Posts

Showing posts from February, 2018

NAZRI AZIZ HERO MELAYU...

Image
Aku cukup respect dengan Nazri Aziz ni, cara dia berpakaian memang stylo milo... Cara dia berucap, ada nampak ala-ala soeharto, lebih lagi kalau dia mengenakan songkong tinggi dan rayban hitam... Keberanian dia, fuhh takyah cerita la... hang tuah + hang jebat + leftenan adnan + pahlawan rentap + rosly doby + datuk maharaja lela + kiai salleh = Nazri Aziz... Mana tak aku respect kat nazri ni, gila apa kau, tun mahathir yang yahudi takut tu pun senang-senang dia kitai... Mana ada menteri yang berani sound tun mahathir "baling gelas pun tak pecah"... Mana ada mt umno yang berani ajak tun mahathir berdebat, siap ajak datang tempat dia lagi tu, dengan satu ayat sahaja "itu sungai perak" bisa membuatkan hero dunia ke tiga itu slop (terkedu, diam seribu bahasa)... mt lain ada? ada buat macam nazri buat? tak de bro, semua sembang bikin bimbang jer... Nazri sound manusia terkaya di malaysia, robert kwok, nazri sound billionare tu sebagai pondan d

KAPAL HILANG, JETI TANJUNG PIAI BERPUAKA ?

Image
GAMBAR HIASAN, TIADA KENA MENGENA DENGAN KAPAL HILANG ATAU YANG MASIH BERLAYAR Hilang, lost, missing, perdido, perdu, merujuk kepada hilang, sama maksudnya tetapi lain bahasanya... Tidak pelik kalau HILANG ini menjadi tajuk berita koran-koran di malaysia... MH370 Hilang... Enjin F5E Hilang.. Tanah Hilang, tapi dapat balik... Duit Hilang, nanti dapat balik la tu... Orang Hilang... Kasut Hilang... Spander Hilang... Hilang...Hilang...Hilang... Semalam aku terbaca dalam koran harian metro, laporannya menulis sebuah kapal tangki hilang ... Wow kapal yang aku agak panjangnya hampir 400 meter boleh hilang dalam sekelip mata... Kapal yang ditambat di jeti tanjung piai boleh ghaib? Jeti dimana tempat kapal itu ditambat dalam jagaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).. Apa ilmu si perampok itu gunakan untuk membawa lari kapal sepanjang 400 meter itu? Aku yakin kapal tu tak hilang, mana bisa APMM lengah dalam menjaga barang kes sebesar itu, ingat ya,

TUDUNG ZOUK: ANTARA TUTUP AURAT DAN TUTUP RAMBUT.

Image
Kontroversi akan melonjakkan jualan. Itu yang di mahukan sebenarnya, tetapi aurat dan pakaian muslimah yang dijalangkan. Sebagai seorang perempuan muslim dan icon TN50, dia sepatutnya lebih sensitif dalam memilih arena untuk buat pelancaran tudung barunya. Apa perlunya dibuat pelancaran tudung di sebuah kelab atau disco yang menjual minuman keras?  Kenapa perlu ada sosok perempuan setengah baya terkinja-kinja bagai dirasuk azazil ketika majlis pelancaran tudung? Ingat ye, video yang tular di laman sosial itu bukan video pelancaran push up bra dan g-string dari jenama victoria secret, tapi ianya adalah pelancaran tudung, tudung untuk menutup aurat wanita. Jawapan "saya tidak kisah apa orang nak kata" itu satu jawapan yg agak bongkak dan sombong, tetapi aku lihat jawapan yang keluar dari mulut tokei tudung tu adalah jawapan gelabah beruk sebenarnya. Tak tau apa nak jawab. “Lokasi ini dipilih kerana bersuaian dengan tema berbanding beberapa tempat lai

ANTARA JASA ROBERT KUOK PADA NEGARA YANG BUDAK-BUDAK SEKARANG TAK TAHU...

Image
Tan Sri Robert Kuok Hock Nien bilionair Malaysia mencatatkan demikian di dalam bukunya “Robert Kuok, A Memoir”. – Foto FMT Raja  gula yang juga taikun besar Malaysia, Robert Kuok mendakwa beliau adalah orang tengah antara kerajaan Malaysia dan China yang membawa kepada ‘matinya’ Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1980-an. “Saya fikir, sesuai untuk cakap bahawa Malaysia menganggap saya rakyat yang ada kenalan baik dengan pihak China. Kerana hubungan baik saya dengan kedua belah pihak, beberapa kali saya dijemput sebagai orang tengah antara dua kerajaan itu,” tulis Kuok dalam memoirnya yang diperolehi oleh The Malaysian Insight. Kuok berkata Abdul Rahim Noor, pengarah cawangan khas ketika itu menghubungi meminta pertolongannya. “ Cawangan Khas kerap hubungi saya bertanya, ‘boleh tak awak kirimkan mesej ini ke China,’” tulis Kuok . Antara permintaan itu termasuklah memohon kerajaan China “mendiamkan” siaran radio PKM yang mengancam kerajaan Malaysia. “Saya kirim

TIDAK BOLEH LANGGAR LAMPU MERAH UNTUK BERI LALUAN KEPADA AMBULAN?

Image
Ikuti apa kata Tuan Hasif Hasan tentang hak ambulans di lampu isyarat Coretan Peguam Saya ditanya rakan mengenai hak ambulan ketika berada di persimpangan ketika lampu isyarat merah dan juga persoalan adakah kita perlu bergerak bersama sama dengan ambulan (terutama kenderaan kita berada di hadapan ambulan) dan jika berlaku kemalangan kepada kenderaan kita akibat melanggar lampu isyarat dengan kenderaan lain, adalah ambulan turut dipersalahkan? Jawapan saya; Saya pernah memberi ceramah undang undang di Hospital USM Kubang Kerian dan saya juga pernah menerangkan hak ini dalam ceramah saya yang juga dihadiri oleh pemandu ambulan. Hak ambulan ketika berada di persimpangan lampu isyarat, sama ada perlu berhenti menunggu lampu hijau atau boleh melanggar lampu isyarat merah? Begitu juga hak kita yang berada di hadapan ambulan, sama ada perlu meneruskan perjalanan dengan melanggar lampu isyarat merah untuk memberi laluan perjalanan kepada ambulan yang berada di belakang kita

AKTA BERITA PALSU, TAPI DIMANA NAK DAPAT BERITA BENAR?

Image
Aku setuju dengan saranan menteri komunikasi dan multimedia, DSP Salleh Said yang mengatakan kerajaan akan membuat satu akta baru iaitu "Akta yang menyekat penularan berita palsu" yepp aku setuju... Berita palsu ni ada dua kategori di Malaysia... 1. Berita yang betul-betul palsu, sebagai contoh, ada laman blog atau facebook yang menyiarkan cerita si ipin nampak raksaksa loch ness di tasik shah alam atau si upin dalam laporan vlog-nya dengan muke beria-ia kata dia nampak sarah yakop makan cendol bersama jim carey di seksyen 7 shah alam, atau pun geng-geng flat earth kata mereka dah jumpa tebing dunia di kukup, itu bolehlah kita anggap ia sebagai berita palsu dan tak masuk akal, malah kita boleh cari source atau sumber untuk mencari kebenaran adakah benar raksaksa loch ness timbul di tasik shah alam, kita refer pada mbsa, sarah yakop makan cendol dengan jim carey, kita boleh tanya sendiri dengan jim carey betul ke? atau kebenaran boleh didapati daripada pusat hidro

BN MENANG PRU, PAKATAN TUBUH KERAJAAN...

Image
Nota: Ini hanyalah pandangan pribadi aku, tidak ada kena mengena dengan "kepala bapak kau" kbk, kim'k atau kim kardashian. Kawan-kawan tanya bila pru ni? aku jawab pergi tanya Ah Jib Gor, dia sorang je yang tahu bila call for election. Ditanya lagi boleh menang ke BN? aku jawab yer BN boleh menang, tapi berapa bijik kerusi yang BN menang aku tak pasti, mungkin lebih dari PRU 13 atau mungkin hanya cukup-cukup makan. Mangkok tu tanya lagi, So pakatan tak boleh perintah malaysia la? aku jawab, silap haribulan, yer korang boleh tengok Mahathir jadi perdana menteri sekali lagi dan Ah Jib Gor amik tempat kak jijah. Baik... kita sorot balik apa yang berlaku sebelum PRU 13 lepas... BN tersentak dengan kehilangan 5 negeri kepada pakatan, cina sudah tidak berpihak kepada BN, peralihan undi melayu bandar ke pakatan dan beberapa faktor lain... Mula dari tahun 2009, sebagai contoh di negeri selangor dalam misi BN ingin merampas semula negeri itu, di pertu

ANTARA B40, M40 DAN UB40 YANG MANA AKAN TENTANG BN...?

Image
Sebelum aku lanjutkan tulisan ini, bio aku terangkan pada korang apa itu Golongan B40, M40 dan UB40... Karang taklah korang tercangak2 tak paham apa yang 40 tu, maklumlah orang melayu ni bukan suka sangat membaca, depa baca tajuk jer kemudian kupas cerita macam lah dah baca artikel tu sampai habis... Baik apa itu golongan B40? Kumpulan B40 berpendapatan isi rumah bulanan maksimum RM3,855 Golongan M40 pula?  Kumpulan M40 berpendapatan isi rumah bulanan RM3,860 sehingga RM8,319. Baik dalam dua golongan ini yang mana paling banyak menentang kerajaan? Pada pandangan aku yang banyak menentang kerajaan ialah golongan M40, kenapa? golongan ini lah yang sebenarnya mendapat sedikit bantuan dari kerajaan dan banyak membantu kerajaan. Betul atas kertas nampak macam mereka ni kaya, gaji besar, tetapi mereka ini sebenarnya yang terhimpit dengan masaalah kewangan terutama yang duduk di bandar-bandar besar. Apa bantuan yang kerajaan berikan kepada golongan M40