Posts

Showing posts from February, 2016

Malaysia Hampir Berperang Pada Tahun 1988 (Artikel Panjang)

Image
1. Tersiarnya maklumat ini mungkin mengundang konflik. 2. Maklumat yang anda bakal baca seterusnya akan mengesahkan kepercayaan anda. 3. Sekitar beberapa tahun lepas, saya menikmati makan tengahari bersama dengan seorang pegawai paling kanan berpangkat jeneral dalam angkatan tentera (Nama tidak dapat disiarkan kerana saya bimbang maklumat ini boleh disalahgunakan, ketiadaan nama membolehkan sebarang konflik dinyahkan atas alasan ketiadaan kredibiliti). 4. Kesempatan ini saya ambil untuk bertanya satu soalan cepumas yang bermain dalam benak minda saya sejak sekian lama, soalannya cukup mudah, iaitu : BILA PALING HAMPIR NEGARA TERLIBAT DALAM PEPERANGAN? 5. Beliau terdiam, dan kemudian bertanya kepada beberapa orang awam lain yang duduk semeja dengan satu soalan yang mudah iaitu Anda Kampung Mana?…ada yang cakap dari Johor, Melaka, Kelantan dan tiba lah giliran saya, saya jawab :”Saya berasal dari……tetapi taat setia saya adalah Malaysia”. 6. Beliau yang yakin dengan jawapan saya kemu

PAS Tidak Sertai Himpunan Anti Najib...

Image
Apa jua perhimpunan atau demonstrasi membabitkan pembangkang akan gagal jika PAS tidak turut serta. Sebab itu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sudah goyah kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya kepada Sinar Harian menyatakan partinya tidak akan menghadiri perhimpunan anti Najib, 27 Mac ini. “Saya harap Datuk Seri Hadi Awang juga akan turut sama, supaya rakyat tidak terkeliru seolah-olah beliau/PAS mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak pada kala kemarahan rakyat terhadap Perdana Menteri makin memuncak,” katanya dalam Facebook hari ini. Rafizi berkata, beliau jarang mengulas mengenai PAS atau Abdul Hadi kerana menghormati sumbangannya kepada pembangkang sejak puluhan tahun, tetapi beliau dihujani dengan pertanyaan mengenai kenyataan terbaru pemimpin PAS itu. Ahli Parlimen Pandan itu berharap kenyataan Hadi bukan menghantar isyarat mengelirukan bahawa parti Islam itu menyokong Perdana Menteri. Rafizi menegaskan bahawa beliau tidak be

FITNAH RAFIZI: Tabung Haji Buat Laporan Polis...

Image
Lembaga Tabung Haji (TH) membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung dakwaan agensi itu memberi jaminan korporat kepada sebuah syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE). Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporatnya dalam satu kenyataan turut menafikan dakwaan tersebut dan meminta Rafizi untuk menamakan bank yang memberikan pinjaman kepada THHE dengan surat jaminan korporat TH seperti yang didakwa. “TH amat kesal dengan penyebaran dokumen-dokumen melalui laman sosial secara rambang dan tuduhan tidak berasas serta berunsur fitnah. Dakwaan tersebut memberi impak negatif kepada TH dan akan menjejaskan kepentingan pendepositnya. “Oleh yang demikian, TH telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan berkaitan dakwaan-dakwaan dan dokumen yang telah disebarkan oleh beliau,” katanya.

Benarkah Bangsa Melayu Tidak Pertahankan Negara...???

Image
Terbaca satu print screen facebook mamat nie, terfikir juga, adakah budak ini baru keluar dari gua...? Dia kata dia tak pernah terbaca dalam buku sejarah tentang perjuangan orang-orang melayu dalam mempertahankan negara ini, kalau ada pun peristiwa bukit kepong... Adehh... budak ini memang ada masaalah otak yang cukup kronik... Tak mau tulis panjang, korang nilaikanlah sendiri...

Wan Azizah, Adakah Kamu Islam...???

Image
Sudah banyak kali dinyatakan, yang bercakap tu bukannya menteri pertahanan tapi laman-laman web pertahanan dalam dan luar negara pun dah kata, pemergian angkatan tentera malaysia ke arab saudi bukanlah untuk berperang menentang syria... Berapa kali la nak ulang, mereka ke arab saudi bukan nak berperang, tetapi pemergian tentera negara adalah untuk menyertai latihan perang negara-negara Islam... Eksesais Ar Raad Asy Shamaal atau North Thunder adalah satu bentuk latihan ketenteraan dari negara-negara Islam yang terpilih, malaysia adalah salah satu negara yang terpilih, jadi bila dah kata eksasais kenapa la dok kalut sangat kata mereka nak serang syria...??? Aku tak sure sapa la yang bagi info karut marut pada wan azizah nie... Perhatikan gambar dibawah, malaysia satu-satunya negara dari asean yang di jemput, kalau lah seperti yang dikatakan oleh wan azizah, pemergian malaysia ke arab saudi adalah untuk menyerang syria, sudah tentu indonesia juga turut terlibat kerana

Projek DASH: Azmin Ali Kelirukan Rakyat Selangor...

Image
Gerakan Selangor hari ini menyelar kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana membuat kenyataan flip-flop dan polisi yang mengelirukan berhubung projek kontroversi Lebuh Raya Damansara Shah Alam (DASH).   Pengerusi Gerakan Selangor, Datuk David Ang Chin Tat berkata, sikap berdiam diri kerajaan negeri terhadap bantahan penduduk tempatan dan badan bukan kerajaan (NGO) Say No To Dash (SNTD) juga menimbulkan persoalan bahawa kerajaan negeri yang ada kini tidak banyak beza daripada kepimpinan terdahulu.   “Adalah jelas bahawa Azmin Ali lebih suka untuk menutup isu-isu berbanding melaksanakan dasar yang mesra kepada orang ramai.   “Menutup segala kontroversi dan memberikan alasan yang baik untuk mengelirukan orang ramai,” katanya menerusi satu kenyataan.   Beliau turut menggesa kerajaan Pakatan Rakyat berhenti daripada bekerjasama dengan pemaju projek lebuhraya berkenaan bagi membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan mereka adalah berbez

AL-Fatihah... Hari Ini, Genap 66 Tahun Peristiwa Serangan Bukit Kepong Oleh Pengganas Komunis...

Image
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (19 57 ). Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia. Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang meny

Lim Guan Eng Sudah Panas Hati Dengan PKR & Azmin Ali...

Image
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan rasa terkejutnya dengan ‘campur tangan’ Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dalam pentadbiran negerinya. Lim berkata ini kali pertama seorang menteri besar atau ketua menteri sesebuah negeri yang diterajui Pakatan mengulas mengenai pentadbiran negeri lain. "Sebagai menghormati, kita biasanya tidak lakukan ini. Jika ada apa-apa isu untuk dibincangkang, kita akan timbulkan secara tertutup dan bukannya di khalayak ramai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan majlis Tahun Baru Cina Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang hari ini. Lim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin bahawa ketua menteri itu tidak sepatutnya melucutkan jawatan pengarah GLC dua wakil rakyat PKR - Ong Chin Wen (ADUN Bukit Tengah) (kanan) dan Cheah Kah Peng (ADUN Kebun Bunga) - kerana mereka hanya menjalankan peranan sebagai wakil negeri yang dipilih. Azmin selaku timbalan presiden PKR mempertahankan kedua-dua wakil

Video Kejam: Peragut Berkereta Belasah Wanita Tepi Jalan...

Image
Modius operandi peragut : Cari mangsa (wanita) yang jalan berseorangan, berhenti pura-pura tanya jalan atau alamat rumah, bila tengok line clear, mereka meragut, kalau mangsa melawan, mereka tak teragak-agak akan belasah mangsa... Jadi kepada wanita di luar sana, berhati-hatilah yer...

Tutup Aurat Dulu, Kemudian Khatam Quran Lepas Tu Baru Bayar Tunggakan Gaji... Itu Baru Betul...

Image
"Assalamualaikum, Dato' Vida ada sebut kepada pemain bolasepak Kelantan, khatam quran dulu, baru beliau akan lelong sebuah cincin beliau untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain.Sekali pandang syarat yang diberikan itu seperti mahu meng"Islam"kan bolasepak Kelantan, satu usaha murni selari dengan cita cita merealisasikan hukum Islam di bumi serambi Mekah itu.Apabila pemain khatam quran, bermakna pemain akan membaca ayat ayat Allah yang antara lain merakamkan bahawa Hudud itu dari Allah dan janji ketenteraman negara seandainya hukum Allah ditegakkan.Itu satu yang bagus tetapi dalam quran juga ada ayat yang memerintahkan supaya menutup aurat.Maka pemain yang khatam quran juga akan membaca ayat ini. Jadi sebenarnya dato' Vida perlu menukar syaratnya, arahkan pemain Kelantan supaya menutup aurat dulu sebelum mengarahkan pemain membaca quran , kerana apabila pemain membaca quran nanti, mereka akan sampai kepada ayat perintah menutup aurat.Logiknya begitu, masakan

Benarkah Syarikat Kejuruteraan Cenderung Mengambil Pekerja Cina Dari Melayu...???

Image
Syarikat Melayu juga lebih cenderung memilih permohonan pekerjaan daripada seorang Cina berbanding Melayu meskipun kedua siswazah kejuruteraan itu sama layak, menurut satu tinjauan. Fakta mengejutkan itu ditemui dalam kajiselidik pensyarah kanan Universiti Malaya, Dr Lee Hwok Aun, bersama Pengarah Penyelidikan Institut Penyelidikan Khazanah, Muhammed Abdul Khalid. “Bagi kerja kejuruteraan, kemungkinan syarikat milik Melayu memanggil pemohon Melayu untuk ditemuramah adalah lebih rendah berbanding syarikat milik Cina,” kata Hwok. Kajiselidik itu juga mendapati kemungkinan individu yang fasih dialek Cina dipanggil untuk ditemuramah adalah lebih tinggi – samada pemohon Cina ataupun Melayu. “Fasih berbahasa Cina merupakan ciri penting dan merupakan kelebihan kepada pemohon Melayu dan Cina.” Hwok mendapati menetapkan fasih berbahasa Cina sebagai salah satu syarat kelayakan kerja mengurangkan peluang pemohon Melayu mendapat kerja. Justeru, beliau mencadangkan pihak berkuasa supaya mengha

Majlis Raja-Raja Arah Perhalusi Peruntukan Dalam Rang Undang-Undang MKN...

Image
Majlis Raja-Raja berpendapat beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu diperhalusi. Majlis Raja-Raja menzahirkan pandangan itu selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyembahkan taklimat mengenai rang undang-undang itu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-240 di Istana Negara di sini, hari ini. “Bagi maksud tersebut Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang ke-240 akan mewasalkan warkah kepada YAB Perdana Menteri,” kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan di sini. Rang Undang-Undang MKN 2015 yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Dis lalu dan kemudiannya diluluskan oleh Dewan Negara pada 22 Dis. Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini dihadiri kesemua Raja-raja kecuali Sultan Pahang yang diwa

Pencarian MH370 Berakhir Jun Ini...

Image
CANBERRA, Rabu –Operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dijangka berakhir penghujung Jun ini jika tiada petunjuk baharu ditemukan selepas empat buah kapal memeriksa kawasan seluas 119,994.15 kilometer persegi di Lautan Hindi. Ketua Pesuruhjaya ATSB, Martin Dolan berkata, sehingga kini, hanya satu bukti fizikal ditemukan iaitu serpihan flaperon yang terdampar di Pulau Reunion, Lautan Hindi, kira-kira 3,701 kilometer dari zon pencarian utama pada Julai tahun lalu. Sehubungan itu, Martin yang mengetuai misi itu akhirnya mengakui operasi tersebut kemungkinan ‘tidak akan berjaya’. “Kami telah bersedia dengan pelbagai kemungkinan, namun kehilangan MH370 sukar diramal dan kemungkinan misi pencarian kami ini gagal. “Keadaan itu menimbulkan persoalan. Adakah kami semua terlepas sesuatu?,” katanya kepada Bloomberg. Pada bulan lepas, Dolan memberitahu laman web Australia, News Online, kru pencarian telah meneliti semula segala petunjuk yang ada bagi memastikan mereka tidak te

Kebodohan Apakah Ini...??? Mana Maruah Gadis Melayu....???

Image
Lihat dan nilaikan... Mana maruah gadis melayu sekarang...??? Dengan muka bangga dia pegang menatang tu... Tak ada rasa segan ke dia...??? Anak sapa la nie... Inikah harga sebuah kemodenan yang harus kita bayar...

DAP Sengaja Fitnah Saya Tonton Video Lucah Di Jerman - Hasan Tantawi

Image
“Berserah kepada Allah dan saya tidak tahu siapa yang memulakan fitnah ini.” Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan sebelum ini ketika dalam’peperangan’membabitkannya dan Guan Eng, cuba dijadikan sebagai kambing hitam apabila Ketua Menteri Pulau Pinang itu terkantoi dalam isu saman fitnah. Untuk menutup kekantoian Guan Eng yang gagal bertindak mendapatkan permohonan maaf dan rundingan luar mahkamah, cerita Hasan Tantawi menonton filen lucah semasa di Jerman mulai dibangkitkan oleh seorang pemimpin Cina DAP. Tujuannya tidak lebih daripada bertujuan memusnahkan krebiliti orang yang sanggup memalukan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Nasrudin mula mendapat musibah dengan DAP apabila dia berada dalam kumpulan kerja dan menginap di sebuah hotel di Jerman pada 2014. Selain dituduh menonton video lucah, Nasrudin juga dituduh meminum arak juga menggunakan bilik hotel yang sama tanpa membuat bayaran. Nasrudin menafikan semua tuduhan tersebut dan menegaskan dia tidak tahu

Kerja 3 D, Dirty Work, Pendatang Nepal Cabul Isteri Orang Di Belasah...

Image
Ini juga salah satu kerja 3D, Dirty, kerja kotor meraba dan mencabul isteri orang... Mungkin pada sesetengah orang ini adalah perkara kecil... Tapi inilah masaalah yang rakyat tempatan hadapi bila pendatang dah besar kepala... Siapa yang jadi mangsa sekiranya berlaku perkara-perkara macam nie? Bukan mereka dan anak beranak mereka yang duduk di atas kayangan yang menjadi mangsa, tetapi marhaen yang duduk di atas bumi yang menerima balanya... Untuk mengetahui lebih lanjut cerita tu, korang boleh pi sendiri facebook bro genji tu disini .

Secara Tak Langsung MENHAN Dedahkan Berapa Jumlah Anggota Tentera Yang Kita Ada...

Image
Menhan memberi tahu semalam, seramai 76771 anggota tentera lain-lain pangkat akan mendapat kenaikan gaji... Ok, pada aku itu satu pengumuman yang mengembirakan anggota tentera kita yang bersabung nyawa mempertahankan negara... Alhamdulilah syukur... Tetapi tidakah manhan terfikir dengan pengumuman itu, mendedahkan kepada dunia luar atau anasir luar jumlah kekuatan anggota tentera kita...??? Sebelum tu biar aku terangkan apa maksud lain-lain pangkat (LLP) dalam angkatan tentera, lain-lain pangkat bermaksud anggota bawahan, kalau tentera darat tu dari prebet sampailah ke pegawai waran 1, kalau tentera udara pulak bermula dari perajurit muda sampailah pegawai waran 1 manakala kalau tentera laut, bermula dari laskar muda sampailah pegawai waran 1, itu semua di kategorikan lain-lain pangkat... Anggota lain-lain pangkat inilah yang menjadi tulang belakang angkatan tentera dan mereka berada di barisan hadapan pertahanan negara... Menhan secara detail memberi tahu wartaw

Tarikh 14 Febuari Yang Patut Dikenang Oleh Anak Bangsa...

Image
TIDAK RAMAI DARI KITA tahu yang tarikh 13 serta 14 Februari adalah tarikh yang bersejarah dalam pasukan keselamatan kita. Yelah, ramai yang lebih tahu tentang sambutan Hari Valentine, tetapi tidak ramai yang sedar akan tarikh ini dimana Battalion Pertama dan Battalion Kedua,Rejimen Askar Melayu bertempur dengan berhabis-habisan mengekang kemaraan Jepun. Sedang anak muda kita bertempur melampiaskan nafsu di ranjang di era moden kini , Leftenan Adnan dan 42 orang anggota tentera Rejimen Askar Melayu yang membentuk Kompeni C bertempur sehingga gugur nyawa, syahid di medan perang pada tarikh hari ini, tahun 1942. Ikuti kisahnya... Kejatuhan Singapura kepada Tentera Jepun pada 15 Februari 1942 dianggap sebagai satu kekalahan terbesar dan tamparan hebat dalam sejarah Tentera Darat British dan mungkin kekalahan yang paling teruk yang dialami oleh Britain dalam Perang Dunia Kedua. Kejatuhan Singapura pada tahun 1942 dengan jelas menunjukkan cara Jepun yang pantas menggerak

Anjing Pon Tahu Berbakti Untuk Negara, Manusia Jadi Pengkhianat Negara...

Image
KISAH SEDIH 'BEN' YANG MERANGKAK DI KAKI TUANNYA SEBELUM MATI AKIBAT DITEMBAK KOMUNIS Disebabkan ramai yang inbox minta saya lanjutkan penceritaan kisah-kisah keperwiraan ini, saya teringat satu cerita sedih yang menyayat hati tapi tak ramai di antara kita yang tahu mengenainya. Menurut maklumat dari xnuripilot.blogspot.com, pada 18 April 1974, sekumpulan 30 orang anggota komando termasuk Ben dari Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) yang diketuai Left. Zainal Abidin Husin telah diterbangkan dengan dua buah helikopter Nuri ke Hutan Simpan Kinta, Perak dari Kem Komando Sungai Udang Melaka. Misi mereka adalah memburu pengganas komunis yang dikesan berada di situ. Keesokan harinya ketika sedang melakukan pemburuan tersebut, pasukan Left. Zainal telah ditembak bertalu-talu oleh gerombolan pengganas yang berjaya mengesan kehadiran mereka. Dalam erti kata lain pasukan tentera kita telah diserang hendap! Sebenarnya Ben terlebih dahulu mengesan pergerakan pengganas komun

Kerajaan Maldives Minta Bantuan Tentera Malaysia Tangani Rampasan Kuasa...

Image
OPERASI CACTUS Pada November 1988, negara Maldives yang terletak di kepulauan Lautan Hindi telah dikejutkan dengan satu rampasan kuasa diketuai oleh seorang ahli perniagaan bernama Abdullah Luthufi bersama dengan kekuatan anggota seramai 80-200 orang yang mana kebanyakan mereka datang dari kumpulan Pembebasan Rakyat Tamil Elam (PLOTE).  Tujuan rampasan kuasa adalah untuk menjatuhkan Presiden Maldives ketika itu bernama Moaumad Abdul Qayyoom. Tersentak dengan kejadian tersebut Presiden Qayyoom melalui duta Maldives di PBB memohon campurtangan ketenteraan daripada beberapa negara seperti India, Amerika Syarikat, Britain, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia. Permintaan Presiden Qayyoom mendapat respons segera dari negara-negara terlibat terutama India yang melihat kejadian di Maldives boleh menggugat kestabilan rantau tersebut.  Dikenali sebagai Operasi Cactus, India mengerakan pasukan payung terjun mereka dari 50th Independent parachute brigade untuk bergabung dengan pasukan tent

Penggunaan Istilah Cina Dan India Adalah Bertentangan Dengan Perlembagaan...???

Image
Saya amat menyokong hasrat Ketua Menteri Sarawak ini yg memperjuangkan agar bumiputera Sabah dan Sarawak tidak lagi di klasifikasikan sebagai kaum lain-lain dalam mana2 borang pengenalan identiti individu. Kebiasaannya dalam mana2 borang identiti, hanya di kelaskan sebegini utk di tandakan "X" i) Melayu ii) Cina iii) India v) Lain-lain (nyatakan)_____________ Pengelasan spt di atas adalah jelas BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN kerana di dalam Perlembagaan, hanya 5 istilah ini sahaja di nyatakan :- 1. Orang Melayu 2. Orang Asli 3. Anak Negeri Sabah 4. Anak Negeri Sarawak 5. Kaum-kaum lain TIDAK WUJUD ISTILAH KAUM CINA DAN KAUM INDIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIDAK WUJUD JUGA ISTILAH BUMIPUTERA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Hanya 5 kategori di atas sahaja merupakan pengkelasan identiti bangsa di Malaysia Oleh itu, apa yg dinperjuangkan oleh Ketua Menteri Sarawak ini adalah selaras dengan Perlembagaan manakala penggunaan istilah Cina dan India adalah berte

Billboard Ini Perlu Buat Pembetulan, Anwar Bukan Tahanan Politik Tapi Dia Penjenayah Seksual...

Image
Ingat lah, anwar dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun atas tuduhan dia meliwat, dengan kata lain anwar main bontot jantan, satu perlakuan yang diharamkan dalam Islam... Jadi jangan tukar cerita yang kononnya anwar tu adalah tahanan politik, politik adalah politik, anwar meliwat itu adalah kesalahan seksual... Sejak bila penjenayah seksual ini menjadi tahanan politik...??? Jadi papan billboard itu perlu dibuat pembetulan, dia bukan #TAHANAN POLITIK tetapi dia adalah #PENJENAYAH SEKSUAL...

Adun PAS Paya Jaras Pakai Baju Dewa Cina? Untuk Apa Pakai Baju Tu...???

Image
Orang kata ini adun pas paya jaras, dia pakai baju dewa cina sewaktu beraya bersama penyokong dia di paya jaras... Kalau ya pon nak tarik undi cina, tak payahlah nak berkostium bagai, pergi pakai baju warna merah je kan sudah, kenapa la nak bodohkan diri sendiri... Aku sebenarnya malas la nak tibai sangat mamat nie, pasal dia ni boleh dikatakan bagus juga dari servis dia sebagai wakil rakyat... Tapi kalau boleh, sebelum kau ikut bulat-bulat apa yang cina-cina tu suruh, make sure study la dulu, sesuatu perkara tu, bukan apa takut-takut jadi fitnah nanti...

Korang Tau Tak Rafizi Tu Sebenarnya Bodoh...

Image
Ingat tak dulu apa yang bangkai nie cakap? kalau minyak turun, harga barang akan turun... Kalau minyak murah, harga barang akan jadi murah... Nah... dah berapa kali harga minyak turun, harga barang tetap jugak tak turun-turun... Minyak dah makin murah, harga barang tetap juga macam tu... Fitnah sana, tipu sini, kencing sana, berak sini dalam akaun tabung haji dia ada dekat 400 ribu gak...

Rintihan Penduduk Daerah Song Di Sarawak, Mereka Mahukan Wakil Rakyat Baru...

Image
Menurut saudara daniel, pengundi dun katibas mahukan seorang wakil rakyat sepenuh masa dan seorang wakil rakyat yang benar-benar mengambil berat kebajikan serta kesejahteraan rakyat, bukannya wakil rakyat yang hanya turun padang tatkala menjelangnya pilihanraya sudah dekat. Penduduk setempat rasa kecewa berikutan isu demi isu melibatkan kebajikan penduduk tidak pernah diambil peduli oleh individu yang telah diberikan kepercayaan bagi mewakili suara mereka. Selama ini, pelbagai masalah setempat seperti jalan rosak yang berlubang, berbatu-batu sepanjang beberapa kilometer berlarutan sehingga bertahun-tahun lamanya, isu kebajikan pelajar dan guru pedalaman berdepan dengan isu ketiadaan bekalan elektrik dan air hampir 2 bulan kerana generator rosak langsung tidak diambil tahu oleh sesiapa.  Tidak tahan dengan kesulitan yang mereka alami hari demi hari, dan ketiadaan suara wakil rakyat mereka telah memaksa penduduk setempat mengambil inisiatif sendiri dengan mendapatkan lip

Apa Puteri Buat Sehinggakan 51,761 Ahlinya Belum Daftar Mengundi...

Image
Kata ketua puteri umno, seramai 51,761 daripada kira-kira 400,000 anggota Puteri UMNO yang berumur lebih 21 tahun masih belum mendaftar sebagai pemilih. SUMBER . Aku nak tanya balik, sempat ke nak daftar semua 51,761 itu menjelang pru 14 nanti, angka itu adalah untuk tahun ini, tahun depan akan bertambah lagi, kalau 51,761 tu tak clear tahun ini, tahun 2017 akan bertambah lagi dan tahun 2018 akan bertambah lagi... Sayang cukup sayang, ahli dan pengundi dah ada dalam tangan, cuma nak gerakan je untuk pi daftar, itu pun masih tak mampu nak buat, apa guna ada ketua-ketua puteri di setiap cawangan, bahagian dan negeri? kenapa lembab sangat...??? Macam mana tak lembab, kalau dalam asyik dok berselfie je memanjang, asal ada program mesti selfie, asal selfie mesti masa program... masa program selfie, masa mesyuarat selfie, masa PAU pun selfie, sudahnya tertinggal 51,761 ahli puteri yang tak di daftarkan lagi jadi pengundi... Presiden umno kena tengok-tengokkan sikit puter

Kerajaan Diminta Pantau Pemaju Yang Naikan Harga Rumah...

Image
Kerajaan perlu mengkaji lebih mendalam sebelum melaksanakan untuk mengehadkan penjualan projek perumahan baru berharga RM300,000 ke bawah kepada pembeli rumah pertama. Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Shukor berkata sekiranya langkah kerajaan mengehadkan harga jualan tersebut tidak dilaksanakan dengan teliti, ia boleh menyebabkan harga rumah semakin meningkat. “Tidak mustahil pemaju akan menaikkan harga jualan melepasi harga RM300,000 untuk membolehkan mereka menjual kepada pasaran terbuka. “Lebih-lebih lagi, tiada sebarang peruntukan di dalam mana-mana akta yang melarang mereka menaikkan harga rumah baru. Semuanya bergantung kepada faktor tawaran,” katanya menerusi kenyataan hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas langkah kerajaan mengehadkan penjualan projek perumahan baru berharga RM300,000 ke bawah kepada pembeli pertama. Salkhuhairi dalam masa yang sama turut menyifatkan langkah yang dibuat oleh kerajaan tidak kesudahan. “S

Fakta Yang Cina Sekarang Cuba Sanggah Kedudukan Orang Melayu....

Image
Ini di perakui sendiri oleh seorang yang berbangsa cina, dia nie bukan ahli mca atau gerakan, dia seorang profesor yang di segani baik di dalam mahupun di luar negara...

Skandal Terbaru Azmin Ali, Mehh Kita Bongkar...

Image
Belum Habis Rakyat Kecewa Dengan Pembaziran Projek ‘Facelift’ (Ubah Suai Ringan) Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan Bernilai RM9.8 Juta, Kini Kerajaan Selangor Di Bawah Pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Muncul Pula Dengan Projek Ganti Kubah Masjid Negeri Dengan Nilai RM32.4 Juta. Ia Dicatatkan Dalam Belanjawan Selangor Dan Projek Tersebut Akan Bermula Pada Mac Atau Awal April Ini Sekaligus Badrul Hisham Shahrin Atau Lebih Dikenali Sebagai Che’GuBard Menegaskan Ia Satu Pembaziran Dan Bukan Keperluan Terdesak Untuk Mengeluarkan Sejumlah Wang Yang Besar Dalam Keadaan Ekonomi Yang Tidak Stabil. “Adakah Nanti Projek Ini Juga Setelah Ramai Pertikaikan Akan Ditutup Dengan Kononnya Sudah Ada Penderma? Atau Sebut Sahaja Ia Kehendak Istana Dan Tidak Boleh Dielakkan? “Ia Pembaziran, Ingat Kubah Membazir Bernilai RM32.4 Juta Itu Bukan Ajaran Dan Keperluan Islam Pun, Banyak Keperluan Lain Dalam Negeri Ini Harus Diutamakan,” Kata Che’GuBard Dalam Satu Kenyataan Pada Isnin. Tambah