Posts

Showing posts from December, 2016

Tun Razak Menatang PAS Bagi Minyak Yang Penuh, Akhirnya...

Image
Selepas peristiwa 13 mei 1969, tun abdul razak telah mempelawa pas menyertai gabungan parti-parti perikatan yang di beri nama barisan nasional, ada berberapa pemimpin pas di lantik menganggotai kabinet dan banyak juga pemimpin-pemimpin pas di berikan jawatan-jawatan penting dalam perhubunggan umno negeri dan biro-biro dalam umno pusat... Gembiranya tun razak ketika itu kerana pas telah bergabung dengan umno, sehinggakan bendera pas di letakan di sebelah kanan bendera umno, malah di katakan, tiang untuk meletakan bendera pas tu sedikit lebih tinggi dari tiang bendera parti komponen lain seperti mca dan mic...  Perbuatan meletakan tiang bendera pas sedikit lebih tinggi dari bendera parti komponen lain menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan pemimpin mca dan mic, tapi tun razak mempertahan perbuatan itu dengan mengatakan "pas berasal dari perut umno, maka selayaknya lah bendera pas di tinggikan sedikit dari bendera parti-parti komponen lain" bergitu sayang dan ba

PAS Pernah Mengkhianati UMNO, Masih Nak Bersama Dengan PAS???

Image
UMNO khianat PAS ketika pernah bersatu dulu?   Benarkah terdapat unsur pengkhianatan oleh UMNO terhadap PAS? siapa yang khianat siapa? Kepada budak-budak yang baru nak up, jadikan sejarah sebagai panduan kepada anda semua. Saya tahu ada menyokong PAS kerana "ditutupi" dengan imej keIslaman. Ada yang mahu melihat kesatuan antara UMNO dan PAS, baik kita baca balik sejarah dahulu...   Apa yang berlaku pada puluhan tahu yang lalu, ketika zaman Tun Hussien Onn bukanlah senang. Tahukah anda bahawa ketika PAS dan UMNO bersatu dahulu, Dato’ Haji Mohamad Nasir dipilih untuk menerajui jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan dan UMNO tidak langsung mencampuri urusan tersebut. Namun, selepas beberapa ketika, Datuk Nasir dilucutkan jawatan. UMNO telah mengambil sikap berkecuali dalam hal ini. Namun, siapa sangka yang peristiwa pemecatan Datuk Nasir telah menimbulkan darurat kepada Negeri Kelantan. Terdapat huru-hara berlaku di Kelantan dan rusuhan semakin parah.  Tun Hussie

Sudahkah Anda Bersedia Untuk Di Fitnah???

Image
Baru aku persan yang BERSATU dah lantik beberapa awek cun untuk memegang jawatan dalam sayap wanita mereka, kikikiki tertinggal bas betul la aku ni... Apa pun aku nak ucapkan selamat la untuk korang semua akan menerima pelbagai cercaan dan fitnah termasuk fitnah skandal seks dan pelbagai lagi... Segala gambar lama korang sebelum bertundung akan dikorek semula dari facebook, tagged, instagram, myspace, twitter dan pelbagai lagi... Selamat datang ke dunia politik negara, terimalah apa jua fitnah keatas diri anda kerana itulah culture politik negara kita, tak boleh jawab dengan fakta, kita fitnah aje, janji menang...

Kesatuan Ulama Islam Terkejut Hadi Pergi Melawat Iran...

Image
Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang diketuai Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menafikan lawatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran sebagai mewakili pertubuhan itu. Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi pertubuhan hari ini, pihak Kesatuan Ulama terkejut dengan lawatan Abdul Hadi yang memegang jawatan Naib Presiden pertubuhan itu yang tidak kena pada masa dan tempat. “Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia terkejut dengan pemilihan waktu lawatan ini, ketika mana Iran telah memainkan peranan jahatnya dalam membunuh saudara kita khususnya di Aleppo dan di Syria amnya, dan juga penglibatan Iran di Iraq dan Yaman,” kata kenyataan itu. Sebelum ini, Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, pemergian Hadi Awang itu atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin daripada Iran, Dr Abdurrahman Bayraan (dilantik oleh Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusof Qaradawi) supaya dapat mengurangkan tekanan ke atas Ahli Sunnah yang berada di negara b

UMNO Tetap Saingan PAS...

Image
Pas sehingga kini masih menganggap Umno adalah saingan terbesar parti Islam itu. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, disebabkan itu, Umno tidak mungkin dapat mengizinkan sebilangan besar kerusi yang dimenangi mereka dilepaskan ke tangan Pas begitu sahaja, sekiranya ada kerjasama politik dengan parti terbesar terbabit. Menurutnya, justeru Pas juga pasti tidak akan melepaskan kerusi yang dimenangi begitu sahaja meskipun jumlahnya jauh lebih kecil jika dibandingkan apa yang Umno ada. “Oleh itu, adalah mustahil bagi Pas dan Umno mengadakan kerjasama politik dan mereka yang mencanangkan adanya kerjasama politik antara Pas dan Umno hanyalah fitnah. “Dari sudut politik, sejarah membuktikan Pas adalah saingan utama kepada Umno, terutamanya dalam isu berkaitan dengan Islam dan kebajikan rakyat walaupun Pas tidak pernah memegang kuasa kerajaan pusat,” katanya di sini, semalam. Katanya, sebagai contoh, Pas di Kelantan telah mendahului pelbagai p

Lihatlah Perangai PAS...

Image
Pening dan tak paham dengan perangai PAS ni... Presiden nak bersatu dengan UMNO... Timbalan presiden makin rapat dengan pakatan... Apa nak jadi ni? Apa wayang yang PAS nak main...? Dari dulu sampai sekarang, aku tak pernah percaya pada PAS... Korang semua lihatlah sendiri...

Apa Masaalah Hadi Duduk Sama Pentas Dengan Najib Di Himpunan Solidariti Rohingya?

Image
Apa masalahnya TGHH hadir himpunan solidariti untuk Rohingya pada hari ini. Ada yang kata munafik kepada PAS. Macam-macam lagi gelaran yang digelar. Kamu boleh gelarlah macam-macam gelaran sementara kamu boleh tulis dan kata. Tulis jangan tak tulis. Kata jangan tak kata. Spin jangan tak spin. Persoalanya dekat mana yang salah TGHH?. Adakah TGHH minta projek dalam ucapannya?. Adakah TGHH baca ayat Quran tidak betul. Adakah TGHH berucap menyebut fakta tidak betul?. Adakah TGHH terkeluar tajuk? Adakah salah untuk bekerjasama isu kemanusiaan? Adakah ia salah dari segi agama?. Adakah Salah TGHH menggunakan platform himpunan ini membaca ayat quran di hadapan pemimpin Umno BN sebagai usaha untuk menerangkan Islam. Adakah TGHH minta supaya bangkit menentang syariat Allah. Adakah TGHH minta supaya hadirin semua sokong Umno. Ada yang tafsir ayat "Jangan kamu cenderung dengan kezaliman". Seolah-olah TGHH sokong orang zalim, maka ia akan disambar oleh api neraka. S

Bubar PAS Kalau Berkawan Dengan UMNO - Tuan Ibrahim Tuan Man...

Image
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata adalah lebih baik parti Islam itu dibubarkan sekiranya bergabung dengan Umno. “Saya ingat kalau PAS bergabung dengan Umno kita tak perlu lawan Umno-lah maksudnya. Jadi, ada orang PAS tanya kalau tak lawan Umno nak lawan siapa lagi? “Jadi, kalau PAS berkawan dengan Umno kita kena bubarlah,” kata Tuan Ibrahim dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini dan Beritadaily.Bekas Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata demikian berikutan desas desus wujud usaha agar kedua-dua musuh tradisi itu bergabung selepas PAS dipinggir Pakatan Harapan. Sebaliknya, bekas ADUN Jengka itu menegaskan PAS akan terus menentang parti pemerintah itu dalam setiap pilihan raya. “Sekarang ini PAS masih kekal bahawa kita lawan Umno seperti mana di Kelantan yang mana hampir 80 hingga 90 peratus kerusi PAS kita lawan dengan Umno. “Realitinya kami bertanding melawan Umno pada setiap kali pilihan raya dan PAS tidak lawan MCA, MIC tetapi

Bukan Orang Melayu Terhutang Budi Pada UMNO, Tetapi UMNO Yang Terhutang Budi Pada Orang Melayu...

Image
"Sudah tiba masanya untuk UMNO berhenti meminta orang Melayu memberi sumpah setia pada UMNO." -YB Datuk Ayub Rahmat Ini baru ada kelas! Bukan ayat-ayat membodek yang membuat orang rasa jelek. "Saya menegaskan bahawa sebenarnya bukan orang Melayu yang terhutang budi dengan UMNO. UMNO yang terhutang budi dengan   orang Melayu.  UMNO itu wujud kerana orang Melayu. UMNO berjaya memimpin Malaysia kerana orang Melayu.  Dan jangan sesekali kita lupa, UMNO tidak akan berada pada kedudukan kuasa sebegini lama jika tidak kerana orang Melayu. Jadi, sudah tiba masanya untuk UMNO berhenti meminta orang Melayu memberi sumpah setia pada UMNO. Malah sudah tiba masanya untuk UMNO berhenti mengenang-ngenang apa yang telah UMNO berikan kepada orang Melayu. Tetapi, telah tiba masanya UMNO yang berterima kasih dengan sokongan orang melayu selama ini. UMNO tidak boleh berjaya tanpa orang Melayu. Tidak, dan tidak sama sekali. Kerana itu UMNO Johor percaya, suda