Posts

Showing posts from November, 2016

PRU 14, Kerajaan Disaran Guna Sistem Biometrik SEGERA...

Image
Cerita pasal pengundi hantu ni aku jelak dah nak mendengarnya, sejak dari prk lunas tahun 2000 dulu, sampai la sekarang ni tak habis-habis cerita pasal pengundi hantu... Dipihak pembangkang, menuduh bn bawa masuk pengundi hantu... Dipihak bn pulak, tuduh pembangkang gunakan warga china untuk menjadi pengundi hantu... Tapi apa penyelesaian pon tadak... Sudahnya bodoh gitu la kita dengar cerita pasal pengundi hantu... Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pernah dua kali mencadangkan supaya di gunakan sistem biometrik, sekali pada tahun 2009 dan sekali lagi pada tahun 2011 ... Tetapi cadangan itu seolah-olah di pandang sepi oleh kerajaan, kenapa? Kalau kita baca balik saranan spr itu, cukup clear, isu pengundi hantu ini tidak akan timbul lagi, pasal pada pandangan aku, sistem itu cukup tepat. Jika dulu kita mengundi, just tunjuk ic kemudian pendaftar akan bagi kertas undi, dengan adanya sistem biometrik ini, selagi cap jempol ko tak sama seperti yang ada da

Pemasaalahan Rohigya Di Myanmar... Bhg 3 Akhir

Image
Kita dah lihat dlm Bhg 1 artikel latarbelakang negara Burma (kini Myanmar) yg tidak aman dari pergolakan dalaman dgn wujudnya pelbagai pasukan gerila yg melancarkan pemberontakan bersenjata bagi menuntut kemerdekaan wilayah masing-masing. Parti Komunis Burma dgn 15,000 anggota merupakan yg terbesar dan lain-lain pertubuhan spt Karen State Army, Shan State Army dan Mon juga mempunyai ribuan pejuang. Konflik antara etnik pula melibatkan Rohingya dan Rakhine di Arakan. Bhg ke-2 kita telah melihat sejarah asal usul Rohingya ini. Mmg sebahagian kecil mereka berasal dari Arakan itu sendiri ttp raja-raja Islam Arakan telah membawa masuk org2 Bengal bekerja disana. British juga mambawa masuk ramai buruh2 ladang dari Bengal sehingga keseimbangan demografi terjejas dan mendapat bantahan org2 Rakhine Buddha. Apabila datangnya Jepun pada Perang Dunia 2, org2 Rohingya ini dibekalkan dgn senjata oleh British tapi peluang ini digunakan utk menyerang kampung2 Rakhine sehingga mencetuskan

Pemasaalahan Rohigya Di Myanmar... Bhg 2

Image
Kecelaruan identiti bangsa Rohingya, antara penduduk asli (Islam) Arakan dan pendatang Bangladesh. Satu tinjauan dari abad ke 16 hingga 21 juga melibatkan dendam antara etnik Rohingya dan Rakhine. Asal – usul bangsa Rohingya Mereka adalah penduduk asal (Muslim) di utara Arakan (Rakhine State menurut wilayah pemerintahan Myanmar) yang bersempadan dengan Bangladesh. Pada tahun 1799, seorang bangsa Scott, Francis Buchanan Hamilton yang menulis tentang “Burmese Empire” mengatakan terdapat tiga dialek utama yang dituturkan di Burma, salah satu darinya adalah Rooinga iaitu bahasa penduduk asli Arakan. Rohingya berasal dari nama “Rohang” atau “Rohan” sebutan yang digunakan di Bengal, iaitu nama yang digunakan bagi merujuk kepada penduduk Arakan semasa abad ke-9 dan ke-10. Bentuk muka bumi Arakan yang dipisahkan dari bahagian lain Burma oleh banjaran gunung menjadikannya lebih rapat kepada kerajaan Bengal di utara, dari segi sejarah dan budaya. Ada juga sumber mengatakan asal

Pemasaalahan Rohigya Di Myanmar... Bhg 1

Image
Baru-baru ni dah banyak balik status fb yang simpati dengan pembantaian etnik minoriti Rohigya di Myanmar. Sebelum kita pergi jauh nak komited ambik pelarian Rohigya ini, mari kita baca-baca sikit apa sebenarnya masalah Myanmar ni. Semenjak Burma merdeka, telah banyak puak-puak disana menuntut kemerdekaan utk wilayah masing2. Korang jgn cakap dorg ni bengong pulak. Negara Myanmar tu besar, mcm2 etnik ada. Kita kat semenanjung ni brp byk raja ada...ahh mcm tu jugaklah dorg. Masing2 nak tadbir wilayah sendiri.  Etnik2 ini adalah Kachin, Kayah, Kayin, Rakhine dan Shan. Gambar2 yg aku up ni bukan askar Myanmar tau. Tapi pemberontak. Korg tengok kelengkapan mereka mcm mana askar Myanmar tak tension. Dorg ni byk duit hasil sokongan luar, kutipan cukai dan lain2 aktiviti haram. Jgn ingat pemberontak kt sana x cukup mkn dgn pakaian compang-camping. Sebagai contoh pasukan pemberontak yg pernah wujud, Communist Party of Burma (1939 - 1981) pernah mempunyai 15,000 anggota ber

7 Parlimen Dan 20 Dun Menjadi Sasaran PAN Dalam Pru Akan Datang...

Image
PAN telah menyenaraikan kawasan sasaran mereka untuk bertanding pada pru akan datang... Dilihat pada kawasan-kawasan itu, terutama di kawasan dewan undangan negeri, nampak macam PAN tak ada masaalah untuk dapat separuh dari kerusi yang disasarkan, itu pun kalau perlawanan 1by1 ler, kalau 2,3,4 penjuru, PAN memang ruyub... Nampaknya 3 orang exco daripada PAS kena berkeja keras la sikit untuk pertahankan kerusi dun mereka, iskandar samad, cempaka, zaidy abd talib, taman templer dan ahmad yunus, sijangkang.

MCA Akan Jadi Parti Untuk Pelbagai Kaum...

Image
MCA mengorak langkah dengan membuka pintunya kepada ahli bukan Cina, dengan cadangan pindaan kepada perlembagaan parti bagi membolehkannya menjadi realiti. Sayap pemuda MCA akan membentangkan usul ada pada perhimpunan agung bulan depan untuk meminda perlembagaan parti. Pengerusi Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata draf usul sedang disediakan untuk diluluskan oleh jawatankuasa pusat. Cadangan ini untuk mengakui ahli gabungan dan organisasi dalam tempoh peralihan sebelum kemasukan penuh ahli bukan Cina. “Jadi mari kita mulakan dengan itu,” katanya kepada akhbar The Star. Pemuda MCA membuka cadangan idea ahli gabungan bukan Cina pada Julai. Sebulan kemudian, Chong berkata satu pasukan petugas ditubuhkan untuk mengkaji perlembagaan parti dan “perkara lain yang perlu dibincangkan secara terperinci.” Cadangan membuka keahlian MCA timbul beberapa kali sejak beberapa dekad lalu. Pada 1993, parti itu dibuka kepada semua rakyat Malaysia berketurunan Cina, term

BN Berpotensi Merampas Kembali Negeri Selangor...

Image
BN berpotensi untuk merampas semula Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan memenangi tambahan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran proses persempadanan semula yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menurut firma kajian Politweet. Menurut simulasi PRU14 oleh firma kajian itu, BN mampu memenangi antara 17 hingga 23 kerusi daripada keseluruhan 56 DUN kerana peningkatan kerusi yang berisiko tinggi berbanding memenangi hanya 12 DUN pada PRU 2013. Keputusan tersebut diperolehi daripada 1,000 simulasi yang dijalankan oleh Politweet setelah mengandaikan pertandingan satu lawan satu antara parti pemerintah dan BN di Selangor, sentimen pengundi yang tidak berubah dan peratusan keluar mengundi yang sama seperti PRU13. Laporan itu turut menekankan PAS mungkin menjadi pihak yang paling banyak rugi kerana berisiko hilang lapan DUN. PAS kini menguasai 13 DUN di negeri berkenaan setelah dua daripada wakil rakyatnya bertindak keluar parti dan