Ustaz PAS tak balik rumah, tinggal anak bini.


Akhirnya kantoi! hubunggan Ustaz Akhil Hayy dan Waheeda yang selama ini digembar-gemburkan oleh media sudah semakin lama semakin jelas bila isteri Akhil Hayy sendiri, Maizawati Zainal yang mendedahkannya Kata Maizawati, suaminya sudah lama tidak pulang ke rumah dan Akhil Hayy juga pernah memberitahu niatnya untuk berkahwin dengan Waheeda.

“Ustaz (Akhil Hayy) pernah buat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi wanita itu dan meminta izin untuk berkahwin dengannya.
“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, mengulas isu hubungan suaminya dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda yang sedang hangat diperkatakan.
Menurut Maizawati, secara peribadi dia tidak mengenali Waheeda, tetapi mengetahui gosip hubungan suaminya dengan penyanyi itu melalui media.

“Kesabaran saya sudah sampai ke penghujung apabila ustaz tidak pulang ke rumah dan anak pula terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan mengatakan mereka mempunyai ibu tiri,” katanya yang mempunyai enam anak hasil perkahwinan dengan Akhil Hayy.
Hati Maizawati terguris apabila Akhil tidak memaklumkan di mana dia tinggal, malah tidak memberitahu apa yang dilakukan menyebabkannya tertanya-tanyakan haknya sebagai isteri.

“Kerana itu saya mengizinkannya berkahwin dengan penyanyi wanita berkenaan. Saya rasa tidak salah membenarkan suami saya berkahwin lagi kerana dia mampu serta boleh berlaku adil.
“Tambahan pula, ia langkah terbaik untuk menyelamatkan mereka daripada melakukan perkara tidak elok.

Itu lah dia petunjuk yang di berikan Allah kepada ummatnya, Akhil Hayy ni adalah seorang ahli PAS, dia boleh dikatakan seorang penceramah PAS yang cukup berdegar-degar di atas pentas, setiap tutur perkataan yang keluar dari mulut dia hanyalah caci dan maki kepada pihak UMNO/BN. lidahnya bukan sentiasa di basahi dengan zikir tapi dengan maki, dusta dan fitnah dan di selangi oleh ayat-ayat al-quran yang lari dari maksud yans sebenar.

Ini lah petunjuk yang di berikan Allah, Allah telah mengelapkan hati dia, sampaikan kebenaran yang ada di depan mata dia tak nampak.

Comments

Anonymous said…
salam bro,
aku menyampah betul dengan orang macam ni..
kau ajar agama dekat orang..
lepas tu kau sendiri buat hal..
tak balik rumah..

lebih baik tak payah jadi ustaz..
city_awan said…
saya tak pernah panggil 'ustaz" pada ustaz pas...saya panggil "stud". Dari jauh lagi saya panggil "stud"

Cari lah sendiri makna "stud"

mengapa saya berkata demikian....tiap tiap hari jumaat...sebelum sembahyang fardu jumaat...taskirah selama 30 minit di adakan...bukan main sedap lagi "stud" pas menghentam parti lawan. berdesing teling dibuatnya.

Tapi bila khutbah, "stud" Pas yang sama akan beritahu: "Takutilah kamu kepada kekuasaan ALLAH. Bersatu lah wahai Umat Islam kerana Allah melarang semua umatnya bermusuhan. Kamu akan ditanya nanti olih Allah siapa saudara kamu yang sebenar nya di hari akhirat nanti"

ini lah "Stud" PAS. Lu fikir lah sendiri....
Anonymous said…
dia dah jadi ustaz komersial..

aku penah jumpa dia dlm spa.. hehe..tahun lepas ,saksi dengan kawan aku..

di pearl view hotel ,Chai Leng Park,Sbrg Perai
Mudskipper said…
wa pegi sini..... wa pigi sana....

wa sini wa sana ! wow
Anonymous said…
CT, kau panggil stud tapi aku panggil ustad (nak tau makna kena tengok cite hindustan) ada satu slot astro apa nama tah yang ada nama ustad ni..tak pernah aku tengok pun sebab perangai dia sejak dulu pun aku dah menyampah...
Anonymous said…
Ni macam Ustad RPK,

Sana sini kutuk orang lain, nak betulkan orang lain..

dalam senyap ,sekadar merenung mata isteri, anak sendiri masuk LOKAP!

Yan Waheeda pun satu.. takkan sampai tak laku kut, cari lah mereka yang masih belum beranak beristeri. Berapa million jejaka, masakan ini saja idaman hatimu?

Anak2 perlu bapa mereka sepenuh masa demi kesejahteraan MINDA mereka. 6orang, jangan lupa.. mereka ini yang akan menjadi mangsa akhirnya.

IbuTunggal
Anonymous said…
Sblm jd 'stud' PAS dia rocker la beb.. D'Riyadh.. check youtube.. once a rocker always a rocker.. apa nk jd ngn ko ni akil..?
apa cer said…
aku tengok wanita hari ini punya slot kat tv3..pasal luahan hati si isteri tu.. kesian sungguh...dia hanya menyatakan apa yg terbuku di hati dia ..bukan menyalahkan sesiapa pun...dia redha dengan ketentuan illahi..dan apabila anak dia kena halau dari tempat konsert sebab nak jumpa bapa dia...aku lagi berlinang air mata..hemmm gitu lah...bercakap pasal negara pandai ...periuk nasik rumah tangga anak isteri terbiar...inilah islam yg diperjuangkan...
keyman said…
ni lah ustaz 'mi' celup spt kata nik abduh hari tu kot....

memalukan orang kampung lah yob.

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.