Sejarah Pemberontakan Komunis Di Malaysia...
Tiadanya luka fizikal tidak bermakna semuanya boleh dilupakan.
Termeterainya perjanjian damai pada 17 Oktober 1990 antara Kerajaan Sarawak (mewakili Kerajaan Persekutuan) dengan Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) membawa kepada tamatnya pemberontakan bersenjata oleh elemen komunis di bumi Malaysia. Telah tewas bukan satu, bukan dua, tetapi 5 parti komunis yang cuba membawa ajaran anti-Tuhan itu ke bumi Malaysia.
Akhirnya, bumi Malaysia sudah boleh menumpukan perhatian terhadap pembangunan ekonomi dan negara.
Namun begitu, di sebalik tamatnya pemberontakan bersenjata komunis itu, kita telah lalai. Ya, benar mereka telah meletakkan senjata mereka, tetapi ramai lagi yang terus kekal dengan fahaman komunisme. Kita tidak kisah mereka memegang ajaran sesat itu, tetapi kita tidak boleh terima usaha mereka untuk menghalalkan perjuangan songsang mereka yang lampau.
Dalam masa 5 - 6 tahun yang lepas, kita dapat lihat dengan sendiri usaha oleh segelintir individu, baik dari kerajaan mahupun pembangkang serta individu biasa yang cuba mendapatkan pengiktirafan kepada anasir-anasir yang suatu ketika dahulu pernah hampir berjaya memusnahkan negara kita.
Oleh itu, adalah baiknya sekiranya kita mengimbas kembali sejarah negara.
Parti Komunis Malaya (PKM)

Tan Malaka |
PKM ditubuhkan di Singapura pada 30 April 1930 di Singapura oleh wakil Parti Komunis Nanyang serta sekurang-kurangnya dua orang wakil dari Partai Komunis Indonesia (PKI) (wakil PKI merupakan Tan Malaka).
Tujuan PKM ketika itu adalah sebagai wakil kepada golongan pekerja yang ditindas oleh golongan kapitalis. Kebanyakan ahli-ahli mereka ketika itu adalah pekerja pelabuhan dan perladangan yang sememangnya ada di antara mereka yang ditindas oleh golongan majikan yang rata-rata mementingkan keuntungan semata-mata. Oleh itu, PKM mudah meluaskan pengaruh ketika itu.
Kemunculan PKM ketika itu juga merisaukan Polis British yang kemudiannya merancang untuk meletakkan agen mereka, Lai Teck dalam PKM. Lai Teck yang ketika itu merupakan agen kepada Perisikan Perancis di Vietnam telah diberikan kepada British kerana identitinya di Vietnam hampir bocor.

Dengan menggunakan maklumat yang diberikan oleh Lai Teck, Cawangan Khas Polis Singapura telah berjaya menangkap semua perwakilan tertinggi dalam PKM sehinggakan Lai Teck berjaya menjadi Setiausaha Agung PKM.
Lai Teck - Agen British yang menjadi Setiausaha Agung PKM |
Semasa Perang Dunia Kedua, Lai Teck telah berjaya ditahan Jepun di Singapura dan bertindak berpaling tadah menjadi agen Kempetai. Tindakan Lai Tek berpaling tadah dan seterusnya mengkhianati kebanyakan pemimpin tertinggi PKM menyebabkan PKM tidak berupaya bertindak sebagai pasukan penentang terhadap Jepun secara efektif. Malahan, kebanyakan tindakan PKM adalah terhadap Polis Malaya yang berada di bawah kawalan Jepun dan terhadap kumpulan-kumpulan gerila anti-Jepun lain.
Pengkhianatan Lai Teck yang membawa kepada pembunuhan majoriti pemimpin PKM yang benar-benar berkaliber mungkin sekali antara punca kenapa PKM bertindak ganas selama 14 hari selepas perletakan senjata oleh Jepun. Tiada individu yang boleh bertindak mengawal tindak-tanduk semua anggota PKM yang kemaruk darah.

Tamatnya Perang Dunia Kedua memperlihatkan PKM sebenarnya cuba merampas kuasa daripada British. Ramai anggota PKM termasuk dalam Pulitburo hendak mengangkat senjata menentang pendaratan tentera Berikat. Mereka juga telah berunding dengan Ibrahim Yaacob yang mengetuai PETA (Pembela Tanah Air) dan segelintir Tentera Jepun yang hendak meneruskan perjuangan menentang British.
Keputusan Lai Teck ketika itu adalah untuk menerima kehadiran British kembali ke Tanah Melayu. Nyawa anggota Force 136 di bawah John Davis dan Spencer Chapman terselamat. Tetapi keputusan Lai Teck itu menyebabkan hampir 400 orang Askar Jepun yang melarikan diri dari tugas dan menyertai PKM untuk terus menentang Jepun menemui ajal di tangan PKM.
Hanya selepas tamatnya perang barulah PKM mengetahui bahawa Lai Teck merupakan pengkhianat dan jawatan Setiausaha Agung itu dipegang oleh Chin Peng. Namun begitu, Lai Teck telahpun menghilangkan diri bersama sejumlah dana milik PKM.
Lai Teck kemudiannya mati dibunuh oleh agen Parti Komunis Thailand di Bangkok, dengan mayatnya dibuang ke dalam Sungai Chao Praya.
Kehadiran Sir Harold Briggs di Malaya sebagai pencetus kepada idea Kampung Baru di serata negara membawa kepada PKM berjaya dilemahkan.
Kejayaan PKM seterusnya adalah pembunuhan Sir Henry Gurney di kaki bukit Cameron Highlands. Pembunuhan itu merupakan moral booster kepada PKM, walaupun hakikatnya pembunuhannya besar kemungkinan menyebabkan British menghantar Lt Gen Gerald Templer dan menyatukan tugasan sebagai penjawat awam dan ketua angkatan tentera sebagai satu jawatan.
Rundingan damai di Baling menyaksikan PKM cuba mendapatkan hak sebagai sebuah organisasi politik yang sah, namun setiap langkah yang cuba digunakan oleh PKM telah pun terlebih dahulu dihidu oleh agensi keselamatan, terutamanya oleh Tan Sri C C Too (bakal Ketua Pengarah Peperangan Psikologi 1956 - 1983). Percubaan Chin Peng untuk menggunakan Rundingan Baling untuk mengajak Rakyat untuk menentang kerajaan berjaya dijangka dan dihalang.

Gagalnya rundingan Baling menyaksikan Chin Peng cuba mendapatkan peluang untuk rundingan kedua selepas Merdeka. Ini diceritakan dalam bukunya. Namun, dia tidak langsung menceritakan percubaannya untuk menghalang proses kemerdekaan.
Selain Tan Sri CC Too, seorang individu yang amat penting dalam memusnahkan pergerakan komunis adalah seorang individu yang bernama Hor Lung. Tidak dapat dipastikan nama penuh beliau, tetapi beliau pada suatu ketika merupakan bekas Pulitburo PKM Selatan Malaya (Johor). Ketika beliau berada dalam PKM, beliau merupakan musuh yang paling sukar diburu. Beliau akhirnya menyerah diri ke sebuah balai polis secara mengejut bagi meminta bantuan perubatan kepada seorang anggota pasukannya yang cedera parah akibat tembakan ke muka atau hidung. Apabila tuntutannya dipersetujui, beliau bukan sahaja membawa pasukannya menyerah diri, malahan telah membantu Cawangan Khas dalam Q ops di seluruh Johor.
Dengan bantuan Hor Lung, kesemua unit PKM di Johor berjaya dipujuk untuk menyerah diri dengan hanya satu kematian sahaja. Selepas Darurat, Hor Lung dipercayai telah menjadi timbalan kepada Tan Sri CC Too dalam Unit Peperangan Psikologi. Sumbangan Hor Lung teramat penting dalam usaha melemahkan PKM sehinggakan Chin Peng mencelanya dalam bukunya dengan menuduh Hor Lung telah menerima rasuah untuk memusnahkan PKM di Johor.
Satu unit pasukan pembunuh PKM telah dihantar untuk meletupkan Stadium Merdeka pada tarikh 31 Ogos 1957. Semasa pasukan pembunuh itu sedang berbincang dengan unit Min Yuen, pasukan itu diserang hendap oleh unit Rejimen Askar Melayu yang diketuai oleh Kapten Hassan Osman (kisah hidupnya kemudian dikisahkan oleh Seniman Agung P Ramlee dalam filem klasik Sarjan Hassan).

Di sekitar tahun 1969 sehingga 1970, tersebar ura-ura bahawa pasukan keselamatan, terutamanya dari Cawangan Khas telah berjaya menyelinap masuk ke dalam PKM. Akibatnya, wakil Pulitburo PKM di Selatan Thailand, Siao Chiang telah mengarahkan semua rekrut PKM yang direkrutkan selepas tahun tertentu untuk dihukum bunuh. Arahan itu dilaksanakan dan ramai kader baru telah dibunuh tanpa siasatan dilakukan. Antara kader yang dibunuh adalah sepasang suami isteri doktor tentera dari China dan anak-beranak yang dipaksa menggali kubur mereka sendiri.
Arahan itu tidak diterima dengan baik oleh sekurang-kurangnya 2 rejimen, iaitu Rejimen 8 dan Daerah No. 2, Rejimen ke-12. Kedua-dua rejimen bertindak memutuskan hubungan dengan Jawatankuasa Pusat PKM. Malahan, wakil Chin Peng ke salah satu rejimen itu telah dihukum bunuh.
Dalam buku Chin Peng, dia mengakui bahawa dia tersilap besar kerana gagal menghalang pembunuhan beramai-ramai itu. Selepas perletakan senjata 1989, dia terpaksa berhadapan dengan waris mangsa dan mengakui kesilapan itu. BACA SELANJUTNYA DISINI

Comments
tanyalah para veteran tentera, bacalah buku sejarah operasi tentera, cubalah melawat arkib , bacalah buku chin peng, baca buku tentang ahli komunis yang menyerah diri , semua itu ada menceritakan tentang apa dan abagimana perangai PKM aktu itu ..
apa yg ditulis ini semua betul dan ada bukti , malahan yg tertulis ini hanyalah sebahagian daripada puluhan kekejaman dan kezaliamn komunis ,
sejarah ini tercatat sebelum umno wujud, sebelum malaysia merdeka, malah sebelum wujud nama malaysia, waktu itu yg ada ialah tanah Melayu, hanya setelah sabah dan sarawak bersetuju membentuk persekutuan barulah wujud nama Malaysia, tanpa sabah dan sarawak tiada nama Malaysia sehingg akini ..