Hikayat Jho Low @ Jason Bourne


Cerita pasal Jho Low ni dah polak aku nak dengar, dari zaman BN perintah, sampilah PH perintah, cerita pasal Jho Low ni sama je..

Cina gemuk digambarkan macam Jason Bourne, cukup liat nak kena tangkap...

PH kata dia bersembunyi di sebuah negara..

Ada pemimpin PH kata di negara China..

Tetapi Duta Besar China menafikan Jho Low berlindung di negara dia...


Pada 14 May 2018, Mahathir kata kerajaan dah dapat kesan dan tahu di mana Jho Low berada...

Dan di sambut pula oleh Daim, Daim turut megakui kerajaan tahu dimana Jho Low berada...

Tetiba, selang sebulan, dalam satu sidang media pada 6 Julai 2018, Mahathir (Kerajaan) kata dia tak tahu dimana Jho Low. Pulakk..

Padahal 14 May 2018 dia kata dia tahu...

Dan tetiba lagi, pada 30 Okt 2018, kerajaan umumkan yang kerajaan dah tahu dimana Jho Low berada... selang 2 bulan lepas Mahathir kata dia tak tahu dimana Jho Low, tetiba pulak kerajaan tahu..


Selepas pada pengumuman tu senyap sekejap cerita pasal Jho Low...

Pada 24 May 2019, IGP yang kita sayangi mengeluarkan satu statement yang menggemparkan rakyat Malaysia "Tak Perlu Jadi James Bond Bawa Pulang Jho Low'


Sekali imbas kita baca statement IGP tu, akan terdetik dihati kita berkata "hebat IGP ni" tetapi lepas statement itu keluar, langsung senyap sunyi cerita pasal si Jho Low tu, rakyat tertanya-tanya, Jho Low ni dah kena cekup ke? dah bawak balik Malaysia ke?

Kelmarin timbul lagi cerita pasal nak bawak balik Jho Low @ Jason Bourne, tapi kali ni statement IGP lain sikit, Jho Low akan dibawa balik hujung tahun ini. Pulak dah...


Timbul persoalan, kenapa hujung tahun ni? kenapa tak bawa balik sekarang?

Menurut Astro Awani, "Bayangan itu diberikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang yakin dengan kerjasama yang dijalin dengan Polis Antarabangsa (Interpol)".

Ingat ya, bukan confirm tau Jho Low akan dibawa balik, tetapi ia adalah "BAYANGAN" yang dibuat oleh IGP.

Siapa Jho Low ni? mana dia bersembunyi? hanya orang ni yang tahu...

Pasal dia pernah jumpa dan pinjam duit dengan Jho Low...


Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID