Isu Azan : Siapa Sebenarnya Pembohong Besar??
EXCO Selangor, Teresa Kok, kelihatan berbelit-belit dalam isu memorandum meminta diperlahankan laungan azan di Puchong.
Pada mulanya beliau mendakwa tiada sebarang memorandum yang diketahuinya atau yang didalanginya mengenai isu ini.
Beliau memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan ADUN Serdang, Datuk Satim Diman sebagai berniat jahat.
Beliau juga menulis, "Saya minta pemberita yang menanya komen saya tersebut untuk minta surat yang dikatakan ditulis oleh saya daripada Satim, tetapi pembantu Satim gagal menunjukkan bukti tersebut kepada pemberita akhbar Bahasa Malaysia tersebut.
Kegagalan menunjukkan bukti tersebut menunjukkan kesemua tuduhan yang disebarkan dalam email dan pemimpin UMNO Selangor tersebut merupakan pembohongan yang besar."
Malangnya dalam tulisan yang sama beliau mengakui pejabatnya ada menerima memorandum tersebut dan menurunkan cop penerimaan atas memorandum yang dialamatkan kepada Datuk Satim.
Jika sudah diketahui ada memorandum tersebut mengapa masih menulis Dr. Khir dan Satim sebagai pembohong?
Tindakan Teresa Kok memberi penjelasan yang berbelit-belit ini menimbulkan curiga kepada kita adakah beliau cuba mencuci tangan atas kerja-kerja yang didalanginya.
Ini bukan kali pertama Teresa mislead (menyesatkan) orang ramai. Ramai yang masih ingat bagaimana beliau membuat heboh satu negara kononnya seorang wanita warganegara China diarahkan menjalani ketuk ketampi bogel.
Beliau menjadikan isu politik besar seolah-olah Polis Malaysia berbangsa Melayu menyalahguna kuasa dan bersikap perkauman kerana tahanan tersebut berbangsa Cina.
Apabila diadakan siasatan dan terbukti orang kena tahan tersebut berbangsa Melayu dan ia merupakan prosedur biasa tahanan yang disyaki dalam kes dadah, Teresa bukan sahaja tidak meminta maaf malah buat bodoh seribu bahasa.
Hari ini kerajaan Malaysia disaman oleh wanita tersebut. Apakah Teressa akan membayar saman malu tersebut nanti
Comments
Takkan tak dapat bezakan binatang manusia? Babi tak jolok lubang taik..
Yang jolok lubang taik atau stor kunyit itu namanya Sivaji Al Juburi Anwar Berahi !!!!!
Lebih terok dari babi !!!!