Pesawat MRCA Kemana Hala Tujunya...???


Bercakap tentang MRCA (pesawat tempur pelbagai peranan), saya lebih cenderung untuk memilih F/A-18E/F berbanding pesawat-pesawat eurocanard seperti Typhoon, Rafale dan Gripen.

Kenapa..?

Bukan sebab proven in combat semata-mata tetapi keperluan TUDM sendiri yang meletakkan maritime strike capabilities sebagai tunjang utama keupayaan pesawat yang akan dipilih dalam program MRCA yang dijangka memperlihatkan buah hasil pada tahun 2016.

Cakap-cakap tentang MRCA ini saya pasti ramai yang akan mengeluh dan ramai akan bosan kerana ia sudah lama terbuku dan sudah lama disebut tetapi perolehannya masih belum dibuat.

Umum perlu faham, perolehan aset militer bukan lah seperti anda membeli sayuran di pasar malam. Ia memerlukan penelitian yang sangat mendalam kerana ia bukan sahaja melibatkan pengunaan sejumlah wang yang sangat besar, tetapi juga bakal memberikan kesan terhadap taktik dan strategi terhadap angkara murka yang akan dihadapi nanti. Kita melihat penelitian yg mendalam perlu dalam merangka tempo dan taktikal operasi, kelebihan antara pesawat-pesawat lain yang sudah dimiliki negara serantau dan negara kuasa besar, kelebihan dari segi logistik dan pengunaan bahan api setara dengan keperluan operasi, pemilihan sistem persenjataan dan rangkaian persenjataan yang boleh didapati, diintegrasi dan dapat memberikan kesan efektif ketika pertempuran serta perkara paling penting adalah kendalian dari kalangan juruterbang itu sendiri.

Dalam senarai pendek pesawat tempur MRCA, hanya Dassault Rafale dan Boeing F/A-18E/F Super Hornet sahaja yang mempunyai pakej serangan maritim yang lengkap dan trampil. Tetapi Super Hornet melangkaui semua aspek serangan darat dan serangan maritim berbanding pesawat-pesawat eurocanard yang ada dalam senarai pendek.

Juga perlu diambil kira, pesawat F/A-18D yang dioperasikan TUDM sekarang adalah antara pesawat tempur paling reliable dalam pegangan dan persenjataannya sudah tentu dapat dilengkapkan antara satu sama lain dengan F/A-18E/F.

Pilihan persenjataan udara ke permukaan bagi SuperHornet juga lebih banyak berbanding pesawat-pesawat eurocanard, malah integrasi dari segi sistem persenjataan, elektronik serta latihan juruterbang sudah tidak lagi memeningkan kepala kerana wujud persamaan yang ketara dengan pesawat legasi.

Kita boleh melihat bagaimana angkatan udara Australia mengoperasikan dan meningkatkan keupayaan angkatan udaranya dengan single type aircraft dari F-18A kemudian dimantapkan dengan kemasukan F/A-18E/F.

Perlu diingat, yang dicari adalah pesawat tempur pelbagai tugasan yang mana ia tidak hanya tertumpu pada peperangan udara ke udara sahaja tetapi turut melibatkan keupayaan pertempuran udara ke darat yang optimum serta matang dari segi teknologi.

Malah ancaman maritim yang semakin menular juga bakal mempengaruhi pemilihan yang bakal dibuat TUDM dan MinDef nanti.

Walaupun sebenarnya jauh disudut hati saya, saya lebih cenderung untuk bersetuju jika angkatan Su-30MKM ditambah lagi jumlahnya dari yang sedia ada. Tapi barangkali mix and match ini perlu bagi mengimbangi ancaman kuasa besar yang sedang bergelojak serta memperlihatkan pengunaan pesawat yang hampir serupa dengan kita oleh beberapa negara yang mempunyai tuntutan bertindih.

Kita sedang melihat pemilihan teliti sedang dilaksanakan, dengan setiap pengeluar pesawat cuba menawarkan pakej paling baik dan optimum kepada kita, selaras dalam memenuhi keperluan TUDM.

Jadi sehingga kini masih belum ada pemenang, walaupun media mencanangkan seolah-olah sekian pengeluar pesawat telah disahkan menjadi pembekal walhal sebenarnya pemilihan dan penelitian masih berjalan.

Kami mendoakan agar Kuwait menghibahkan F/A-18C mereka yang sebanyak 27 buah kepada kita dan F/A-18D yang sebanyak 7 buah, diselangi sejumlah besar F/A-18E/F dari Boeing bagi meningkatkan keupayaan tempur angkatan udara kita. 

Sumber: MMP




INFO HARI SUKAN NEGARA (klik sini)

Comments

Anonymous said…
Apakah yg tuan tahu tentag sistem IFF ? Jika tak tahu sila kaji. Hint : pesawat kita tak boleh tembak pesawat Singapore tapi mereka boleh tembak kita.

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.