MENTERI UMNO BERDEPAN TUGAS SUKAR DALAM KABINET.
Ramai melihat menteri Umno/BN dan Pas akan menghadapi tugas sukar didalam kabinet Perikatan Nasional PN nanti. Maksud sukar disini bukanlah mereka menghadapi kesukaran menjalankan tanggungjawab mereka sebagai menteri, aku yakin, mereka tiada masalah menjalankan kerja-kerja menteri kerana kebanyakkan dari mereka adalah bekas menteri dan pengerusi agensi kerajaan sewaktu Umno berkuasa dahulu. Yang menjadi kesukaran kepada mereka ialah, untuk mempertahankan PN itu dari serangan PH, kerana menteri-menteri PN ni ada yang bermasalah dari segi moral dan membuat keputusan sewaktu mereka menjadi menteri dalam PH dahulu. Contoh klasik yang aku boleh bagi ialah, Azmin Ali yang kini menjawat jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Menteri Kanan), kita semua sudah maklum yang Azmin ada satu kes yang melibatkan seksual diluar tabie manusia yang masih belum selesai, aku yakin dipihak PH mungkin ada lagi peluru simpanan untuk dilepaskan kepada Azmin suatu masa nanti.