PAS Beri Cadangan Pada Najib, Buang Menteri Dan Timbalan Menteri Yang Mengarut...
PAS mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuang menteri dan timbalan menteri yang sering memberikan cadangan kontroversi kepada rakyat supaya perbelanjaan mengurus kerajaan dapat dikurangkan. Cadangan itu diletakkan paling atas dalam senarai 16 perkara yang disyorkan kepada kerajaan dan Najib bagi mengatasi kemelut ekonomi, kenaikan kos sara hidup dan membebaskan rakyat daripada terpaksa menanggung beban kerajaan yang dikatakan boros. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata beban yang dihadapi oleh rakyat sekarang ini sudah mencapai tahap mencekik leher. Katanya, laporan pemberhentian pekerja oleh pelbagai sektor membabitkan ribuan kakitangan, serta kenaikan kos hidup kini memuramkan suasana sosio politik negara. “Ombak kemelesetan ekonomi sudah dirasai meskipun kerajaan yang suka bermain dengan nombor-nombor statistik dengan rakyat enggan mengakui secara terbuka. “Tapi sekurang-kurangnya ada seorang timbalan menteri yang sec