Posts

Showing posts from July, 2016

Laporan Polis Terhadap 3 Tan Sri, Wan Bro Rosakan Image Najib...

Image
Apa yang dilaporkan oleh naib ketua pemuda umno, kononnya dia menerima maklumat ada 3 orang tan sri berkomplot untuk menjatuhkan najib sebenarnya bukan untuk membantu najib... Dalam laporan itu dia menyatakan dia ada menerima maklumat, kita pun tak tahu sama ada maklumat itu sahih atau tidak, dia yang kata ada menerima maklumat... Umum melihat, wan bro hanya mencedok berita dari blogger fasiq RPK sahaja, cerita dari RPK itulah yang di klasifikasikan oleh wan bro sebagai maklumat... Rosak image najib di sebabkan gelojohnya wan bro... Elok-elok 3 orang tan sri itu berdiam diri dan buat haluan masing-masing, tetiba datang pulak mamat yang tak berapa nak cerdik ni, pi jolok sarang tebuan, maka akan panjang berjelalah lagi cerita ini... Elok-elok kita tumpu pada DOJ, dek bingainya wan bro, tak pasal-pasal makin bertambah musuh yang kita kena lawan... Tak pasti apa sebenarnya muslihat wan bro jolok nama 3 tan sri tu, sekali imbas nampak macam dia ada maklumat unt

Husni, Kamu Di Pihak Mana...???

Image
Pedih hati bila terbaca kenyataan bekas menteri kewangan kedua ini... Kamu di pihak mana Husni...? Bukankah apa yang dilakukan oleh DOJ itu hanya semata-mata nak memalukan nama Najib di mata antarabangsa... Yang kamu pulak bagi kenyataan seolah-olah menyokong DOJ itu dah kenapa...??? Tolong lah Husni, DOJ sengaja buat macam tu pasal amerika nak menjarah negara kita... Kaitkan Najib dengan menukar nama sebagai MO1 itu sengaja nak malukan Najib... DOJ melalui peguam negara amerika, Loretta Lynch tu pun bukan bersih sangat, dia pon ada berlambak skandal... Tolonglah semua, kita janganlah percaya sangat dengan DOJ amerika ni, itu semua agenda yahudi nak menjahanamkan negara Islam...

Mana Perginya Jho Low...???

Image
Inilah culprit yang menghuru-harakan ekonomi negara... Yaa... jho low namanya... Sebat duit negara sampai berbillion-billion... Lari lepaskan diri... Sudahnya Najib juga yang jadi mangsa... Najib bukannya kenal si jho low tu, tapi jho low jual nama najib merata... Cilaka ko jho low, keluar la, bersihkan nama PM kami, dia tak bersalah dalam hal ini... Mana MCA, mana GERAKAN? kenapa korang tak mau gunakan connection rakan perniagaan korang untuk heret jho low... Adakah MCA dan GERAKAN sengaja membiarkan najib di belasah...? Keluarlah kau jho low, jangan kaitkan PM kami, dia tak kenal kau jho low...

Pinjam RM1,050 Kena Bayar RM30 Ribu, Kalau Tak Bayar Kena Tanam Hidup-Hidup....

Sumber

Kena Saman Kerana Tampal Sticker Pada Cermin Kereta...

Image
Kesalahan: Menampal sesuatu pada cermin. Nak cakap lebih, kang orang kata aku ni pembangkang... Tapi korang baca la sendiri, takan tampal sticker kat cermin tigkap pun boleh kena saman... Beragak la weii... Bukannya sticker tu tutup keseluruhan cermin pun.... Ntah la, aku tak paham dah undang-undang malaysia ni, nampak merepek pon ada... Sumber .

MP PKR Tanya "Kenapa Senjata Api Haram Senang Diperolehi???"

Image
Kerajaan tidak boleh lagi memberi alasan dan perlu bertindak segera untuk mengembalikan keyakinan rakyat, susulan satu siri kes tembakan yang berlaku di seluruh negara baru-baru ini.  Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, dalam tempoh 30 hari lalu, negara dikejutkan dengan 8 kes tembakan dan semuanya dipercayai membabitkan senjata api haram.  Sehubungan itu, katanya, timbul persoalan berhubung penyalahgunaan senjata api haram secara berleluasa di negara ini yang menunjukkan kegagalan penguatkuasaan undang-undang.  “Kenapa senjata api haram begitu mudah diperolehi?  “Adakah negara kita tidak mempunyai undang-undang seperti sesetengah tempat di Thailand dan Filipina?” soalnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke Facebooknya hari ini.  Beliau berkata demikian susulan empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak dua tahun yang ditembak mati seorang saudara mereka di Batu Maung, Pulau Pinang hari ini.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pina

Harga Ayam RM35 Seekor...

Image
Enam pemborong dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan ketika pemeriksaan mengejut di sekitar bandar ini mulai pagi tadi. Pengarah KPDNKK Negeri Datuk Ab Ghani Harun berkata, tiga pemborong melakukan kesalahan kerana tidak memiliki lesen sebagai pemborong dan tiga lagi tidak menyelenggara sistem bekalan atau tidak menyediakan buku stok bekalan. "Pemantauan terhadap pemborong mendapat mereka mendapat bekalan ayam dari Perak, Kedah dan Pulau Pinang dengan harga antara RM6.50 hingga RM7.50 sekilogram. Mereka jual kepada peruncit pada harga RM15 seekor atau RM150 bagi 10 ekor ayam. "Pemborong menjual ayam mengikut harga seekor menyebabkan peruncit menjual kepada pengguna antara RM10 hingga RM35 seekor. "Berikutan itu KPDNKK negeri membuka kertas siasatan bagi mendakwa enam pemborong itu kerana menjual ayam dengan harga tidak munasabah walaupun kawalan harga dipantau sehari sebelum dan sele

DBKL Akan Buat Kajian Kenapa Jalur Gemilang Selalu Koyak....

Image
Nak tergelak pon ada bila terbaca tajuk berita astro awani ini... Apa ke bangang sangat la DBKL ni, dah berpuluh tahun bendera dikibarkan dekat tiang tu, baru sekarang nak buat kajian kualiti bendera tu...? Adehh ini lah masaalah orang kita... Pada aku mudah jer nak selesaikan masaalah DBKL ni, tak perlu buat jawatankuasa nak kajian pun... Buat satu SOP yang mana setiap sebulan atau dua bulan bendera tu WAJIB di tukar, tak kiralah ianya masih elok atau tidak, kan senang... Negara tak malu, supplier pon masyukk...

Putrajaya Hapuskan Kucing Liar Guna Kaedah Renjatan Elektrik...???

Image
KISAH sayu ini dikongsikan oleh Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar yang merupakan Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta penasihat agama dan media Islamic Aid Malaysia (IAM) kepada Mynewshub. Ia timbul setelah beliau mendapat makluman daripada seorang individu berkaitan kegiatan ‘pelupusan’ kucing jalanan atau liar yang berlaku di Putrajaya selama ini malahan tidak diketahui masyarakat kita. Menurut Tuan Asmawi, sumber enggan dikenali itu memberitahunya bahawa kucing jalanan yang ditangkap pihak berkuasa Wilayah Persekutuan itu bakal dihapuskan atau dibunuh dengan menggunakan kaedah renjatan elektrik. Secara lumrah, ramai yang akan kutuk dan keji individu yang menganiaya haiwan, namun siapa sangka perbuatan kejam seperti ini turut diamalkan di Malaysia sendiri malah ia berlawanan dengan norma-norma kemanusiaan. Tuan Asmawi yang terkesan dengan mesej yang diterima itu turut memanjangkan rasa tidak puas hatinya terhadap perbuatan terkutuk itu kepada