Usaha Mengesan MH370 Dijangka Selesai Jun 2016...
Walaupun semakin dilupai oleh penduduk dunia... namun usaha untuk mengesan kehilangan pesawat MH370 giat dilakukan.
Sejak ia hilang pada 8 Mac 2014 berbagai cara telah digunakan untuk menjejak pesawat malang tersebut.
Usaha pencarian pesawat tersebut di dasar laut di Lautan Hindi dijangka selesai sekitar Jun 2016, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) hari ini.
JACC berkata daripada kawasan pencarian seluas 120,000km persegi, lebih 80,000km persegi kawasan di dasar laut berkenaan sudah diterokai dalam misi pencarian, setakat ini.
"Usaha mencari pesawat MH370 akan dijalankan walaupun semasa Krismas dan Tahun Baru," menurut agensi itu dalam satu kenyataan.
Mengenai operasi terkini pencarian, JACC berkata kapal Fugro Discovery menjalankan misi pencarian menggunakan peralatan tunda jauh ke dasar laut serta kapal Havila Harmony yang menggunakan Kenderaan Bawah Air Autonomi (AUV).
Kapal Fugro Equator telahpun tiba di pelabuhan Freemantle, Australia untuk menghantar bekalan dan menjalankan operasi penyelenggaraan enjin, kata JACC.
Pesawat MH370 dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014 dengan membawa 239 penumpang dan krew. Sumber: Agenda Daily
Comments