Sekarang Ni Siapa Yang Bodoh?


AKHIRNYA APA YANG TMJ KATAKAN TENTANG STATUT ROM TERNYATA BENAR

Hari ini, Tun Mahathir mengelar TMJ sebagai budak kecil yang bodoh dan tidak tahu apa-apa.  Sebaliknya, hakikat dan realitinya, TMJ lah satu-satunya anggota kerabat diraja yang berani bangkit menyanggah Perdana Menteri yang di istihar no 47 paling hebat dalam dunia. Ya memang hebat, hebat menipu.  Rakyat negara ini patut berterima kasih dengan TMJ yang telah mendedahkan penipuan Mahathir, Tommy Thomas dan Menteri Liberal Saifuddin Abdullah.

Sekiranya penipuan mereka tidak didedahkan, sudah pasti tidak akan berlaku U-Turn pertama pada 5 April 2019 dengan penipuan Mahathir yang menyatakan Ratifikasi Statut Rom bakal dibatalkan.  

Namun, hari ini Rakyat Malaysia kena sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada orang yang Mahathir gelar “Bodoh” ini kerana telah menyelamatkan kita dari dibodohkan oleh Mahathir sekali lagi.  

Penentangan TMJ terhadap Ratifikasi Statut Rom walaupun Mahathir sudah mengumumkan pembatalan ratifikasi hari ini ternyata berasas apabila Mahathir kali ini membuat O-Turn dengan menyatakan Ratifikasi Statut Rom akan dikaji semula dan mereka akan memperjelaskan kepada rakyat tentang kebaikan Statut Rom supaya rakyat boleh terima( sila rujuk tulisan Sinar Harian dibawah).

O-Turn Mahathir ini sememangnya sudah lama kami jangka, itu sebabnya kita tidak bernah berhenti melakukan Jelajah Menentang Statut Rom.  Namun, suka tidak suka, saya kena berterus terang bahawa saya agak kecewa dengan sikap Mahathir yang tidak mempunyai rasa kekok atau bersalah bila terus menerus menipu rakyat negara ini.  

Sepatutnya, bulan Ramadhan yang mulia ini akan digunakan sehabis baik untuk bersedia mengadapNya, bukan dengan menambah dosa.

Dato’ Lokman Noor bin Adam
Pengerusi
Sekretariat Suara Rakyat
6hb Mei, 2019

Lampiran

Kerajaan kaji kesesuaian Statut Rom dengan budaya tempatan
BERNAMA | 06 May 2019

Tun Dr Mahathir Mohamad
A A
PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dalam usaha melangkah ke depan, kerajaan akan mengkaji kesesuaian Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dalam konteks budaya tempatan.

Perdana Menteri menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan jika Malaysia memutuskan untuk meratifikasikan statut berkenaan.
Statut Rom adalah perjanjian yang menubuhkan ICC yang diperakukan di Rom pada 17 Julai dan mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2002.

Dr Mahathir berkata kerajaan terpaksa membatlkan keputusannya untuk meratifikasikan perjanjian itu kerana disebabkan oleh beberapa orang yang tidak tahu langsung mengenai perjanjian itu telah memutarbelitkan maklumat itu.

"Tetapi kita akan menerangkan kepada mereka mengapa Statut Rom tidak akan memudaratkan sesiapa yang bukan penjenayah,” katanya pada sidang media khas bersempana Ulang Tahun Pertama Pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan, di sini hari ini. 

Beliau berkata sama ada Malaysia menjadi Negara Pihak kepada Statut Rom atau sebaliknya, seluruh dunia akan menentang sesebuah negara jika ada berlaku kesalahan.
Misalnya, Dr Mahathir berkata, kerajaan Myanmar tidak terkecuali daripada kecaman dan tindakan antarabangsa kerana gagal melaksanakan sebarang usaha membela nasib kumpulan etnik Rohingya dan sebaliknya menyokong penghapusan kaum itu.

"Walaupun Myanmar tidak menyertai Statut Rom tetapi komuniti antarabangsa telah mengutuk dan mengambil tindakan terhadap negara itu,” katanya.

Pada 5 April lalu, Dr Mahathir mengumumkan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dalam kalangan masyarakat.

Beliau menegaskan keputusan itu bukan disebabkan perjanjian itu akan memudaratkan negara. - Bernama

https://www.facebook.com/87363369882/posts/10157584973284883/

Comments

Anonymous said…
Mohon boss ku buat lawatan dan ziarah di bazar bazar ramadhan terutama di Bazar Kg Baru (tempat kesukaan atok fitnah) Bazar di Johor di Pasar Rabu Kedah ,Langkawi dan tempat strategik yg lain yang sesuai... Mohon juga Bossku buat lawatan di Bazar Darataran Merdeka yang sudah berpindah dari Jalan TAR dan Masjid India KL dengar khabar tempat baru Dataran tiada samubutan lansung di sana. Jalan TAR dan Masjid India sudah tiada sambutan disebabkan laluan awan di sekat dan parking kereta pun sudah tiada lagi. Kawasan masjid india seperti padang jarak padang tekukur sekarang....!!


Mohon atur dan segrakan lawatan Bossku di tempat strategik sempana Ramadhan ini...

mohon VIRALKAN...!!
Anonymous said…
Bangang sebangang2nya kau ni Lukman....