Posts

Showing posts from September, 2017

APMM TIDAK AKAN SEKAT BOT PELARIAN ROHINGYA DAN BERIKAN PENGINAPAN SEMENTARA

Image
Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (APMM) tidak akan menghalang bot pelarian rohingya yang memasuki perairan Malaysia dan akan memberi penginapan sementara buat mereka... Sumber: Reuters

6 PROGRAM BAKAL DISUSUN UNTUK PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA - Zahid Hamidi

Image
 1. Kerajaan akan adakan penempatan baru tersusun untuk pelarian rohingya yang berada di Malaysia. 2. Memberikan latihan vokasional mahir dan separa mahir untuk diserapkan didalam sektor perkerjaan dan pembiyaan latihan mereka akan di tangung oleh Kementerian Sumber Manusia dan sebahagian dari kem PLKN akan digunakan sebagai tempat latihan mereka. 3. Kementerian pendidikan akan berkerjasama dengan ngo-ngo rohingya, myanmar dan antarabangsa bagi memberikan / meneruskan pendidikan pra-sekolah dan sekolah rendah mengikut sistem pendidikan myanmar kepada anak-anak rohingya yang berada di Malaysia. 4. Kerajaan akan memberikan pembayaran premium bagi insuran coverage kesihatan orang-orang rohingya. 5. Tenaga kerja pelarian rohingya akan di salurkan ke sektor perladangan dan pembinaan, setelah tamat latihan vokasional mereka. 6. Akan berkerjasama dengan UNHCR untuk menghantar pelarian rohingya ke negara dunia ketiga atau menghantar pulang mereka ke myanmar sekiranya ke

EKONOMI IKAN KEMBUNG

Image
SUATU masa dahulu, ia dikenali sebagai ikan hidangan orang miskin. Tetapi apabila ada cakap-cakap mahu meletakkannya sebagai barang kawalan, ikan kembung barangkali petunjuk ekonomi yang lebih realistik bagi rakyat Malaysia terbanyak dan bukannya angka-angka pertumbuhan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Harga ikan daripada keluarga tuna itu meningkat sejak kebelakangan ini berdasarkan pada kunjungan biasa ke pasar, sejak pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 2015. Satu lagi faktor lain kenaikan harga minyak. Sebelum GST, ikan kembung di pasar dijual pada sekitar RM8 sekilogram. Sejak setahun lalu, harga ikan kembung, ikan yang menentukan paras harga ikan pelbagai jenis yang lain, turun naik antara RM16 hingga RM22 sekilogram di serata negara. Ini mengakibatkan pengguna terpaksa menyesuaikan pemakanan mereka selain membeli dengan kuantiti yang kurang. “Kalau dulu beli sekilo, sekarang beli setengah kilo. Kami tinggal berdua, bolehlah tahan tiga hari,” kata