PH JOHOR HILANG KUASA, AMANAH SALAHKAN TUN MAHATHIR.


Hari menyaksikan perubahan kerajaan di Johor, Pakatan Harapan menjadi kerajaan negeri Johor sebelum ini tumbang dengan sendirinya bila mana Tun Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Johor kini di perintah oleh gabungan parti BN, PAS dan PPBM, membentuk kerajaan negeri. Adun Benut, Datuk Hasni Mohammad mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Johor tadi.
Bagi pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan pula, beliau meletakkan seratus peratus kesalahan itu kepada Tun Mahathir, katanya "Tun Mahathir lah punca kepada tumbangnya kerajaan PH di Johor" tambahnya lagi, "sikap Tun Mahathir yang mementingkan diri sendiri punca PH hilang kuasa di Johor"
Aminolhuda turut kesal dengan mantan Menteri Besar Johor Sahruddin Jamal kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan kepimpinan PH Johor kerana beliau membuat keputusan sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID