Posts

Showing posts from May, 2023

KERAJAAN KEKAL PERTAHAN KALIMAH ALLAH HANYA UNTUK ISLAM...

Image
Pagi tadi, sebelum mesyuarat kabinet bermula, saya bersama Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Setiausaha Agung UMNO) telah mengadakan pertemuan dengan YAB Perdana Menteri bagi menzahirkan pandangan dan pendirian akar umbi UMNO terhadap isu kalimah Allah. Alhamdulillah, YAB PM menyatakan komitmen untuk terus mempertahankan ketetapan dasar Kerajaan berkenaan isu penggunaan kalimah Allah sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutaan pada 2014.  Pada masa yang sama, Kerajaan akan memperkemaskan isu-isu penguatkuasaan terhadap dasar penggunaan Kalimah Allah dan memutuskan untuk mempersembahkan cadangan-cadangan kepada Majlis Raja-Raja. Ini bagi memastikan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana peruntukan Perlembagaan akan terus terpelihara di samping mengekalkan perpaduan dan keharmonian di antara kaum dan agama di Malaysia. Ahmad Zahid Hamidi Sebelum ini pada 5 Mac 2014 Pendengaran permohonan Gereja Roman Katolik untuk mendapat kelulusan merayu terhadap keputusan Mahkama

FAKTA ISU KALIMAH ALLAH: Penjelasan untuk mudah difaham...

Image
Isu yg dinyatakan oleh YBM Menteri KDN, YBM Saifuddin Nasution hanya merujuk kpd kes Jill Ireland vs Kastam.    Bukan isu penggunaan kalimah Allah secara keseluruhan, tapi isu kastam rampas CD milik Jill Ireland. Pertama, kita pahami kronologi KES: 2008 : Jill Ireland membawa cd mengenai kristian dari Indonesia (Indonesia menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan tuhan).   Namun CD tersbut dirampas oleh kastam di KLIA.   Jill dalam perjalanan dari Jakarta ke Sarawak melalui KLIA.  2009 :  Jill Ireland membawa kes ke Mahkamah.   Kes dibicarakan sehingga 2014 (5 tahun).   2014 :  Mahkamah tinggi mengarahkan KASTAM meyerahkan semula CD tersebut kepada Jill Ireland.  "Rampasan tidak sah" menurut mahkamah.  Susulan itu, KDN merayu kali pertama.   2021 : Susulan dari kes Jill, kes yg telah lama senyap ini hidup semula apabila mahkamah  membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam oleh cd dibawa oleh Jill Ireland sahaja. Ehh, tapi, ketika PN, menteri PN rayu ! Jawapan :  Ini kera