Posts

Showing posts from April, 2016

Lelaki Cina Ini Pernah Di Ugut Bunuh Kerana Bantu Orang Melayu...

Image
Dilahirkan di Kuantan dan dibesarkan di Mentakab dengan persekitaran yang mempunyai pelbagai latar belakang masyarakat membuatkan dia jatuh cinta pada perpaduan dan keamanan. Suka melihat perpaduan masyarakat dahulu apabila orang Melayu boleh hidup berjiran dengan masyarakat Cina dan India di kampung dan ada di kalangan mereka yang boleh bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan antara satu sama lain. Sifat cintakan perpaduan dan keamanan itu masih kuat tertanam dalam dirinya dan sentiasa menganggap manusia adalah sama, warna darah sama tidak ada bezanya antara kaum kerana semuanya sama. Chong Choon Hau, 30, seorang pemuda yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kelibatnya boleh dilihat dalam hampir semua majlis sama ada anjuran kaum Cina, Melayu atau India. Dia mempunyai beberapa pasang baju Melayu dan pakaian tradisional India untuk memudahkan dia menyertai mana-mana majlis anjuran kedua-dua kaum itu. “Kalau Ramadan, saya ikut kawan Islam pergi program kem

Lelaki Ini Di Boikot Dan Di Buang Kerja Kerana Memeluk Islam Ketika Ceramah Ustaz Zakir Naik...

Image
Seorang lelaki berketurunan Sikh yang memeluk Islam ketika ceramah pendakwah Islam terkemuka, Dr Zakir Naik di Stadium Bukit Jalil pada 14 April lalu, mendedahkan beliau kini diboikot dan dibuang kerja kerana tindakannya itu. Harinder Pal Singh, 23, kelahiran India, dilaporkan hilang pekerjaan sebagai kakitangan swasta selepas kontraknya tidak lagi disambungkan oleh pihak syarikat. Malah, beliau juga telah dihalau oleh rakan serumah yang bimbang penghijrahannya kepada Islam itu akan mempengaruhi rakan-rakan lain. “Saya perlukan pekerjaan,” katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa terbitan TV Al Hijrah. Harinder yang kini tinggal bersama keluarga angkatnya berkata, beliau tidak mahu mengharapkan simpati namun memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan. Sebelum ini, Harinder secara rela hati memeluk Islam selepas mendengar penjelasan Dr Zakir Naik membuktikan wujud persamaan antara al-Quran dan kitab agama yang diikutinya sebelum ini, bahawa Allah hany

Pilihanraya-nya Di Sarawak, Azmin Pulak Yang Kecut Perut Di Selangor...

Image
Apa yang berlaku di sarawak sudah menunjukan yang pembangkang gagal mencapai kata sepakat, gagal bertoleransi dan gagal segala-galanya... PKR sapu 5 kerusi DAP sedangkan sudah ada persetujuan mulut supaya PKR tidak kacau 5 kerusi itu, tapi di sebabkan nak tunjuk terrer, nak tunjuk bagus, PKR langgar jugak perjanjian itu... Tapi kenapa pulak azmin yang kecut perut? Perlu di ingat, kalau DAP menarik balik sokongan terhadap azmin di selangor, azmin akan hilang jawatan menteri besar beb... DAP mampu buat begitu kerana kerusi DUN yang di menangi oleh DAP lebih banyak berbanding PKR... Mungkin ada yang kata, PAS, PKR dan BN boleh berbincang untuk menyelamatkan azmin, tapi perlu di ingat juga, dalam 15 orang adun PAS di selangor tu, berapa ramai pulak yang jadi barua DAP...  DAP memberi masa kepada PKR sehingga jumaat ini untuk menarik balik calon mereka di 5 kawasan dun yang di tandingi oleh pkr itu... Melihat kepada senario semasa di sarawak, nampak DAP cuku

HINDRAF Kaitkan Ustaz Zakir Naik Dengan Serangan Kuil Di Ipoh...

Image
Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Hai Hung melahirkan kekecewaannya terhadap Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy yang mengaitkan serangan ke atas kuil Hindu di Jalan Hospital, Ipoh pada 24 April 2016 dengan kehadiran Dr Zakir Naik ke Malaysia baru-baru ini . “Ini merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan ketegangan antara penganut agama di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, sebagai seorang peguam, Waythamoorthy seharusnya sedar apa yang disebutnya perlu didasari dengan bukti. “Adakah dalam mana-mana ceramah Dr Zakir Naik menyeru penonton untuk merosakkan rumah ibadat agama lain apatah lagi berhala mereka?,” soalnya. Sambil mengutuk keras kejadian serangan itu, Firdaus Wong berharap agar semua pihak bersabar dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkenaan serangan itu. “Kita perlu membiarkan pihak berkuasa menguruskan kes ini mengikut undang-undang. Kami juga ingin menasihati sem

Rakyat Melihat Kegelojohan Pakatan Pembangkang...

Image
Lihatlah apa yang berlaku pada sewaktu penamaan calon prn sarawak... Pakatan pembangkang tak mampu mencapai kata sepakat untuk bertanding melawan bn satu lawan satu... Rakyat melihat kegelojohan pakatan pembangkang... Rakyat melihat, pembangkang tiada kesepakatan... Masing-masing nak tunjuk terrer... Akhirnya kit sing terpaksa menebalkan muka meminta maaf kepada rakyat sarawak atas kebebalan pakatan pembangkang yang gagal nak berpakat... Masihkah pakatan pembangkang menyimpan cita-cita untuk merampas semua kerusi parlimen dari bn pada pru akan datang? Puii... kirim salam ler...

Raja Saudi Pecat Menteri Ekoran Kenaikan Harga Barang...

Image
Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bertindak memecat menteri air dan tenaga negara itu, Abdullah al-Hussayen di tengah-tengah kemarahan rakyat berikutan kenaikan harga barangan, lapor media rasmi Arab Saudi, SPA. Raja Salman mengeluarkan perintah itu pada Sabtu, yang memecat Abdullah dan menggantikannya buat sementara dengan Menteri Pertanian, Abdel Rahman al-Fadli. Pemecatan itu juga susulan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi ke atas elektrik, air dan beberapa perkhidmatan lain. Mac lalu, agensi berita Arab News melaporkan Abdullah telah meminta rakyat untuk mendapatkan permit untuk menggali perigi mereka sendiri ketika rakyat mengeluh dengan caj air yang tinggi. Dan pada awal bulan ini Majlis Shura negara itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan Abdullah itu lalu meminta penjelasan darinya dan pegawai kementeriannya. Pada Disember, beberapa tindakan perubahan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini telah dilaksanakan di negara itu y

Berlawan Sesama Sendiri, Adenan Satem Sifatkan PKR & DAP Parti Bercelaru...

Image
Tan Sri Adenan Satem menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebagai parti yang bercelaru ekoran bertembung sesama sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Ketua Menteri Sarawak itu berkata, beliau percaya pembangkang telah gagal mencapai persetujuan apabila kedua-dua parti berkenaan bertanding di kerusi yang sama atau meletakkan calon bebas untuk menentang sesama sendiri.  “Ini menunjukkan wujud kecelaruan antara mereka,” katanya lapor portal Pro Barisan Nasional, bnbbc.my. Katanya, ketidakfahaman antara kedua-dua parti pembangkang itu telah menyebabkan berlakunya pertembungan itu. Maklumat awal menunjukkan PKR bertembung dengan DAP di beberapa kawasan seperti Batu Kitang, Mulu, Simanggang dan Mabong. Kedua-dua parti itu mengemukakan pencalonan masing-masing di Murum. SUMBER

MALINNOV Syarikat Anak Tempatan Bangunkan Senjata Api...

Image
DSA2016 kali ini mengenengahkan satu produk buatan Malaysia. MALINNOV (Malaysian Innovation) Adalah syarikat tempatan yang mengusahakan sendiri senjata ringan berupa pistol semi automatik. Kami memandang sendiri produknya dan ia sangat impresif. Bertanyakan kalangan jurutera mereka,penghasilan pistol ini melibatkan research and development selama 4 tahun dengan hampir 10 prototaip yang diuji secara ekstrim dan ekstensif setiap satunya. Mereka membangunkan setiap alat kerja,laras dan komponen sendiri, dan melalui banyak trial and error serta memperbaiki setiap rekabentuk prototaip yang mereka bina.  Asas senjata mereka Adalah dari sidearm jenis Glock dan Baretta dan mereka membangunkan sidearm dengan klasifikasi M1P ini secara reverse engineering. Berpangkalan di Technology Park, Bangi Malinnov mempunyai masa depan yang sangat baik dalam mengeluarkan sidearm buatan tempatan untuk pasaran domestik terutamanya mensasarkan pengunaannya pada pengiring orang

Sejarah PRN Sarawak Yang Rakyat Perlu Tahu...

Image
Sarawak menyertai persekutuan tanah melayu untuk membentuk malaysia pada tahun 1963... Pada tahun 1969, pertama kali sarawak menyertai pilihanraya dewan undangan negeri... Disini aku share sedikit info mengenai sejarah pilihanraya negeri sarawak semenjak dari tahun 1969 hingga kini...

Perihal Banglow Guan Eng, Antara SPRM Dan TV3 Siapa Lebih Cekap Buat Siasatan...

Image
Aku setuju dengan pandangan seorang sahabat faceboker aku, katanya, sprm dilihat cukup lembab dalam menjalankan siasatan banglow lim guan eng, macam tak cukup bukti nak jalankan siasatan... Kalau tak cukup bukti, sprm boleh minta sedikit clue pada tv3, kerana tv3 hari-hari main isu banglow lim guan eng, macam-macam benda yang tv3 dedahkan... Nampak siasatan yang tv3 buat pasal banglow gun eng tu lebih detai dari sprm, aku rasa tv3 tak keberatan kot nak share info dan maklumat pasal banglow guan eng dengan sprm... Jangan drag kes banglow guan eng ni lama-lama sangat, nanti lemau, orang dah tak minat nak amik tahu...

ADUN Turun Padang Cari Langsuir.... Hebat Beb.

Image
Seperti yang dilaporkan dalam sinar harian, Muhammad Yusoff berkata, tinjauan itu untuk melihat sendiri lokasi yang didakwa penduduk bahawa mereka melihat kelibat langsuir. “Alhamdulillah setakat tinjauan yang dilakukan, langsuir tersebut tidak muncul. “Pada saya, perkara ini mungkin benar atau tidak, namun harapan saya agar ianya tidak sampai ke tahap menyebabkan ianya menjadi sesuatu yang khurafat,” katanya. Katanya, hasil tinjauan mendapati, ada kawasan yang gelap dan tidak diterangi lampu jalan. “Kita akan usahakan supaya kawasan ini iaitu di kawasan loji di Taman Desa Murni Fasa 1 ini diterangi lampu jalan. “Bagi kawasan lain dan ada kawasan yang mana berhampiran sungai, kita dapati kawasan ini semak dan gelap, untuk itu kita sarankan supaya kawasan ini segera dibersihkan” katanya. SUMBER Perghhh... hebat adun sungai dua ni, selain turun padang mencari dan membantu orang susah, dia juga turun padang mencari langsuir yang dikatakan sering menggangu

Info SPR Untuk Pilihanraya Negeri Sarawak 2016

Image
Seperti yang kita semua sudah maklum, kerusi dewan undangan negeri sarawak telah bertambah, kalau dulu ada 71 kerusi setelah di buat persempadanan semula, menjadi 82 kerusi iaitu penambahan 11 kerusi dun baru di sarawak... Disini ada sedikit info mengenai 11 nama-nama kerusi baru dan ia terletak di dalam kawasan parlimen mana... 1. N.13 Batu Kitang dalam Parlimen Stampin. 2. N.17 Stakan dalam Parlimen Samarahan 3. N.18 Serembu dalam Parlimen Puncak Borneo 4. N.23 Bukit Semuja dalam Parlimen Serian 5. N.26 Gedong dalam Parlimen Batang Sadong 6. N.40 Kabong dalam Parlimen Saratok 7. N.57 Tellian dalam Parlimen Mukah 8. N.63 Bukit Goram dalam Parlimen Kapit 9. N.66 Muram dalam Parlimen Hulu Rajang 10. N.70 Samalaju dalam Parlimen Bintulu 11. N.78 Mulu dalam Parlimen Baram Manakala terdapat 4 dewan undangan negeri yang telah dipinda namanya iaitu, 1. N.19 Mambong nama dahulu Bengoh 2. N.34 Batang Ai nama dahulu Batang Air 3. N.41 Ku

Bebalnya Pegawai KBS Dan Event Organizer, Mereka Ingat Event Yang Mereka Buat Tu Pertandingan Mewarna...

Image
Nak gelak pon ada, nak nangis pon ada bila tengok menteri sampaikan moakup cek hadiah Junior Cycling Malaysia sebanyak 30 hingget... Moakup cek tu je dah berharga lebih dari hadiah yang diberi kepada adik-adik tu... Dalam kes pelik ini, kita tak boleh salahkan KJ semata-mata, dia menteri beb, tugas dia jaga kementerian, bukan jaga pasal hadiah event... Yang patut di persalahkan ialah, pegawai-pegawai KBS dan organizer event tu, apa ke bebal sangat bagi hadiah 30 hingget dan botol air cap ayam... Kan dah tak pasal-pasal nama KBS dan Menterinya jadi busuk... Jawapan yang diberikan oleh KJ pun pada aku tak cukup tepat, "Pupuk semangat juang tampa fikirkan habuan" kalau macam tu, buat apa bagi hadiah duit beb, kan dah jadi bahan kutukan... Bukan ke lebih elok untuk adik-adik tu di bagi medal dan t-shirt je, senang, buat macam event fun ride, dah tentu tak de siapa nak kutuk... Kasut kuning brand SIDI yang adik tu pakai korang tau berape rege

Nak Tuduh Najib Perlu Ada Saksi Tegas Hadi Awang...

Image
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sebarang tuduhan dan dakwaan salah laku yang dilemparkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu berasas dan memerlukan saksi.  MP Marang berkata Najib bukan malaikat tetapi manusia biasa dan saksi perlu dikemukakan bagi mengesahkan dakwaan padanya, lapor portal Astro Awani hari ini.  "Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga... saksi yang adil.  "Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang,” katanya seperti yang dilapor portal berita itu hari ini.  Hadi mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebelum ini yang menyifatkan laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa terdapat aliran wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi Najib, sebagai "tidak logik". 

BN Sarawak Ketengah 4 Muka Baru Untuk Tentang Pembangkang...

Image
Barisan nasional sarawak mengetengahkan 4 muka baru dalam pilihanraya negeri kali ini... Empat muka baru itu di pilih dari pada parti supp, mereka akan bertanding di kerusi-kerusi panas yang menjadi sasaran dap dan pkr... Mereka ialah, Peter Pau, 38, yang akan bertanding di kerusi (DUN Padungan) Milton Foo Tiang Wee, 38, (DUN Pending); Chieng Buong Toon, 63, (DUN Bukit Assek) dan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, 60, (DUN Piasau).  Dengan memberi peluang kepada muka-muka baru ini, rakyat sarawak melihat kesungguhan ketua menteri adenan satim untuk melihat bn sarawak menang besar kali ini... Sejak menjawat jawatan ketua menteri, rakyat sarawak dilihat selesa dengan gaya pentadbiran beliau, idea-idea yang dibawa oleh adenan satim memikat hati rakyat negeri itu...

Pendakwah Bebas Doakan Perniagaan Tudung Fareeda Bankrup...

Image
Kata ustaz hasrizal abdul jamil dalam facebooknya, "sebagai suami dan bapa kepada anak perempuan, saya tidak izinkan mana-mana perempuan dibawah tanggungjawab saya memakai tudung fareeda, ia adalah satu perniagaan yang tidak berakhlaq dan memfitnah agama. "mustahil Allah dan Rasulullah S.A.W redha dengan strategi perniagaan sebergini"... Malah sebelum itu, mufti pulau pinang juga menegur agar fareeda memahami konsep berhijab atau menutup aurat mengikut syariat Islam.  Pada aku la kan, kalau nak berniaga tu meniaga la, tapi janganlah sampai menganjingkan pelanggan kamu, kamu buat pelanggan macam lahanat, kamu gelak besar bila tengok pelanggan kamu berebut-rebut, berhimpit jantan betina bukan muhrim... Jual tudung tu bagus, tapi pelaksanaan menjual tu yang tak betul... So jangan terasa bila orang tegur... video jawapan suami taukei fareeda disini

SPR Telus Dalam Mendaftar Pengundi Muda...

Image
Kira-kira 136,755 pengundi muda mendaftar pada suku ke4 tahun 2015... Ini menunjukan tuduhan pembangkang yang mana mereka menuduh SPR cuba menghalang orang muda untuk mendaftar sebagai pengundi tidak berasas dan mengarut... Ternyata ini adalah bukti yang SPR benar-benar telus dan adil dalam menjalankan proses pendaftaran.. Malah dalam siri-siri penerangan yang dibuat oleh SPR, kerap spr mengingatkan supaya orang muda mendaftar awal, jangan tunggu di saat-saat akhir baru nak mendaftar...

Zakir Naik Di Larang Berceramah, Kenapa Kita Goyang Sangat Dengan Dia Ni?

Image
Zakir Naik adalah tokoh Maal Hijrah tahun 2013 Kalau sesiapa yang pernah tengok youtube channel "peace tv" kat situ berlambak video-video ceramah ustaz zakir naik... Video dia berceramah mengenai perbandingan di antara Islam, hindu dan kristian mendapat sambutan yang cukup menggalakan, bukan hanya orang Islam yang datang, tapi berbonong-bondong juga orang bukan islam datang mendengar dan menanyakan soalan... Dia berceramah pasal perbandingan agama tu bukan di negara Islam, sebaliknya pergi ke negara-negara bukan islam sepeti di negara india yang mana agama hindu lah yang dianuti oleh majoriti penduduk di sana... Rilek je dia berdebat dengan tok-tok sami dan para paderi kristian, tak pernah pulak terdengar cerita pihak berkuasa india halang dia berceramah... Tetapi bila tokoh maal hijrah 2013 ini nak berceramah di malaysia, banyak pulak cengkadak nya, ada yang kata tajuk ceramah dia tu berbau provokasi la, ceramah tu tiada faedah la, itu la ini la, apa

Amanah Ibarat Khadam DAP - Hadi Awang...

Image
Menurut presiden pas itu, Amanah bukanlah sebuah parti yang boleh memberikan saingan kuat kepada PAS pada pilihanraya negeri sarawak yang akan datang... Hadi mengatakan PAN adalah khadam DAP... "Kita tidak menganggap Amanah sebagai satu saingan yang mencabar pada pilihan raya ini. Khususnya apabila rakyat, terutama yang beragama Islam (dan) kaum Bumiputera, menyedari bahawa Amanah merupakan khadam kepada DAP,"  Untuk rekord, pada pilihanraya negeri sarawak kali ini, PAS bertanding 11 kerusi dan Amanah pula bertanding 13 kerusi... Menurut hadi lagi, PAS mampu memberi saingan kepada barisan nasional dan parti-parti lain dan berkeyakinan PAS mampu memenangi beberapa kerusi kali ini... PAS membariskan 11 calon pada pilihanraya negeri kali ini, diantara 11 calon itu, 5 darinya adalah anak muda dari pelbagai latarbelakang profasional dan pas juga meletakan seorang calon wanita pada pilihanraya kali ini... PAS akan bertanding di Samariang, Pantai Damai,

Bayar Pampasan Tinggi Kepada SPLASH, Khalid Ibrahim Curiga Dengan Keputusan Azmin Ali...

Image
Tan Sri Khalid Ibrahim curiga dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwa cuba mencari alasan munasabah untuk membayar pampasan lebih tinggi kepada SPLASH. Kerajaan Selangor ketika di bawah pentadbiran Khalid, hanya bersetuju untuk membayar pampasan sekitar RM250 juta menyebabkan SPLASH menolak tawaran pengambilalihan sekaligus mengganggu proses penyusunan semula industri air di negeri itu. SPLASH, antara pemegang konsesi air di Selangor menegaskan nilai syarikat itu berjumlah RM2.5 bilion setakat 31 Disember 2013 dan jika dikira tempoh konsesi 16 tahun yang perlu dilupus, syarikat itu bernilai RM3.9 bilion. Kerajaan Selangor pimpinan Azmin pula dikatakan menaikkan tawaran kepada RM2 bilion kepada SPLASH tetapi rundingan itu belum muktamad. Ketika ini, kerajaan Selangor hanya selesai mengambil alih tiga syarikat konsesi air iaitu SYABAS, Puncak Niaga dan ABBAS. Dalam masa sama, Khalid kesal dan kecewa dengan Azmin yang disifatkannya t

Siasat CEO 1MDB - Zahid Hamidi...

Image
Bertindak atas saranan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi disiasat. Menurut Zahid, PAC menyarankan Shahrol dipertanggungjawabkan keatas kelemahan dan kekangan yang dihadapi 1Malaysia Development Berhad. “Penelitian harus dibuat keatas syor yang dibuat jawatankuasa (PAC), termasuk badan penguatkuasaan yang perlu lakukan siasatan terhadap mantan CEO yg telah menguruskan badan ini. “Tentunya jawatankuasa ini telah meneliti terdapat beberapa urusniaga yang dijalankan tak berdasarkan kepada daya urusniaga (viability) sesuatu projek itu. “Disamping itu kita tahu tuduhan yang mengatakan ada tangan ghaib yang memperolehi faedah atau lakukan pengarahan sesuatu transaksi urusniaga laporan PAC jelas menyatakan sebaliknya,” katanya kepada pemberita di sidang media di ruang legar Parlimen hari ini. Timbalan Perdana Menteri menggesa semua pih

Siti Zabedah Dan Pondan Nak Saman Jabatan Agama Islam Wilayah...

Image
Peguam, Siti Zabedah Kasim sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) susulan serbuan yang dilakukan ketika acara mengumpul dana bagi komuniti transgender. “Kami sedang mengumpul peguam untuk merangka pelan tindakan seterusnya. “Kami akan menyaman bukan sahaja Jawi, tetapi mana-mana pihak terlibat dalam insiden itu,” katanya kepada The Star Online pada Selasa. Dilaporkan kira-kira 10 pegawai Jawi hadir pada majlis berkenaan yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada Ahad pada pukul 10 malam. Siti Zabedah yang menerima anugerah The Star’s Golden Hears tahun lalu berkata, pegawai terlibat telah menghalang semua laluan dan menjadikan mereka umpama banduan. Beliau turut menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian itu. Penganjur majlis berkenaan yang dikenali sebagai Ira ditahan Jawi dan dibebaskan pada hari berikutnya. “Ada beberapa isu yang perlu diketengahkan termasuk prosedur p

Tiada Tempat Untuk PAN Dan PAS Di Sarawak...

Image
Menurut profesor dr. janiri amir, PAN dan PAS bukanlah parti yang sesuai untuk bertanding di sarawak, kerana kedua-dua parti itu dilihat sebagai parti yang ekstrem dan tak kena langsung dengan budaya masyarakat sarawak yang mempunyai pelbagai etnik... PAN dijangka akan bertanding 13 kerusi pada pilihanraya negeri itu nanti dilihat tidak akan berjaya mencuit hati pengundi sarawak untuk mengundi parti mereka... PAN juga tidak mempunyai rangkaian akar umbi yang kuat dan tidak keterlaluan dikatakan, masih ramai lagi rakyat sarawak yang tidak menyedari kewujudan parti PAN itu... Begitu juga dengan PAS yang bercita-cita untuk bertanding 11 kerusi disana, mereka dilihat sebagai parti ekstrem, sudah banyak kali PAS mencuba nasib di sarawak, tetapi semuanya bungkus... Jadi pilihanraya negeri sarawak kali ini bukanlah pilihanraya untuk PAN dan PAS, tapi kalau nak hilang juga wang deposit, sila lah masuk bertanding...

Nasi Lemak Berlauk CICAK, Dalam Flight AirAsia...

Image
Seperti yang diceritakan oleh pengadu... " saya nak buat aduan mengenai makanan yang telah tercemar. saya telah membeli nasi lemak dalam kapal terbang. semasa makan, saya dapati seekor cicak dalam sambal nasi lemak itu, saya terus bagi tahu pramugara dan dia minta untuk ganti yang lain tetapi saya tidak mahu bukti itu di ambil, saya memuntahkan semula makanan yang saya makan sehingga sakit tekak. kemudian saya buat laporan polis dan pihak airasia. saya mahu pihak airasia bertanggungjawab atas kejadian ini. saya tunggu respon pihak tuan dan saya akan menyebarkan perkara ini kepada pihak media. " Ini adalah gambar-gambar yang dikirim oleh pengadu... SUMBER

Macam Mana PAS Nak Bersatu Dengan UMNO, Timb Presiden PAS Balun Najib Kaw-Kaw...

Image
Sepanjang setahun yang lepas, golongan miskin yang sepatutnya tidak dikenakan cukai terpaksa juga membayar cukai GST di samping menampung kesan peningkatan harga barangan kerana kesan GST. Penurunan cukai pendapatan yang diumumkan kerajaan PM tidak dapat membantu golongan ini. Dahulu, kerajaan PM berkata subsidi kepada rakyat adalah punca kewangan negara semakin terbeban. Setiap subsidi yang diberikan dicabut satu-persatu bermula dengan subsidi minyak. Ketika itu GST belum dilaksanakan. Selepas GST dilaksanakan, bukan sahaja subsidi untuk rakyat tidak ditambah malah rakyat menyaksikan hampir kesemua subsidi yang pernah dinikmati rakyat seperti beras ST15, bil elektrik dan minyak masak turut dihapuskan. GST yang memberikan wang tambahan kepada kerajaan juga tidak membantu rakyat mengurangkan kos pengangkutan awam. Kadar tol dinaikkan secara mendadak bersama kos tambang LRT, KTM, ERL, monorail, bas ekspres dan teksi. Bagi yang tidak menggunakan pengangkutan awam, mereka ju

BN Yakin Kuasai Dua Pertiga Majoriti - Adenan Satim...

Image
Barisan Nasional yakin berupaya mengekalkan pemerintahannya di negeri ini menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11 yang kian hampir selepas Ketua Menteri Adenan Satem mengumumkan Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan pada 11 April ini. Adenan yang begitu popular di kalangan rakyat susulan lebih 50 prinsip dan tindakannya diperkenalkan sejak dua tahun mengambil alih jawatan Ketua Menteri berkata, fokus BN sekarang ialah berusaha untuk menang lebih besar. “Menurut Adenan, persoalan sekarang bukan berkisar sangat tentang siapa (parti) akan membentuk kerajaan, tetapi berapa majoriti yang bakal kita perolehi,” katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia. Keyakinan yang cukup tinggi BN untuk menguasai dua pertiga majoriti daripada 82 kerusi dipertandingkan. PRN Ke-11 akan menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan berbanding sebelum ini, 71 kerusi menerusi PRN Ke-10 yang diadakan pada 16 April 2011. Pertambahan 11 kerusi itu adalah susulan persempadanan semula kawasan

Sarawak Akan Bangunkan Bandar Usahawan - Najib Razak

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan penubuhan Bandar Usahawan Lautan Biru di Borneo 744, Bintawa di sini. Pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri ketika berucap melancarkan Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat (GREAT) 2016 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Usaha ini menurut Najib adalah dilaksanakan hasil kerjasama kerajaan negeri dan kerajaan pusat melalui Kementerian Kewangan (MOF). “Buat kali pertama kita hendak jadikan bandar ini sebagai hab kreativiti dan inovasi untuk golongan muda menjalankan perniagaan dan menghasilkan produk-produk baharu. “Melalui usaha ini juga kita akan jadikannya sebagai satu model keusahawanan yang bersifat kreatif,” katanya sambil menambah, ia akan menggalakkan penglibatan golongan muda dan usaha. Pada program itu semalam, Najib turut mengumumkan Pertandingan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Pertandingan ini katanya, ditetapkan untuk mencari

Masih Relevankah Untuk Teruskan PLKN?

Image
Masih relevankah untuk meneruskan program latihan khidmat negara (plkn)...  Sampai sekarang, aku masih tak faham apa konsep plkn ini sebenarnya... Adakah program ini nak membentuk disiplin dan jati diri anak muda...? Atau ianya satu program suka-suka untuk create kerja, kontrak dan bagi tander untuk beberapa kerat ahli perniagaan... Tak tahu apa sebenarnya program ini, dulu ada latihan menembak menggunakan m16, kemudian latihan menembak itu di batalkan, adalah sedikit latihan lasak, seperti merangkak bawah kawat duri, flying fox, kemudian ada pulak acara kawat kaki ala-ala tentera, pas tu program mengecat rumah orang, lepas tu, masuk kelas komputer pulak, ntah apa-apa la lagi... Pada aku, ini adalah program suka-suka seperti summer camp... Kita di malaysia panggil khidmat negara, di singapura dipanggil national servis, (korang boleh klik link ini kalau nak tengok macam mana anak-anak singapore yang muke jambu-jambu training jadi askar) tetapi kalau kit