Kereta Lain Yang Kena Saman, Orang Lain Yang Kena Bayar... Macam Mana Tu??


Seperti yang di laporkan

Seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengenakan saman padanya di atas kesalahan yang tidak dilakukan. 

Muhammad Affandi Azmi, 27m  didakwa telah memandu secara laju melebihi had laju yang ditetapkan pada 7 Februari 2016 di KM70 Jalan Alor Setar - Butterworth. Di atas kesalahan itu, Affandi telah dikenakan saman RM150. 

Terkejut dengan saman yang diterima, Affandi telah membuat semakan saman itu di Ibu Pejabat Balai Polis Trafik Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah dan mendapati kereta yang disaman adalah kereta yang berlain dari kereta yang dimilikinya. Malah, nombor pendaftaran kenderaan yang disaman juga ternyata jauh berbeza dari nombor pendaftaran kereta Perodua Viva miliknya. 

"Gambar kenderaan yang dirakam oleh pihak trafik Kuala Muda pada 7 Februari 2016 igtu bukan milik saya. Nombor pendaftaran yang ditunjukkan dalam gambar adalah PKR4209, tetapi bukan nombor pendaftaran saya, PKY2309.

"Selain itu, kenderaan dan warna kenderaan yang ditunjukkan dalam gambar itu adalah kenderaan jenama yang berlainan," katanya dalam surat rayuan meminta pembatalan notis saman yang dihantar pada Ketua Polis Daerah Kuala Muda pada 29 Februari lalu. 

Bagaimanapun, maklumbalas yang diberikan oleh balai berkenaan amat mengejutkan. 


"Rayuan tidak diterima dan dikehendaki membayar mengikut kadar dalam sistem. Pembayaran saman boleh dibuat di mana-mana Kaunter Trafik yang berdekatan," kata surat maklumbalas itu. 

Memandangkan tiada cara lagi untuk mempertahankan diri, Affandi memuat naik segala bukti termasuk surat dari balai berkenaan di laman Facebook untuk divrailkan. 


"Tak tahu nak kata apa dah. Buang masa, buang duit. Kalian nilaikanlah sendiri. Dah buat rayuan, siap dengan bukti pun kena juga. Kalau beginilah caranya, 'tembak' ikut suka, kayalah jawabnya. Orang yang tak bersalah dihukum," kata Affandi. - SUMBER

Comments

Anonymous said…
Kesilapan data entry kot... mungkin staf yg bertugas pula tiada kuasa utk buat pertimbangan budi bicara. Pdrm perlu peka kes sebegini.
Anonymous said…
Cer check dgn JPJ..berapa kereta dia ada.
Anonymous said…
Jumpa Ketua Polis Daerah Kuala Muda terus... Hanya Ketua Polis Daerah mempunyai kuasa untuk NFA (None Further Action) bahasa kampung batalkan Saman tersebut.

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.