Posts

Showing posts from December, 2012

Kesian Hadi... Terpaksa Jilat Ludahnya Balik...

Image
Hadi terpaksa merayu, mintak nyawa nak masuk media perdana pasal nak jelaskan isu amanat tu... PAS dan pakatan selalu kata, ceramah depa di hadiri oleh puluhan ribu rakyat, jadi jawab je la isu tu di padang-padang ceramah, kenapa nak pakai media arus perdana yang pernah korang boikot dulu...??? Sebenarnya itu menunjukan ceramah yang pas bangga selama nie di hadiri oleh ahli-ahli mereka sahaja dan tiap kali mereka berceramah di hadapan orang yang sama, rakyat tak kelapaq nak dengar ceramah pas, jadi bila isu amanat dajjal tu di mainkan, rakyat jelata nampak, hadilah punca sebenar perpecahan umat melayu/islam di malaysia nie... Tu pasal hadi gelabah beruk nak pakai media perdana yang pernah dia boikot dulu....

Isu Kalimah Allah... Siapa Yang Sesat...???

Image
Murshidul am kata, dap boleh pakai kalimah Allah... Ketua penerangan pas kata, tak boleh pakai kalimah Allah... So sekarang nie, siapa yang sesat, siapa yang betul...

Isu Amanat Hadi: Ulama PAS Ajak UMNO Debat...

Image
Apa pandangan korang...???

GEMPAR... Benarkah Hadi Sakit Tenat...???

Image
Isu Amanat Hadi terus menghantui PAS walaupun berbagai usaha menepis dan mengalihkan pandangan dilakukan mereka.   Isu ini mungkin tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya, namun ia tidak bermakna yang ia telah tidak relevan lagi.  Seperti yang didedahkan, amanat tersebut telah menyebabkan begitu banyak kesesatan dan perpecahan sehinggalah  kepada kehilangan nyawa.   Berbagai cabaran dilakukan terhadap Hadi Awang untuk tampil menarik balik amanatnya tetapi sehingga kini beliau membisu seribu bahasa.  Selain kenyataan Nik Aziz di Harakah yang cuba meyakinkan orang ramai bahawa Hadi Awang adalah orang yang berilmu dan tahu apa yang dilakukannya, hanya puak-puak pencacai bawahan sahaja yang meroyan di laman-laman sosial cuba membela amanat tersebut sebagai benar ataupun sebaliknya, basi.    Sedangkan Hadi Awang langsung tidak merasa terpanggil memberi komen terhadap pendedahan bekas penyokongnya yang menceraikan isteri, menghancurkan hati ibubapa sendiri atau mengecilkan hati

Khalid Sanggup Tunggu Sehingga 100 Tahun Untuk Selesai Isu Air Selangor...

Image
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata kenyataan Khalid itu “tidak profesional” dan mengesahkan beliau mahu satu ‘perang politik’ di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat berhubung isu air. Khalid dikecam oleh persatuan pengguna negeri ini ekoran kenyataannya baru-baru ini bahawa beliau sanggup menunggu sehingga 100 tahun untuk menyelesaikan isu air walaupun Selangor diancam krisis bekalan air menjelang 2015. “Sebagai menteri besar, beliau harus lebih sensitif kerana yang menanggung kedukaan dan kelukaan daripada masalah air ialah pengguna di Selangor sendiri,” katanya dalam satu temubual. Dr George berkata apa yang terjadi ekoran pendirian yang diambil oleh Khalid berhubung isu air ialah “gajah berlawan dengan gajah tetapi pelanduk yang mati di tengah-tengah”, iaitu rakyat, pengguna negeri Selangor dengan masalah pemotongan air dilaporkan di beberapa kawasan ekoran kekurangan bekalan. Sebagai contoh, minggu lep

Kerana Kenyataan Ini, Tuan Ibrahim Tuan Man Mungkin Akan Di Kenakan Tindakan Disiplin...

Image
PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. "Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan.  "Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal. Manakala menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam," kata TUan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.  PAS, tegasnya, melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak.   Bahkan, tambahnya, cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan pengan

PAS Akan Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Mat Sabu...

Image
Mat sabu pernah menggelarkan anwar ibrahim sebagai "anwar al-juburi" malah dalam berberapa siri ceramah mat sabu sebelum anwar di pecat dulu, kerap mat sabu kata "anwar buka kilang kunyit" semua orang tahu dan faham apa yang mat sabu maksudkan dengan "kilang kunyit" tu... Jadi ada desakan dari berberapa pemimpin pkr yang meminta supaya pas menyiasat segala tomahan dan kenyataan yang di keluarkan oleh mat sabu terhadap anwar suatu ketika dulu bersifat lawak jenaka atau mat sabu benar-benar serius dengan apa yang dikatakan... Pada mereka apa yang di katakan oleh mat sabu masih terniang-niang di telinga mereka, generasi baru ahli-ahli pkr terpinga-pinga bila mendengar ayat yang di ungkapkan oleh timbalan presiden pas itu, mereka meminta mat sabu menarik balik segala kenyataan dan gelaran telah mat sabu keluarkan kepada anwar ibrahim... Komen aku : beranikah mat sabu menarik balik segala kenyataan dan gelaran yang pernah dia berikan pada anwar s

Ohh Rupanya Tanah Balak Milik Ngeh Dan Nga Adalah Milik Yayasan Islam Kelantan...

Image
Semua orang tahu, kerajaan kelantan bagi tanah balak kepada cina dap bernama ngeh ko ham dan nga ko ming sebagai balasan atas jasa mereka memberikan jawatan menteri besar perak kepada wakil pas (nizar), ada yang kata tanah balak itu dipajak kepada cina dua ekor tu selama 50 tahun dan ada yang kata pulak selama 70 tahun, tapi apa yang mengejutkan di sini ialah pemilik asal tanah itu... Mungkin korang semua akan kata, alah biase la, kerajaan bagi tanah... pada aku tak salahnya kerajaan kelantan bagi tanah pada sesiapa pun, lantak dia la, tapi yang menyedihkan ialah, tanah seluas 4000 hektar yang di beri kepada ngeh dan nga itu adalah milik YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK). Bila tanah milik yayasan islam kelantan di beri pada orang lain, YIK tidak diberi tanah baru sebagai ganti, maka YIK sudah kehilangan sumber pendapatan... Ok kenapa timbul pulak cerita ngeh menuduh umno bocorkan rahsia...??? ceritanya mudah, kalau pembelian tanah itu mengikut prosidur ianya bukan rahsia la

Rupanya Anwar Dah Kena Game Dengan PAS...

Image
Perwakilan pas hari tu masa muktamar sebulat suara nakkan hadi awang jadi perdana menteri, alasan mereka, hadi lebih layak jadi perdana menteri kerana dia seorang yang warak, kalau kita halusi balik apa yang dikatakan oleh para perwakilan pas tu, depa sebenarnya nak cakap macam nie " hadi layak pasal dia tak berzina dan meliwat" tapi di gunakan bahasa kiasan depa kata la hadi tu warak... Nampaknya dari perwakilan sampailah mat-mat pas yang dok kat kampung sekarang nie sudah mula nampak, anwar bukan manusia yang bersih, cerita anwar gasak china doll, anwar liwat saiful, anwar agen israel, bukan lagi fitnah, mereka nampak perkara yang di tuduh keatas batang tubuh anwar adalah satu kenyataan... Jadi tak heran kalau ahli-ahli pas nak kan seorang pemimpin yang bersih yang tidak melakukan sebarang dosa besar, dosa kecil dan dosa yang nabi tak mengaku umat menjadi pentadbir negara ini, sehingga sekarang kita langsung tak dengar satu kenyataan dari presiden atau mana-man

Kerana Mu Hadi, Umat PAS Bercelaru Akidah Mereka...

Image
Kerana amanat si dajjal nie, akidah umat pas bercelaru, baiah cerai bini yang tak pernah di buat di zaman Rasulullah mereka buat, cerai isteri pasal isteri kutuk pemimpin pas dah jadi perkara biasa dalam kehidupan umat pas, itu belum cerita sembahyang dua imam, solat jumaat di dalam kandang lembu, atas alasan sembahyang di masjid yang di bina oleh kerajaan umno/bn tak di terima Allah dan pelbagai perkara bidaah. Jadi sampai bila kita sebagai umat Islam nak membiarkan si dajjal yang mengelurkan amanat nie hidup senang lenang, langsung tak rasa bersalah kerana amanat yang di keluarkan kira-kira 20 tahun dulu telah merosakan banyak akidah umat Islam... sampai bila...???

Anwar Menangis Tengok Video Ini...

Image
Ini kenyataan anwar menyokong pelakuan gay, lesbian, bisexual dan transgander... Soalan Wartawan BBC : “Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?” Jawapan Anwar : “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum.“Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula… “kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami me

Kerana Amanat Hadi, Ustaz Harussani Pulak Di Gelar Anjing..

Image
Laman web Suara Pakatan Rakyat yang sering menjadi kontroversi nampaknya semakin keterlaluan dalam membela PR.  Mungkin kerana ketandusan idea untuk membela PAS dalam berhadapan dengan serangan peluru Amanat Hadi, maka laman tersebut sanggup menyamakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan anjing.  Ini dilakukan dengan menggabungkan gambar wajah Tan Sri Harussani dengan badan anjing.   Kita sedia maklum dengan sifat takbur dan riak para pemimpin PAS yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama.  Justeru, kita tidak terkejut jika apa yang dilakukan oleh laman web Suara PR itu direstui oleh mereka.   Selama ini pun PAS sememangnya memandang rendah para Mufti dan Ulama lain yang tidak menyokong parti mereka.  Malah, ulama-ulama Pondok juga tidak diiktiraf PAS.  Seringkali fatwa yang dikeluarkan oleh sekumpulan Mufti dan cerdikpandai agama dalam Majlis Fatwa Kebangsaan juga dianggap sebagai hampas sahaja jika ia tidak memberi keuntungan kepada PAS.   Semua ini digarapka

Amanat Sesat Hadi Awang, Penjelasan Terbaik Fathul Bari...

Image
Kerana amanat dajal nie lah, tak pasal-pasal 14 orang melayu mati katak, kononnya berjuang menentang polis kerajaan adalah jihad dan kalau mati adalah mati syahid....

Guan Eng Kata Melayu Kaki Makan Rasuah...

Image
Kenyataan Media GAPS Dap menghina kakitangan awam Tahun lepas seorang pemimpin kanan Dap berkata, Dap akan merombak semula kakitangan awam kerana ramai sangat orang melayu. Kelmarin seorang pemimpin Dap pula berkata, kakitangan awam banyak makan rasuah puncanya juga sebab ramai sangat orang melayu. Dap telah menghina kakitangan awam dan orang melayu. Dap sedang berusaha untuk menyamakan bangsa Melayu dengan rasuah. GAPS berpendapat Dap memang semakin meroyan gilakan Putrajaya dan sebenarnya anti melayu! Di Indonesia, Thailand, Philipine, Vietnam, Laos, India - rasuah lebih hebat berbanding negara kita, tiada pun orang Melayu yang berkerja sebagai kakitangan awam di sana. Rasuah tiada kaitan dengan mana-mana bangsa atau agama ! Rasuah adalah penyakit umat akhir zaman. Rasullullah pernah mengingatkan “Setiap umat punya cabaran, dan dugaan bagi umatku ialah harta". Harta adalah penyebab rasuah. Rasullullah sudah pesan awal-awal. Penyakit umat akhir zaman. DAP

Stopa Ali Tak Yakin Anwar Boleh Menang Pilihanraya...

Image
Stopa ali sendiri mengakui orang yang bakal di lantik menjadi perdana menteri mestilah orang yang menang bertanding dalam pilihanraya, jadi maksudnya sapa nak jadi pm kena menang bertanding pilihanraya, tak boleh ikut jalan belakang... Pahamnya kita kat sini, stopa ali nampak tak bergitu yakin dengan kemampuan anwar untuk menang pilihanraya nanti, kalau dia yakin anwar boleh boleh menang, tentu dia kata terus, "ya kami pas mahukan anwar jadi perdana menteri" tak perlu lah cerita pasal kena menang pilihanraya du la.. itu la ini la... Tak caya... korang tengok video nie...

Video Khas Untuk Sahabat-Sahabat Aku Yang Kerja Sebagai Penjawat Awam...

Image
Aku tahu korang dulu pangkah pembangkang pasal tak dapat bonus hujung tahun, kalau nak di kira, nasib korang 100 kali lebih baik dari mat-mat kilang, kerani yang kerja di syarikat cina dan yang berkerja sendiri, walau pun korang tak dapat bonus dulu, sekurang-kurangnya korang boleh buat pinjaman dengan bank dengan cukup mudah, tunjuk je pay slip, bank gerenti lulus... Staff gomen aka civil servant aka penjawat awam memang di hormati oleh rakyat malaysia, walau pun dia pembantu tadbir, janji dia kerja kerajaan orang kampung akan respect dia, tapi penjawat awam yang tak buat kerja dan makan rasuah pun ada juga, tapi itu hanya segelintir sahaja.... Pada kawan-kawan aku yang kerja gomen di putrajaya yang gila-gila sangat nak tukar kerajaan walau pun korang tak tahu kenapa korang nak tukar, aku tujukan video nie pada korang... Minah tu namanya tipah koyak, dia tak ada apa lancau jawatan pun dalam parti pkr, dulu dia dilantik jadi ahli majlis mbpj, tapi di pecat, ada yang kata d

Mengenali Modius Operandi Latipah Koyak & 300 Ribu Penduduk Tetap...

Image
Ok... semua orang tau, dalam malaysia nie ada tiga jenis penduduk, 1, pendatang haram, 2, penduduk tetap, 3, warganegara, cerita pasal kononnya ada 300 ribu penduduk tetap di bangkitkan oleh pembangkang bila nak dekat pilihanraya, kenapa cerita tak di keluarkan tahun lepas, atau sejurus depa menang pilihanraya...??? ada pelik sikit kat situ. Depa desak kerajaan luluskan segera permohonan 300 ribu penduduk tetap menjadi warga negara, senang cerita dari ic merah jadi ic biru, tapi kenapa sekarang? kenapa dekat-dekat pilihanraya depa perjuangkan isu itu...??? Menurut sumber, spr masih lagi membuka pendaftaran daftar pemilih dalam bulan ini dan dijangka siapa yang mendaftar dalam bulan ini (disember) namanya akan ada di masukan kedalam senarai daftar pemilih sekiranya pilihanraya umum di adakan selepas bulan 3... Jadi tidak hairanlah sekiranya latipah koyak, beria-ia nakkan 300 ribu pr tu di convert jadi warganegara, supaya senang depa ambik semua nama 300 ribu orang tu untuk

Hasan Ali "PAS Di Aibkan Dan Tewas"

Image
KENYATAAN YB DATO DR HASAN ALI MENGENAI ISU UNDANG-UNDANG KECIL MPKB Sekali lagi PAS diuji dan buat ke sekian kalinya juga PAS diaibkan dan tewas dalam ujian tersebut. Undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Kerajaan Negeri Kelantan  yang melarang wanita menggunting rambut lelaki termasuk di kalangan bukan Islam di salun gunting rambut adalah dilihat mempunyai roh perundangan Islam dan secara jelasnya adalah selari dengan dasar perjuangan PAS yang diperjuangkan selama ini. Oleh itu keputusan untuk menangguhkan perlaksanaan undang-undang tersebut termasuk membatalkan saman yang dikeluarkan adalah langkah dayus yang hanya menunjukkan kegagalan PAS mempertahankan prinsip perjuangannya yang dilaungkan selama ini. Keputusan ini juga memperlihatkan betapa lemahnya PAS apabila berhadapan dengan desakan rakan sekutu mereka di dalam Pakatan terutamanya DAP yang tidak pernah bersetuju dengan apa sahaja undang-undang yang ada kaitanny

Bukti Terbaru, PAS & DAP Bersama Perjuangkan Pluralisme Agama...

Image

Adakah PKNS Cuba Menipu Atau Ini Juga Salah BN...?

Image
Perhatikan gambar-gambar dibawah, projek apa yang sebenarnya pkns nak buat? projek perumahan kos tinggi atau projek perumahan kos sederhana... Mana satu yang betul nie, projek rumah kos tinggi atau projek rumah kos sederhana...??? mungkin akan ada yang kata, dua projek dalam satu kawasan, tapi kenapa papan tanda di asingkan...??? Nampaknya hanya projek perumah kos tinggi dan kos sederhana di lakukan oleh pkns di shah alam, mana pergi projek perumahan kos rendah...???

Bile Benggali OKU Berdehem, Nik Ajis Kecut Teloq...

Image
Mesyuarat Mingguan Kerajaan Kelantan hari ini memutuskan utnuk menangguhkan penguatkuasaan syarat-syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik bukan Islam. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata penangguhan itu yang berkuat kuasa serta-merta, diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri hari ini sehingga kajian mengenainya selesai dijalankan meski pun sebelum ini beliau berkata bahawa pelaksanaan undang-undang tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Tindakan kerajaan negeri itu dipercayai setelah dikecam oleh Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilapor berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah dan setelah desakan Anthony Loke dari DAPSY. (Pemuda DAP). Ditanya sama ada keputusan menangguhkan pelaksanaan penguatkuasaan itu adakaitan dengan pilihan

Khalid Gagap Naik Angin Bila DAP Akui Pakatan Gagal Tadbir Selangor...

Image
Ketika Pakatan Rakyat menang besar tanpa diduga di Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu menubuhkan kerajaan negeri buat pertama kalina sejak Merdeka, bermacam-macam janji manis dibuat kepada rakyat. Pada peringkat awal, pembangkang mengatakan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan akan berlandaskan kepada prinsip ketelusan, keadilan, kesamarataan serta menabur pelbagai lagi langkah-langkah drastik yang bakal merubah landskap politik di negeri itu. Kononnya pentadbiran di bawah Barisan Nasional dahulunya korup, menyalahguna kuasa dan tidak memperdulikan nasib dan kebajikan rakyat, antara alasan yang diberi. Maka Pakatan Rakyat Selangor mengambil beberapa langkah untuk menyakinkan rakyat bahawa pentadbiran mereka jauh lebih baik daripada BN. Semasa kempen PRU ke-12 bermacam-macam gula politik di hidang kepada rakyat untuk menarik sokongan di peti undi. Rakyat terpengaruh, BN tumbang dan Pakatan Rakyat muncul sebagai pentadbir kerajaan yang baru di Selangor.

Kenapa Guan Eng Melompat Bila Najib Nak Bina 20 Ribu Rumah Mampu Milik Di Penang...

Image
Lim Guan Eng anak kesayangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang rupanya tidak senang duduk apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berjanji untuk membantu merealisasikan impian penduduk Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah mampu milik. Ternyata janji PM untuk menyediakan 20,000 unit rumah mampu milik melalui program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) memberi kesan yang agak mendalam sehinggakan memaksa Ketua menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP itu bingkas bangun dan melatah mempertikaikannya. Menurut Guan Eng, tiada sebab untuk pengundi Pulau Pinang teruja dengan janji tersebut memandangkan soal pembinaan dan penyediaan rumah sememangnya sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat yang diterajui BN. Tapi pemimpin DAP itu lupa, isu perumahan bukannya terpikul di bahu Kerajaan Pusat semata-mata sebaliknya tanggungjawab sebenar menyelesaikan kemudahan perumahan untuk rakyat sepatutnya menjadi prioriti utama Ke

Anwar Mesra Israel...

Image

Jenice Lee Rembat Duit Warga Emas... Cilaka Punya Betina...

Image
Bekas ahli DAP, Tan Kim Swee menolak penafian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Teratai Jenice Lee yang kononnya tidak mengambil tiket konsert anjuran Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan (Thean Hou Temple) bernilai RM13,500. Malah Tan juga mempersoalkan, jika Adun Teratai itu tidak mengambil tiket berkenaan bagaimana ahli DAP boleh hadir sebagai tetamu dan menikmati jamuan makan malam yang disediakan.    "Kalau dia (Jenice) kata tak ambil tapi ahli DAP sudah masuk duduk di 18 meja, semua sudah makan pada waktu itu," ujar beliau ketika dihubungi Antarapos. Ketika ditanya mengenai tiket-tiket itu diserahkan kepada persatuan lain, Tan bagaimanapun tidak tahu-menahu mengenai perkara berkenaan dan hanya mahu wang perbelanjaan itu dikembalikan berikutan beliau terpaksa berhutang dengan pihak lain untuk menyelesaikan kos penganjuran konsert tersebut. "Itu kita tak tahu sebab dah 10 bulan hal ini berlaku, saya pun tak tahu nak cakap apa. Saya

Adik Nik Ajis Sudah Hampir KO...

Image
Khabarnya adik Nik Aziz, Nik Razi Nik Mat sedang bergelut dengan penyakit yang dihidapi selama ini tidak termasuk sakit tua. Ada sumber rapat mengatakan bahawa "model jus doa" ini sakit tenat sejurus beliau doakan kehancuran UMNO dan BN. Ada sumber mengatakan beliau tertekan dengan isu doa yang diimamkan olehnya dalam stadium Kota Bharu ketika Muktamar Pas berlansung. Sejauh mena benarnya cerita ini MI masih menunggu laporan bergambar dari rakan-rakan MI di Kelantan. Sumber: malaysia instinct

Inilah Punca Kenapa Berlaku Ribut Petir Di Selangor Malam Sabtu Lepas...

Image
Sebagai seorang politikus, nilai ini merupakan intipati kepada wataknya sebagai seorang individu yang membayangi karektor yang lain seperti mementingkan diri sendiri, suka berbohong dan berasa dirinya suci dan tidak berdosa. Apabila berdepan dengan dua tuduhan meliwat dalam tempoh jangkamasa 10 tahun, beliau merasakan dirinya maksum daripada jenayah tersebut lantas menyalahkan musuh-musuh politik berkonspirasi untuk menjatuhkannya. Apabila disiar video seks 'chinadoll', Ketua Pembangkang itu dengan muka seposen menafikan bahawa ini adalah satu lagi usaha jahat musuh politiknya khususnya UMNO. Tatkala Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan yang secara tidak langsung menyerang Islam berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu, beliau mempertahankan pendirian anaknya itu. Sekali lagi yang menjadi sasaran serangannya ialah UMNO dan yang menerima tempias saman Nurul Izzah ialah akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia. Begitu juga ketika dipetik oleh akhbar

Ok Jom Turun Ke Bukit Jalil...

Image
Harimau Malaya Lwn Siam

Fitnah Adalah Makanan Ruji Bagi Nurul Izzah...

Image
Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah menimbulkan isu kononnya Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya (UM) telah dipaksa tutup oleh Kerajaan Pusat atas sebab politik. Melihat gaya propaganda PKR berhubung isu ini nampak jalan ceritanya seolah-olah Masjid Ar-Rahman akan ditutup untuk selama-lamanya. Fitnah sebegini semacam dah jadi darah daging anak beranak Anwar Ibrahim agaknya. Untuk sensasikan lagi cerita maka dicanangkan kepada umum konon arahan penutupan masjid itu datangnya dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan demikian dapatlah diburukkan imej Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin. Walhal kisah sebenarnya, Masjid Ar-Rahman di UM ini hanya akan ditutup sementara sahaja bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dilaksanakan. Notis penutupan sementara itu pula datangnya dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk melicinkan proses membaiki kebocoran bumbung,

Ini Akan Berlaku Kalau Pakatan Tak Dapat Tawan Putrajaya...

Image
Pergaduhan yang berlaku di Batu 9, Gombak Utara sebenarnya memperlihatkan dengan jelas betapa budaya ganas sudah agak sinonim dengan gerombolan penyokong pakatan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim. Jika tidak kerana penyokong gerombolan PR yang bukan anak tempatan memulakan acara membaling batu pastinya tiada individu dari kedua-dua belah pihak yang cedera sampai berdarah-darah. Alasan PR kononnya keganasan dimulakan oleh penyokong BN sukar untuk diterima, lebih-lebih lagi ramai sedia maklum sejak dulu hingga sekarang bab-bab mengganas ini biasanya sinonim dengan penyokong PR yang terkenal dengan pembawaan panas baran dan akal pendek. Untuk sembunyikan kebenaran sambil meraih simpati umum, maka ditayangkanlah gambar seorang penyokongnya yang berdarah dilengan kemudian dipaparkan sehelai baju kuning berlogo PKR, DAP dan PAS.  Geng mereka yang memulakan balingan batu dan objek keras yang lain disembunyikan dari pengetahuan umum. Propaganda politik yang bijak un

Kuitpan Hasil Pasir Dari 2009 Hingga 2011 Hanya RM 32.5 Juta Je..???

Image
Rakyat sepang tengok tiap-tiap hari lori pasir keluar masuk, bawak bertan-tan pasir, korek punya korek sampaikan sepang yang selama nie tak pernah banjir, tahun nie mengalami banjir yang amat teruk, bila di kaji kenapa, jawpannya kerana sungai makin cetek akibat kelodak di sebabkan kerja-kerja mengorek pasir... Bukan setakat di sepang, di kawasan puchong pun menerima musibah juga, akibat hakisan dari kerja-kerja melombong pasir, sebuah jambatan di kampung pulau meranti runtuh... semuanya akibat pengorekan pasir yang tidak terurus dan terkawal... Korek punya korek sampai sepang banjir dan jambatan runtuh, kutipan hasil pasir hanya mampu di collect oleh kerajaan selangor hanyalah rm 32.5 juta, ingat... 32.5 juta tu bukan hasil kutipan tahun 2012, tapi hasil kutipan dari tahun 2009 hingga 2011... Apa dah jadi dengan janji-janji kata nak collect hasil pasir rm 150 juta setahun yang khalid kata masa sidang dun 2009 dulu...??? Gambar bawah: Jambatan Pulau Meranti di Puchong yan

"Anwar Pening" Rupanya Najib Tak Pinggirkan Rakyat Sabah

Image
Pada tahun 2006, SKMM telah melaksanakan perkhidmatan telefon melalui kerjasama dengan tiga pemberi perkhidmatan iaitu Telekom Malaysia, Celcom dan TT Dot Com. Sebanyak 22 lokasi telah dikenalpasti dengan kos pelaksanaan sebanyak RM135 juta.  Seterusnya, sebanyak 20 Pusat Internet 1Malaysia telah dibangunkan. Pihak TM dan Celcom telah dilantik bagi menjalankan projek ini dan ia telah siap pada tahun 2009 dan dari segi infrastruktur jalur lebar, lebih kurang 108 ribu port ADSL telah disediakan oleh pemberi perkhidmatan bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap. Ini disokong oleh liputan jalur lebar tanpa wayar dan WiMAX. Sehingga 2009, liputan 3G adalah 59 peratus liputan di kawasan berpenduduk dan WiMAX 19 peratus liputan di kawasan berpenduduk. Usaha-usaha yang dilaksanakan sebelum ini telah ditingkatkan pada 2010. Pada Mac 2010, Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) telah dilancarkan dengan pelbagai inisiatif baru di seluruh negara termasuk di negeri Sabah. Antara inisiat