Posts

Showing posts with the label PRK Permatang Pauh

#PRKPermatangPauh : UPDATE KEPUTUSAN TERKINI

20:31 BN 19994  Bebas 347  PKR 29456  PRM 97 20:25 BN 19872 PKR 29314 20:24 BN 19072 PKR 28398 20:13 Bn 18633 PKR 27971 20:11 PKR mendahului 9338 majoriti 20:03 BN 17939 PKR 26631 19:45 BN 16291 PKR 23441 19:42 BN 14682, PKR 21982 19:39 BN 14193 PKR 21019 19:21 BN 10439, PKR 15893 19:18 PKR mendahului BN 3347 undi di DUN Permatang Pasir... 19:18 Setakat ini PKR mendahului 5165 undi... 19:11 Bn 9064, PKR 14066 19:06 BN 8312 PKR 12980 SILA REFRESH SETIAP 10 MINIT...

#PRKPermatangPauh : Keputusan Tak Rasmi, BN Menang Di Dua PDM Setakat Ini...

PDM Tanah Liat, BN Menang... PDM Teluk Wang, BN Menang... ini keputusan tidak rasmi...

#PRKPermatangPauh : Keadaan Tegang Di PDM Tanah Liat...

Image
Keadaan cukup tegang di PDM Tanah Liat. diberitakan petugas bn dari negeri kedah telah di kepong oleh sekumpulan penyokong pkr... Ada sumber yang mengatakan 3 petugas bn di cederakan oleh penyokong pkr... Lagi berita akan menyusul.

#PRKPermatangPauh : Peratusan Keluar Mengundi Stakat Jam 4 Petang.

#PRKPermatangPauh: Setakat 4 petang, 49,934 (69 peratus) daripada 71,252 telah mengundi - SPR

#PRKPermatangPauh : Penyokong PKR Makin Ganas, SPR Pun Mereka Nak Serang...

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan beberapa program lawatannya ke Pusat Mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Permatang Pauh berikutan nasihat polis atas faktor keselamatan. Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau dan Timbalannya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dijadual melawat empat pusat mengundi namun atas nasihat polis, beliau hanya sempat melawat sebuah pusat mengundi di Seberang Jaya. Katanya, beliau dimaklumkan terdapat perkara yang tidak diingini berlaku seperti kejadian membaling objek, caci mencaci dan ancaman daripada penyokong kedua-dua pihak."Penyokong-penyokong di sini lebih agresif berbanding PRK Rompin dan mereka lebih kepada memantau pergerakan pihak SPR," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Oon di sini Khamis.Katanya lawatan para pegawai SPR ke pusat mengundi pada hari mengundi adalah satu budaya untuk memantau perjalanan proses mengundi. Namun, Abdul Aziz berkata pen...

#PRKPermatangPauh : Ceramah Grand Finale PKR, Najib, Rosmah & Ahmad Maslan Jadi Bahan Kutukan...

Image
Ceramah grand finale pkr di adakan di tapak expo seberang perai malam tadi... Macam biasa kesemua 8 orang penceramah termasuk wan jijah menjadikan, najib, rosmah dan ahmad maslan sebagai bahan kutukan mereka... Politik menanam kebencian yang pemimpin pembangkang tunjukan sudah melampaui batas... Mereka menggambarkan anwar ibrahim adalah mangsa kezaliman, kononnya anwar di penjara kerana kesalahan melawan rasuah, padahal semua orang tahu, satu malaysia telah tahu, perkara sebenar kenapa anwar di penjara kerana kesalahan meliwat... Jadi di pihak kerajaan perlu beri penerangan sehingga ke akar umbi apa kesalahan anwar dan kenapa dia di penjara, perlu terangkan A to Z kes anwar itu, biar rakyat paham... Dua lagi penceramah ialah xavier jayakumar dan ketua penerangan pkr yang ntah aku tak tau sama nama dia... Ketua pemuda pas nie kata, kemarahan ahli pas adalah perkara kecil dan terpencil, adakah penghinaan pkr dan dap terhadap hukum hudud dan hadi awang di anggap...

#PRKPermatangPauh: Nenek Jijah Menggedik Dengan Mat Sabu Di Pasar Malam...

Image
Pasar malam kampung guar perahu... Abg mat sabu turut mengiringi nenek jijah... Masa nie kalau korang tengok, nenek tu punya la gedik... Tapi dah dekat akhir-akhir kempen nie, dia dah tukar tone, buat-buat sedih...

#PRKPermatangPauh: Azeez "BALING PADAYAPPA"

Image
Datuk Azeez ketika berucap di hadapan 1000 pengundi kaum India permatang pauh di Pusat Operasi Barisan Nasional semalam....

#PRKPermatangPauh : Nenek Jijah Dah Mula Usung Cucu Cicit, Nak Raih Simpati...

Image
Dia dah buat dahhh... Habis segala cucu cicit piut dia usung naik pentas nak raih simpati... Cara ceramah dah tone down, bunyi ala-ala sebak menahan sedih... Kalau minggu lepas punya la tergedik-gedik kau berjalan dengan kipas kesana sini berjumpa pengundi... Last round punya kempen cuba buat muka sedih, mintak simpati... Sudah la weii, jangan nak berlakon... Menang di permatang pauh, tapi duduk di kajang... Orang permatang pauh memang baghal la kalau bagi juga si jijah menang...

#PRKPermatangPauh : Kalah Di Rompin, Poster Di Permatang Pauh Jadi Mangsa...

Image
Sudahnya, poster BN di permatang pauh jadi mangsa... Style politik bodoh macam nie masih wujud di permatang pauh... Tempatnya di kubang semang, kononnya kubu kuat pkr... Jika kelmarin van skuad sayang wanita UMNO wilayah jadi mangsa politik ala babun pakatan... Hari nie poster dan billlboard BN pulak jadi mangsa.... Semalam aku tengok ok je, pagi tadi sudah jadi bergini...

#PRKPermatangPauh : Bagi La Dekat Kami Pulak, Korang Dah Dapat 3 DUN, Parlimen Bagi Kat BN...

Image
Sifirnya mudah... Pakatan dah kuasai 3 dun dalam parlimen permatang pauh... Jadi parlimen permatang pauh elok bagi kat bn... Supaya kerja-kerja pembangunan di permatang pauh boleh dijalankan... Tak payah mengharap kepada peruntukan kerajaan negeri, itu pun kalau ada... Kalau bagi jugak dekat pkr, wan azizah tentu tak sempat nak balik ke permatang pauh, kajang dia nak jaga, cucu dia nak bela, dia tak ada masa, dia kata guan eng boleh tolong dia jaga permatang pauh, apa korang ingat guan eng tu banyak sangat ke masa nak tengok tempat wan azizah tu...??? guan eng sendiri pun ada dun dan parlimen yang dia nak jaga... Pkr kalau menang parlimen pon, bukan ada peruntukan banyak... pasal pakatan bukan jadi kerajaan persekutuan...

#PRKPermatangPauh : Bantuan Kepada Keluarga Adik Ana Rania Sofia Di Tanah Liat...

Image
Adik Ana Rania Sofia yang menderita sakit usus mendapat perhatian dari Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Azeez Rahim semalam. dalam lawatan itu, Datuk Azeez menyerahkan bantuan keperluan harian dan ubat-ubatan untuk keperluan adik Ana Rania Sofia... Dalam masa yang sama, Datuk Azeez dan Belia 4B Tanah Liat, bergotong-royong membantu membaik pulih rumah bapa Ana Rania Sofia, iaitu Encik Khairul Rizal, baik pulih rumah dijangka akan siap dalam tempoh 2 minggu....

#PRKPermatangPauh : Berilah Peluang Sekali Kepada BN Menang Kerusi Permatang Pauh - Azeez Rahim.

Image
Datuk Azeez Rahim, meminta kepada pengundi permatang pauh, memberi peluang kepada calon Barisan Nasional, Suhaimi Sabudin untuk menjadi wakil rakyat mereka... Menurut Azeez, dia yakin, Suhaimi mampu memberi komitmen dan berkerja keras untuk penduduk permatang pauh, memandangkan beliau adalah anak tempatan... Tidak ada gunanya pengundi permatang pauh memilih wakil rakyat yang hanya touch 'n go, yang mungkin akan turun kawasan sebulan sekali...

#PRKPermatangPauh : Pengundi Tak Mahu Wakil Rakyat Touch 'n GO....

Image
Perjumpaan Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan jentera wanita Barisan Nasional. Adakah kaum cina kali ini benar-benar ikhlas menyokong Barisan Nasional atau ianya hanya sekadar lakonan supaya gambar mereka masuk paper dan tv, boleh buat paper cutting dan tunjuk pada anak cucu mereka nanti... apa pun, sama-sama kita tunggu pada 7 April nanti....

#PRKPermatangPauh : Cukuplah Kami Pulak....

Image
Perjumpaan Dato' Seri Dr. Zahid Hamid dengan anggota RELA Permatang Pauh di Politeknik Permatang Pauh...

Ambiga Anti Hudud, PAS Masih Bersama Ambiga...??? #PRKPermatangPauh

Image
Inilah orang yang pas anggap sebagai penyelamat demokrasi... Inilah orangnya yang pas tatang kononnya dia pembersih pilihanraya... Orang ini, kerajaan tak boleh sentuh, walau pun dia menghasut, nescaya pas akan bermati-matian mempertahankannya... Tapi dalam diam dia tikam PAS dari belakang... Ambiga "ANTI HUDUD"... Padan Muka PAS....

PRK Permatang Pauh: Ahli PAS Akan Beri Undi ROSAK Kepada Wan Azizh... #PRKPermatangPauh

Image
Rupa-rupanya cerita hina hadi awang nie tak settle lagi, waan azizah dan pkr kata ari tu, mereka dah minta maaf kepada pas, itu hanyalah cakap mereka, perkara yang sebenarnya ialah, PKR, DAP dan AMK sehingga ke hari ini masih belum minta maaf kepada hadi awang... Jadi ubat yang paling mujarab untuk kedegilan pkr dan wan azizah ialah... AHLI PAS PERMATANG PAUH AKAN BERI UNDI ROSAK KEPADA PKR....

PRK Permatang Pauh: Bagi Mie, Mie Akan Buktikan...

Dia anak jati permatang pauh... Dia di besarkan disini... Maka selayaknyalah MIE di beri peluang... Ayuh pengundi permatang pauh... Bekas ahli parlimen kamu dulu bukan service pun... Bagi peluang kepada anak jadi permatang pauh...

Manifesto Permatang Pauh Di Lancarkan, BN Tumpu Pada Enam Perkara Utama...

Image
BN melancarkan manifesto prk permatang pauh, pelancaran di sempurnakan oleh zahid hamidi, naib presiden umno... Dalam manifesto itu, bn mensasarkan 6 perkara akan di lakukan sekiranya dapat merampas parlimen permatang pauh dari tangan pkr... Antara 6 perkara itu ialah,  1. Mengusahakan terbinanya sebuah sekolah agama berasrama penuh... 2. Menyediakan pembiayaan mikro kredit khas untuk parlimen permatang pauh... 3. Menambah bilangan klinik 1malaysia di parlimen permatang pauh... 4. Menggalakan masyarakat menyertai RELA... 5. Membina projek perumahan rakyat termiskin (pprt) 6. Menaiktaraf dan menyelengara kemudahan awam dan taman-taman perumahan... Ringkasan 6 janji bn kepada pengundi permatang pauh korang boleh baca di bawah....

#PRKPermatangPauh : Calon BN Di Pasar Tani Guar Perahu...

Image
Calon BN suhaimi sabudin petang tadi melawat pasar tani guar perahu, turut bersama-sama beliau ialah, timbalan menteri pertanian dan asas tani, dato' sri tajuddin abdul rahman... Mood pengundi di kawasan guar perahu ketika melihat kehadiran calon bn amat bagus... Kalau kena caranya, tak mustahil bn boleh rampas permatang pauh.... Makcik nie pesan pada calon BN, kalau dah menang nanti, buat kerja elok-elok, agaknya selama nie, wakil rakyat permatang pauh yang dulu buat kerja tak elok kot...