AKTA BERITA PALSU, TAPI DIMANA NAK DAPAT BERITA BENAR?
Aku setuju dengan saranan menteri komunikasi dan multimedia, DSP Salleh Said yang mengatakan kerajaan akan membuat satu akta baru iaitu "Akta yang menyekat penularan berita palsu" yepp aku setuju...
Berita palsu ni ada dua kategori di Malaysia...
1. Berita yang betul-betul palsu, sebagai contoh, ada laman blog atau facebook yang menyiarkan cerita si ipin nampak raksaksa loch ness di tasik shah alam atau si upin dalam laporan vlog-nya dengan muke beria-ia kata dia nampak sarah yakop makan cendol bersama jim carey di seksyen 7 shah alam, atau pun geng-geng flat earth kata mereka dah jumpa tebing dunia di kukup, itu bolehlah kita anggap ia sebagai berita palsu dan tak masuk akal, malah kita boleh cari source atau sumber untuk mencari kebenaran adakah benar raksaksa loch ness timbul di tasik shah alam, kita refer pada mbsa, sarah yakop makan cendol dengan jim carey, kita boleh tanya sendiri dengan jim carey betul ke? atau kebenaran boleh didapati daripada pusat hidrografi tldm mengenai penemuan tebing dunia seperti yang dilaporkan oleh geng-geng flat earth tu, aku yakin tiada siapa akan mempertikaikan jawapan yang diberi oleh mbsa, jim carey dan pusat hidrografi tldm, baik tok-tok umno, pas, pkr, dap, psm, pbbm hatta hishamuddin rais pon akan percaya.
Tetapi yang payah sikit adalah kategori ke2 ni, iaitu berita politik... kenapa?
1. Semua akan setuju kalau aku kata, tok-tok umno tak akan percaya apa yang dilaporkan oleh portal malaysia kini, suara keadilan, roket kini, fmt, tmi dan apa sahaja portal, laman berita, media sosial atau apa-apa je la milik pembangkang.
2. Semua human di Malaysia ni akan setuju bila aku kata tok-tok pembangkang tak akan percaya dengan laporan yang dikeluarkan oleh pejabat perdana menteri, utusan malaysia, berita harian, bernama, rtm, tv3 dan lain-lain media arus perdana.
Jadi disini akan ada pertembungan 2 puak, tok-tok umno tak percaya pada berita alternatif (milik pembangkang atau bebas) dan tok-tok pembangkang pula tak akan percaya berita yang disebarkan oleh kerajaan.
Jadi source mana yang kerajaan nak pakai untuk memberi satu laporan yang cukup sahih se-sahihnya kepada rakyat yang telah terbelah dua ini?
Sekali lagi aku ulang, seluruh 32 juta rakyat malaysia akan percaya sekiranya pejabat perdana menteri menyiarkan satu kenyataan yang mengatakan kita mula berpuasa pada 16 mei atau hari raya puasa jatuh pada 15 jun ini, itu berita sahih, semua media tak kiralah dari kabilah mana pun akan melaporkan berita yang sama, cuma ayat yang di guna sedikit berbeza mungkin...
Sekarang ini dunia tampa sempadan, kebenaran boleh di akses dimana-mana sahaja, maka kalau si A kata beritanya adalah benar, maka si B akan sanggah kata berita yang si A bawa itu palsu dan berniat jahat, berita yang di bawa oleh si C itulah berita yang sebenarnya, maka kalau kita nak paksa semua human di dalam negara ni percaya pada satu source, iaitu si A, maka akan berlarutan lah perkara ini sampai Z. bodoh gitew la kita sampai kesudah.
Jadi apa yang perlu kerajaan buat? kerajaan kena cari satu jalan supaya hanya ada satu sumber maklumat sahih yang boleh di terima rakyat jelata di malaysia dan sumber maklumat itu tidak bias kepada parti pemerintah atau pun parti pembangkang macam berita puasa bermula 16 mei dan hari raya 15 jun dan hanya satu human sahaja yang mesti menjadi jurucakap kepada isu itu, seperti contoh, isu 4 tan buah manggis dalam ruang kargo pesawat mh370, kalau dah ahmad jauhari kata dalam ruang kargo mh370 tu ada manggis, ok full stop, tak perlulah orang lain nak komen, kerana yang handle kargo berisi manggis itu adalah anak buah ahmad jauhari, tak kisah la manggis tu di petik dari pokok di muar, batu pahat, atau kunak yang penting manggis tu ada dalam kargo mh370, janganlah pulak ada yang kata, "sekarang ni bukan musim manggis" bukan ke ayat tu boleh jadi spekulasi dan boleh menjadikan kenyataan ahmad jauhari itu sebagai palsu? dan rakyat mula tertanya-tanya, ye ke? sekarang bukan musim manggis? kau diam dan percaya sudah la.
Media ni pon satu hal juga, suka nak sensasikan berita, nak scoop la konon, berita yang lain dari yang lain, sudahnya berita sahih jadi palsu dan berita palsu jadi sahih.
Apa pun, bukan mudah untuk kita meyakinkan manusia yang berita yang kita bawa itu sahih atau palsu terutama berita-berita yang berkisar dengan politik kerana di sebalik kebenaran ada terselit kepalsuan dan disebalik kepalsuan ada kebenarannya, terpulang kepada tahap berfikir human itu.
The Truth Is Out There The Fake Is In Yourself.
Comments
Org umno akan percaya berita yg dibawa oleh berita harian dan akan mengecam paultan malah tak keterlaluan mereka akan cop paultan sebagai anjing dap kerana menidakkan berita dari kerajaan.
Tapi kepada peminat kereta pula, mereka lebih percaya kepada paultan kerana pengalaman pemilik web itu berkaitan dengan industri pemotoran negara.