Posts

Showing posts from July, 2017

Dan Keputusannya... SPR Menang Lagi Dan Azmin Kalah Lagi Dan Lagi

Image
2 keputusan mahkamah rayuan selang sehari. pertama merujuk kepada kes persempadanan semula negeri melaka. kemudiannya keputusan mahkamah rayuan untuk kes di selangor. dalam keputusan bersejarah ini, mahkamah rayuan telah memihak kepada SPR untuk mengenepikan keputusan mahkamah tinggi ( melaka/selangor ) untuk tidak membenarkan SPR melakukan persempadanan semula di melaka dan selangor. pada minggu pertama hari raya, azmin ali dengan bangga bagitau beliau dokong keputusan mahkamah tinggi shah alam untuk tidak membenarkan proses persempadanan semula dilakukan di selangor. azmin kata ini kemenangan rakyat. bila mahkamah rayuan 2 hari lepas umum SPR boleh teruskan proses, harap azmin ali pun boleh cakap ini kemenangan rakyat. dalam kes melibatkan SPR dan lawannya bersih, semuanya di anjak dan diheret ke mahkamah. ini proses demokrasi, sapa yang tak puas hati , heret SPR ke mahkamah. di pihak SPR pula, tiada masalah untuk mereka berlawan hujah. mahkamah tempat terbaik unt

Ezam Hilang Sejak Seminggu Lalu...

Image
SABAK BERNAM - Kehilangan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sejak seminggu lalu membuatkan sebuah keluarga di Sungai Lias, Sungai Besar di sini meminta jasa orang ramai membantu mengesannya. Ibu remaja terbabit, Norsa'odah Zakaria, 52, ketika ditemui berkata, kehilangan anak bongsunya daripada lapan beradik itu disedarinya pada Sabtu lalu selepas Ezam Muhammad Noor tidak pulang sejak mula keluar dari rumahnya pada hari yang sama kira-kira pukul 9 pagi. "Sampai ke hari ini anak saya (Ezam Muhammad Noor) tidak dapat dikesan. Puas kami sekeluarga cari di sekitar kawasan Sungai Besar dan Sekinchan tetapi tak jumpa," katanya yang telah membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya di Balai Polis Sungai Besar baru-baru ini. Tambah Norsa'odah, dia berharap anaknya itu dapat pulang semula ke pangkuan keluarga selain memaklumkan rasa bimbang jka kejadian yang buruk menimpa Ezam Muhammad Noor. "Sebagai seorang ibu, sudah tentulah perasaan bimbang terhad

Persempadanan Pilihanraya: Betul Ke Azmin Menang SPR Kalah...?

Image
ada 2 perkara atau keputusan penting mahkamah tinggi dalam judgement mereka pada 5 julai lalu. 1) keputusan mahkamah tinggi pada 5 julai lalu membenarkan kerajaan negeri selangor  untuk menghalang SPR menyerahkan laporan kepada PM untuk dibentangkan kepada dewan rakyat . dan 1 ) MAHKAMAH PADA MASA SAMA TIDAK BERKATA UNTUK MENGHALANG SPR DALAM MENERUSKAN PROSES SIASATAN TEMPATAN UNTUK KALI KE 2 BAGI PERSEMPADANAN SEMULA NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU. dalam perihal politik yang membabitkan kebanyakan isu undang-undang atau mana-mana isu politik yang boleh diheret ke perundangan, mahkamah adalah tempat dan caranya untuk menyelesaikan masalah. sebelum ini pihak pembangkang sudah 7 kali mengheret SPR ke mahkamah untuk pelbagai isu yang mereka bangkitkan sejak tahun lepas.... SPR tak melatah atau berkata proses perundangan tak adil.  sebaliknya SPR lawan sampai habis.. keputusannya 7 kes ini akhirnya di menangi SPR di peringkat mahkamah lebih tinggi. cakap azmin