Posts

Showing posts from September, 2012

Anwar Kata Ibrahim Manudin Pemilik Jet Mewah Itu...

Image
Anwar pening ketika ditanya mengenai siapa pemilik jet mewah itu, fikir punya fikitr dia pun petik lah nama seorang saudagar melayu terkenal bernama ibrahim menudin, kawan karibnya dan pernah sepentas berceramah bersama anwar... Tapi kenapa anwar petik nama kawan dia tu...??? dari pada orang tak berapa nak kenal siapa itu ibrahim manudin kini di sebabkan mulut longkang anwar, satu malaya dah tau rupanya ibrahim manudin nie orangnya kaya raya... Mungkinkah anwar sengaja nak rosakan reputasi ibrahim manudin yang suatu masa dulu pernah menjadi bendahari umno sabah? atau anwar nak tunjuk pada rakyat, orang kaya-kaya pun kini sokong pkr...

Macam Mana Cara Nak Saman MB & Kerajaan Negeri Selangor...? Baca Sini.

Image
Pihak GPRS (Gerakan Prihatin Rakyat Selangor) mempelawa seluruh rakyat negeri selangor yang tak dapat air percuma seperti yang di janjikan dalam manifesto pakatan haram pada pilihanraya umum lepas supaya menghantarkan sms alamat kediaman anda yang tidak dapat air percuma di nombor 017-715  7171 dan pihak GPRS akan menghubungi anda dengan kadar segera... Ingat...!!! tuntut air percuma adalah hak rakyat selangor...

Anwar Guna Duit Rakyat Selangor Sewa Jet Mewah...??

Image
Tak tahu kenapa dan apa perlunya mangkuk nie sewa jet mewah, dia bukannya perdana menteri, dia bukannya busy sangat sampai perlu sewa jet untuk bawa dia kemana-mana dengan cepat dan pantas, tapi itulah anwar, manusia hipokrit, mulutnya berbuih dok hentam kerajaan kononnya menghabiskan duit rakyat, adakah dia juga menggunakan duit negeri selangor untuk bermewah-mewah...??? Mungkin anwar boleh nafikan yang dia tak guna duit kerajaan selangor, tapi rakyat perlu tahu siapa sponsor dan siapa tolong sewakan jet peribadi itu untuk dia... perlu ingat, anwar kerap kata dia manusia bersih dan suci, dia tak pernah makan rasuah selama berbelas tahun dia menjadi menteri kabinet, sekarang nie elaun dia sebagai sebagai ahli parlimen bawah 10 ribu ringgit, jadi mana datang duit untuk dia sewa jet tu...??? Berani ke anwar dedahkan siapa yang sponsor dia...???

SPR Dedahkan Penipuan Saifuddin Nasution... Kantoi Beb

Image
Sebelum korang nak komen apa-apa, aku rasa lebih baik korang tengok dulu video di bawah, dengarkan betul-betul penjelasan dari spr mengenai isu 18 orang duduk satu rumah dan menggunakan 1 alamat yang sama, tengok macam mana pkr dan saifuddin spin cerita tu...

Pembangkang Seronok Perbodohkan Anak Muda

Image
Setelah berjaya mempengaruhi golongan muda di himpunan 'Janji Demokrasi' untuk melakukan perkara yang berlawanan dengan undang-undang dan tata susila rakyat Malaysia, pembangkang kini mahu menjadi hero pula membela mereka yang bersalah. Seperti mana yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun beliau boleh memaafkan perbuatan beberapa remaja memijak gambar beliau pada ambang sambutan kemerdekaan ke 55 namun mahu tidak mahu mereka terpaksa juga menghadapi konsekuensi undang-undang. Ini menunjukkan jiwa besar yang dimiliki Perdana Menteri yang sanggup menerima permohonan maaf daripada pihak yang terbabit sungguhpun sesetengah daripada perbuatan yang dilakukan amat mengaibkan beliau. Seorang pemimpin harus mempunyai semangat serta perasaan belas kasihan terhadap yang dipimpin dan inilah antara ciri keistimewaan yang tertanam di dalam diri Datuk Seri Najib.

Akhirnya PAS Setuju Hudud Tak Baik Untuk Pakatan...

Image
Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh nampaknya tidak pernah gentar dengan mana-mana pemimpin PAS terutama sekali dalam hal melibatkan pendirian tegasnya yang menolak secara total angan-angan PAS untuk mendirikan negara Islam mahupun merealisasikan perlaksanaan hukum hudud. Menurut Karpal, pendirian PAS untuk melaksanakan hudud bakal memberi kesan tidak baik terhadap pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. Tambahnya lagi, "PAS perlu menerima realiti. Walaupun ia pahit, desakan agar hukum hudud dilaksanakan di Malaysia hanyalah retorik semata-mata". Satu kenyataan yang ringkas dan tidak berlapik secara langsung mewakili pendirian DAP yang sebenar-benarnya dalam isu ini. 

Hasan Ali Kata Ngeh Koo Ham Bodoh Peringkat Tertinggi...

Image
KENYATAAN YB DATO’ DR HASAN ALI MENGENAI TWEET YB NGEH KOO HAM Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan terhadap tweet yang dilakukan oleh YB Ngeh Koo Ham semalam yang menyifatkan umat Islam seolah-olah membuang masa dan tenaga apabila mengadakan perhimpunan besar-besaran Jumaat ini untuk membantah penghinaan Sam Bacile ke atas agama Islam melalui filem Innocence of Muslims.  Saya merasakan kenyataan tersebut menggambarkan kejahilan peringkat darjah tertinggi beliau tentang Islam walaupun DAP sudah berkawan dengan Parti Islam Se-Malaysia PAS buat sekian lamanya.  Kenyataan sedemikian sudah tentu menyinggung perasaan dan menghiris jiwa keIslaman masyarakat Islam dalam konteks mempertahankan aqidah sehingga sanggup menginfaqkan nyawa untuk mempertahankan kesucian agama mereka. Perasaan sedemikian terbayang dalam demontrasi yang diadakan dikebanyakkan negara Islam dan seperti yang diketahui, ramai menjadi korban akibat daripada manifestasi keimanan yang dipaparkan oleh

Inikah Rupa Pemimpin Yang Rasulullah Suruh Sokong Jadi PM Malaysia...???

Image
"Musyridul Am Ikhwanul Muslimin bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, di mana, Rasulullah menyeru rakyat Malaysia menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia" lebih kurang begitulah kata-kata khatib tersebut. Kahhh...kahhh...kahhh... ko bio betul yeop.... takkan kaki jantan, kaki betina, kaki lubang kunyit macam ni Rasullullah suruh kita sokong untuk jadi perdana menteri malaysia...

Tahniah Obama Bagi Dr Maza Biasiswa...

Image
Email dari Ali Reza Ahmed Askari. Khabar angin yang kencang daripada inner circle Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (DrMAZA) mengatakan pentadbiran Barack Obama akan mengurniakan biasiswa Leadership kepada DrMAZA dalam masa terdekat ini. Bukan calang-calang individu boleh disenaraipendekkan untuk menerima biasiswa sedemikian rupa terutamanya dari negara seperti Malaysia yang diketahui sebagai sebuah negara Islam yang masih lagi bebas dari pengaruh Amerika selain Iran. DrMAZA selepas menjawat Mufti Perlis pernah menjadi felo di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) dan juga kolumnis tetap di Malaysiakini (yang dikatakan turut ditaja oleh kepentingan Amerika dan George Soros). Kebelakangan ini, idea-ideanya sekarang ini banyak dipengaruhi oleh pemikiran barat dan juga banyak memuja reformis ugama Kristian, Martin Luther yang mengasaskan ugama Protestan di Eropah. Buat masa ini, DrMAZA sudah mula cenderung ke arah pemikiran Islam yang diacuankan oleh pemikiran Barat daripada acuan

PAS Kelantan Akan Buat Kejutan...

Image
Setelah berjaya menipu rakyat dengan mengatakan kerajaan kelantan nak buat highway bebas toll, kini mereka cuba sekali lagi nak menipu rakyat, nak peras lagi duit rakyat dengan mengatakan kelantan akan bina bullet train, jadi mereka minta rakyat kelantan infaq kepada tabung yang mereka akan lancarkan bulan depan, bukan sahaja bullet train, kerajaan kelantan juga akan membina stesen angkasa lepas, ala-ala nasa space station macam di huston texas tu... di jangka husam masam akan umumkan pembinaan stesen angkasa lepas tu bulan depan. Kahhh...kahhh...kahhh... nak buat bullet train konon, weii labu, settle kan hal air dulu la, baru la berangan nak buat bullet train atau nak buat space shuttle...

Ini Sebab Berlakunya Sumbang Mahram Didalam Kelurga Orang Pakatan...

Image
Seorang remaja berusia 14 tahun dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak di sini hari ini atas tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakaknya sehingga melahirkan seorang anak. Remaja terbabit yang tinggal di sebuah kampung dekat Batu Balai di sini, didakwa melakukan sumbang mahram bersama kakaknya yang berusia 15 tahun pada pukul 12.30 malam, dalam bulan November tahun lalu. Dia yang juga anak bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-12 di salah sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Jerantut didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 376B kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam hingga 20 tahun dan sebatan.

Nak Selamatkan Bodyguard Anwar, PKR Akan Tuntut Mansuhkan Akta Senjata Api...

Image
Berbelit-belit nik nazmi pertahankan bodyguard yang kantoi acu pistol hari tu, malah kalau korang dengar kenyataan nik nazmi, dia sanggup kata bodyguard tu tak acu pistol pun, habis dia acu ape? handphone? memang terbaik la video nie, korang kena tengok bagai mana nik nazmi berbelit-belit cuba spin cerita itu...

Siri Jelajah Merdeka Rakyat, Kak Jijah Berceramah Depan 60 Ribu Rakyat...

Image
Hanya ini sahaja audience yang mampu di kutip oleh wan azizah dalam siri ceramah jelajah merdeka rakyat, itu pun yang datang dengar adalah budak press, pasal depa dah lama tak nampak wan azizah berceramah, kalau nak haram rakyat datang dengar ceramah presiden keadilan... jangan harap lah... Alamak banyak nie je standart presiden pkr...

Cawangan PAS Convert Jadi Cawangan DAP Melayu...

Image
Satu cawangan pas di convert menjadi cawang dap melayu.. Ini dinamakan transformasi dalam politik, jadi jangan terkejut mungkin ada lagi beberapa cawangan pas di convert menjadi cawangan dap melayu lepas nie. Nampaknya usha tarbiyah dan usrah yang dap buat selama nie membuahkan hasil...

RM 1.9 Bilion Belum Cukup Nak Bagi Pendidikan Percuma Pada Anak Selangor...

Image
Anwar yang berucap dalam ceramah ketika menjadi tetamu jemputan sambutan Aidilfitri Parlimen Ampang di Taman Kosas hari ini masih mengulangi janji kepada rakyat mengenai penurunan harga minyak, kebebasan media serta pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional  (PTPTN) "Kita akan mansuhkan PTPTN.. Bagi pendidikan percuma kepada semua dari sekolah rendah sampai kepada universiti." Soalan aku: kenapa nak tunggu ambil alih kerajaan persekutuan baru nak bagi pendidikan percuma, kenapa tak mulakan dengan unisel, kuis atau paling cikai pun tadika pasti... unisel dan kuis di bawah kuasa kerajaan negeri selangor, maka selayaknya sebagai negeri berkebajikan pakatan boleh bagi pendidikan percuma pada dua buah universiti tu memandangkan duit simpanan kerajaan selangor ada dekat RM 1.9 Bilion. tak cukup lagi ke nak bagi pendidikan percuma dengan duit 1.9 bilion tu? nak tunggu sampai berapa bilion baru nak bagi pendidikan percuma pada rakyat selangor...???

Anwar Akan Umum Dirinya Jadi Perdana Menteri Pada Jam 2.30 Petang...

Image
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menaburkan janji-janji 'bulan dan bintang' semasa ceramah beliau di Ampang malam tadi, suatu tindakan yang boleh dilihat sebagai membuai mimpi kepada rakyat di negara ini. Beliau yang berucap dalam ceramah ketika menjadi tetamu jemputan sambutan Aidilfitri Parlimen Ampang di Taman Kosas hari ini masih mengulangi janji kepada rakyat mengenai penurunan harga minyak, kebebasan media serta pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). "(Setelah) 24 jam ambil alih, kita akan lakukan, harga minyak seluruh negara diturunkan. Media bebas untuk tanya kepada sesiapa, (lebih-lebih lagi) Ketua Pembangkang (ketika itu) Datuk Seri Najib. "Kita akan mansuhkan PTPTN.. Bagi pendidikan percuma kepada semua dari sekolah rendah sampai kepada universiti."

Pecah Kepala Nik Ajis Bila Tahu PAS Tak Pecat Ustaz Nasa...

Image
Aku cukup yakin parasit-parasit dalam pas mesti pecah kepala bila tahu majlis syura pas tak jadi pecat ustaz nasa. Hadi boleh buat lawak bodoh kata, mesyuarat malam tu bukan bincang pasal ustaz nasa, tapi bincang pasal calon pilihanraya, perghhh punya la nak menipu. Kalau betul meeting semalam tu bincang pasal calon pilihanraya, kenapa nik ajis keluar mesyuarat awal sangat, adakah kerana pas tak colankan dia lagi untuk bertanding pilihanraya? Menurut rakan media yang berada di pejabat pas semalam, muka nik ajis monyok ketika keluar dari bilik mesyuarat, apa sebab muka nik ajis monyok? adakah dia bengang pas tak jadi pecat ust nasa atau nik ajis tak dapat jadi calon lagi...

Insiden Bodyguard Anwar Acu Pistol...Pusing-Pusing UMNO Balik Yang Akan Kena..

Image
Mungkinkah anwar tidak akan mengaku mamat yang acu pistol itu adalah bodyguardnya? korang kena ingat balik sejarah macam mana dia mati-mati tak mau mengaku yang saiful bukhari itu staff di pejabatnya, macam mana dia kata dia tak kenal datuk eskay, walau pun dia bersama-sama datuk eskay pergi main ayam cina... Atau mungkin anwar akan kata, itu semua kerja umno, umno yang upah mamat tu untuk acu pistol pada orang awam. Ok kalau korang tengok video tu, tengok kedudukan mamat tu, dia di dalam kereta di belakang bas, jadi buat apa lagi dia acu pistol pada orang awam? bas tu pun dah jauh ke depan, kalau betul dia nak pertahankan bos nya, sepatutnya dia bukan duduk dalam kereta dan acu pistol, kedudukan yang sepatutnya dia berada ialah dia berdiri di tepi pintu bas... tunggu sampai semua clear kemudian baru dia naik kereta. apa pun lantak la, biar dia jawab sendiri. Tengok video nie, bodyguard anwar memang ada niat nak tembak orang...

Bodyguard Anwar Nak Bunuh Blogger Pro BN

Image
Aku tak pasti sama ada bodyguard anwar tu memiliki lesen senjata api yang sah atau dia beli pestol tu dekat siam kemudian seludup masuk malaysia. Apa pun aku mintak polis tolong siasat perkara nie, apa punya sial la dia main acu-acu pestol dekat orang awam, cuba kalau perkara nie berlaku pada puak pembangkang? aku yakin kaw kaw depa buat demo... Polisi tolong siasat perkara nie... Cerita sila ke blog jiwaparadox Published with Blogger-droid v2.0.6

Ada Jugak Timbalan Menteri Pekak Dalam Kabinet Najib...???

Image
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu akan menulis kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bagi menyatakan bantahannya terhadap tindakan pasukan keselamatan menggari model sambilan berusia 19 tahun Ong Sing Yee yang didakwa memijak gambar perdana menteri. Senator itu mahukan polis mengkaji semua prosedur operasi standard (SOP) membuat tangkapan, terutamanya terhadap wanita, remaja, suspek yang tidak ganas dan pihak yang tampil menyerah diri. Gan merujuk kepada tindakan polis menggari Ong ketika dia menyerah diri di balai polis Johor Bahru Central pada Rabu lalu. Dalam kenyataannya malam tadi, beliau berkata, polis tidak semestinya menggari model sambilan itu kerana ia boleh menyebabkan trauma yang berpanjangan. "Sebaliknya polis harus mengamalkan cara yang lebih berperikemanusiaan apabila menguruskan kes-kes sebegini," kata Gan yang juga naib presiden MCA. 

Artikel Terbaik Dari Timbalan Editor SinChew Daily...

Image
Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.   Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen.  DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR.  Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR.   Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.   Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang.  Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP.   Soal hudud pun tamat setakat itu.   Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-An

Wahh Rupanya PAS Guna Pakai Hudud Syiah...

Image
Beberapa minggu lepas negara kita dikejutkan dengan satu berita kes sumbang mahram yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan pembangkang manakala mangsanya ialah anak perempuan sendiri yang baru berusia 15 tahun. Berdasarkan pengakuan mangsa, bapanya telah merogol dirinya di rumah mereka pada tahun 2011.  Berikutan perbuatan sumbang tersebut, mangsa dilaporkan telah melahirkan seorang anak luar nikah di sebuah hospital di Selangor.  Laporan polis telah dibuat oleh seorang jururawat bertugas selepas timbul keraguan kerana usia mangsa yang agak muda disamping faktor ketiadaan si suami yang menemaninya sepanjang proses mangsa melahirkan anak. Lanjutan dari situ, pemimpin politik tersebut dan seorang anak lelakinya yang berusia 14 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan polis manakala sampel DNA kedua-duanya diambil untuk ujian lanjut bagi menentukan kesahihan kes. Manakala sumber lain pula menyebut, semasa siasatan awal oleh pihak polis didapati telah berlaku tuduh menuduh a

Xavier Jayakumar Sengaja Cari Penyakit Dengan PDRM...

Image
Sebenarnya tidak ada sambutan ambang merdeka di shah alam pada malam merdeka lepas, yang ada hanyalah ceramah perdana pkr anjuran pkr yang di hadiri oleh anwar ibrahim... Korang tengok video di bawah, xavier kata tidak ada seorang pun anggota polis yang bertugas sewaktu ceramah perdana pkr pada malam itu, sama ada betul atau tidak tuduhan xavier itu, hanya tuhan jesus yang xavier sembah sahaja yang tahu... Kenapa pkr terhegeh-hegeh nak mintak polis buat kawalan? sedangkan selama nie, mereka memaki hamun pihak polis dengan pelbagai penghinaan...jadi jangan marah polis kalau betul malam tu polis tak buat kawalan sewaktu ceramah perdana pkr, pasal selama nie berbakul korang maki polis lepas tu nak mintak tolong kat polis pulak...

Khalid Tuduh Setiausaha Sulit Sultan Selangor Berbohong...???

Image
i. Berhubung dengan kenyataan Menteri Besar bahawa sejak 2003 DYMM Tuanku Sultan Selangor tidak dijemput ke program Ambang Merdeka, saya nyatakan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar. Semasa di bawah Barisan Nasional Tuanku Sultan Selangor sentiasa dijemput secara rasmi dan lisan. Ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Sulit DYMM Tuanku dalam media massa beberapa hari lalu. Adakah Tan Sri Khalid Ibrahim ingin memberitahu umum Pejabat Setiausaha Sulit DYMM Tuanku berbohong? ii.Sama ada surat-surat jemputan tersebut masih dalam simpanan pejabat SUK atau tidak ia di luar pengetahuan saya. Saya tidak fikir pejabat SUK akan menyimpan surat-surat jemputan majlis begitu lama kerana ia tidak mempunyai kepentingan dari segi undang-undang dan pentadbiran negeri.  iii. Sememangnya dalam atur cara Ambang Merdeka sejak 2003 tiada nama DYMM Tuanku Sultan. Ini kerana apabila baginda mengesahkan tidak hadir maka aturcara yang dibuat tentulah tanpa nama baginda. Ini bukan sahaja program kemer

PAS Jadi Anjing DAP, Any Comment...??

Image
Ya! selayaknya PAS cocok sekali digelar sebagai anjing DAP. Kenapa tidak? Banyak bukti, fakta dan realiti semasa semuanya menjurus kepada hakikat PAS adalah anjing kepada DAP. Setianya menurut perintah si tuan dan patuh mendengar arahan lagak seperti anjing kurap hinggakan kawan sendiri pun tergamak diratah dan diterkam. Malah prinsip perjuangan yang mendasari PAS sekian lama pun sudah tergadai, segalanya kerana mahu sesuaikan dirinya dengan kehendak dan kemahuan DAP. Demi kerana DAP dan disebabkan lemah kekuatan jatidiri serta kurangnya penghormatan pada agama sendiri, PAS membiarkan saja kalimah suci Allah s.w.t digunapakai oleh penganut Kristian. Demi kerana DAP dan disebabkan terdesaknya PAS berpaut pada kekuatan tuannya itu, akhirnya dibiarkan saja pub hiburan, rumah urut dan pusat pelacuran tumbuh bagai cendawan selepas hujan di merata pelusuk negeri Selangor dan Kedah. Demi kerana DAP dan disebabkan bacul dalam mendepani kekuatan palsu DAP, pemimpin PAS mengorbankan Hasan

Confirm Si Bengong Nie Bukan Rakyat Malaysia...

Image
Al-juburi pandikutti bukan rakyat malaysia, dia tak ada semangat patriotik dia tak ada semangat kenegaraan dia tak hormat rukun negara, dia bukan lagi warga negara malaysia, jom kita lucut kerakyatan anwar al-juburi pandikutti.

Pakatan Nak Hapuskan Agama, Bangsa di dalam Kad Pengenalan & Surat Beranak..

Image
Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat baru-baru ini dilaporkan telah membuat ketetapan bahawa ruang bangsa dalam semua dokumen rasmi kerajaan seperti kad pengenalan, sijil kelahiran dan sebagainya akan diisi dengan perkatan Malaysia sahaja sekiranya mereka memerintah negara.  Alasannya ialah untuk memastikan keutuhan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.   Menurut laman Suara PR, khabarnya juga, PR turut bercadang akan menghapuskan ruangan agama dan jantina bagi memastikan tiada perbezaan atau diskriminasi ke atas mana-mana pihak.    Kita melihat bahawa rancangan PR ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menepati matlamat akhir perjuangan sebenar mereka iaitu menghapuskan status ‘bumiputera’ serta menyebarkan fahaman pluralisme dan liberalisme total.   Tindakan PR menerima baik malah menjulang para pejuang murtad dan LGBT seperti Ambiga dan yang seangkatan dengannya, sebagai wira dalam menentang kerajaan, adalah buktinya.   Dengan kad pengenalan baru tersebut, pastinya sukar untuk m

Cerita Sebenar Kenapa Pakatan Beria-ia Nak Tukar Bendera Malaysia...

Image
Usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan bendera baru bagi menukar Jalur Gemilang benar-benar memakan diri parti tersebut.  Walaupun Anwar bersungguh-sungguh cuba menafikan yang PR punya sebarang niat sedemikian, namun pengakuan pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor, Najwan Halimi, sebagai pencipta bendera tersebut, menyebabkan penafian Anwar terkantoi.   Najwan telah mempertahankan bendera Sang Saka Bangsa ciptaannya yang didakwanya dicipta seawal tahun 2007.  Profile facebook Najwan menamakan dirinya sebagai Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, seorang pengamal politik ‘moderate’ dan pengasas serta pengarah Akademi Pak Sako, sebuah akademi yang menggunakan nama Pak Sako, nama sebenar kepada Ishak Haji Muhammad, individu yang mengagaskan idea penyatuan Melayu Raya Indonesia, Malaysia dan Brunei. Perlu diingatkan iaitu, pada tahun 2003, PKR, pada ketika itu memakai nama Parti Keadilan Nasional (PKN) telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) iaitu satu-

Aku CABAR Korang Tengok Video Nie...!!!

Image
Serius bro aku cabar korang tengok video nie... Kalau tak meleleh air mata, tu bermakna korang nie penyokong tegar anwar berahim, tak ada hati, tak ada perasaan... haahaahaa hari-hari cerita politik pun serabut gak...

Maksiat Di Halalkan Dimalam Demo Janji Bersih...

Image
Selama ini, pemimpim pembangkang terutama sekali PAS acapkali mempertikaikan sebarang acara sambutan di malam hari kerana beranggapan percampuran antara lelaki dan perempuan hanya akan mendedahkan kepada perilaku maksiat dikalangan muda mudi. Peliknya, tiba-tiba sahaja Himpunan Janji Demokrasi dengan tema Janji Bersih yang diadakan bermula 10.00 malam 30 Ogos 2012 sehingga 01.30 pagi dinihari 31 Ogos 2012 yang lalu, tidak pula dibantah atau dipertikaikan oleh mana-mana pemimpin PAS. Walhal dalam program termasuk ramai anak gadis dan teman lelaki masing-masing dilihat berpeleseran tanpa teguran, yang bermotosikal erat berpeluk sakan tapi lebai-lebai PAS yang berkopiah berserban serta berjubah pula hanya sekadar memandang tanpa teguran. Sesiapa saja yang turut sama melihat suasana malam tersebut tentunya bersetuju betapa bebasnya muda mudi di malam itu ke sana ke mari termasuklah terpekik terlolong jantan betina dengan ada sesetengahnya berpakaian sendat termasuklah ada yang menampakk

Tak Habis-Habis Pembangkang Dok Fitnah Najib...

Image
Sekali pandang atau bagi mereka yang tak mau berfikir tentu akan percaya twitter di bawah tu milik najib, ye lah orang sekarang nie mana ada nak fikir dan kaji, apa yang pembangkang kata depa telan bulat-bulat. Punya lah rajin puak-puak nie, sampaikan twitter najib pun depa sanggup buat klon, korang tengok sendiri gambar-gambar kat bawah nun.. cuba perhatikan kat mane perbezaannya, selamat mencuba...!!! Twitter najib yang ori Twitter najib yang palsu Apa yang najib twit pada 29 ogos lepas...

Kahh...Kahh...Kahh... Zahid Hamidi Sekolahkan Khalid Gagap...

Image
Khalid gagap kena pi belajar hal politik dulu baru boleh jadi menteri besar, manifesto bermaksud "janji"

GAPS Cabar Menteri KDN Ambil Tindakan Terhadap Individu Nie...

GAPS mencabar menteri keselamatan dalam negeri, hishamuddin AMARAN, supaya bertindak tegas dengan mengambil tindakan terhadap berberapa individu yang mempamerkan bendera baru untuk menggantikan jalur gemilang, individu yang bertindak memijak gambar perdana menteri dan yang menunjukan punggung mereka keatas gambar perdana menteri. GAPS memandang serius perkara ini, kerana perbuatan itu dilihat tidak berakhlak, bertamadun, tidak patriotik dan menghina kedaulatan negara... Amacam sham, ada bran ke sahut cabaran GAPS tu...???

Rumah Terbuka BN Selangor, Ribuan Sambut Najib...

Image
Memang penuh, memang grand majlis rumah terbuka bn selangor di pusat penyelidikan getah (RRI) malaysia di sungai buloh, aku ingat dah buat tempat ceruk macam tu, tak lah ramai orang datang, rupanya dekat-dekat 15 ribu juga yang datang, dari jam 1.30 petang hingga jam 5, orang tak putus-putus datang beraya bersama pm.

BAS Anwar Kena Simbah Cat, UMNO Kena lagi...

Image
Barua-barua anwar tuduh umno simbah cat merah pada bas yang sewa khalid gagap menggunakan duitnya sendiri untuk di gunakan oleh anwar untuk berkempen... Katanya kejadian tu berlaku di negeri kelantan yang di perintah oleh pas selama hampir 26 tahun, sewaktu dalam perjalanan ke tempat anwar berceramah. Setahu aku la, yang suka main simbah-simbah cat nie "along" je, mungkin along marah dekat khalid pasal pinjam duit depa tapi tak bayar kut, tu pasal along simbah cat kat bas tu untuk warning khalid...

Wooo UMNO Upah Budak Bawak Bendera Sang Saka Malaya...???

Image
Menteri kdn belum pun keluar arahan untuk tangkap beruk-beruk yang edar risalah dan yang nak tukar bendera, barua-barua pembangkang dah melompat... Seperti biasa mereka akan tuduh "ini semua umno punya kerja" Satu bolg barua anwar menulis, "berberapa orang budak di tangkap kerana edar risalah, bila disoal siasat, oleh orang-orang kat situ, mereka kata mereka dibayar oleh rm 100 untuk edar risalah itu dan kibarkan bendera seakan komunis. rupa-rupanya mereka dibayar oleh umno untuk menimbulkan rasa marah rakyat terhadap pakatan" . Soalnya kalau mereka dah tangkap budak tu dan konfirm budak tu kata umno yang upah mereka, kanapa mereka tak buat polis report...???