Tiada Dana, Kerajaan Melaka "KUTIP" Hiasan Deepavali Milik Singapura...


Sebuah NGO di Melaka mempersoalkan kenapa kerajaan negeri Melaka menggunakan hiasan Deepavali milik kerajaan Singapura sebagai hiasan di jalan-jalan besar sekitar bandar itu..

Menurut jurucakap Melaka Consumer and Environment Association, mereka rasa terhina dengan tindakan kerajaan negeri yang menggunakan bahan terbuang yang diambil dari negara lain untuk di gunakan di bandar itu...

Tambahnya, sepatutnya kerajaan Melaka menggunakan idea sendiri untuk mencipta hiasan, bukan mengambil bahan terbuang dari negara jiran...

Menurut seorang penggunjung "little india" yang hanya mahu dikenali sebagai Nathan, dia berasa kesal dengan tindakan kerajaan Melaka yang menggunakan bahan terbuang milik negara lain, kata beliau, perkara ini tidak pernah berlaku dahulu...

Menggunakan bahan terbuang sebagai dekorasi perayaan Agung agama Hindu merupakan satu penghinaan kepada masyarakat India.

Jawapan yang diberikan oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Melaka amat mengecewakan, kata beliau, kerajaan pusat telah memotong dan mengurangkan perbelanjaan kerana ianya satu pembaziran.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID