Posts

Showing posts from January, 2012

Sidang Media Hasan Ali: Anwar Bawa Fahaman Liberalisme & Pluralisme Agama...

Image
apa komen puak-puak pkr? bukan setakat dalam ceramh je, malah dalam sidang media pun sekali lagi hasan ali menekankan punca segala permasaalahan akidah yang berlaku di malaysia sekarang berpunca dari anwar, kerana dia lah yang membawa fahaman  liberalisme, pluralisme agama dan amalan sex songsang.

Khalid Samad Berak Kapur Bila Dapat Tahu 2000 Datang Ceramah Hasan Ali Semalam...

Image
Hampir 2000 orang datang ke ceramah hasan ali di dewan rukun tetangga di seksyen 17 shah alam, ingat!!! seksyen 17 adalah kubu kuat khalid samad dan dia menang undi tertinggi di kawasan itu, rata-rata yang hadir semalam adalah penduduk tempatan. Hasan ali semalam berganding dengan datuk aidit ghazali dan ustaz hasan basri, bekas ketua penerangan pas selangor, dalam ceramah semalam buat pertama kalinya hasan ali mengakui fahaman liberalisme, pluralisme dan amalan sex songsang memang dibawa oleh anwar ibrahim. Dan juga hasan ali memberikan pesanan kepada seluruh penduduk shah alam supaya jangan berikan walau satu undi pun kepada khalid samad, kerana khalid samad lah menjadi batu penghalang dalam menguatkuasakan syariat Islam di selangor.

Good Morning Anwar How Are You Today....???

Image
Good morning anwar, how are you today....??? Anwar are you ok...??? tik..tok..tik..tok...tik...tok...

Kawasan Dr. Rani Ada Kilang Pelacur....

Image
Memang tepat keputusan sultan selangor tak lantik dr rani jadi exco kerajaan negeri, rupanya teruk kawasan dia. Selalu kita dengar rumah pelacuran, tapi di kawasan dr rani siap ada kilang pelacur... perghh... hebat...hebat... Jadi pada orang-orang pas, jangan marah la kalau jawatan exco jaga hal ehwal agama Islam tu korang tak dapat, pasal memang pas tak layak... Published with Blogger-droid v2.0.4

Sokong Perlembagaan, Din Pudu Bakal Berdepan Tindakan Disiplin....

Image
Menurut hukum hakam pas, mana-mana ahli pas yang menyokong apa juga undang-undang atau polisi kerajaan umno/bn dianggap sebagai pengkhianatan terhadap parti, walau pun undang-undang atau polisi itu mengguntungkan rakyat malaysia dan umat Islam. Maka sebab itulah ustaz nasaruddin mat isa hilang jawatan timbalan presiden pas dan hasan ali dipecat, kerana ada kenyataan yang dibuat oleh mereka ada bau-bau menyokong kerajaan. Tindakan din pudu menyokong artikel 11 perlembagaan persekutuan seperti yang disiarkan dalam harakah keluaran 23-26 januari lepas telah membangkitkan kemarahan berberapa pemimpin parti itu, perbuatan din pudu pada mereka telah melanggar syarat dan hukum hakam pas. Maka mereka meminta jawatankuasa disiplin pas mengambil tindakan terhadap din pudu.... Published with Blogger-droid v2.0.4

PAS Mula Panas Dengan Kemaraan Hasan Ali, Banner Jadi Mangsa...

Image
Kenyataan Media Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) mengencam tindakan ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) yang telah menurunkan 10 banner Roadshow Datuk Dr Hasan Ali pagi ini. Roadshow itu dijangka akan diadakan pada 31 Jan 2012, Selasa, 9 mlm di Balai Pahlawan, Padang Sekysen 2 Bandar Baru Bangi kini sedang disabotaj oleh regim Exco MB Khalid Ibrahim.Hak kebebasan rakyat untuk bersuara telah disekat oleh MB. Sekatan ini dibuat berpilih-pilih. Kalau iklan banner pakatan, walaupun tiada lesen tidak akan mereka turunkan tetapi kalau banner milik gerakan rakyat seperti Roadshows anjuran bersama SMU, mereka telah turunkan. Dimanakah keadilan untuk Rakyat Selangor yang ingin bebas dari fahaman politik extreme kepartian? SMU melihat lonjakan kebangkitan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR) yang dibawa oleh Datuk Dr Hasan Ali kini semakin mengancam masadepan politik seks bebas yang diperjuangkan pakatan selangor sekarang.Kami menuntut agar kesemua banner rakyat yang bernilai rm1500 itu d

Pas Mula Pening Dengan Pemecatan Hasan Ali...

Image
Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melalui satu tinjauan yang dijalankan mendapati tindakan PAS memecat keahlian Dr Hasan Ali hanya memberi kesan minimum di kalangan masyarakat Melayu, kata pengarah operasi PPP, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki.Katanya, tinjauan tersebut menggunakan dua kaedah, iaitu dengan menilai komen pembaca di media baru seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Berita Semasa dan Youtube. Manakala kaedah kedua ialah melakukan wawancara dengan responden terpilih yang mewakili 24 kawasan parlimen di seluruh negara.Beliau berkata, sekiranya merujuk kepada maklumbalas pembaca Malaysiakini dan Malaysian Insider mendapati "kesan positif pemecatan dilihat lebih ketara berbanding kesan negatif"."Dengan mengambil kira julat sokongan pengundi Melayu kepada PAS dalam pilihan raya umum 2008 dan pilihan raya kecil selepasnya, iaitu antara 45 peratus hingga 55 peratus, kesan negatif pemecatan Dr Hasan dilihat masih dalam lingkungan julat tersebut."Sehubungan itu, boleh di

Selepas Laporan Audit Keluar, Saya Terus Bertapa Dalam Gua...

Image
Kenapa setelah tiga bulan isu NFC menjadi parah, baru ketua audit negara nak bersuara? ini yang aku tak paham, tiga bulan beb, bukan tiga hari, apa, selepas laporan audit di keluarkan dia terus bertapa dalam gua, langsung terputus hubungan dengan dunia luar sehinggakan lepas tiga bulan baru dia nak bersuara? Apa punya bingai la ketua audit negara nie... selepas teruk umno di hentam, selepas lunyai shahrizat dan keluarga di sebat oleh puak-puak pakatan, baru ketua audit nak bersuara, bengong punya orang, bersuara sekarang sudah tak berguna, image umno telah berjaya pakatan burukan, image shahrizat sudah teruk mereka jaja ke kampung-kampung... Aku cadangkan ketua audit negara turun ke kampung-kampung buat roadshow bersihkan semula nama umno/bn dan shahrizat sekeluarga dan akui kesilapan itu berlaku kerana selepas laporan audit keluar dia bertapa di dalam gua, apa bila selesai pertapaan, baru dia sedar yang kemelut antara NFC dan NFCorp hampir menjahanamkan umno/bn... bingai punya orang

Secara Tak Langsung, Khalid Samad Sahkan Orang PAS Semuanya BEBAL...

Image
Kalau korang baca kenyataan yang di keluarkan oleh khalid samad, tu maka korang sendiri paham la apa yang di maksudkan oleh dia tu, dia akui pemimpin pas di selangor semuanya bodoh dan bebal pasal agama, maka itu pasal dia kata khalid ibrahim ambil alih portfolio agama satu tindakan yang cukup bijak. Sebagai sebuah parti islam yang memperjuangkan islam, seharusnya pas lah yang paling layak memegang portfolio hal ehwal agama, bukan pkr yang sebuah parti pelbagai kaum yang mana ketua umum mereka memperjuangkan pluralisme agama. tapi atas sebab undi dan dendam kesumat pkr kepada pas, maka inilah masa terbaik untuk pkr memalukan pas.  Maka PAS kini bukan di kenali sebagai Parti Islam Se-malaysia tapi Parti Adat dan Sukan...

6P, Projek Ratusan Juta KDN Yang Gagal...

Image
Khabarnya NERS dimiliki bersama oleh menantu seorang menteri paling kanan. nilai projek ialah RM1.2 bilion. jika kerajaan sudah membayar atau akan membayar sejumlah itu kepada syarikat ini, bermakna segala peralatan yang digunakan dalam program 6P adalah hakmilik kerajaan dan KDN/imigresen. Malangnya, NERS atau pihak tertentu mengambil kesempatan menyewakannya kepada lebih 300 ejen yang dilantik KDN pada kadar RM14,750 bagi setiap set. setiap ejen pula menyewa di antara 5 hingga 10 mesin. ejen yang tidak mampu terpaksa bergolok bergadai untuk membayar deposit yang tinggi ini kepada KDN. KSU yang pada mulanya tidak terbabit dengan program ini tiba-tiba muncul di saat-saat akhir dan 'merosakkan' segala-galanya. daripada ejen dibenarkan mengutip RM335 daripada setiap PATI, beliau mencurahkan pasir ke dalam periuk nasi mereka akan mengumumkan ianya boleh dibuat secara percuma di pejabat imigresen, MYEG, pejabat pos dan tempat lain. akhirnya, hampir semua ejen mengalami kerugian

Ahli PKR Jadikan Kanak-Kanak 10 Tahun Sebagai Tebusan...

Image
Polis bertindak melepaskan empat das tembakan ke arah seorang lelaki setelah berunding selama enam jam bagi membebaskan seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun yang dijadikan tebusan di sebuah rumah di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru hari ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata langkah itu terpaksa diambil setelah lelaki terbabit, yang berumur 34 tahun, bertindak agresif ketika proses rundingan. Beliau berkata dalam kejadian 10 pagi itu, polis menjalankan rundingan dengan turut memanggil pakar psikiatri HKL dan seorang rakan suspek untuk memujuk lelaki berkenaan, namun dia bertindak lebih agresif. "Suspek sebelum itu secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam rumah terbabit dan mengambil pisau siang ikan di dapur sebelum menahan mangsa dan mengacukan pisau itu ke leher mangsa yang ketika itu sedang menonton televisyen bersama ibu, adik serta dua lagi sepupunya. "Suspek kemudian mengugut untuk mencederakan mangsa sekiranya ada yang cuba

Ustaz PAS Ketuai Zikir Syiah....

Image
Ada dua orang ustaz pas dalam video nie, sorang yang jadi tukang karut dan sorang lagi berdiri betul-betul di sebelahnya, nah mereka dah asuh kanak-kanak menjadi pengikut syiah. korang tengok sendiri video tu aku rasa korang boleh kenal siapa dua ekor hamlau ustaz pas yang jadi pengikut syiah. Ingat bahaya syiah, syiah membenarkan suami meliwat isterinya dan menghalalkan nikah mu'taah.

Australia Saman Syarikat Tony Fernandez....

Image
AirAsia disaman sebuah suruhanjaya pengguna di Australia kerana syarikat penerbangan tambang murah itu didakwa gagal menyatakan tambang penuh perkhidmatannya dalam laman web. Syarikat yang menjalankan penerbangan keluar daripada Gold Coast, Melbourne dan Perth itu dinamakan dalam dokumen yang diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan Melbourne pada Selasa, lapor AFP. Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia, badan pemantau urusan kepenggunaan negara itu, mendakwa terdapat tambang di laman web AirAsia tidak menyatakan harga semua cukai, duti dan caj-caj lain. "Pernigaan yang memilih mengiklankan sebahagian harga setuatu produk atau perkhidmatan harus juga memaparkan harga tunggal keseluruhannya," katanya dalam kenyataan media. komen aku : padan muka tony and the gang, korang kuat sangat menipu pengguna, korang jangan ingat korang boleh tipu pengguna di malaysia maka satu dunia punya pengguna korang nak tipu, sekarang terimalah padahnya.. 

Woii Faekah Kau Ingat Negeri Selangor Nie Mak Bapak Kau Punya Ke???

Image
Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, kritikannya terhadap pertukaran portfolio agama negeri tiada kena mengena dengan kedudukan Sultan Selangor. Lagi pun, katanya, PERKASA selama ini konsisten membela institusi raja-raja Melayu."Nak halang saya masuk Selangor. Wah, apa Faekah ingat Selangor ini negeri mak bapak dia ke?"kata Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas. Menteri besar Selangor pagi ini dilaporkan akan berbincang dengan penasihat undang-undang dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap Ibrahim yang mengkritik keras perubahan portfolio agama negeri itu. Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin menyifatkan kenyataan itu sebagai penghinaan kepada Sultan yang memperkenan perkara itu dan mencadangkan Ibrahim dihalang menjejakkan kaki di selangor. Komen aku: wahh faekah, kau ingat negeri selangor ni mak bapak kau punya ke? suka-suka tok nenek kau je nak halau orang, woii pompuan sedar la diri tu sikit...

Nik Ajis Dan Husam Musa Sedia Di Siasat SPRM, Anwar Bila Pulak..?

Image
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika diminta berbuat demikian. Beliau yang juga mursyidul am PAS berkata isu pengisytiharan harta oleh semua penjawat awam, termasuk pemimpin kerajaan merupakan isu lama. "Saya dan semua exco kerajaan negeri boleh mengisytiharkan harta, jika diminta berbuat demikian. Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan naib presiden Pertubuhan Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (AGENDA) Arif Hakimi Zulkifli yang mendesak beliau dan keluarganya mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah. Menteri besar itu berkata, beliau akan membuka seluas-luasnya pintu kepada SPRM untuk menyiasat beliau. komen aku: so sprm nak tunggu apa lagi? Published with Blogger-droid v2.0.3

Confirm PAS Akan Pecat Ustaz Nasa & Haron Din...

Image
Selepas Hasan Ali dipecat 24 jam oleh Hadi Awang pada 8 Januari 2012, ramai tertanya siapakah ahli PAS seterusnya yang bakal dibuang seperti Hasan Ali. Ramai jari menuding ke arah Nasharudin Mat Isa. Mengapa Nasharudin? Beberapa sebab kenapa Nasharuddin, antaranya: 1) Nasharudin adalah dari team Ulama dan tidak sehaluan dengan DAP, tidak sehaluan dengan kumpulan Erdogan dalam PAS.  2) Nasharudin dilihat secara terbuka menyokong Hasan Ali selepas 8 Januari 2012. 3) Nasharudin dituduh bertemu secara senyap dengan beberapa orang pemimpin UMNO.  4) Nasharudin dianggap sebagai pesaing kepada aliran Erdogan dalam PAS. Sebab itu Nasharudin dilawan oleh Mat Sabu (aliran Syiah) untuk tempat Timbalan Presiden PAS.  Selepas Hasan dan Nasharudin, siapa lagi yang akan kena? Nama ketiga yang disebut adalah Haron Din atau mungkin dua orang lagi dari kumpulan Ulama. Atau Ketua Dewan Pemuda yang kena dulu. Sama-sama kita nantikan. sumber: angin perubahan Published with Blogger-droid v

ADUN Seri Muda Kata Chegubard Punca Ceramah Di Jalan Kebun Kecoh...

Kecoh malam tadi di Kg Jln Kebun Klang yang mana sekumpulan anak anak muda menyerang dewan MBSA dimana program HINDRAF berlangsung.Jika dilihat dalam video yang ditayangkan memperlihatkan anak anak melayu Jln Kebun bertindak biadap keatas program yang dijayakan Pakatan DAP,PAS, PKR. Anak melayu dilihat menyerang mereka yang berada dalam dewan MBSA. Itu yang dipaparkan dalam video tersebut.Tetapi apakah anda tahu bahawa Kg Jln Kebun merupakan kubu kuat orang Melayu yang mana 100% nya adalah orang Melayu dan tidak ada seorang pun bangsa India yang menetap di Kg Jln Kebun. Mengapa Pakatan mengadakan program HINDRAF di Kg Jln Kebun sedangkan kawasan tersebut 100% orang Melayu? Dan mengapa program Hindraf diadakan pada waktu Maghrib? Apakah anda nampak motif utama mereka?Pakatan tahu Kg Jln Kebun lubuk Melayu dan Pure Melayunya. Malah itulah kubu Kuat Melayu yang sememangnya tidak dapat ditembusi oleh pihak luar sama sekali sejak dulu dan sehingga sekarang ini. Jadi dengan membawa HIN

Antony Loke Kecam Sam Ketot...

Pemuda DAP hari ini menyelar kenyataan Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin yang mencabar Umno meminda perlembagaan untuk memastikan hanya Melayu boleh menjadi perdana menteri. Ketuanya Anthony Loke berkata, kenyataan yang disampaikan dalam ucapan dasar Kongres AMK di Johor Baharu semalam bersifat rasis dan menjejaskan usaha Pakatan Rakyat merampas Putrajaya. "Saya terkejut dengan kenyataan bersifat rasis Shamsul kerana sayap Pemudanya sentiasa menganjurkan prinsip pelbagai kaum PKR. "Kenyataan rasis dan melulu sebegitu akan melambatkan usaha PKR untuk menyumbang kepada penamatan (era) rasisme di negara ini," kata Loke dalam kenyataannya. Published with Blogger-droid v2.0.3

Dr Rani Pengsan Bila Tahu 1500 Orang Dengar Ceramah Hasan Ali...

Image
Permulaan yang baik untuk hasan ali dalam siri jelajah selamatkan akidah di negeri selangor, semalam kira-kira 1500 orang datang ke dewan MPK di pekan meru untuk dengar ceramah beliau, hasan ali semalam berganding dengan ustaz mukram mohd toyib dari ISMA dan ustaz hasan basri. Ceramah semalam kurang cerita politik, tapi banyak dengan cerita-cerita mengenai kerosakan akidah umat islam bila mana ada pemimpin politik cuba untuk menghalalkan pluralisme agama, perkahwinan sesama jantina atas nama demokrasi dan hak kebebasan. Dr rani terpaksa membawa si peliwat, anwar ibrahim pada malam nie untuk cuci semula akidah orang-orang pas dan penyokong pakatan yang telah di pesongkan oleh hasan ali semalam. video ceramah dan tiga soalan maut penonton yang di tanya kepada hasan ali akan upload kemudian.

TERKINI: CONFIRM ANWAR TAK BOLEH TIDUR MALAM NI DAN MALAM-MALAM SETERUSNYA????

Maklumat terkini yang baru dapat, pihak peguam negara telah memfailkan rayuan kes anwar meliwat saiful. Ini bermakna lepas ni anwar kat boleh tidor lena lagi la, penjara sungai buloh tetap menanti anwar. Published with Blogger-droid v2.0.3

AG Biarkan Anwar Meliwat Lagi....???

Jam sudah menunjukan pukul 4 petang, tak dengar cerita lagi pasal AG pergi buat rayuan untuk kes anwar meliwat saiful. Adakah AG menghalalkan pelakuan liwat yang anwar buat tu, mana keadilan untuk mangsa liwat? Published with Blogger-droid v2.0.3

Hilang Portfolio Hal Ehwal Agama, Khalid Minta PAS Berlapang Dada...

Image
Inilah musibah yang di terima oleh pas kerana menggugurkan perjuangan nak tubuhkan negara islam dan di gantikan dengan negara berkebajikan, portfolio hal ehwal agama islam sudah tidak layak lagi untuk di jaga oleh pas...

Kerana Pulut Santan Binasa, Zuraidah & Rafizi Padan Muka...

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Khamis memfailkan saman fitnah menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berhubung isu Pusat Fidlot Negara (NFC).  Saman tersebut difailkan peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi. Kuala Lumpur Jalan Duta di sini. Published with Blogger-droid v2.0.3

Khalid Ibrahim Jaga Portfolio Agama... Lawak Terbaik Awal Tahun Ini...

Image
Ok... exco baru yang ganti hasan ali pun telah di lantik, dr rani mukarjee yang dok berangan dari minggu lepas tak dilantik jadi exco, maka meroyan la puak-puak pas di meru... Apa pun yang aku nak komen pasal portfolio hal ehwal agama islam, sepatutnya exco dari pas yang pegang portfolio tu, tapi ia dah di ambil alih oleh khalid ibrahim, kenapa?  Aku nak tanya puak-puak pkr dan puak-puak penyokong pakatan kat selangor, apa pengetahuan khalid ibrahim pasal agama islam, amal makruf nahi mungkar?  Jawapannya nehi... khalid tak tau satu apa pun pasal agama islam, kalau tak percaya korang boleh cek balik kenyataan-kenyataan dia masa kes penjualan arak, kes gereja dumc dan pendirian dia dalam isu seksualiti meredeka, maka kalau di teliti segala kenyataanya, layak ke dia jaga portfolio hal ehwal agama islam... Pada aku selagi wujudnya dap, selagi itu amal makruf nahi mungkar tak boleh dilakukan di selangor...

Spander Levis Adam Adli Terdedah...

Image
Porahh... nak bebaskan mahasiswa konon, nak mintak mahasiswa di benarkan berpolitik konon, sudah la, ko pakai seluar pun tak betul, pakai seluar sampai nampak spander pasar malam, lagi nak gempak kerajaan. Inilah contoh bakal-bakal guru yang akan mengajar anak-anak kita nanti, macam mana lah dia nak ajar anak bangsa kalau dia sendiri pakai seluar pun tak betul... Oii bodoh!!! mak bapak kau tak ajar ke cara pakai seluar dengan cara yang betul ???

Inilah Namanya Rezeki Terpijak, Orang Lain Yang Berangan, Orang Lain Yang Dapat...

Image
ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Hasan Ali yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu. Dr Ahmad Yunus yang juga pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - mengangkat sumpah sebagai exco di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pagi ini. Ahmad menggantikan Hasan selepas beliau dipecat dari PAS pada 8 Januari lalu susulan tindakan beliau yang merugikan parti itu. Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa calon pilihan adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman tetapi menurut sumber beliau menolak pencalonan berkenaan. Pada sidang akhbar selepas majlis berkenaan, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap Kebudayaan Melayu, Belia dan Sukan yang sebelum ini dipegangnya. Manakala jawatankuasa mengenai hal ehawal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam akan disandang oleh Abdul Khalid. sumber: malays

Sepuluh Janji Pakatan Jika Perintah Malaysia, Wifi Lebih Penting Dari Hudud...

Image
Nak buat semua benda dalam masa 100 hari? kalau tak dapat buat semua, maka di salahkan umno/bn, janji yang dulu pun tak tertunai, contoh terbaik di selangor, mana janji yang kata nak turunkan 20 peratus cukai pintu, mana? Kalau di teliti janji-janji yang depa buat tu, mana janji yang dulu depa kata nak laksanakan perundangan islam, nak buat hukum hudud, mana? kenapa tak masukan sekali dalam janji-janji 100 hari  tu, atau pada mereka hukum hudud sudah tidak relevan lagi... Maknanya wifi percuma lebih penting dari hukum hudud, sebab itu janji nak bagi wifi percuma di masukan dalam 10 janji-janji pakatan kalau perintah malaysia.

DYMM Sultan Selangor Tak Berkenan Lantik Dr Rani Mukarjee...???

Image
Berita panas dari Selangor - Dr Rani ditolak oleh DYMM Sultan Selangor utk gantikan tempat Hasan Ali. Angin yg kuat berkencang, ada seorang lagi Dr yang jadi perhatian PAS Selangor dan pihak istana berkenan. YB Dr Yunus ADUN Sijangkang. Info : BBM Group Keputusan ini perlu diterima (jika info ini benar) Sultan tentu ada sebab menolaknya.. Daulat Tuanku !!! sumber: wikileaks malaysia.

Tarian Bogel Ini Keperluan Rakyat...

Image
Setiap apa yang depa buat, depa akan kata itu keperluan rakyat, ronnie liew bila ditanya kenapa banyak sangat rumah urut di selangor dia jawab itu keperluan rakyat, bila di tanya kenapa terlalu banyak hotel bajet di selangor, dia jawab itu keperluan rakyat. Rupa-rupanya jawapan keperluan rakyat nie adalah jawapan standart bagi pihak pembangkang, setiap apa kesalahan yang mereka buat mereka akan cover dengan ayat itu keperluan rakyat, ini keperluan rakyat, tapi betul ke rakyat memerlukan semua tu? 

Hasan ALI Akan Mengganas Jumaat Nie...

Image
Move pertama hasan ali di selangor, jaga-jaga dr. rani mukarjee, hasan datang tempat ko tu, silap haribulan separuh dari pengundi ko boleh swing...

Khalid Samad Tak Sabar Nak Tahu Sapa Parasit Tu...

Image
Semalam masa sidang media hasan ali di rumahnya, dia ada menyatakan ada parasit-parasit dalam pas yang cuba nak menjahanamkan pas dari dalam dan menguburkan kepimpinan ulama di dalam pas. Aku cukup minat dengan ayat yang hasan ali gunakan, iaitu 'parasit' siapakah parasit yang di maksudkan oleh hasan ali tu? parasit yang hasan ali maksudkan tu ialah pemimpin pas yang berkiblatkan anwar, mereka terlalu taksub kepada anwar, antara parasit-parasit itu ialah khalid samad, shaari sungip, kamaruddin jaafar, dr. dzulkifly, salehuddin ayub, dan berberapa lagi pemimpin pas di peringkat negeri. Mereka ini akan membawa suara dan idea sekular anwar didalam pas, antara kejayaan mereka mempengaruhi pemikiran pemimpin pas ialah, menggugurkan perjuangan menegakkan negara islam dan di gantikan dengan perjuangan menubuhkan negara berkebajikan, malah skrip yang di baca oleh hadi awang presiden pas dengan mengatakan 'tidak ada negara islam dalam al-quran' adalah skrip yang di tulis ole

Anwar Turun Darah Bila Tengok Video Hasan Ali Nie...

Image
komen aku : aku akan sokong sape je yang tibai anwar al-juburi, tak kiralah dia tu orang pas ke, orang pkr ke, janji dia tibai anwar aku sokong.

Datuk Seri Utama Rais Yatim...

Image
Datuk seri utama rais yatim di majlis penyampaian geran dana pembangunan industri kreatif di auditorium skmm putrajaya.

Hasil Perjuangan PAS Di Selangor, Shah Alam Kini Ada Panggung Wayang...

Image
Pawagam pertama di Shah Alam telah beroperasi. Berdasarkan tinjauan pawagam ini telah beroperasi sejak sebulan yang lalu. Pawagam ini berlokasi di kawasan perindustrian Bukit Jelutong , bersebelahan dengan kawasan penempatan penduduk di TTDI Shah Alam. Tinjaun MNN mendapati terdapat 10 unit pawagam mini yang boleh menempatkan 100 pengunjung pada satu-satu masa. sumber: malaysia news net. komen aku : bagus la, dulu masa umno/bn perintah panggung wayang di haramkan di bandar shah alam, bila pas dan pakatan haram perintah semua benda-benda yang diharamkan dulu mereka halalkan atas nama keperluan rakyat.

GAY Dua Beradik Nie Hina Tun Mahathir...

Image
Tak tahu apa yang aku nak cakap lagi, tapi sikap dan perangai gay dua beradik ni memang dah melampau, si abang hina tun mahathir dengan mengatakan "kepala otak kau" ketika dia berceramah di pulau pinang, klik sini. Dan si adik pulak, menyambut kata-kata abangnya dalam twiter, padahal dua beradik tu malah seluruh keluarga mereka pernah mendapat pertolongan dan limpahan rezeki dari pada orang yang dia hina tu. Inilah yang dikatakan, bagai melepaskan anjing tersepit dan kacang lupakan kulit. Azmin ali ketika bekerja dan menjadi anak angkat tun mahathir. Twitter azwan ali

Kenapa Karpal Gelabah Bila Peguam Negara Nak Buat Rayuan Kes Liwat Anwar...

Image
Sekali lagi Peguam Bela Karpal Singh mengesa Peguam Negara agar tidak memfail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membebas dan melepaskan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Karpal yang juga Ketua Peguam Bela Anwar berkata perbicaraan itu sudah memakan masa yang cukup lama dan patut dihentikan untuk kebaikan semua. “Perbicaraan ini dipanggil ibu segala perbicaraan di Malaysia dan saya kira tiga tahun (perbicaraan) adalah cukup lama dan ia perlu dihentikan demi kebaikan semua,” katanya seperti dilaporkan Bernama Saiful melalui kenyataan media bapanya, Azlan Mohd Lazim baru-baru ini memohon kepada Peguam Negara agar merayu kes ini ke Mahkamah Rayuan demi untuk mendapat keadilan anaknya. Karpal tidak bersetuju dengan permohonan rayuan Saiful itu dan menggesa agar pihak Peguam Negara tidak meneruskan rayuan demi maruah Anwar. “Cukup malang perkara berkenaan telah berlarutan hingga

CERAMAH UMUM: Anwar Dapat Lesen Meliwat ??

Seluruh rakyat selangor di jemput hadir ke ceramah  "Anwar Dapat Lesen Meliwat ???" Bertempat di : Tadika nuri, jalan kristal, 7/68, seksyen 7 shah alam, selangor. Tarikh dan masa : malam nie (ahad), jam 9 malam. Penceramah : datuk salehuddin saidin (bekas pendakwaraya jabatan peguam negara) SEMUA DIJEMPUT HADIR

Negarawan Ulung, Tun Dr Mahathir Di Shah Alam 13 Januari 2012

Image

Nik Ajis Ohhh Nik Ajis....

Image
Dulu nik ajis kata sambutan maulud nabi satu bidaah, kata nik ajis lagi, tak de maknanya kita menyambut hari kelahiran Rasul kekasih ALLAH itu, dari kita perabis duit merayakan maulud nabi, lebih elok kita baiki tandas surau dan masjid yang kotor dan perlu di selengara. Nik ajis meletakan nilai sambutan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sama level dengan tandas di masjid dan surau. Tapi bila kita tengok gambar dibawah nie, masyaallah, potong kek sambut hari lahir style orang puteh nik ajis ikut pulak, potong kek tiup lilin dihalalkan oleh nik ajis ketika dia menyambut hari lahirnya, tapi kalau umat islam nak sambut hari kelahiran Rasulullah, macam-macam fatwa yang dia keluarkan...

Ismail Mina: Murtad Sekiranya Menyokong Pluralisme Agama.

Image
Komen aku : ya komen aku cukup simple, menyokong pluralisme agama boleh membawa kepada murtad, anwar menyokong pluralisme agama, apa akan jadi kalau kita menyokong anwar??? jadi lu pikir lah sendiri... Siapa ismail mina nie? Ismail Mina, 62, mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika masih menuntut di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1970 mengambil keputusan meninggalkan sahabat lamanya itu berpunca dari persoalan akidah. Sebelum ini, Ismail menyatakan sokongannya yang tidak pernah luntur kepada Anwar, dari zaman pelajar, bersama-sama menubuhkan Yayasan Anda dan ABIM (Angkatan Belia Islam) hingga terlibat dalam Sekretariat Pembebasan Anwar, ketika Ketua Umum PKR itu merengkok di penjara Sungai Buloh. Cerita lanjut mengenai ismail mina dan anwar, klik sini .

Anwar Jangan Terlalu Gembira...Sungai Buloh Tetap Menanti...

Image
Gembira aku bila dengar kesediaan pendakwaraya memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi dalam kes anwar liwat saiful, Perkara itu disahkan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal dalam satu pertemuan eksklusif dengan wartawan nik suryani megat deraman. Aku harap AG (peguam negara) tak keberatan untuk membenarkan datuk mohd yusof memfaikan kes itu ke mahkamah rayuan, kita kena ingat keadilan untuk saiful mesti di tegakan, bila mahkamah tinggi memberi kemenangan keatas anwar bukan bermakna itu adalah kemenangan mutlak anwar, hakim mahkamah tinggi tidak kata pun perlakuan liwat seperti yang laporkan oleh saiful tidak berlaku, tapi atas kesilapan teknikal dna, anwar di bebaskan. Bayangkan kalau perkara itu berlaku pada ahli keluarga kita, di sebabkan sedikit kesilapan teknikal, orang yang meliwat ahli keluarga kita tu boleh lepas bebas, tapi yang menanggung aibnya ialah mangsa dan ahli keluarga, adakah kita berpuas hati??? Lagi satu aku harap, pihak AG jangan banyak s

Berita Baik Untuk Anwar...

Pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi kuala lumpur yg melepas dan membebaskan dsai isnin lalu dr tuduhan meliwat Perkara itu disahkan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal dalam satu pertemuan eksklusif dengan wartawan nik suryani megat deraman "Dengan segala bukti yang ada, saya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini ke Mahkamah Rayuan". Beliau akan bertemu Peguam Negara bagi menyatakan pendirian barisan pendakwaraya beliau dalam kes ini secepat mungkin.

Kenyataan Media, Bapa Saiful, Mangsa Liwat Anwar Ibrahim

Kenyataan Media Azlan 1) Saya Azlan Mohd Lazim, bapa kepada mohd saiful berasa sangat kecewa dgn kenyataan bar council yang menyarankan agar pihak Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berhubung keputusan kes anak saya yang diputuskan mahkamah pada 9/1/2012. 2) Pada hemat saya, tindakan Majlis Peguam itu dilihat sebagai langkah untuk menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili, dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia. 3) Majlis Peguam seharusnya bersikap 'neutral' dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung. 5) Adakah gesaan tersebut melambangkan pendirian semua peguam-peguam di Malaysia atau hanya pendirian tertentu individu-individu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik? 6) Mengapa Majlis Peguam selama ini pernah tidak bantah pihak tertuduh dalam perbicaraan kes ini yang ikut rekod telah membuat 36 kali rayuan? Ini baru k

Peluang Terbaik Untuk UMNO Saman Azmin Ali...

Image
Umno perlu saman azmin ali, pasal dalam video ni secara terang-terang dia kata anwar di dakwa di mahkamah atas pertuduhan dia meliwat saiful secara suka sama suka atas kehendak umno/bn, ini bukti kukuh beb dia fitnah umno. Aku yakin azmin ali pasti terkencing bila umno saman dia, pasal mamat ni bukan berani sangat pun, kalau korang ingat, punca anwar kantoi dalam pertuduhan kes rasuah tahun 1998 dulu, pasal mamat ni la, dia telanjangkan habis anwar ibrahim pasal dia tak tahan kena soal siasat dengan polis. itu pasal sampai sekarang wan azizah dan nurul izzah tak berape nak ngam dengan dia ni, itu hanya salah satu sebab la, ada juga sebab lain, itu nanti nallakarupan boleh ceritakan secara detail, dan azmin di angkat sebagai timbalan presiden pun bukan atas kehendak wan azizah, tapi atas kehendak anwar, korang pun tahu kenapa la kan...?? Apa pun umno kena saman malaun todi nie, pasal kenyataan yang dia keluarkan real dia tuduh umno, so kalau umno anak jantan, silalah saman azmin ali s

Sekitar Di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Semalam...

Image
Mohamad zabidin menyatakan tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik, " saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. justeru, mahkamah hanya ada keterangan saiful, "oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan keterangan saiful, oleh itu tertuduh di bebas dan dilepaskan. komen aku: hakim sentuh pasal sampel dna, hakim tak kata perbuatan anwar memasukan koneknya kedalam jubur saiful tidak berlaku, ini bermaksud, hakim akui perbuatan liwat itu berlaku, cuma di sebabkan teknikal  atas sample dna hakim melepaskan anwar. Orang yang meminta kerajaan membenarkan kristian mencetak, menjual dan mengedarkan kitab injil dalam bahasa melayu. Pak jabit pun ada. Pakcik ni bersungguh-sungguh berdoa, bukan kerana anwar tapi minta ALLAH jangan turunkan hujan pagi itu. Saiful anang, budak yang koma kerana kena sekeh dengan pihak polis, datang naik wheel chair, syok la dia tak payah