DALAM DIAM, MAHATHIR MASIH MEMERLUKAN UMNO


Kalau kita baca laporan portal Astro Awani bertajuk "Tun Mahathir tidak puas hati prestasi menteri kabinet" kita sudah boleh mengagak, betapa kecewanya perdana menteri ke 7 tu.

Mungkin dalam hati kecilnya berkata, "tak hebat mana pun depa ni".


Itu sebabnya kita boleh anggap pentadbiran kerajaan PH sekarang ni lumpuh, kalau ada pun beberapa cadangan bodoh seperti penukaran kasut sekolah dari warna putih ke warna hitam, bab stokin warna apa akan di bincangkan dalam masyuarat kabinet nanti kot, menteri kewangan bercakap tak pakai otak dan tak tahu baca titik perpuluhan, ada menteri yang lebih utamakan tandas pondan lebih dari segala-galanya dan banyak lagi lah kalau nak tulis.

Tun Mahathir nampak segala kodohan yang berlaku dalam barisan kabinet PH sekarang ini,  yang tak pernah berlaku diwaktu 22 tahun pemerintahan dia dulu, seburuk-buruk Pak Lah dan Najib, menteri kabinet tak pernah pun buat sidang media pasal tandas apa yang patut digunakan oleh pondan, atau ada menteri kabinet Mahathir, Pak Lah atau Najib upload gambar berendam dalam kolah, tidak berlaku dulu. 

Jadi disinilah bermulanya cerita yang Mahathir masih memerlukan Umno.

Mahathir tahu, hanya pemimpin dari Umno ini yang mampu mentadbir negara, ye lah dia dulu pun dari Umno juga, dan Mahathir juga sedar, sekiranya barisan kabinet PH yang ada sekarang ini masih dikekalkan, Malaysia akan betul-betul jatuh BANKRUP, dan image Mahathir selaku penyelamat negara akan hilang malah dia juga sedar dia akan dihina oleh rakyat Malaysia.


Dia juga sedar, menggunakan alasan menyalahkan kerajaan dahulu Umno/BN tidak boleh digunakan selama-lamanya, tambahan pula sekarang, Najib kini lebih Vokal, pendedahan yang dibuat Najib dalam facebooknya mendedahkan kewangan sebenar negara tidaklah buruk seperti yang di gambarkan oleh barisan kabinet Mahathir, facebook Najib pun menjadi salah satu faktor Mahathir sakit kepala.

Jadi apa solusi Mahathir? cuba menarik seberapa ramai bekas-bekas menteri kabinet yang masih lagi menjadi Ahli Parlimen untuk menyertai PPBM. hanya itu sahaja jalannya.


Pada awalnya, operasi untuk menarik ahli parlimen Umno nampak mudah di mata Mahathir, perkara pertama yang Mahathir lakukan ialah, memanggil Zahid, cuba untuk deal dengan Zahid supaya membubarkan Umno dan semua MP, Adun Umno menyertai PPBM, asalnya itu lah plan Mahathir, tapi tak sangka pulak anak jawa yang bernama Zahid Hamidi ni keras kepala, dia tak nak bubarkan Umno malah dia suruh pula Mahathir bubarkan PPBM dan semua MP dan Adun PPBM menyertai Umno.

"Mahathir seorang yang pendendam" kata Tunku dalam bukunya "Looking Back" maka memang betullah apa yang dikatakan oleh Tunku itu, kita boleh lihat sendiri operasi-operasi yang dilakukan oleh Mahathir terhadap pemimpin-pemimpin Umno.

Kalau dulu, Mahathir menggunakan ISA untuk mengugut mereka-mereka yang tidak mahu mengikut katanya, kini ISA sudah tiada, maka digunakan AMLA dan memperkudakan SPRM untuk mengugut pemimpin Umno. 

UGUT.

Cerita bab ugut ni, aku teringat pada cerita seorang veteran Umno, cerita ini melibatkan pertukaran Menteri Besar Kedah dari Osman Arof kepada Sanusi Junid, cerita veteran itu, boleh dikatakan semua ketua-ketua Umno bahagian dan Adun BN tidak bersetuju Mahathir menggantikan Osman Arof, pada pandangan mereka, Osman Arof tak ada salah apa pun, setelah berminggu-minggu Mahathir lihat tiada tanda-tanda yang Umno Kedah mahu mengikut teunjuknya, maka Mahathir memanggil pengarah BPR kini SPRM dan meminta dia membawa beberapa keping file atau dalam kerajaan di panggil sampul kecil (gambar bawah) dan di lekatkan logo BPR di atas sampul kecil itu.


Lalu di tetap-kan satu hari, Mahathir memanggil-lah ketua-ketua Umno bahagian dan Adun-adun BN untuk menghadap dia di Pejabat Perdana Menteri lama iaitu di jalan duta atau di bukit perdana aku tak ingat, ketika tu Putrajaya masih hutan banat lagi. dan di tayang-lah beberapa sampul kecil di atas meja Mahathir dengan harapan Ketua Bahagian dan Adun itu akan ternampak nama mereka diatas sampul berlogo Badan Pencegah Rasuah, selepas Ketua Bahagian atau Adun duduk di hadapan Mahathir, lalu dia mengangkat file itu dengan terpangpang nama orang duduk dihadapan dia, nak nampak lebih real sikit, Mahathir mengomel dengan mengatakan "ni BPR ada hantar file ni, nampak macam banyak kes, pasal apa banyak sangat?" disinilah ugutan berlaku, kata veteran itu " Mahathir kata kat depa tu, kalau sangkut kes BPR nie, kurang-kurang 10 tahun penjara dan harta semua dirampas" tambah veteran itu lagi, "yang bodoh-bodoh ni tak tau apa isi file tu, ketaq la, Mahathir pegang file rasuah depa" maka disinilah deal untuk menyokong Sanusi Junid sebagai MB Kedah berlaku... maka pada bulan Jun 1996 sahabat baik Mahathir iaitu Sanusi Junid pun di tabalkan menjadi MB Kedah...

Jadi apa yang berlaku pada pemimpin Umno sekarang ini adalah ulang tayang drama ugut Mahathir 22 tahun dulu, modius operandi yang sama Mahathir gunakan untuk mencapai apa yang dia nak.

Hang tau kertas apa yang dalam file Mahathir pegang tu? soal veteran Umno tu pada aku, "A4 paper kosong". 

Comments

Anonymous said…
Sama mcm cara anwar berkempen politik, mesti pegang kertas n sebut saya ada bukti..padahal pegang kertas kosong..mana penyokong blh nampak jauh dr stage..
Anonymous said…
Tq admin buat comeback.goodluck..
Unknown said…
Modus operandi mereka sama je..
Anonymous said…
1MDB UMNO jadi pulau. DSN letak jawatan presiden. Yayasan pulak punca Zahid didakwa. Mahadzir kena kait ngan projek solar berbiliun.
Maknanya UMNO tumbang kerana pemimpin dan UMNO jadi cemerlang pun disebabkan pemimpin. Jika masih ada pemimpin UMNO yang ada sosek sosek terlibat ngan ketirisan dan penyelewengan duit maka merudum lagilah UMNO. Beritahulah siapa sekarang yang paling layak untuk memimpin UMNO?
Anonymous said…
Tok guru pegang kertas kosong.. anak murid pegang 6 kotak kosong. Sampai sekarang tunjuk diri bersih dlm segalanya. Itu lagi kuat celaka dia.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID