Makin Teruk Cara Courts Kutip Hutang...
#pesanankhidmatmasyarakat Semalam di mahkamah KL, saya didatangi oleh seorang wanita bersama anaknya. Katanya dia dapat notis ini melalui pos. Dia tanya pada saya, ke unit mahkamah mana dia harus pergi (bankruptcy court ke, sessions court ke). Selepas baca notis ni, saya dapati ianya palsu. Apa yg salah dlm notis ni? Sesuatu notis mahkamah mesti dinyatakan firma guaman yg issue notis tu. Dlm kes ni tetuan wong arif & co tak wujud. Boleh check di laman web majlis peguam untuk tau nama firma dan contact number. Pendakwa raya tak handle kes kutip hutang. Mereka handle kes jenayah. Intitulement (heading notis) pun dah ke laut. Katanya petisyen penerimaan masuk. Petisyen ni biasanya untuk penerimaan masuk peguam ( call to to the bar). Takde kene mengena dengan akta penghutang. Mahkamah bersidang pukul 9. Sepanjang saya beramal, tak pernah dengar mahkamah bersidang pukul 11. Unit RKK mahkamah sendiri bgtau saya, ni bukan kes pertama. Dah few times jadi. Sesia