pun senada dan seirama seperti doktor kamarul zaman ni, malah komen doktor pasal ketidak mampuan tun berfikir secara baik dan pelupa menambahkan lagi stim aku...

Aku ikuti wacana itu secara tekun, punya tekun aku tengok wacana tu, sampaikan kucing ragdoll aku mintak makan pun aku tak layan ler, setiap bait-bait perkataan yang dikeluarkan oleh 3 ahli panel tu aku masukkan dalam otak dan ada yang aku catat dalam phone aku...

Aku hampir sampai kemuncak bila mana tun memunculkan dirinya dalam dewan tempat wacana itu berlangsung, perghhh... ini kes sedap ni, berbaloi ponteng kerja, berbaloi biokan kucing aku kelaparan, berbaloi hisap rokok 10 batang dalam tempoh 1 jam, berbaloi segala-galanya....

Tun mengambil tempat di hadapan pentas, perghh... ini jam baru betul kena buku dengan ruas, aku nak tengok doktor kamarul zaman titik tun face to face...

Tapi malang tak berbau, sayang seribu kali sayang, lepas tun duduk, aku tengok muka doktor kamarul zaman macam tertelan ubat gegat, kegarangan dia membelasah tun sejam awal tadi jadi kendur, cakapnya pula tak sepetah sejam tadi, malah ada sedikit tergagap-gagap, kenapa doc?

Aduiii... potong habis stim aku ler, sepatutnya doc ulang balik apa yang di cakap sejam lepas mengenai tun di hadapan tun, tetapi tidak, dengan tergagap-gagap dia mula buka hadis, cakapnya tidak lincir lagi, ideanya sudah tidak tuntas lagi, aduhh kenapa doc?

Si moderator pulak memberi peluang kepada tun untuk menjawab soalan dari ahli panel, aku rasa ini dah mengarut, ini dah merepek, ini dah merapu, ke arah mana sinar harian nak bawa wacana ini? aku fedup, tutup laptop dan bagi si ragdoll kesayangan aku makan...

Wakenabeb...!!!!


4 comments:

Anonymous said...

wancara klasik ni......hidup Tun......Tun the Legend....

Al Haq Daud said...

jasa seseorang tdak meghapuskan keburukan dn kezalimannya, walau kita marah nyamuk tk payah bakar kelambu,persengketaan anak2 raja dahulu sdh mengundang para penjajah kolonial, marah pd Pemimpin yg bejat bukan lesen untuk mengkhianati bangsa Melayu, sdh ckup lenyapnya kerajaan Melayu Campa dn malangnya nasib Melayu sulu.

Anonymous said...

ada org sanggup dibodohkan dgn agenda ras dan agama....ni abad 21, kecekapan dan kewibawaan seseorg yg patut diteliti dan dinilai untuk menjunjung sesuatu tugas, bukan ras dan agama....melainkan ko nak org tu berkhidmat dlm surau/masjid......

tok aki said...

cahye yg konon diharap dari wacana sinar tu sebenar nye merupakan api yg membakar kalkatu... mungkin ingin melariskan siaran.. mereka seolah memasang perangkap kepada ahli panel... strategi membawa tun dalam saat pertengahan wacana mungkin telah di plan awal...
persoalannye mengapa kita perlukan tun utk memimpin kembali malaysia... tidak ke sejarah telah mumbuktikan bahawa tun itu sendiri kesilapan besar utk malaysia dalam mengharungi liku hidup ini...
1. soal agama
seorang yg sombong menghina hukum allah sehingga mengatakan penganut islam tidak boleh berjaya jika tangan mereka kudong...
nabi berjanggut kerana tiada gillette...
diwaris oleh anak dia marina mahdey... malaysia tidak dapat kemajuan disebabkan islam
pengasas sister of islam yg menyokong tuntutan comango..
dan berbagai lagi yg mana jelas dia bukan le org yg boleh diharap utk islam dimalaysia
2. ekonomi
berpaksi kepada kroni... dan diakui semasa dipentas PAU.. anak menteri pun perlu cari makan... persoalan berapa ratus syarikat baru mampu beri anak mentri ini cukup makan..
berapa banyak syarikat tutup.. berapa ramai ahli peniagaan "hilang" semasa zaman dia.. bagaimana isu IPP ... kesilapan yg cuba dikaitkan dengan jemaah menteri yg tidak tau pasal perjanjian yg berat sebelah itu... mengapa seorg professional, dr ani arope dipecat bila tidak bersetuju.. DLL...
3. politik
dari tengku abd rahman sehingga sekarang... berapa ramai PM TPM yg kena cantas... mereka dicantas jika ada sifat melawan terhadap situa ni... bukan kerana kepentingan negara..
contoh anuar sendiri... dia mengaku dia telah menerima surat dari wan azizah berkaitan perangai anuar... tindakan hanya diambil bila anuar enggan mengikut kehendak dia dalam isi bailout syarikat kroni yg bermasalah... tuduhan atas kes liwat yg dah berlaku 6 tahun yg lalu.. tidak dapat disabitkan dalam makamah.. didakwa pulak kes salah guna kuasa... menghalang polis jalan siasatan...bukan kerana perangai anuar yg memang pelik tu tapi kerana menentang situa ni... DLL lagi..
4. hubungan luar negara
dihina oleh algore semasa diner yg dia sendiri hostkan.. digelar keras kepala oleh PM australia .. sanggup membayar wang utk berjumpa bush.. pembunuh rakyat iraq.. diserang oleh soros disebabkan kesombongan beliau yg konon "komen yg mengata ekonomi malaysia akan burst" bukan oleh org yg merintah malaysia.. sejarah membuktikan malaysia menanggung beban org tua sombong ini..
4. jati diri..
sorang yg menjilat kembali lendir kehak yg dia telah ludah merata.. tanpa rasa malu... maha zalim .. maha firaun... yg mana dia diberi gelaran ini oleh mereka yg sekarang bersama dia sendiri.. DLL lagi..
org tua yg tidak perlu di beri perhatian lagi.. biar le mereput kat sisi.. tiada faedah pun lagi.. dulu kini dan selamanye bala kepada malaysia...

SETIAP SATU ISSUE DIATAS NAJIB LEBIH BERJAYA JIKA DIBANDINGKAN ORG TUA NI.. tak perlu le nak recycle beban ni... menyusahkan aje nanti...