Nik Ajis dan Pahala gambarnya
Pada 20 Jun lalu, lidah rasmi Pas melalui HarakahDaily.Net telah memaparkan kenyataan yang mengenjutkan umat Islam diseluruh negara berhubung poster Nik Aziz yang bakal mereka gunakan sepanjang pilihanraya Kecil Manik Urai Julai nanti. Dalam artikel yang bertajuk ‘Poster Nik Aziz Punya Nilai Komersil Yang Tinggi Kata Wan Rahim’ (HarakahDaliy.Net) telah mengelirukan umat Islam.
Nahh kalau macam tu, tidak mustahil lah mereka agungkan Lim Guang Eng, Nga Kor Meng dan para pemimpin Dap lain kerana pandai bercakap mengenai Islam dan pandai mengungkap ayat-ayat suci Al-Quran walaupun mereka tidak beriman dengan Allah, Al-Quran dan Al-Hadis.Tidak mustahil juga jika pemimpin Dap turun berkempen di Manik Urai, dalam kempennya mereka akan membaca lagi ayat-ayat suci Al-Quran dan lebih mengembirakan pemimpin Pas jika ada pemimpin Dap yang berkempen di Manik Urai memakai kain sarung, berjubah dan serban atau kopiah. Puak-puak Pas pasti akan bangga dan akan mereka canang bahawa masyarakat Cina (Dap) boleh menerima kehidupan orang Pas dan mengikut cara Islam walau pun mereka tak beriman dan baru sahaja selesai makan Ba Kut Teh.
Jika diperhati dari apa yang dipaparkan dalam penulisan tersebut ia seolah-olah meletakkan Nik Ajis pada satu tahap yang cukup tinggi dan agung seolah-olah si nik ajis ni bertaraf wali atau sahabat.Antara kenyataan dalam Harakah Daily ialah “Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.” (20 Jun, HarakahDaily.Net) Apakah ini ajaran Islam yang diajar oleh Pas kepada pengikutnya? Adakah dengan hanya tengok gambar Nik Ajis akan dapat pahala tanpa kita melakukan amal ibadat? Adakah ini akidah yang diajar oleh Pas? Dulu sewaktu Al-Arqam pun buat perkara yang sama juga, mengikut cerita daripada pengikut-pengikut tegar Al-Arqam dulu, barang siapa yang lepas solat memandang gambar Abuya Ashaari dia akan mendapat syafaat di akhirat kelak.Tidak kah ini satu ungkapan yang amat keterlaluan dan boleh memesongkan akidah umat Islam?
Nahh kalau macam tu, tidak mustahil lah mereka agungkan Lim Guang Eng, Nga Kor Meng dan para pemimpin Dap lain kerana pandai bercakap mengenai Islam dan pandai mengungkap ayat-ayat suci Al-Quran walaupun mereka tidak beriman dengan Allah, Al-Quran dan Al-Hadis.Tidak mustahil juga jika pemimpin Dap turun berkempen di Manik Urai, dalam kempennya mereka akan membaca lagi ayat-ayat suci Al-Quran dan lebih mengembirakan pemimpin Pas jika ada pemimpin Dap yang berkempen di Manik Urai memakai kain sarung, berjubah dan serban atau kopiah. Puak-puak Pas pasti akan bangga dan akan mereka canang bahawa masyarakat Cina (Dap) boleh menerima kehidupan orang Pas dan mengikut cara Islam walau pun mereka tak beriman dan baru sahaja selesai makan Ba Kut Teh.
Mungkinkah kesemua ahli PAS sudah menganggap Nik Ajis sebagai seorang wali yang di turunkan Allah kepada mereka? sama-samalah kita fikir-fikirkan.
Comments
Heh3x
kami yang kat luar ini menerima berita dan persepsinya itulah..sooo jangan nak beremo lak..tapi komen kao tu bagus cuma tak kena pada kumpulan sasar..gie sasar fanatik PAS kowg tu..
BRO..good artikel!