Posts

Showing posts from March, 2016

UPDATE: 5 KAPAL KITA KE BETING PATINGGI ALI

Image
Berikutan pencerobohan hampir 100 kapal nelayan China yang melakukan aktiviti perikanan di dalam zon ekonomi eksklusif Malaysia yang jelas bertentangan dengan Artikel 19 UNCLOS, TLDM telah menghantar 2 buah kapal perang diikuti 3 buah kapal dari APMM yang telah berada di kawasan terbabit bagi melaksanakan pemantauan dan tindakan susulan berikutan pencerobohan tersebut. Sebuah pesawat Bombardier APMM juga turut dikerah semalam bagi melaksanakan langkah mendapatkan bukti berikutan pencerobohan tersebut. Semalam Dato Seri Shahidan Kassim dalam kenyataannya kepada media di lobi Parlimen menyatakan bahawa APMM telah dikerah untuk mengambil tindakan keatas flotila nelayan asing tersebut. Awal minggu ini Menteri Luar dan Menteri Pertahanan kita telah mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan militarisasi China keatas kawasan perairan Laut China Selatan dengan menyatakan Malaysia akan bertindak balas secara ketenteraan dan menyeru China bersama sama negara-negara ASEAN yang te

100 Bot Dan Kapal Negara China Ceroboh Perairan Negara...

Image
Kira-kira 100 bot dan kapal dari China dikesan menceroboh perairan negara dekat Beting Patinggi Ali di Laut Cina Selatan hari ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim. Beliau berkata ekoran pencerobohan itu kerajaan telah mengerahkan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk memantau keadaan di kawasan itu. "Kita telah kerahkan tiga buah kapal APMM, dua sudah bergerak, aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga ada di sana. Kapal (pesawat) Bombadier telah terbang membuat tinjauan di kawasan itu tadi dan mendapati terdapat sekumpulan nelayan China berada di sana. Ia satu jumlah yang agak besar dan kapal kita dijangka sampai pada malam ini," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini. Beliau berkata tindakan penguatkuasaan undang-undang akan diambil jika kapal-kapal berkenaan dikesan memasuki zon ekonomi ekslusif negara. Bernama

Umno Kelantan Dan Ku-Li Ikrar Sokong Najib...

Image
Ybm Tg Razaleigh Hamzah dan pemimpin umno kelantan sebentar tadi menandatangani deklarasi kelantan yang mana dalam deklarasi itu memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan perdana menteri dan presiden umno, Dato Seri Najib Tun Razak.

Hampir Pasti Serpihan Di Mozambique Milik MH370...

Image
Dua serpihan yang ditemukan di Mozambique hampir pasti milik pesawat Malaysia Airlines MH370, kerana kedua-dua bahagian itu konsisten dengan panel pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemeriksaan ke atas serpihan itu yang dijalankan oleh Geosains Australia dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) di pusat kemudahan di Canberra, Australia sejak 21 Mac, selesai semalam. Pemeriksaan dan analisis yang dijalankan ke atas serpihan itu dikendalikan oleh pakar antarabangsa daripada Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Annex 13 Malaysia bagi MH370, ATSB, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Boeing, katanya. Sebelum itu, Sekeping serpihan, kemungkinan daripada bahagian 'inlet cowling' enjin pesawat ditemukan di persisiran pantai di selatan Afrika Selatan, berhampiran bandar Mossel Bay pada Selasa. Liow berkata satu pasukan akan dihantar untuk mendapatkan

Clever Girl, Bukan Peserta Je Tak Cerdik, Penerbit Pun Tak Berapa Nak Cerdik Jugak...

Image
Aku tertarik dengan satu artikel yang bertajuk "Berhenti Kecam Peserta Clever Girl' - Penerbit" dalam artikel tu, penerbit tu kata, "peserta clever girl bahawa kesemua peserta yang dipilih mempunyai tahap IQ yang tinggi. Namun, disebabkan rasa gemuruh menyebabkan sesetengah peserta menjadi gugup berdepan dengan ujian yang diberi." kliksini Ok, aku tak nafikan, kalau aku jadi peserta aku jugak akan rasa persaan yang sama, silap-silap aku jadi macam sudin dalam filem seniman bujang lapok, asyik dok terkucil je... So aku pon saja-saja la search video clever girl ni dalam youtube, haa jumpe, video segmen keempat minggu kedua... Episod penyingkiran dua peserta, satu dari perlis dan satu dari sarawak... Soalan pertama yang di ajukan oleh pengacara ialah, berapa "berapa banyak filem p.ramlee yang menggunakan tajuk bujang lapok" soalan tu pada aku senang, ko kira je la, mula dari filem bujang lapok yang masak gulai ayam terlebih letak gar

Songlap 100 Juta Dana Kerajaan, Najib Gesa Siasat Segera...

Image
Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan supaya siasatan berhubung isu penyelewengan dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dilakukan dengan serta-merta. Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata perdana menteri turut mengarahkan semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan supaya meningkatkan lagi tahap pemerhatian, ketelusan dan akauntabiliti. Beliau berkata kerajaan amat bimbang dengan laporan bahawa sejumlah RM100 juta dana kerajaan kemungkinan diseleweng daripada KBS. “Rasuah merupakan musuh yang perlu kita perangi di negara ini dan kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam. Kenyataan itu susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jumaat lepas yang menahan sembilan orang termasuk seorang setiausaha bahagian KBS yang dikatakan menerima suapan dianggar mencecah RM20 juta. Pegawai kanan berusia 56 tahun itu bersama lapan individu lain term

Pemuda Umno Selangor Kesal Di Tuduh Tak Buat Kerja. Dah Bajet Tak De Beb...

Image
Pemuda Umno Selangor menegaskan sayap-sayap Umno di Selangor bukan tidak menjalankan tugas mereka membantu Umno dan BN bagi merampas kembali Selangor dari tangan Pakatan Harapan. Malah Ketua Pemudanya, Zainuri Zainal mendakwa beliau dan ahli-ahlinya terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri demi memastikan program-program dapat dijalankan dalam usaha memikat pengundi terutamanya dari kalangan orang muda. “Nak suruh kita bekerja, tapi minyak tidak berisi, bagaimana nak bergerak? Ini masalah Pemuda Selangor hadapi. Orang tak tahu...sampai ada yang berhutang. Kita tidak ada peruntukan seperti ketua bahagian tapi kita sanggup keluarkan duit poket sendiri buat program. “Himpunan merah itu, kita keluarkan baju, dapat (duit) dari mana? Ketua Pemuda keluar duit sendiri, beri kepada pemuda-pemuda yang semangat nak pergi. Ada orang tanya tak, Pemuda Selangor dapat peruntukan dari mana? “Kita memang nak membantu. Asas penubuhan Pemuda pun untuk membantu cawangan dan bahagian tap

Hari Ini Genaplah Usia P.Ramlee 87 Tahun...

Image
Kalau dia masih ada, hari ini genaplah usia dia 87 tahun... Kalau dia masih ada, mutu filem dan drama kita tak lah macam sampah seperti sekarang ini... Dia insan yang berhati mulia... Tetapi apa boleh buat... Allah lebih sayangkan dia... Kita kehilangan sebutir permata yang paling berharga... AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE...

Kerajaan Tidak Sesekali Tunduk Kepada Desakan Golongan LGBT...

Image
Kerajaan tidak sesekali tunduk kepada desakan pihak yang mahukan hak-hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diiktiraf demi mematuhi prinsip hak asasi manusia tanpa batas, kerana ia adalah dosa besar mengikut Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata jika tuntutan golongan itu dipenuhi, kesucian Islam akan tergugat dan institusi keluarga tidak dapat dipertahankan. “Kerajaan tidak sekali-kali menghalalkan sebarang perbuatan dosa besar atas dasar menghormati hak peribadi. Yang haram di sisi Islam tetaplah haram. “Apabila mereka hendak menganjurkan festival gay di negara kita, kerajaan tidak benarkan kerana kita hendak menjaga masyarakat kita daripada keruntuhan moral dan akhlak,” katanya ketika berucap menutup Seminar Isu-Isu Seksualiti Peringkat Kebangsaan 2016 di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) di sini, hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malay

Kereta Lain Yang Kena Saman, Orang Lain Yang Kena Bayar... Macam Mana Tu??

Image
Seperti yang di laporkan Seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengenakan saman padanya di atas kesalahan yang tidak dilakukan.  Muhammad Affandi Azmi, 27m  didakwa telah memandu secara laju melebihi had laju yang ditetapkan pada 7 Februari 2016 di KM70 Jalan Alor Setar - Butterworth. Di atas kesalahan itu, Affandi telah dikenakan saman RM150.  Terkejut dengan saman yang diterima, Affandi telah membuat semakan saman itu di Ibu Pejabat Balai Polis Trafik Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah dan mendapati kereta yang disaman adalah kereta yang berlain dari kereta yang dimilikinya. Malah, nombor pendaftaran kenderaan yang disaman juga ternyata jauh berbeza dari nombor pendaftaran kereta Perodua Viva miliknya.  "Gambar kenderaan yang dirakam oleh pihak trafik Kuala Muda pada 7 Februari 2016 igtu bukan milik saya. Nombor pendaftaran yang ditunjukkan dalam gambar adalah PKR4209, tetapi bukan nombor pendaftaran saya, P

Waktu Puncak Jam 11 Pagi Hingga 2 Petang? Pengguna LRT Bagi Komen Sikit...

Image
Ntah la yeop, nak gelak ke atau nak menangis bila baca satu keratan akhbar yang kata waktu puncak LRT di antara jam 11 pagi hingga jam 2 petang... Wartawan yang menulis berita ini aku rasa dia baru first time naik lrt kot... Siapa yang tiap-tiap hari naik lrt akan tergelak besau baca news nie... Kalau nak membodek pon, bagi la fakta yang betul... Pengguna lrt, star dan putra, monorel boleh bagi komen sikit, betul ke waktu puncak, peak hour lrt dari jam 11-2 petang...

Genaplah 192 Tahun, Kepulauan Melayu Di Pecah-Pecahkan Oleh Penjajah...

Image
Genaplah 192 tahun berlakunya peristiwa perjanjian yang ditandatangani di antara dua kuasa besar nun jauh di kota London sana, namun perjanjian itu memberi kesan yang amat besar kepada penduduk peribumi di sebuah kepulauan besar di Timur Jauh dan kesannya sejak dari nenek moyang masih lagi dirasai sehinggalah kepada anak cucu mereka walau pada zaman teknologi kini. Perjanjian ini ditandatangani di antara Hendrik Fagel dan Anton Reihard Flack mewakili kerajaan Belanda dengan George Canning dan Charles Watkin Williams Wylkin mewakili kerajaan British. Perjanjian ini ditandatangani untuk menyelesaikan konflik di antara dua pihak berhubung dengan tindakan British membina pengaruhnya di Singapura,salah sebuah wilayah dalam Empayar Johor-Riau-Lingga ketika itu yang semakin melemah akibat perebutan takhta di antara kerabat diraja dan campur tangan dua kuasa besar Barat (siapa lagi kalau bukan British dan Belanda) yang berusaha mencari pangkalan strategik untuk meluaskan pengaruh mere

Tiada Ajaran Syiah Dan Wahabi Di Selangor - DYMM Sultan Selangor

Image
Dymm sultan selangor telah menitahkan azmin ali, selaku wakil kerajaan negeri selangor membuat satu perjanjian dengan al-madinah international university untuk tidak mengajar ajaran syiah dan fahaman wahabi di universiti itu... Sekiranya pihak al-madinah melanggar perjanjian itu, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menarik balik lesen, tanah dan tidak membenarkan universiti itu meneruskan operasi mereka... Daulat Tuanku... 

Sudah Nyata, PAS Tidak Akan Bersama UMNO...

Image
Sudah rasmi, pas tidak akan bersama umno dan barisan nasional dalam pru 14 akan datang... Pagi tadi, secara rasminya pas sudah bertunang dengan parti yang baru di tubuhkan 2-3 tahun lepas iaitu parti ikatan bangsa malaysia (ikatan) bagi membentuk blok ke tiga pembangkang... Gaya hadi sebelum ini menunjukan yang pas akan bersama umno dan bn bagi menentang pakatan harapan, semua orang bercakap tentang itu, penyatuan melayu dan Islam menjadi terasnya... Tetapi biasa la, pas tetap pas, bagai mana baiknya umno sekalipun, pas tetap tidak akan bersama umno, pakailah baju melayu sedondon sekali pun, pas tetap akan menentang umno dan barisan nasional... Dulu pas kata mereka akan bergerak bersendirian, nah bila umno pelawa untuk bergerak beriringan demi penyatuan melayu dan Islam, mereka tolak pelawaan umno itu, nah apa dah jadi sekarang...???

Mengapa Peluk Islam Secara Sembunyi, Artikel Jahat FMT...

Image
Portal pro pembangkang sekali lagi mempermainkan Islam... Terbaru, free malaysia today mengeluarkan satu artikel bertajuk "Mengapa Perlu Peluk Islam Secara Sembunyi" siapa penulisnya? aku sendiri pon tak tahu, dia menggunakan nama Fa Abdul, ntah real orang Islam atau tidak aku pun tak pasti... Sekilas kalau kita baca, memang macam tak ada apa-apa pasal artikel ini, tapi kalau kita amati, nampak jarum-jarum halus puak-puak kafir memperlekehkan Islam... Soalnya kenapa perlu di keluarkan artikel sebegitu?  Artikel itu di tujukan kepada muhammad riduan abdullah seorang muallaf yang kini sedang dalam proses mendapatkan hak penjagaan 3 orang anaknya dari isterinya yang masih lagi beragama hindu... Terbaca sahaja artikel itu, kita sudah boleh menagak, kemana sokongan penulis fmt ini, sudah tentu memihak kepada isteri muhammad riduan yang masih lagi beragama hindu dan Islam di gambarkan jahat dan tidak adil... Mungkin penulis fmt ini seorang remaja yang

PAS Tanding 11 Kerusi PRN Sarawak, Sedia Lawan 3 Penjuru Dengan BN, PKR Dan DAP...

Image
PAS mengesahkan akan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) akan datang. Sebelas kerusi berkenaan ialah Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu bertanding untuk menyuburkan amalan demokrasi di Sarawak dengan memberi pilihan kepada rakyat negeri ini calon yang diyakini boleh mewakili mereka ke DUN. PAS sebelum ini menyatakan kesediaan bertanding tiga penjuru termasuk menentang DAP atau PKR selain Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini selepas parti itu keluar daripada pakataan rakyat. SUMBER

Siapa Kata Rakyat Susah Dan Menderita? - MP Bagan Serai

Image
Kesesakan di lebuh raya dengan jumlah kenderaan yang semakin hari semakin meningkat, sejumlah besar rakyat Malaysia melancong ke luar negara serta kemampuan umat Islam menunaikan umrah, menjadi ukuran bahawa perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 yang lalu menguntungkan rakyat. Wakil rakyat Bagan Serai (BN) Noor Azmi berkata demikian menepis dakwaan pembangkang kononnya rakyat menderita selepas perlaksanaan GST. "Kata rakyat susah dan menderita, tetapi saya tengok lebuh raya sesak setiap hari. Di lapangan terbang, bukan KLIA sahaja malah lapangan terbang Terengganu, tahun ini saja 40,000 umat Islam pergi umrah. Susah, susah melancong di Vietnam dan Indonesia.  "Sebenarnya pakatan pembangkang mengatakan bahawa GST ini mendera rakyat adalah bohong dan karut. Dakwaan itu hanyalah persepsi semata-mata," katanya. Tambahnya lagi, kerajaan telah melakukan sebaik mungkin untuk membantu meringankan bebanan rakyat, namun pembangkang m

MB Kedah Umum Pemberian Barangan Keperluan Asas Hujung Bulan Ini....

Image
Hanya 20,000 daripada lebih dua juta penduduk Kedah akan menerima bantuan barangan asas keperluan harian penghujung bulan ini bagi meringankan beban kos sara hidup dihadapi mereka. Bantuan yang hanya akan diberi sekali sahaja itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas kerajaan negeri sedar dengan rintihan dan keluhan rakyat berkaitan kos sara hidup. Katanya, kerajaan negeri bersetuju memberi bantuan sara hidup kepada 20,000 rakyat Kedah yang disampaikan sekali sahaja pada penghujung bulan ini. “Sumbangan ini dari Pejabat Menteri Besar Kedah yang akan disalurkan melalui pusat khidmat wakil rakyat Barisan Nasional (BN),” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Menurut Ahmad Bashah, bantuan di 21 Dewan Undangan Negeri (DUN) itu akan diselia pusat khidmat wakil rakyat BN, manakala 15 DUN dikuasai pembangkang akan diselia penyelaras DUN. SUMBER

PAS Tikam Belakang UMNO, Sokong Undi Tidak Percaya Terhadap Najib

Image
PAS akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri sekiranya ia dibentangkan di Parlimen, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hasan. “Ia tidak dibangkitkan di Parlimen sebelum ini. Jika ia dilakukan, kita akan sokong. “Tetapi biarlah ia berlaku dahulu dan kita tengok macam mana. Jika pembangkang yang bentangkan, sudah tentu PAS akan sokong,” kata kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini. Ditanya mengapa PAS tidak menyokong deklarasi rakyat terhadap Datuk Seri Najib Razak, Takiyuddin berkata, walaupun beliau bersetuju dengan cadangan deklarasi berkenaan, tetapi PAS mahu sekiranya prosedur yang betul dilaksanakan. SUMBER

Islam Tak Galak Pecat Pemimpin - Hadi Awang...

Image
Hadi Awang berkata, Islam tidak menggalakkan umatnya untuk memecat pemimpin sebaliknya perlu 'membetulkan' mereka. Sambil memetik kata-kata Saidina Abu Bakar As-siddiq, presiden PAS itu berkata parti politik dan rakyat sendiri perlu bersabar berbanding menjatuhkan pemimpin. "Budaya pecat pemimpin tak digalak Islam. Islam tak galak pecat pemimpin, perbetul pemimpin boleh. "Kita kena sabar memperbetulkan pemimpin. Walaupun saya tak setuju dengan kerajaan tapi kita (PAS) sabar," katanya. "Kita sabar. Kita tak ada kerusi langsung, bawa rebah, tak kisah, yang penting jangan mengacau rakyat. Itu yang kita kena betul-betul. "Saya tak ampu sesiapa. Orang nak sokong, sokong. Kalau tak nak, tak apa," katanya. Bagaimanapun, katanya, apa yang menjadi masalah kini apabila sesetengah pihak mengamalkan politik melampau sehingga meninggalkan akhlak mereka. "Kita tidak boleh berhenti berpolitik kerana ia sebahagian daripada masyarakat manusia. Masalahnya

Sudah 3 Tahun Peristiwa Lahad Datu, Jangan Kita Lupa Pada Ismail Omar...

Image
Di sebuah masjid dekat Felda Sahabat, Lahad Datu. Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar kelihatan sedang khusyuk berdoa. Wajahnya sugul, kepenatan tetapi nyata bersungguh-sungguh. Ketika ini ramai anak buahnya dibunuh kejam oleh tentera penceroboh Sulu. Ketika ini semua mata di Malaysia tertumpu padanya. Cabaran yang beliau pikul bukan calang-calang. Sepanjang aku berada di sana, Ismail adalah orang paling sibuk menangani masalah ini. Ada ketikanya aku melihat beliau betul-betul dalam kepenatan. Dari Subuh hingga ke tengah malam masih dalam uniform. Matanya lebam tak cukup tidur. Aku masih ingat, kenderaan yang beliau naiki adalah 'Ninja King' Toyota Land Cruiser berwarna putih. Setiap kali beliau keluar masuk dengan kereta itu, pasti akan ada sekumpulan anggota UTK siap dengan senjata automatik ditangan bagi mengawal keselamatan pergerakannya. Seperti mana nyawa anak buahnya di Kampung Tanduo itu, begitulah 'nyawa' Ismail ketika itu. Bak telur di hujung

Sejarah Pemberontakan Komunis Di Malaysia...

Image
Tiadanya luka fizikal tidak bermakna semuanya boleh dilupakan . Termeterainya perjanjian damai pada 17 Oktober 1990 antara Kerajaan Sarawak (mewakili Kerajaan Persekutuan) dengan Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) membawa kepada tamatnya pemberontakan bersenjata oleh elemen komunis di bumi Malaysia.  Telah tewas bukan satu, bukan dua, tetapi 5 parti komunis yang cuba membawa ajaran anti-Tuhan itu ke bumi Malaysia. Akhirnya, bumi Malaysia sudah boleh menumpukan perhatian terhadap pembangunan ekonomi dan negara. Namun begitu, di sebalik tamatnya pemberontakan bersenjata komunis itu, kita telah lalai.  Ya, benar mereka telah meletakkan senjata mereka,  tetapi ramai lagi yang terus kekal dengan fahaman komunisme.  Kita tidak kisah mereka memegang ajaran sesat itu, tetapi kita tidak boleh terima usaha mereka untuk menghalalkan perjuangan songsang mereka yang lampau. Dalam masa 5 - 6 tahun yang lepas, kita dapat lihat dengan sendiri usaha oleh segelintir individu, baik dari kerajaan

Malaya Kekal Tanah Melayu Bumi Islam Kalau Bukan Kerana MCA...

Image
Gara-gara usaha gigih MCA, seramai 1,157,000 orang pendatang keturunan Cina diiktiraf sebagai rakyat Malaya pada bulan Jun 1953. Pada waktu itu, jumlah penduduk Tanah Melayu hanya 4,139,000 orang. Pada 1952 (tahun yang sebelumnya), syarat permohonan untuk menjadi warga negara telah dilonggarkan hasil desakan MCA. Maka Cina Malaysia sebenarnya banyak terhutang budi kepada MCA. Tanpa campurtangan parti Cina tersebut, mereka pasti akan ditinggalkan ‘stateless’ umpama Cina di Brunei. Bantuan MCA menjurus kepada 2 juta Cina jadi warga negara Pada 31 Ogos 1958, seramai satu juta lagi orang Cina telah mendaftar untuk menjadi warga. Butir-butir yang disebutkan ini dikemukakan dalam sebuah kertas selidik oleh Dr Chong Siou Wei dan Dr Wong Wun Bin, iaitu dua ahli fakulti Institut Pengajian Cina di Universiti Tunku Abdul Rahman. MCA telah membantu lebih daripada 2,000,000 Cina untuk mendaftar sebagai warga, kata setiausaha agung MCA Ong Ka Chuan dalam ucapan beliau sempena sambutan

Pertahankan Setiap Inci Tanahair, Sejarah Ringkas Pulau Layang-Layang (Stesen Lima)

Image
Gugusan Semarang Peninjau (GSP) terletak 162 batu nautika dari barat laut Kota Kinabalu, Sabah.Ia juga terletak di dalam lingkungan 200 batu nautika Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). Kerajaan telah mengisytiharkan terumbu ini terletak di dalam ZEE Malaysia pada 20 September 1979 selaras dengan keputusan kabinet yang bermesyuarat pada 13 Julai 1979 yang memutuskan supaya kedaulatan Malaysia ke atas kawasan terumbu-terumbu berkenaan dibuktikan dengan pembinaan tugu sebagai tanda penempatan. Tugu pertama Terumbu Layang-Layang atau Stesen Lima telah didirikan pada 21 Jun 1980. Ia disusuli dengan penempatan anggota PASKAL TLDM pada bulan Mei 7 Mei 1982 dengan keadaan yang cukup mencabar. Survivaliti tim PASKAL seramai 18 orang pada ketika itu menunjukkan kesanggupan mereka menggadai nyawa dan meletakkan keberanian demi mengawasi kedaulatan Negara walaupun keadaan ketika itu terlalu daif dan serba kekurangan. Selain pulau ini, trup PASKAL turut ditempatkan di Terumbu Ubi (Stesen Unifo

Walaupun Sudah 2 Tahun MH370 Hilang, Keluarga Mangsa Tetap Mahu Kerajaan Teruskan Pencarian...

Image
Walaupun sudah dua tahun pesawat milik MAS MH370 hilang, namun keluarga penumpang pesawat malang tersebut mahu operasi mencari diteruskan. Hasrat itu dinyatakan mereka ketika majlis mengenang kejadian itu hari ini sekaligus ingin mengetahui punca kehilangan supaya ia tidak berulang kembali. Majlis Memorial MH370 dengan tema, ‘Dua Tahun Tragedi: Siasat semula, Menilai semula dan Mula semula’ itu dihadiri bukan sahaja waris malah orang ramai yang memperingati tragedi tersebut. Menurut isteri kepada Patrick Francis Gomes, salah seorang penumpang pesawat itu, Jacquita Gomes berkata beliau dan keluarga amat merasai kehilangan dan masih belum berhenti berharap dengan berita mengenai pesawat tersebut. “Kami akan terus berusaha untuk memastikan kebenaran dapat diketahui. Kami tidak akan berputus asa,” katanya dipetik The Star Online, hari ini. Sementara itu, seorang waris mangsa Bai Chuan Fu, 48, berkata beliau hadir ke majlis mengenang kejadian ini kerana ingin memberitahu dunia supaya t

Mahkamah Rayuan Beri Kebenaran Kepada PSS Untuk Cabar KDN Yang Istihar PPS Haram...

Image
Kerajaan pernah mengharamkan PPS, sumber Free Malaysia Today   Mahkamah Rayuan semalam memberikan jaminan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memulakan prosiding mencabar arahan Kementerian Dalam Negeri yang telah mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sebagai sebuah pertubuhan haram. Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh HAKIM LIM YEE LAN membenarkan rayuan Kerajaan Negeri untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk menolak permohonan kebenaran itu. Hakim juga mengarahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk pengurusan kes. Hakim juga mendengar permohonan peguam Tommy Thomas, yang memberitahu mahkamah, Kerajaan Negeri tidak menuntut kos undang-undang, supaya kes itu didengar di hadapan hakim yang lain. Selain HAKIM LIM YEE LAN, hakim-hakim lain dalam panel tersebut adalah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr. Badariah Sahamid dan Hakim Mahkamah TInggi Harminder Singh Dhaliwal. SUMBER Ps. teringat kata-kata seorang pesara komando vat69

Curi Milo Untuk Penuhi Permintaan Anak...

Image
Gara-gara memenuhi permintaan anak berumur dua tahun untuk minum Milo, seorang ibu dihukum penjara sehari dan denda RM200 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri sepaket Milo di sebuah pasar raya di sini. Majistret Husna Dzulkifly turut memerintahkan S. Sellamah, 36, yang tidak diwakili peguam, menjalani hukuman penjara lima hari sekiranya gagal membayar denda. Dia tidak membayar denda itu. "Maafkan saya Puan Majistret. Saya mencuri Milo itu kerana anak saya yang berumur dua tahun terlalu teringin minum Milo," katanya dalam keadaan sebak semasa memohon hukuman diringankan. Mahkamah menjatuhi hukuman itu ke atas Sellamah, ibu kepada seorang anak, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri Milo seberat 2 kilogram di pasar raya KK Supermart & Superstore, Jalan Hang Lekir, Dang Wangi di sini, jam 11.19 malam, 29 Februari lepas. Suri rumah itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10

Pada Tarikh 3 Mac Raja-Raja Melayu Di Sumatera Telah Di Bunuh Dengan Kejam...

Image
Gambar ehsan blog Untold History Tarikh 3 Mac 1946 bersamaan 27 Rabiulawwal 1365 Hijrah. Berpuluh puluh tahun dulu di wilayah Sumatera Timur di Indonesia,berlaku satu peristiwa penumpahan darah beramai ramai akibat hasutan sesetengah pihak,yang akhirnya mengorbankan sultan-sultan Melayu yang menguasai wilayah Sumatera Timur,para kerabat diraja,bangsawan dan orang Melayu di sana. Semuanya berlaku akibat hasutan dari Parti Komunis Indonesia didalangi oleh Karim Marah Sutan dan Luat Siregar,kepada pekerja pekerja etnik Jawa yang bekerja di ladang ladang dan estet estet milik pemerintah Melayu di kawasan itu. Ada yang mengaitkan peristiwa ini dengan persengketaan antara etnik peribumi di Sumatera,iatu Melayu Sumatera,Batak dan Simalungun dengan etnik etnik imigran yang bekerja sebagai pekerja kepada pemerintah Melayu seperti Jawa,Madura,Sunda dan lain lain lagi. Kesultanan dan kerajaan Melayu yang menjadi mangsa peristiwa ialah seperti berikut; Kesultanan Deli Darul Maimon Kesultana

Virus Ikat Perut Kini Melanda Rakyat Malaysia...

Image
Virus’ ikat perut boleh dikatakan dihidapi ramai remaja termasuklah anda yang sudah bekerja. Berjauhan dengan keluarga buatkan kita perlu urus perbelanjaan sendiri. Kaji semula cara berbelanja dan jangan mudah terpedaya dengan tarikan potongan harga sehingga boros berbelanja.   Secara purata, setiap hari dianggarkan terdapat 14 orang diisytiharkan muflis atau bankrap di negara ini. Perkara ini berlaku kerana sikap suka berbelanja lebih daripada pendapatan.   Menurut laporan Jabatan Insolvensi Malaysia, dari 2005 hingga 2012 menunjukkan seramai 243,823 orang diisytiharkan muflis. Sebanyak 57 peratus daripadanya berusia di bawah 45 tahun. Ini membuktikan bukan hanya golongan lewat dewasa yang berpotensi muflis, namun kita juga tidak terkecuali. Baca selanjutnya disini ...

Mat Sabu Nak Kata Hadi Awang Bodoh...

Image
Macam nie lah, senang cerita mat sabu anggap hadi awang bodoh, tapi dia guna bahasa berlapik kata hadi buat kenyataan paling pelik... Memang mat sabu nak kata hadi bodoh, tapi mungkin perkataan bodoh tu terlalu keras, maka dia guna perkataan lain... Apa pun orang pas dapat membaca apa yang tersirat dalam otak mat sabu tu, ye la kan hampir 30-40 tahun hidup bersama...

Muhyiddin Akan Buat Kejutan Esok...???

Image
Tan Sri Muhyiddin ‎Yassin berkata, beliau masih ahli Umno meskipun jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden Umno telah digantung pada Jumaat lalu. Bercakap kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba penerbangan dari  Vietnam hari ini. Muhyiddin menambah, segala perihal yang melanda beliau kini akan dijelaskan pada Khamis ini. "Saya akan adakan sidang media dua hari lagi (Khamis) di mana saya akan jelaskan semua perkara yang berkaitan dengan penggantungan saya, kedudukan saya di dalam Umno dan hal-hal yang lain yang perlu saya jelaskan. ‎"Sementara itu saya masih berada di dalam umno," katanya. Terdahulu Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat lalu sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta merta. Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Naib Presiden Unmo Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas t