Program 6P, Menghalalkan Pendatang Haram, Siapa Yang Kaut Untung...???
Apa yang sedang terjadi dengan negara kita ni? Kita dok sibuk pertikai hak melayu la, hak cina la, hak India la dan hak peribumi semua tapi kita terlepas pandang perkara paling besar iaitu isu kebanjiran PENDATANG HARAM TANPA IZIN. Ini adalah masalah paling besar. Pergi mana saja di Lembah Klang ni, anda boleh tengok jumlah mereka ni melebihi dari penduduk tempatan dan aku boleh guarantee kebanyakan mereka ni kosong atau berkerja disni tanpa permit. Dah banyak kali media massa dan media sosial highlight akan perkara ini tetapi nampaknya pihak imigresen macam sudah tidak wujud lagi. Mereka lepas bebas kesana kemari macam negara bapak depa je. Lepas tu nak buat kerja senang, tawarkan kepada semua pendatang asing ni program pemutihan dan beri mereka permit dengan begitu mudah sekali. Dah le mereka ni masuk secara haram ke dalam negara kita lepas tu kita bagi layanan istimewa pulak pada mereka? Kenapa tidak boleh buat operai dan tangkap mereka dan hantar pulang? Sebab apa? Per