Posts

Showing posts from July, 2008

Siri Jelajah Ceramah Ezam Mohd Nor

Image
Peta Lokasi Tempat Ceramah (klik peta untuk lebih jelas)

Bukan UMNO tapi Mahathir, KuLi & Musuh Asri yang tendang PAS

Image
Rileks. Usah putar belit sejarah! PAS keluar tinggalkan barisan dan bukannya ditendang. Siapa punya angkara dan kerja ini? Hey Niz Aziz? Adakah kamu jugak bersekongkol dengan KuLi yang nakkan PAS dikeluarkan. Isunya bukan BN tendangkan PAS, tapi engkau dan para sekutumulah yang berpakat dengan KuLi. Usah nak temberanglah Niz Aiz. Kamu lakukan ini kerana nak tolak kepimpinan Asri daripada PAS. Jadi sebenarnya, bukanlah BN tendang PAS tapi... Nik Aziz dan sekutumu yang tendang Asri & The Gang. Pasal tulah kamu boleh kamcing dengan KuLi (S46 kan)? Pandai pulak tubuh Angkatan Perpaduan Ummah konon. Mengakulah Nik Aziz oii. Engkau jeles tengok bagaimana kepimpinan Asri-Razak menyatupadukan orang Melayu di Malaysia.Satu lagi puak yang menyebabkan Asri bawa PAS keluar ialah Datuk Muhamad Nasir, MB Kelantan pada masa tu. Mereka keluar PAS dan tubuh BARJASA dan join UMNO tubuh kerajaan BN di Kelantan.Mana Anwar? Kata nak tolong Asri. Mabuk betul Anwar ni. Last-last dia pulak yang sekongkol

GOLONGAN PERPECAHAN ISLAM BHG 4

Image
PERSAMAAN SISTEM KETENTERAAN ZAMAN RASULULLAH SAW,KHULAFA AR-RASHIDIN,KERAJAAN ISLAM DAN UMNO Di awal kebangkitan islam penentangan golongan kaum quraish,musyrikin dan yahudi di mekah terhadap agama islam adalah mencakupi pelbagai kaedah atau cara.antaranya melalui penderaan,penghinaan,pemboikotan malah sekiranya tidak berhasil jalan peperangan adalah jalan terakhir bagi kaum kafir menentang islam. Peperangan bermaksud untuk melumpuh/menewaskan pihak lawan bagi menghalang pihak tersebut mencapai objektif perjuangan baik dari segi rohani dan jasmani. Di dalam islam kita diwajibkan memperkukuhkan system pertahanan bagi mencapai maksud membela diri sendiri,masyarakat dan Negara daripada penjajahan musuh. Malah perkara memperkasakan system ketenteraan ada dinyatakan di dalam al-quran yang bermaksud ; ‘dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang ( dengan persiapan itu ) kamu dapat menggentarkan mus

Tidak Mustahil PAS Keluar Pakatan Rakyat - Muhammad Taib

Image
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhd Taib yakin Pas akan keluar daripada Pakatan Rakyat berdasarkan kepada masalah dalaman yang semakin meruncing. Menurutnya, apa yang dapat dilihat Pas kini tidak lagi sebulu dengan sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam banyak perkara sehingga boleh dilihat kurangnya penglibatan pemimpin dan ahli parti itu dalam program-program rasmi kerajaan negeri. Katanya, fenomena ini sekaligus membuktikan bahawa di kalangan pakatan pembangkang itu sendiri sememangnya ada berlaku pergolakan dan yang pasti pemimpin Pas kini sudah mula berkecil hati. “Saya mendapat maklumat banyak majlis rasmi yang dianjurkan ramai pemimpin dan ahli Pas tidak hadir dan ini jelas menunjukkan di kalangan parti pembangkang ada masalah dalaman yang meruncing,” katanya yang dipetik dalam blog rasmi beliau. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah berkata, banyak keputusan yang dibuat oleh kepimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat hanya me

GOLONGAN PERPECAHAN ISLAM BHG 3

Image
PERSAMAAN DASAR PEMERINTAHAN ISLAM UMNO DAN PEMERINTAHAN RASULULLAH SAW,KHULAFA AR-RASHIDIN DAN KERAJAAN ISLAM. Dasar pemerintahan umno terhadap memartabatkan islam dan melayu khasnya adalah berkait secara langsung dengan faktor-faktor bagaimana kebangkitan islam itu dimulai dengan menurut contoh junjungan besar nabi Muhammad saw,para sahabat,para tabiin dan kerajaan-kerajaan islam berikutnya. Umno mengambil pendekatan yang cukup serius akan keperluan keutamaan yang telah dianjurkan.ini bagi memastikan bahawa tiada aspek di dalam mengejar kebaikan dunia dan akhirat tertinggal kerana konsep islam adalah cukup luas mencakupi keseluruhan hidup manusia. Ini berdasarkan hadith rasulullah saw yang bersabda ‘ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara jika kamu memegangnya kamu tidak akan sesat selama-lamanya.iaitu al-quran dan hadith’dan hadith lain yang berbunyi ‘berusahalah kea rah dunia seolah kamu hidup seribu tahun dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok.’ Sepanjang pemerintahan ke

Menyingkap Komplot Dan Tipu Muslihat Anwar Ibrahim

Image
Anwar Ibrahim dipercayai mula merancang untuk memusnahkan UMNO dan menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1990 menerusi penubuhan Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (Ikatan). Perkara ini pernah didedahkan oleh seorang bekas menteri yang mengatakan iaitu Ikatan ditubuhkan pada 28 Februari 1990, sebelum dipercayai ditukar nama kepada Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dalam usaha Anwar mencapai matlamatnya itu. Fungsi "Ikatan" antara lain adalah merancang pembentukan satu 'sangkar kosong' pada 1990 untuk dipenuhi penyokong Anwar pada masa sesuai nanti. Bila Anwar dipecat, diarahkan "burung-burung perjuangan" itu masuk dalam sangkar ini (Ikatan). Ini bermakna sejak 1990, sudah mula ada rancangan ataupun komplot untuk menumbangkan Tun Dr. Mahathir dan UMNO. Selama sembilan tahun, parti ini (Ikatan) dipegang dalam diam-diam untuk dijadikan senjata (oleh Anwar). Dan akhirnya lihatlah apa yang berlaku sekarang. Anwar juga dipercayai merancang dengan begitu teliti

Kambing ohh... kambing....

Image

Sumpah Ezam : Anwar bukan muslim yang baik

Image
Sumpah Ezam Mohd Noor, bekas orang kuat Anwar Ibrahim. Malah Ezam juga dikatakan telah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim bukan seorang Muslim yang baik dan tidak layak sama sekali untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apakah makna yang tersirat di sebalik sumpah Ezam ini? Apakah yang Ezam sembunyikan selama ini tentang Anwar? Apakah selama ini Ezam turut bersubahat menyembunyikan sesuatu yang kotor serta jijik tentang Anwar daripada pengetahuan seluruh rakyat? “SAYA bersumpah dengan nama Allah dan Rasulullah S.A.W dan dengan berpegang teguh kepada prinsip sebagai seorang Muslimin, saya tidak akan sama sekali membenarkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri…” Deklarasi Ezam Mohd Nor. Benar Ezam lebih mengerti serta memahami siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Ezam lebih dekat dengan kehidupan politik dan peribadi Anwar Ibrahim. Ezam lebih mengetahui bunga pencak silat politik Anwar malah wajah Anwar Ibrahim yang sedang di jaja merata-rata tempat hari ini akan ada wajah lain di sebaliknya

GOLONGAN PERPECAHAN ISLAM BHG 2

Image
GOLONGAN AL-ARQAM Golongan ini muncul dan dianuti oleh umat melayu di Malaysia pada pertengahan tahun 70 an.mereka berpegangkan kepada ajaran aurat muhammadiah yang dipelopori oleh ketua mereka iaitu ustaz ashaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai abuya dikalangan pengikut mereka.nama al-arqam diambil sempena nama seorang sahabat bernama al-arqam r.a dimana rumah beliau dijadikan tempat perbincangan rasulullah saw dan sahabat ra menyebarkan islam. Pada awalnya mereka ini cukup dikenali kerana kemantapan mereka menjalan system ekonomi masyarakat dimana kepelbagaian kegiatan seperti perniagaan dan pendidikan. daripada situ mereka mulai membina pengaruh dan meresap masuk kedalam pemikiran pelajat pengajian tinggi,golongan korporat,pegawai-pegawai kerajaan dan lain-lain. Akibat daripada penambahan ahli dan mulai mendapat tempat di kalangan masyarakat maka doktrin pemikiran mulai berubah.pengikut menjadi taksub kepada pemimpin.syariah ahli sunnah mulai dilanggar dimana mereka mengamalkan

GOLONGAN PERPECAHAN ISLAM BHG 1

Image
GOLONGAN PERPECAHAN/TAKLID UMAT ISLAM Perpecahan umat islam mulai timbul setelah nabi Muhammad saw wafat sewaktu jujungan besar berumur 63 tahun.Sehingga kini ia masih berlaku dan ia menjadi duri dalam daging untuk islam di seluruh dunia mencapai matlamat kemajuan dunia dan akhirat.Kita boleh lihat di dalam konteks ini dalam bentuk kepelbagaian ideologi pemikiran dan pembawaan dan walaupun tidak terlalu merbahaya namun ia tetap membawa kesan negatif kepada masyarakat. Di Malaysia perpecahan di kalangan bangsa melayu yang beragama islam khasnya boleh dikategorikan ia di dalam bentuk cara tafsiran berbeza mengenai agama,corak pemikiran dan kerana mencari pengaruh politik. Kita boleh klasifikasikan golongan perpecahan umat islam melalui susur galur sejarah bermula dengan ; GOLONGAN KHAWARIJ Mulai timbul pada tahun 37 hijrah selepas peristiwa majlis tahkim .khawarij bererti orang yang keluar ( dari pasukan tentera saidina ali r.a ) kerana membantah cadangan rundingan damai antara saidina a

Hadi Awang Kritik Anwar....???

Image
Pemuda PAS menyifatkan pandangan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam wawancara minggu lepas sebagai isyarat kritikan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat "agar tidak menimbulkan masalah" kepada PAS. Kita bersetuju dengan kenyataan presiden PAS dan ia juga sebagai satu isyarat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga PKR dan DAP agar tidak sekadar meraih populariti bukan Islam yang akhirnya akan merugikan orang Islam itu sendiri. "Jangan buat sesuatu yang yang menimbulkan masalah kepada PAS (sebagai parti Pakatan Rakyat) dari luar dan dalam," kata satu sumber yang dekat dengan Dewan Pemuda. Kata sumber, insiden-insiden yang boleh meresahkan PAS termasuklah keengganan wakil rakyat DAP memakai songkok dalam persidangan Dewan Undangan negeri Johor dan perbincangan berhubung soal kebebasan dan hak istimewa orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baru. "Jangan tumpu sangat (pada isu-isu itu), nanti orang Melayu marah," kata

PAS REFORM

Image

Pentas Pidato AMK HANCIKK...Hampeh

Image
Kununnya diwar-warkan, digembar-gemburkan Shamsul Iskandar dan Khairul Anuar [Jonah] nak jawab “tohmahan” Ezam dan Khir Toyo. Maka tersebutlah kisah, diadakan Pentas Pidato Pemuda AMK di Dewan MBSA Seksyen 19 Shah Alam. Niat dihati penganjur nak menyaingi ceramah Ezam yang berlangsung ditempat yang sama dua malam sebelum itu, dimana pada malam itu kehadiran ribuan yang datang memenuhi dewan dan dilaporkan sehingga ramai terpaksa berdiri diluar dewan. Tahniah Lokman Adam dan UMNO Shah Alam kerana berjaya dan sukses, malah kehadiran ramai wartawan media juga telah disudahi dengan penyiaran petikan ucapan Ezam yang tersiar di TV3 dan juga beberapa akhbar akhbar. Bagaimana pula sambutan Pentas Pidato AMK malam tadi? “sedihlah bang, gagal, hampeh…, memalukan! Tak sampai pun 300 yang datang… ” begitu kata kata salah seorang pimpinan AMK yang menghubungi blogmaster awal pagi tadi. “ ramai yang datang nak dengar apa jawapan Shamsul dengan Jonah keatas cerita Ezam dan Khir Toyo, tapi tak berani
Image
SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA SELEPAS 16 SEPT 2008 kalau jadi laa.....

PAS akan biarkan kilang Arak beroperasi macam biasa

Image
DUA-DUA KILANG DALAM NEGERI SELANGOR Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali menafikan parti itu pernah berjanji untuk menutup semua pusat hiburan termasuk kilang arak dan kandang babi, sekiranya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu. Sebaliknya beliau berkata, janji itu tidak pernah dibuat kepada rakyat ketika kempen-kempen pilihan raya sebelum ini, termasuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac lalu. Malah, beliau turut mencabar mana-mana pihak supaya tampil mengemukakan bukti yang menunjukkan mana-mana pemimpin Pas termasuk dirinya membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu. Komen: Arak dan babi merupakan 2 perkara haram dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Bila PAS menyertai PR dan berjaya dalam PRU-12, mengapa tidak ada sebarang tindakan diambil dalam menghadkan atau menghentikan terus perkara-perkara yang dimurkai Allah itu. Tidak langsung walau sejentik, PAS membuat sebarang kenyataan mengenai isu Arak dan Babi. PAS menjadi PAK-TURUT selepas menye

Rahsia Hubungan Khalid Ibrahim dan Lim Kim Hong

Image
Bagaikan tompok Harimau Bintang Pepatah Inggeris berkata, “A leopard could never change it’s spot” atau terjemahannya, Harimau bintang tidak boleh membuang tompoknya. Ia bermaksud seseorang yang sifat dan naluri semulajadi sudah sedemikian, agak susah untuknya menukar.Perhubungan lama dan rapat antara Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan Dato Lim Kim Hong bukan lagi rahsia di kalangan ahli korporat tempatan. Lim adalah bekas pemegang saham utama Kanzen Berhad atau Dreamland Holdings Berhad, dan kini menguasai Sumurwang Sdn Bhd dan I Berhad. Selain dikenali sebagai jenama elektrik dan IT, I Berhad adalah pemaju yang membangunkan I-City di Shah Alam yang menelan belanja RM1.5 billion.Dengan bantuannya, Khalid telah dapat mengumpulkan benih modal untuk membeli saham Guthrie yang ditawarkan padanya pada harga murah. Khalid pula membantu dalam beberapa urusniaga membeli jual syarikat dan perniagaan.Setelah menjadi ahli politik dan berdegar dengan retorik pentadbiran yang bers

PAS tak takut ALLAH tapi Takut kat DAP..???

Pas sekali lagi terpaksa membuka pencak silat apabila terus diterjah rakan sekutunya DAP mengenai Negara Islam. Yang nyata walaupun secara terang-terang dan tanpa mengenal jemu DAP mempertikaikan perjuangan negara Islam, Pas masih lagi mampu untuk duduk semeja dengan rakan pakatannya itu.Pas seperti tidak berdaya untuk tegas memegang prinsipnya apabila diasak sebegitu rupa oleh DAP. Nada pemimpin-pemimpin Pas semakin kendur terutama selepas pilihanraya umum lalu.Malah jauh dari itu, Pas sentiasa beralah termasuk isu kandang babi yang dipelopori pemimpin DAP. Bukan sahaja beralah malah pemimpin Pas membuat sokongan terbuka ditambah dengan fatwa-fatwa tertentu bagi menyakinkan para pengikutnya bahawa tiada salahnya menyokong kehendak menternak babi secara besar-besaran di Selangor. Tidak diketahui di mana silapnya Pas bersikap sedemikian rupa. Kalau dibuat perbandingan pendekatan DAP ternyata jauh lebih berjaya meyakinkan Pas dalam isu babi berbanding dakwah Pas mengenai negara Islam.Dal

Amaran Ezam pada Anwar

Image
Jul 12, 08 12:00pm Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor berkata beliau akan membongkar apa yang diketahuinya mengenai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dikaitkan dengan dakwaan konspirasi politik untuk menjatuhkan mantan timbalan perdana menteri itu menerusi tuduhan liwat. "Kalau keluar dari mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah dengan secara Islam sebenar-benarnya untuk lawan Anwar," katanya di dalam satu ceramah mengenai isu-isu semasa anjuran Umno bahagian Shah Alam dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan "Alam Free Speech" di Seksyen 19 malam tadi. Menurut laporan Bernama, Mohamad Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata beliau akan membongkar segala apa yang beliau tahu mengenai pemimpin PKR itu walaupun ia akan mengaibkan anak-anak dan keluarga Anwar.Katanya, belia

PAS Jangan Jadi Anjing Yang Menggelabah.

Cuba lu orang sorot kembali zaman sekolah dulu. Budak-budak ‘skema’ yang selalu menjadi pengawas ni, hanya bijak atas kertas. Konsep belajar menghafal. Tapi, nak praktik di dunia sebenar memang kelam-kabut. Memang selalu dibuli. Begitu juga dengan PAS. Kebanyakan ustaz-ustaz suci ni tidak mempunyai imaginasi yang tinggi. Standard tipikal Melayu. Diberi statistik yang sama, fakta yang sama, dalil yang sama, akan berbezalah keupayaan imaginasi mereka berbanding manusia licik lain. Lemah!Suara mahu keluar dari Barisan Rakyat. Secara profesionalnya, memang mereka berhak memberi pandangan mereka. Dan di sini wa menjawab secara profesional dengan kaedah wa. Tidak pasti, apakah persimpangan yang dimaksudkan. Adakah : 1. PAS bergerak bersendirian. 2. PAS bergabung dengan UMNO. PAS bergerak bersendirian. Dengar sini ustaz-ustaz suci yang lembab. Ketika ini fokus utamanya ialah menumbangkan halangan besar kepada setiap kerja dakwah ustaz-ustaz suci sendiri. Barisan Nasional perlu ditumbangkan. S

ADUN N 50 SRI MUDA SERTAI UMNO ?

Image
Di khabarkan oleh berberapa pegawai dan teman-teman dalam PKR, Adun Sri Muda , Mohd Suhaimi Shafie akan meninggalkan PKR tidak lama lagi, di tanya kenapa Adun muda itu ingin meninggalkan PKR, mereka memberitahu yang beliau tidak puas hati dengan perjalanan pentadbiran yang di ketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga berberapa Adun dan Ahli Parlimen (bukan dari PKR) yang kurang memberi kerja sama dalam pentadbiran di tambah pula dengan masaalah dalam PKR yang makin parah sekarang ini. di tanya adakah Adun muda itu ingin mernyertai UMNO? mereka menjawab "Mungkin".

AZMIN ALI GANTI KHALID IBRAHIM

Image
9 July 08 3.30pm Menurut satu sumber rapat dari Pejabat SUK Negeri Selangor berkata Tan Sri Khalid Ibrahim berhasrat untuk meletakkan jawatan Menteri Besar, beliau akan mengumumkan perletakkan jawatan beliau itu di satu tarikh yang akan di tetapkan nanti, sumber turut berkata, punca Khalid Ibrahim ingin melepaskan jawatan MB itu berikutan terlalu banyak masaalah dalaman yang berlaku dalam pentadbiran negeri dan berberapa anak syarikat yang sehingga sekarang ini belum dapat di selesaikan lagi, Beliau juga berasa kesal dengan tindak tanduk berberapa EXCO Kerajaan Negeri dan ADUN yang langsung enggan memberi kerja sama kepada beliau, perkara itu akan di maklumkan kepada DYMM Sultan Selangor sedikit masa lagi, buat masa sekarang ini Setiausaha Kerajaan Negeri sedang mendraf surat perletakan jawatan beliau itu. menurut sumber juga, setakat ini SUK telah menyenaraikan dua nama sebagai pengganti Khalid, antara yang di sebut-sebut ialah YB Hassan Ali dan YB Azmin Ali, juga di beritahu Khal

CERAMAH UMUM BERSAMA EZAM MOHD NOR

Image
Ceramah Umum Bersama Ezam Mohd Nor anjuran UMNO Bhg Shah Alam pada 11 July 2008 jam 8.30 malam bertempat di Dewan MBSA Seksyen 19, Shah Alam Orang ramai di jemput hadir dan sila sebarkan.
Saiful Bukhari To: mascotte19@gmail.com Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Rakyat Malaysia, Dengan ini, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan ingin mencabar Anwar Ibrahim supaya BERMUBAHALAH di hadapan para ulamak. Kepada Rakyat Malaysia yang dikasihi, Ingin saya tegaskan disini bahawa isu ini adalah ISU PERIBADI antara saya dan Anwar. Saya harap agar seluruh rakyat Malaysia bertenang dan tidak termakan dengan taktik kotor si MUNAFIK yang sedang dalam kelemasan ini. Saya terima segala tohmahan dengan hati terbuka dan tidak sesekali mempersalahkan rakyat dalam hal ini.Sebagai mangsa, saya berhak untuk mendapat pembelaan. "Yang HAK Pasti Berdiri, Yang BATIL Pasti Jatuh", Allahhuakbar.Sekian,Saiful Bukhari. p/s: Kepada Anwar, tetapkan tarikh dan masa untuk BERMUBAHALAH . Insyaallah saya akan hadir. Saya tidak gentar.
Image

Ezam Ketuai Badan Serantau Pembaharuan Ummat Islam Malaysia - Indonesia

Image
Ezam ketuai badan serantau pembaharuan ummat Islam Malaysia-Indonesia BEKAS Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Mohamad Ezam Mohd Nor akan mengetuai badan serantau untuk pembaharuan dan pembanggunan ummat Islam di Malaysia dan Indonesia yang akan diumumkan secara rasmi minggu hadapan. Sumber memberitahu, Ezam kini berada di Jakarta dalam rangka kerja persiapan akhir penubuhan sekteriat tersebut. Saya difahamkan antara anggota badan tersebut adalah ulama, intelektual, ahli politik dan aktivis-aktivis muda di Malaysia dan Indonesia. Ezam yang baru-baru ini menyertai UMNO, di percayai akan menjadi pengerusi sekteriat tersebut. Sementara itu, saya turut difahamkan, Ezam Mohd Nor akan memilih kaedah Islam untuk menjelaskan segala fitnah yang dilemparkan kepada beliau sejak-sejak akhir-akhir ini. Sumber memberitahu, Ezam melihat gejala fitnah semakin berleluasa di kalangan ummat Islam di Malaysia dan jalan terbaik untuk melawannya ialah dengan kaedah Islam. "Ezam akan p