Sejarah akan berulang kembali


Datuk Seri Najib hari ini menjadi Ketua Perhubunggan UMNO Negeri Selangor mengantikan Tan Seri Muhammad Taib, sebaik sahaja di umumkan pihak yang paling gelabah sekali ialah PKR dan DAP Selangor, PKR dan DAP amat cuak kerana mereka takut apa yang berlaku di perak akan juga berlaku di selangor.

Kita jangan lupa apa yang berlaku di perak, sebaik saja Datuk Najib menjadi ketua perhubunggan umno di sana, perak tumbang dan itu lah yang amat di takuti oleh PKR dan DAP selangor. memang sudah ada perselisihan faham yang amat kritikal berlaku di selangor, DAP kurang senang dengan pimpinan PAS selangor, DAP sentiasa memantau pergerakkan kesemua ADUN PAS di selangor bergitu juga dengan PKR, mereka berkerjasama dengan DAP untuk memantau setiap pergerakkan dan apa sahaja acara yang di sertai oleh pemimpin pas selangor, ada cakap-cakap di kalangan pas memberitahu ada di kalangan calon-calon yang nak bertanding merebut jawatan Yang DiPertua PAS Kawasan (YDP Kawasan) di sponsor oleh berberapa pemimpin tertinggi PKR, ini bukan cerita kosong, tapi kenyataan yang sedang berlaku di dalam PAS Selangor, ramai calon-calon pro Muzakarah di cabar oleh calon Edorgan.

Khabarnya memang sudah ada kesepakatan di antara UMNO dan PAS selangor untuk mengadakan kerjasama untuk menubuhkan kerajaan campuran, Persuruhjaya PAS selangor, Datuk Hasan Ali di katakan telah berberapa kali berjumpa dengan pimpinan UMNO untuk membincangkan plan kerjasama itu, menurut sumber boleh dikatakan 60 peratus adun-adun pas sudah bersedia untuk meninggalkan Pakatan Pembangkang.

Hanya ada dua orang sahaja yang mampu merialisasikan harapan untuk merampas semula negeri selangor dari tangan pembangkang. Najib perlu melantik Ezam Mohd Nor atau Datuk Noh Omar sebagai timbalan ketua perhubunggan negeri, kerana mereka berdua ini di lihat mampu untuk megembalikan selangor kepada BN. Ezam mempunyai hubunggan yang cukup akrab dengan pimpinan akar umbi PAS selangor, bergitu juga dengan Datuk Noh Omar, beliau cukup arif tentang selok-belok politik di selangor ini.

Sekarang ini kita tunggu dan lihat, apakah Datuk Najib mampu utuk membuat magic di selangor seperti yang beliau buat di perak dulu.

Comments

apa cer said…
persoalannya mengapa ini boleh berjaya? sebab datuk ali hasan dah nampak ketamakkan dap dan pkr yg guna kuasa ikut kehendak depa and halalkan yg haram..

alhamdulilah kalau pakatan perpaduan bakal berlaku di selangor darul ehsan..moga aku bukan lagi rakyat di negeri pembangkang ...tak nak langsung status tu..
Anonymous said…
apa yang kau merepek ni SYAITAN....

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.