Posts

Showing posts from 2020

BERSATU BOLEH KHIANATI MUAFAKAT NASIONAL

Image
Aku amat setuju dengan pandangan Zamil Ibrahim, penyertaan Bersatu kedalam Muafakat Nasional amat merbahaya kepada MN, kerana didalam Bersatu terdapat ramai pengkhianat-pengkhianat parti. Hamzah Zainuddin dan lain-lain memenangi kerusi mereka atas tiket Barisan Nasional, kemudian mereka mengkhianati BN dengan menyertai Bersatu. Azmin Ali dan lain-lain memenangi kerusi mereka atas tiket PKR, kemudian mereka mengkhianati PKR dan menyertai Bersatu. Jadi apa jaminan yang puak-puak pengkhianat ni tidak akan mengkhianati Muafakat Nasional ???   JANGAN KITA LUPA PENGKHIANATAN MEREKA TERHADAP UMNO...

MASIH MAHU PERCAYA DENGAN MUHYIDDIN ??

Image
Sebelum korang menonton video dibawah, biar aku flash back balik apa yang berlaku sekitar tahun 2008-2009 lalu, mungkin ada yang ketika tu masih kecil lagi... Selepas Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke4, BN mengharungi PRU 11 tahun 2004 dengan kemenangan yang cukup bergaya, 190 kerusi parlimen di sapu bersih oleh BN, pengaruh Pak Lah bukan kaleng-kaleng kata orang Belanda. Tetapi semua itu menjadi hambar bila mana, Mahathir mula mengkritik cara pentadbiran Pak Lah, Mahathir mengkritik Pak Lah adalah kerana Pak Lah memberi rebat cukai jalan kepada rakyat, kalau korang masih ingat la, RM150 untuk motosikal dan RM625 untuk kereta. Apa yang Pak Lah buat ketika tu betul, harga petrol ketika itu melambung tinggi, ketika tu, kalau tak silap aku satu liter Ron 95 RM2.70, perang Iraq masih lagi berlanjutan menyebabkan harga petrol menjadi mahal, jadi untuk mengurangkan beban rakyat, Pak Lah perkenalkan rebat cukai jalan. Itu lah buat pertama kalinya rakyat merasa duit d

MBSA JANGAN UGUT PENIAGA - NOH OMAR

Image
Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar, mengingatkan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam MBSA, agar tidak mengugut para peniaga di Bandar Baru Sungai Buloh, kata beliau, lain perkara yang diadukan dan lain pula tindakan yang di ambil.

MBSA TAK KENAL MESIN JUDI DAN MESIN JAHIT - JAMAL YUNOS

Image
Sidang media , Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, berikutan perobohan beberapa buah gerai oleh MBSA di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor...

PERGOLAKAN PPBM BAIK BUAT UMNO

Image
Apa yang berlaku muktahir ini dalam parti PPBM sebenarnya bagus untuk Umno. Kenapa?  Kerana PPBM sudah semakin mengecut pengaruh mereka, ahli sudah semakin berkurangan dan besar kemungkinan akan pupus tidak lama lagi. Melihat kepada situasi itu, sepatutnya Umno perlu segera tonjolkan diri mereka sabagai satu parti dominan orang Melayu dengan membawa PAS bersama Mufakat Nasional. Dengan keluarnya beramai-ramai ahli PPBM dan pembubaran beberapa bahagian, tak malu ke untuk PPBM meminta lebih banyak kerusi untuk mereka bertanding pada PRU akan datang? Kalau mereka tak malu, ya tentu mereka akan minta lebih kerusi. Mengenai desas desus yang mengatakan PPBM lebih syok berkerja sama dengan PAS berbanding Umno, pada aku itu hanyalah diversion PPBM untuk menutup kelemahan mereka. PPBM sedar, suka atau tidak, PRU akan tetap berlaku, dengan masalah yang bertimpa-timpa dihadapi oleh PPBM mereka pastinya memerlukan backup dengan kata lain, PPBM memerlukan sokongan jentera dan logistik bagi menghada

JAMAL YUNOS BUAT COME BACK: MBSA MAKAN GAJI BUTA

Image
Benarlah seperti apa yang beliau kata empat tahun dulu, penguatkuasa terutama MBSA makan gaji buta, kedai judi bersepah di sekitar kawasan pentadbiran MBSA, kini apa yang beliau perjuangkan dulu rakyat sudah buka mata, bila mana Asri Janggut memviralkan apa yang berlaku di Sungai Buloh.

SYED SADICK TERSINGKIR

Image
Gambar yang ada lihat diatas itu adalah founder kepada sebuah parti politik yang akan ditubuhkan oleh atok. Aku diberi tahu, atok akan menjawat jawatan sebagai presiden, boboi akan jadi timbalan presiden, mazli capang akan jadi naib presiden, zuki tipu sijil akan jadi setiausaha agung, amiruddin jadi ketua penerangan dan laki rina akan jadi bendahari. Mana si sadick? Ya dia tak masuk dalam senarai parti baru atok, kerana parti baru yang atok nak tubuhkan ni tiada sayap wanita dan pemuda, parti style baru kata atok. Lagi pun kan si sadick tu ada kes dengan SPRM, maka atok tak mau orang yang terpalit dengan kes rasuah menyertai parti dia, atok nak pemimpin yang clean and clear, macam atok dan anaknya. Angaknya kemana arah tuju si sadick itu nanti?  Pergi jahanam la dengan dia, itu masalah dia, bukan masalah aku...

RCI TABUNG HAJI: MUHYIDDIN NAK COVER SIAPA??

Image
Kalau kita lihat, sebaik sahaja pelantikan speaker dan timbalan speaker dewan rakyat selesai, ahli-ahli parlimen dari BN dan PAS hebat berbahas mengenai isu Tabung Haji. Ya.. isu Tabung Haji menjadi topik perbahasan yang cukup hot di parlimen, penjualan aset-aset TH dengan harga yang tidak masuk akal menjadikan kita terfikir, apa akan berlaku kepada TH sekiranya pada saat ini negara masih lagi ditadbir oleh PH. Kita boleh lihat bagaimana terkulat-kulatnya wajah bekas menteri yang diamanahkan menjaga TH ketika PH memerintah apabila Azeez Rahim mendedahkan satu persatu aset TH dijual secara lambak dan borong. Malah ahli parlimen dari BN dan PAS secara konsisten sejak dari menjadi pembangkang menuntut satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal penjualan aset TH itu. "Dalam satu kenyataan bersama hari ini, setiausaha agung Umno, Annuar Musa dan setiausaha agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata, RCI itu adalah bagi memulihkan keyakinan pendeposit dan pelabur kepada TH&qu

NAJIB TETAP KE PENJARA SELAGI MUHYIDDIN JADI PM

Image
Mungkin tajuk tu agak kontroversi, tapi itulah hakikat politik Malaysia sekarang. Ada yang bertanya aku, kenapa Muhyiddin tak bantu dalam kes SRC International yang melibatkan Najib? Aku yakin soalan tu pun bersepah dalam socmed kan?  Jawapan aku mudah je, setelah 3-4 tahun Muhyiddin meratib, berzikir mengatakan Najib penyamun, perompak dan penyangak, inilah masanya untuk Muhyiddin membuktikan ratib dan zikir dia dulu tu betul. Walau pun pelbagai bukti yg pihak pembelaan telah kemukakan, ditambah lagi dengan keterangan-keterangan dari SPRM dan pihak Ambank, keputusan Hakim dilihat seolah-olah dipandu oleh kuasa luar. Yang bertanya "kenapa Muhyiddin tak bantu Najib" tu cuba fikir, kalau la Hakim mengatakan Najib tidak bersalah, mana Muhyiddin aka Abah kau tu nak letak muka? Bertahun ratib dan zikir Najib penyamun, perompak, tetiba Hakim kata Najib tak bersalah, hahahaha boleh nampak tak game tu? Orang politik ni ego nya setinggi Buruj Khalifa, terutama seasoned politician maca

PH SUDAH MULA GUNA MEDIA ASING SERANG MALAYSIAN DAN AGONG

Image
Baru-baru ini, New York Times menyiarkan satu rencana yang mendakwa bahawa demokrasi di Malaysia sedang tenat. Tidak banyak hujah untuk menegakkan benang basah ini, kerana telah memetik hujah bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah merampas kuasa daripada Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri, mengabaikan fakta bahawa krisis ini walaupun hanya mula diketahui apabila bermulanya Langkah Sheraton, kesannya mulai menjadi air bah yang tak terhalang apabila Tun Mahathir tetap dengan keputusannya untuk meletak jawatan. Yang pasti, si penulis itu takkan tahu kerana hanya menulis semula berdasarkan makklumat yang diberikan kepadanya, menulis dari suatu tempat yang jauh. Dalam hal ini, rencana tersebut telah ditulis di Bangkok. Ada antara pembaca yang mengatakan rencana tersebut bersifat objektif, berbeza daripada apa yang saya sedang beritahu anda sekarang. Mereka-mereka ini, saya dapati, termasuklah dalam kehidupan seharian saya, adalah individu yang bijak dan pandai y

BILA KERAJAAN PN NAK BUAT PEMUTIHAN MYKAD?

Image
Perlu untuk kerajaan melakukan pemutihan mykad kerana sudah banyak tangkapan yang melibatkan mykad palsu. Sebaiknya pemutihan mykad dilakukan sebelum menjelang PRU15, kerana kalau kita tangok laporan dari jabatan Imigresen dan laporan audit negara, risau dengan peningkatan pelancong yang tidak keluar dari negara kita. Apatah lagi, ada terdapat laporan yang mengatakan di Pulau Pinang telah dijadikan Hub mengeluarkan mykad palsu. Menurut laporan audit negara, sepanjang 2016 hingga 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar. "Bagi warga India pula, kemasukan yang dicatatkan ialah 41,243 antara 2017 dan 2018 tetapi 39,806 atau 96.5 peratus tidak mempunyai catatan tarikh keluar. "Pihak audit berpendapat pengurusan Jabatan Imigresen dan kawalan dalam di pintu masuk kurang cekap kerana pengesahan data kemasukan pelancong secara manual dan offline tidak dik

NAJIB UMPAMA BARAH YANG MENULAR DI BADAN MAHATHIR

Image
Orang Utara mesti dah biasa dengan perkataan ‘MAKAN DALAM’. Ada jugak yang sebut ‘TERBAKAQ’. Maksudnya, sesuatu yang sangat terkesan dalam diri, yang boleh membuatkan seseorang itu panas hati, bengang, tension atau kesan yang tidak baik pada diri.  Jangan buat main tau, sebab benda ni boleh buat orang lain jadi naik darah, sakit jantung, hidup tak tentu arah, sakit jiwa, gila dan silap-silap boleh buat orang tu mengamok tak tentu pasai.  Kalau penyakit, dia macam barah. Dia attact dari dalam. Jadi, apa yang aku nak bagi tau, Najib tu tak ubah macam barah yang menular dalam diri Mahathir.  Ni la yang sebenaqnya apa yang dah jadi pada Tun Mahathir. Dia menderita kerana Najib.  Macam mana boleh jadi macam tu? Kejadian dia lebih kurang macam ni la. Bayangkan kita main badminton. Hang tak henti-henti dok smash, tapi setiap kali hang smash selamba ja aku angkat. Sampai lembek hang smash tapi loi ja aku lambung balik sambil makan keropok super ring. Mesti lama-lama han

ATOK LEBIH HENSEM KALAU MASUK DAP

Image
Semenjak dua menjak ni, kita tengok perangai atok dah macam orang tua buang tabiat, habis segala benda nak di kacaunya. Saat negara berdepan dengan Covid19, dia sebok nak rampas balik kuasa yang dia sendiri buang dulu. Cadangan aku pada atok macam ni la, dah alang-alang dia pun dah hilang jawatan dalam kerajaan dan parti, apa kata atok join je DAP, senang, so Atok ada platform untuk berpolitik. Jadi ronin ni tak menyelesaikan masalah, kan lebih elok Atok berparti, jadi apa sahaja pandangan dan idea Atok tu, boleh di salurkan kepada parti untuk tindakkan bersama. Lagi pun Atok pernah berjanji akan luluskan lesen judi bola online kalau dia berkuasa, masa 22 bulan dulu mungkin Atok tak sempat nak luluskan, jadi kalau Atok luluskan masa Atok berada dalam DAP, alangkah moleknya, maka melalui DAP  amatlah tepat untuk Atok mengotakan janji yang di buat sepuluh tahun dulu tu.

CHINA AKUI SEMANGAT JUANG MALAYSIA DI LAUT CINA SELATAN

Image
1. Berbanggalah rakyat Malaysia. Terkini akhirnya 3 hari selepas kita berjaya menyempurnakan eksplorasi di Laut China Selatan di sebalik gangguan kapal-kapal China sejak lima bulan lepas, Menteri Pertahanan China Jeneral Wei Fenghe sendiri telah menghubungi Menteri Pertahanan kita, Dato Seri Ismail Sabri. 2. Sesungguhnya tindakan Menteri Pertahanan China ini menandakan bahawa kuasa ketenteraan dunia itu menghormati semangat juang kita yang tidak berundur hinggakan berjaya menyempurnakan misi eksplorasi melalui kerjasama erat TLDM-Maritim Malasyia-Petronas serta imbangan kuasa Amerika-China. 3. Wajib diketahui bahawa Menteri Pertahanan China ini hanya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Menteri Pertahanan Malaysia selepas kita berjaya menyelesaikan eksplorasi kita di dua blok Laut China Selatan pada 12 Mei baru-baru ini, meski pun beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan sejak sekian lama. 4. Dalam geostrategi kuasa kecil, kita mempunyai

BOBOI KENA MANDI BUNGA

Image
Kedudukan boboi di negeri Kedah ibarat telor dihujung tanduk, bila-bila masa sahaja dari sekarang, boboi boleh tergolek, nampaknya sumpah laknat yang Najib buat dulu sudah dimakbulkan Allah. Katalah boboi tergolek, ini sudah dua kali boboi digulingkan dari jawatan Menteri Besar, boboi mencatat record dalam Malaysia dua kali jadi MB, dua kali tergolek dog. Ada 23 adun yang dah menyatakan sokongan kepada PN, yang menyokong boboi pula adalah mereka-mereka yang taksub kepada Anwar dan Atok. PN kedah sudah memaklumkan perkara itu kepada DYMM Sultan Kedah. Jadi sekarang kita hanya menunggu keputusan dari DYMM Sultan. Kalau berlaku peralihan kuasa di Kedah, Alhamdulilah syukur. Jadi next target ialah Negeri Sembilan pula. Seperti dalam tulisan aku yang lepas, boboi ni tak ada tokoh untuk jadi ahli politik, dia naik pasal dia berbinkan Mahathir, kalau dia berbinkan orang lain, aku tak tau apa jadi dengan dia. Ingat, kalau ini berlaku, dua kali jadi MB, dua k

PAGE AMRAN FANS KINI MILIK RBA DAP

Image
Maklumat dari page Ops Johor , memaklumkan bahawa page fb Amran Fans kini sudah dibeli oleh RBA DAP dan seorang perempuan Melayu yang dikenali sebagai Marina Ibrahim kini menjadi pemilik akaun tersebut. Untuk makluman semua, Marina Ibrahim ini pernah menulis dalam facebooknya "Melayu perlu jadi  seperti Babi" demi untuk menjilat DAP dia sanggup menghina bangsa dia sendiri. Jadi kepada anda yang follower page Amran Fans dan yang tak follow pun korang boleh report juga, kalau seorang dua yang report memang tak jalan, tapi kalau dah beratus-ratus report yang diterima oleh facebook, Insyaallah ghaib page tu nanti.

DIA TAK FIKIR KESUSAHAN RAKYAT

Image
Atok sewaktu mengumumkan package rangsangan ekonomi bagi menangani covid19 hanya memperuntukan RM20b sahaja. Dia langsung tak fikir nak buat MCO, dia tak fikir bantuan kepada rakyat yang terjejas pendapatan, dia tak fikir syarikat-syarikat kecil akan terjejas, dia tak fikir nak tambah equipment untuk hospital, tambah ubat-ubatan, elaun untuk frontliners dan sebagainya. Walhal dia tahu, jumlah duit negara yang boleh di belanjakan sebanyak RM2-3trillion. Pelik juga ya, dia dikatakan seorang doktor, tetapi dia tidak tahu ke langkah-langkah pengawalan Covid19 ni. Kenapa dia tak consult dengan Ketua Pengarah Kesihatan? Senang cerita, atok buat palatao dia je. Betul macam kawan aku cakap, kalau ketika kes Covid sedang mencanak kita diperintah oleh PH, silap hari bulan, tak kau, aku dan korang ada yang dah jadi arwah akibat sikap sambil lewa PH. Apa yang peliknya tu, atok tahu duit negara yang boleh di belanjakan ada RM2-3trillion, tetapi kenapa atok kedekut sanga

SEGALA YANG KU BUAT DEMI ANAKKU

Image
Aku mula mengikuti perkembangan politik si boboi ni sejak dia nak bertanding jawatan ketua pemuda Umno dulu, kalau korang masih ingat selepas PRU13 dulu, berlaku pertembungan diantara Khiry Jamaluddin, Khir Toyo dan Boboi bagi merebut jawatan itu. Sepatutnya, pertembungan itu hanya berlaku diantara KJ dan Khir Toyo, tapi last minit, boboy pun nak jugak bertanding, maka jadilah perang tiga penjuru. Maka boboi dan Khir Toyo pun tewas. Sepanjang aku mengikuti kempen boboi masa dia nak bertanding jawatan ketua pemuda Umno tu, aku lihat dia tak ada idealisma dia sendiri, kemana arah pemuda Umno yang dia nak bawa sekiranya dia dipilih menjadi ketua pemuda Umno kelak, tidak jelas.  Dalam siri-siri kempen dia aku boleh katakan macam ni, satu minit memperkenalkan diri, bermula dari minit kedua hinggalah habis kempen, dia akan bercerita pasal bapak dia, dia langsung tak cakap apa perjuangan dia, kemana arah dia nak bawa pemuda, apa misi dan visi dia, langsung tak di sebut. s

DIA LARI KETIKA RAKYAT SUSAH

Image
Atok makin gila. Gila atok tak pernah dibuat orang. Hatta Anwar sendiri pun tak segila Atok. Tak pernah berlaku dalam mana-mana negara, seorang yang bergelar NEGARAWAN gila macam atok. Dulu dia letak jawatan, lari dari membantu rakyat berhadapan dengan COVID19. Kini serangan COVID19 makin mereda, dia nak balik jawatan tu. Gila sungguh orang macam ni. Adakah rakyat nak terima dia kembali? Adakah rakyat sanggup menerima orang yang lari dari tanggung jawab? Kini ekonomi sedikit pulih. Pasaran saham pun dah pulih. Atok nak jadi perdana menteri balik. Masa ekonomi merudum, Atok lari, letak jawatan. Masa saham jatuh tergolek, Atok umum letak jawatan. Siapa suruh Atok letak jawatan? kita pun tak tahu. Suka hati Atok je nak buat apa pun. Ingat... kalau Atok jadi PM balik, bantuan rakyat akan dihentikan. Atok pernah kata, "Tiada lagi wang percuma kepada rakyat" Atok pernah bilang " Usah asyik harap bantuan kerjaan" Atok bagi RM30 e-wa

MUNGKINKAH BERSATU LAWAN UMNO DI DUN CHINI..??

Image
Sebelum aku meneruskan tulisan aku ini, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun, Adun Chini yang telah meninggalkan kita. Baiklah perkara yang aku nak tulis pada kali ini berkaitan dengan Pilihanraya Kecil, semua sudah maklum, pilihanraya kecil bakal berlaku di Dun Chini, Pahang. Apa yang bakal berlaku di sana? Dun Chini terletak dalam Parlimen Pekan, semua orang tahu parlimen Pekan diwakili oleh Najib Razak, sebagai ahli parlimen sudah tentu Najib akan membantu mempertahankan Dun Chini agar kekal di tangan Barisan Nasional. Disinilah yang menjadi masalah, perkara ni aku dah fikir lama dah, sejak terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional PN, aku terfikir perkara ni. Siapa yang bakal bertanding bagi merebut kerusi itu? Kebetulannya cukup cantik, pada PRU lepas, BN memenangi dun itu menewaskan calon Pas dan Bersatu. Aku yakin dan percaya, PAS sabagai rakan dalam Muafakat Nasional MN akan memberi laluan kepada BN mempertahankan ker

PPBM Parti besar punya CILAKA...

Image
Kekusutan pentadbiran kini bukanlah berpunca dari Umno atau Pas, sebaliknya ia berpunca dari PPBM sendiri atau lebih tepat, pengerusi PPBM. Korang tau la kan siapa pengerusi PPBM tu, aku nak sebut nama pun aku geli. Tetapi hari ini, pihak PPBM cuba meletakkan kekusutan itu di atas kepala Umno, kenapa? Sejak dari awal lagi, Umno dan Pas memang mahukan parlimen dibubarkan, hebatnya pemimpin kita, mereka dah nampak apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Tetapi kerana menghormati keputusan YDP Agong, maka Umno dan Pas tiada jalan lain, harus bersetuju supaya satu kerajaan sementara dibentuk bagi menyelesaikan masalah yang ditinggalkan oleh PH. Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam PPBM, sampai sekarang mereka tidak boleh selesaikan, mana mungkin dalam sebuah parti ada dua kelompok, nampak bodohkan? Tapi itulah yang berlaku, sudahnya Umno yang kena getahnya, kucar kacir dalam PPBM diletak kesalahnya kepada Umno. Sepatutnya ahli dan pemimpin PPBM harus berfikir secara w

MENTERI UMNO BERDEPAN TUGAS SUKAR DALAM KABINET.

Image
Ramai melihat menteri Umno/BN dan Pas akan menghadapi tugas sukar didalam kabinet Perikatan Nasional PN nanti. Maksud sukar disini bukanlah mereka menghadapi kesukaran menjalankan tanggungjawab mereka sebagai menteri, aku yakin, mereka tiada masalah menjalankan kerja-kerja menteri kerana kebanyakkan dari mereka adalah bekas menteri dan pengerusi agensi kerajaan sewaktu Umno berkuasa dahulu. Yang menjadi kesukaran kepada mereka ialah, untuk mempertahankan PN itu dari serangan PH, kerana menteri-menteri PN ni ada yang bermasalah dari segi moral dan membuat keputusan sewaktu mereka menjadi menteri dalam PH dahulu. Contoh klasik yang aku boleh bagi ialah, Azmin Ali yang kini menjawat jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Menteri Kanan), kita semua sudah maklum yang Azmin ada satu kes yang melibatkan seksual diluar tabie manusia yang masih belum selesai, aku yakin dipihak PH mungkin ada lagi peluru simpanan untuk dilepaskan kepada Azmin suatu masa nanti.

SEBAGAI RUJUKAN, MASIHKAH ANDA PERCAYA TUN MAHATHIR PENYELAMAT NEGARA...???

Image
PH telah konfirm jual aset negara dalam tempoh 16 bulan mereka memerintah:- 1. Khazanah jual IHH berhad kepada Jepun - RM8.41 bilion (Nov 2018) 2. Khazanah jual saham CIMB - RM364 juta (Dis 2018) 3. Axiata jual M1 Singapura kepada Singapura - RM1.65 bilion (Feb 2019) 4. Khazanah jual saham Bank Filipina BDO Unibank kepada Filipina - RM415 juta (Feb 2019) 5. Boustead jual Hotel Royale Chulan kepada Singapura - RM197 juta (Feb 2019) 6. Khazanah jual saham Tenaga Nasional - RM1.05 bilion (April 2019) 7. DRB-Hicom jual 48% kepentingan MODENAS kepada Kawasaki Jepun - anggaran RM175 juta (April 2019). (Bila syarikat swasta DRB-Hicom jual Proton, ada yang nangis pula. Jual syarikat motorsikal nasional kepada Jepun boleh pulak) 8. Axiata jual aset digital kepada Singapura - RM580 juta (April 2019) 9. Menteri Kewangan jual sebahagian dari projek Bandar Malaysia kepada syarikat Malaysia-China- RM7.41 bilion (Apr 2019) 10. Khazanah jual hartanah DU

GELABAH HILANG KUASA, MAHATHIR MACAM SEMBUNYIKAN SESUATU

Image
T idaklah kita ketahui apakah jenis syaitan atau Iblis yang telah merasuki otak Tun Mahathir, kegilaan beliau untuk menjadi Perdana Menteri sudah mengatasi kegilaan Anwar Ibrahim. Tak pernah kita tengok Mahathir se-kelam kabut bergini, gelagat Mahathir yang hilang kuasa seolah-olah seperti ada sesuatu yang beliau sembunyikan dari pengetahuan rakyat. Kenapa Mahathir kelam kabut? sepatutnya beliau terima dengan berlapang dada atas keputusan YDP Agong, bukankah beliau sendiri yang menyerahkan kuasa melantik PM baru ke tangan Agong? Krisis ini bukan dimulakan oleh rakyat atau parti pembangkang, tetapi beliaulah yang memulakan krisis ini, sudah elok-elok Malaysia ada kerajaan dia pula letak jawatan dengan alasan kononnya untuk melantik barisan kabinet baharu. Kabinet baharu yang beliau bakal lakukan itu amat bertentangan dengan semangat demokrasi di negara kita, ye lah mana mungkin parti-parti yang memiliki kerusi terbanyak tidak diambil kira dalam pembentukan kabinet ba

PERIKATAN NASIONAL MOHON SOKONGAN RAKYAT.

Image
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai Pakatan Nasional merayu sokongan rakyat Malaysia. Ini ditegaskan oleh Muhyiddin sebentar tadi. Kata beliau "Kami berhasrat melakukan yang terbaik demi negara dan menyelamatkan negara dari keadaan yang berlaku sekarang." "Saya menyeru agar rakyat berdoa kepada Allah, supaya perjuangan kami mendapat berkat" Pagi tadi, Pakatan Nasional dan beberapa pemimpin dari Pas, Umno dan GP Sarawak ke Istana Negara bagi menyembah kepada Yang Dipertuan Agong senarai nama Ahli Parlimen yang bersama-sama Pakatan Nasional untuk menubuhkan kerajaan.

TUN MAHATHIR PULA BUAT PUSINGAN U...

Image
Di saat kerajaan baru Malaysia bakal terbentuk dengan gabungan Parti Umno, PPBM, PAS dan lain, Perdana Menteri Interim pula buat pusingan U (U-Turn). Beberapa hari lepas, Mahathir dalam kenyataannya menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri yang baharu. Selain memberi sokongan kepada Muhyiddin, Mahathir juga mengatakan yang beliau tidak menghadapi masaalah untuk bekerjasama semula dengan Umno. Tetapi dalam kenyataan media peribadi yang beliau keluarkan semalam pula berkata sebaliknya. "Tidak bersedia berkerja sama dengan Umno". Nampaknya proses pembentukan kerajaan kini menjadi makin kusut. Ditambah pula pada hari semalam juga Pakatan Rakyat menyatakan mereka akan mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-8 bagi mengantikan Perdana Menteri ke-7 yang meletakkan jawatan minggu lepas.

SYED SADDIQ MUNGKIN TINGGALKAN PPBM...

Image
"Biar mati bermaruah dari hidup dijajah" itulah bait-bait tulisan dalam twitter bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq. Beliau menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk kerjasama parti beliau yakni PPBM dengan Umno. Tidak terkejut dengan tulisan beliau di twitter tersebut, ketegasan beliau menolak sebarang kerjasama dengan Umno pernah beliau suarakan ketika mesyuarat Armada pada hari Rabu lepas. Amat menyedihkan sekiranya Syed Saddiq pergi meninggalkan PPBM dan kerajaan Pakatan Nasional nanti, beliau seorang figura anak muda yang berjaya dan layak dijadikan contoh, keberanian dan karisma beliau menjadi suntikan semangat kepada anak muda diluar sana.

TERKINI: PEGUAM NEGARA TOMMY THOMAS LETAK JAWATAN.

Image
Berita terkini menurut laporan The Edge Market, melaporkan Peguam Negara, Tommy Thomas meletakkan jawatan beliau sebagai Peguam Negara. Surat peletakan jawatan itu beliau sampaikan kepada Perdana Menteri Interim, Tun Mahathir di Kompleks Perdana Putra. Tidak tahu sebab musabab kenapa Tommy melepaskan jawatan. besar kemungkinan ianya berkaitan dengan peralihan kuasa dan kepimpinan yang bakal berlaku sedikit masa lagi.

TUN... KEMBALI LA KEPADA PH, RAYU KHALID SAMAD

Image
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sejak dari pagi tadi meneruskan usaha untuk memujuk semula PM Interim kembali ke pangkuan Pakatan Harapan. Kalau anda baca tulisan di twitter Khalid, beliau betul-betul merintih dan merayu agar Perdana Menteri berusia 94 tahun itu kembali ke pangkuan Pakatan Harapan. Menurut sumber, pujukan Khalid terhadap Tun itu atas kapasiti peribadi beliau, bukan diarahkan oleh mana-mana pemimpin PH. Rata-rata follower twitter Khalid meminta Ahli Parlimen Shah Alam supaya banyak bersabar dan menerima ketentuan takdir, malah ada juga yang memperli AP Shah Alam itu dengan nada sinis menulis "Lid meroyan kerana tanah Kg Baru dia belum close deal lagi" dan "Broker Kampung Baru terlepas wang besar". Apa pun ceritanya, kita berdoa supaya Ahli Parlimen Shah Alam itu kekal sabar dan tabah menghadapi duagaan...

PH JOHOR HILANG KUASA, AMANAH SALAHKAN TUN MAHATHIR.

Image
Hari menyaksikan perubahan kerajaan di Johor, Pakatan Harapan menjadi kerajaan negeri Johor sebelum ini tumbang dengan sendirinya bila mana Tun Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Johor kini di perintah oleh gabungan parti BN, PAS dan PPBM, membentuk kerajaan negeri. Adun Benut, Datuk Hasni Mohammad mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Johor tadi. Bagi pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan pula, beliau meletakkan seratus peratus kesalahan itu kepada Tun Mahathir, katanya "Tun Mahathir lah punca kepada tumbangnya kerajaan PH di Johor" tambahnya lagi, "sikap Tun Mahathir yang mementingkan diri sendiri punca PH hilang kuasa di Johor" Aminolhuda turut kesal dengan mantan Menteri Besar Johor Sahruddin Jamal kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan kepimpinan PH Johor kerana beliau membuat keputusan sendiri.