(ISU SELANGOR) Demi Undi PAS Halalkan Arak.


Det keluarkan artikel yang pernah det tulis satu masa dulu dengan tajuk PAS akan biarkan kilang Arak beroperasi macam biasa bagi menyambut tulisan seorang blogger yang betrajuk PAS KOMPROMI MAKSIAT KERANA UNDI http://dakwat-kertas.blogspot.com/

DUA-DUA KILANG DALAM NEGERI SELANGOR

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali menafikan parti itu pernah berjanji untuk menutup semua pusat hiburan termasuk kilang arak dan kandang babi, sekiranya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu.
Sebaliknya beliau berkata, janji itu tidak pernah dibuat kepada rakyat ketika kempen-kempen pilihan raya sebelum ini, termasuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac lalu.Malah, beliau turut mencabar mana-mana pihak supaya tampil mengemukakan bukti yang menunjukkan mana-mana pemimpin Pas termasuk dirinya membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Komen:

Arak dan babi merupakan 2 perkara haram dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Bila PAS menyertai PR dan berjaya dalam PRU-12, mengapa tidak ada sebarang tindakan diambil dalam menghadkan atau menghentikan terus perkara-perkara yang dimurkai Allah itu. Tidak langsung walau sejentik, PAS membuat sebarang kenyataan mengenai isu Arak dan Babi. PAS menjadi PAK-TURUT selepas menyertai PR. PAS sanggup dicucuk hidung, di tarik kesana-kemari oleh DAP dan PKR tanpa sepatah melawan tindak-tanduk mereka walupun dilihat merosakan imej Islam yang dipertahankan oleh PAS sendiri.

Lihat sahaja isu babi, mereka sanggup berjuang bermati-matian bersama babi-babi mereka kerana mahukan projek babi mega mereka berjaya. Ini pula hal kilang Arak, tidak sedikit pun PAS mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini. Siap sekarang sanggup bersongkol meng-iakan agar tidak ditutup kilang arak tersebut dan mencabar mereka yang membuat kenyataan tetang isu arak ini.Sewaktu mereka di Kelantan, bukan sahaja kilang Arak, panggung wayang pun tiada, kononnya ini semu haram serta menyesatkan penduduk/ rakyat Kelantan. Jadi apa sudah jadi sekarang, PAS telah meluaskan tanah jajahannya keluar dari Kelantan, jadi sudah pasti rakyat atau penyokong setia mereka mengharapkan perkara yang sama dilakukan di tanah jajahan baru mereka ini.

Amat mendukacitakan sekali kerana PAS yang satu masa dahulu lantang bersuara, mengeluarkan fatwa yang ada kalanya ditegur menyimpang dari landasan sebenar, kini sujud menyembah serta meng-iakan semua benda haram yang diharamkan terus oleh Islam.Apa PAS telah lembik dalam pertarungan mereka dalam PR, atau mereka hanyalah boneka bertali yang dikawal sepenuhnya oleh DAP & PKR di dalam PR tersebut. Jika PAS tidak rasa bersalah atas tindakan mereka, sekurang-kurangnya malulah sikit pada penyokong mereka yang selama ini menyangka menyokong ulama tetapi rupa-rupanya menyokong ular dalam semak PAS parti yang telah dicucuk hidungnya!

Komen tambahan:

Soalan pertama yang di tanya oleh penyokong fanatik PAS kepada orang-orang UMNO sewaktu UMNO memerintah selangor dulu ialah, " Bila UMNO nak tutup kilang arak tu"? " UMNO ada syer ke?" bila di tanya oleh orang UMNO kepada ahli PAS pula " Kalau PAS berkuasa PAS akan tutup ke kilang tu?" biase la dengan angkuh penyokong PAS akan menjawab " Hari ini kami menang esok kami tutup dua-dua kilang tu"

Nah sekarang aku tengok dah setahun lebih dah PAS berkuasa di selangor tapi kilang-kilang tu tak tutup juga, makin bertambah besar ada la, aku rase la kedua-dua kilang arak tu bagi INFAQ kut dekat PAS Selangor, tu pasal la sampai sekarang ni PAS tak kotakan janji dia dan PAS tak berani nak tutup, yang berjanji nak tutup kilang tu bukan pekak punya ahli PAS tapi sampai persuruhjaya dia sendiri pun berjanji juga, janji tinggal janji, lagi sekali pilihanraya dia janji macam tu juga. dan sekarang ni kalau kita tengok kedai 7 elevan pun makin banyak menjual arak secara terbuka, malah di kawasan melayu pun yang ada banyak cawangan PAS pun kedai 7 eleven secara terbuka menjual arak, ape orang PAS buta ke? tak nampak ke? dulu orang PAS kata UMNO bersubahat, sekarang ni PAS bukan setakat bersubahat tapi pas menghalalkan pulak penjualan arak tu.

Comments

Lord Garam said…
BRO,

PAS NIE LEMBIK..LEBIH ELOK DOK BELAKANG LORONG KAT HAJI TAIB SINUN..
Tahniah Det dengan isu ini. Arak di 7 Elevenpun tidak boleh hendak haram, hendak tutp kilang arak? Kirim salam.
pakngah santan said…
parti auta sokmo.
tu la,bende x ley nak buat nak janji..skang amek ko...janji tinggal janji..kate pas dan sekutunya ni bengap nnt mara lak..isk..isk..sik...


anakmelayu30.blogspot.com plz support bro..
boyz in da' house said…
teringat masa studi kat SMAP Kajang tahun 98-99.Kebetulan kn dgn era reformasi.Masjid kat skolah tempat yg paling ideal utk penyebaran nota ceramah umum PAS.sy ingt lg satu tajuk-kemaksiatan di Selangor.Isi ceramah mmg hebat...sampaikan anak buat maksiat dalam rumah pun UMNO jgk yg disalahkan.

Hebat!memang hebat klau bab ceramah!sbb ader punching bag utk di belasah.

Wallahuallam bi sawab...
pakcik said…
Parti PAS adalah ideologi politik semata-mata.

matlamat utama politik adalah mendapatkan kuasa.

sebelum berkuasa, apa sahaja boleh dijanjikan.

bila berkuasa, baru tahu langit itu tinggi rendah.
azlishukri said…
PAS makin keliru dengan identitinya sendiri.
Dearie Pearls said…
thanks info..
and thanks follow me..
kelambuharimau said…
yang aku bencikan PAS ni bukanya per..asyik cerita bab islam..habis org umno tak berjuang untuk islam ker? kalu tak berjuang untuk islam takkan ada masjid yang besar2 dekat setiap kampung di malysia ni oooo
osama laden said…
berapa lama UMNO berkuasa?PKR berapa lama die berkuasa?UMNO selama 50 tahun memerintah ada die nak berusaha menghalang maksiat atau sekurang-kurangnye cuba utk mengurgkan maksiat...Piiraahhhh....
Anonymous said…
osama laden-yg jadi tokey 2 maksiat tu kebanyakannya dari org 2bangsa DAP & PKR kawan 2 baik PAS kamu tu.Itu la,banyak sgt baca Harakah..cuba selak 2 sikit Utusan M'sia.Kan banyak cite Polis & agensi 2 kerajaan yg berkaitan buat serbuan & tangkapan kat tempat 2 maksiat ni...

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.