JASA (Jabatan Hal-ehwal Khas) PUNCA UMNO/BN KALAH PRK


Email yang det dapat dari seorang kakitangan JASA, det publish kan untuk bacaan semua orang, terutama orang umno dan pegawai JASA, jangan korang makan gaji buta je... kalau setakat kerja jadi pegawai JASA Dun atau Parlimen, pun korang tak boleh nak laksanakan, dah baik korang berhenti je, kalau det la, setakat kerja macam ni, tutup sebelah mata pun det boleh buat.


Ikuti luahan hati seorang pegawai JASA....

"Saya amat berterima kasih dan berbangga berkhidmat dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), satu-satunya agensi Kerajaan yang bidang kerjanya adalah dalam hal ehwal politik (khususnya parti UMNO). Tetapi saya bukanlah pegawai politik JASA. Saya hanyalah kakitangan sokongan sahaja di JASA.


Selama berkhidmat dengan JASA saya faham apa makna politik sebenarnya, sebelum ini saya buta dan jahil pasal politik. Sejak kebelakangan ini JASA sibuk dengan kerja-kerja pilihan raya kecil di sana-sini. Bila tiba pilihan raya, hampir semua pegawai dan jentera kerja JASA dikerahkan untuk turun padang menjalankan kerja-kerja kempen.Yang saya hairan ialah, setiap kali pilihan raya kecil, UMNO atau BN kalah saja! Maka tertanya-tanyalah saya sendiri..apa lagi yang tak cukup?


Pegawai JASA rata-rata kalau Melayu adalah orang kuat parti UMNO! Takkan tak tahu nak kempen? Nak kata duit kempen tak cukup, setiap kali buat bajet pilihan raya JASA minta beratus ribu. Untuk apa semua tu? Pegawai terlibat pula sampai beratus orang ramainya. Takkan tak boleh nak berkempen lagi kalau bercampur dengan orang UMNO atau BN di kawasan tempat pilihan raya?Pengalaman di beberapa pilihan raya kecil akhir-akhir ini barulah saya tahu apa sebenarnya orang JASA buat di kawasan pilihan raya. Rupa-rupanya yang turun ramai-ramai bukan semua buat kerja.


Ada juga yang diturunkan sebagai `pegawai tugas-tugas khas’ untuk jaga bila Ketua Pengarah turun padang. Selain dariapada itu tiada melakukan apa-apa kerja, sekadar jadi pemantau bilik gerakan macam `anjing pengawal’ gayanya.Pegawai JASA tak sempat buat kerja kempen masa pilihan raya kerana sibuk mengikut bontot mana-mana pemimpin parti yang datang ke kawasan pilihan raya. Inilah hakikatnya! Mereka amat bermegah-megah dengan situasi ini. Mereka tolak kerja ke tepi! Bila sampai masa kena hantar laporan, mereka tulis sahaja apa kawan-kawan lain cakap.


Yang paling sedih ialah ada juga antara pegawai lapangan yang `swastakan’ laporan kerana tak masuk kawasan! Apa dah jadi ni?Ada juga yang terlibat pilihan raya semata-mata nak makan elaun dan over time. Kalau rate over time RM15 satu jam kali dengan 7 jam sehari (5ptg – 12mlm) maknanya RM105/hari over time sahaja. Itu tidak dikira hari Sabtu, Ahad dan cuti umum lagi. RM105 kali dengan 20 hari bekerja dah berapa banyak duit over time..RM2100. Patutlah lagak pegawai JASA hebat-hebat semua. Terkejut saya melihat borang tuntutan over time pegawai JASA gred S22.


Yang peliknya tuntutan over time bukan sahaja di musim pilihan raya sahaja tetapi setiap bulan di semua daerah! Persoalan saya ialah apa kerja yang mereka buat, tapi pilihan raya tetap kalah! Pihak pengurusan pula tidak banyak soal, semuanya lulus. Saya beranggapan bahawa 60 peratus daripada duit JASA dihabiskan untuk membayar tuntutan elaun pegawai dan over time sahaja!Satu lagi ialah program Taqarub! Saya lihat hampir setiap pegawai melaksanakan program Taqarub setiap hari. Satu hari bukannya satu, ada sampai lima program! Perbelanjaan pula di bayar secara tunai. Persoalan saya ialah adakah program ini benar-benar dilaksanakan dan apakah kesan atau impaknya kepada JASA dan Kerajaan? Siapa pula khalayaknya? Orang awam atau sanak saudara sahaja.


Lagi pun prosedur tuntutan kepada program Taqarub amat senang! Kalau di kawasan pilihan raya kecil lagi banyak program Taqarub dan beribu-ribu khalayaknya…tapi BN tetap kalah! JASA buat untuk siapa? Untuk penyokong pembangkang kah?Ada juga kawan-kawan di JASA bercakap, kalau musim pilihan raya inilah peluang nak tukar handphone baru, cat kereta baru, sport rim baru dan kadang-kadang siap boleh tukar kereta baru lagi! Macam mana pegawai JASA `berniaga’ dalam tempoh 20 hingga 30 hari dalam tempoh pilihan raya..? Aneh! Memang aneh kerana perkara ini memang berlaku!Saya dapati banyak `benda-benda pelik’ berlaku dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran JASA.


Saya rasa sedih kerana Jabatan yang diamanahkan untuk menjaga rakyat ini sesunguhnya tidak menjaga rakyat, sebaliknya hanyalah menjaga kepentingan `warga kontrak’ JASA sahaja – samada pengawai DUN gred S22 hinggalah kepada Ketua Pengarah yang bertaraf JUSA. Tidak terkecuali satu kumpulan yang bergelar `Panel Pemikir JASA’.Saya lihat panel pemikir adalah sesuatu yang merugikan duit rakyat. Mengapa perlu ada pemikir lagi kalau semua pegawai kontrak di DUN dan Parlimen itu orang-orang kuat parti dan pakar politik setempat. Panel pemikir tidak tahu apa berlaku di kampong kerana mereka berada di ibu pejabat. Latar belakang mereka pun bukan lah daripada orang politik atau strategist.


Kalau panel pemikir benar-benar berfungsi, adalah mustahil semua strategi tidak menjadi! Bagaimana Kuala Terengganu yang dimiliki oleh BN boleh bertukar tangan kepada PAS? Apa yang difikirkan panel pemikir. Atau adakah panel pemikir mula berfikir bila diminta berfikir…?Sesungguhnya kalau dilihat visi, misi dan objektif serta fungsi, JASA adalah satu-satunya nadi UMNO dan BN dalam memastikan kesinambungan pemeritahan Kerajaan hari ini. Semuanya suci, murni dan indah! Namun di mana silapnya? Adakah kelemahan ini berpunca daripada pihak pengurusan yang gagal atau bersekongkol dengan orang bawahan atau pegawai-pegawai kontak yang di pilih itu sememangnya tidak amanah. Kalau tidak amanah mengapa tidak ambil tindakan? Apa peranan pengurusan tinggi dalam hal ini.


Saya tidak pasti sama ada KP menyedari kepincangan ini atau sengaja melindungi demi kepentingan diri.Walau bagaimanapun saya mengharapkan agar kepimpinan JASA sedia ada ditukar ganti. JASA memerlukan seorang ketua yang energetic, universal dan integriti yang tinggi dalam menangani anak buah yang terdiri daripada orang-orang politik yang sentiasa berpolitik siang dan malam. JASA harus diselamatkan daripada perlakuan keji pelaku-pelaku politik yang berteraskan pangkat, perut dan poket". Sewajarnya dalam kita menghadapi pelbagai isu dan kegawatan ekonomi, fokus dan nawaitu kena bersih dan ikhlas. Janganlah pulak menambahkan keroh dan gelombang sedia ada.


Ini lah puncanya kenapa UMNO/BN tak menang-menang setiap kali pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum lepas..... siape yang harus di persalahkan...???
Sayang Anak Tangan-tangankan
Sayang Isteri Tinggal-tinggalkan
Sayang UMNO...?
korang komen la....

Comments

Anonymous said…
TU LA PENYAKIT BEJANGKIT DH MENULAR KAT ORG2 MCM JASA TU. BILA SORANG BUAT PERANGAI HABIS YG LAIN TERIKUT2. SUSAH LAH KLU MCM NI!. KIRA MCM SABOTAJ JUGAK TU!. JOM DET KITA TAKE OVER JASA!..AMCM? HEHEHE
MK IV said…
Jom aku set je... bukan payah sangat pun kerja jadi pegawai jasa ni....
kelambuharimau said…
kawan aku tu kerja di jasa tak macam tu pun..aku ingat kawan kau tu jer yang kerja tak bangus lepas tu dibuang kerja nak salah dan burukan jasa..selama ni jasa kerja dengan baik per!aku tahu..ni mesti sabotaj
Unknown said…
woi,sapa kau ni, melampau ni! kau ingat kau bagus sangat ke dok kutuk JASA, kau tau ke punce kekalahan BN, kau study tak ? kalau macam nilah perangai kau memang patut kau dibuang oleh KP JASA.. PRU 11 BN menang besar kenapa kau tak puji JASA.. tapi bila kalah kau tuduh JASA tak buat keje? PRU 12 punca kekalahan rakyat marah kepada pemimpin UMNO yang rata-rata tak turun padang la bodo bukan sebab JASA, kalau JASA buat program pemimpin jarang turun,, apa nak buat....He.. Rahim Din engko memang manusia yang tidak bersyukur.. rupanye engkolah petualang dalam JASA... kerana ada orang macam engkolah hancur JASA sebab engko buat Claim nak sara bini 2/3...bodola kau ni...
YANG GAMBI said…
Salam bro, kawan ade 2-3 orang sahabat dari peg JASA, bukan kawan nak menyeblahi sesiapa, tapi bagi kawan tidak semua begitu yan. Peg JASA yg kawan kenal boleh dikatakan setiap hari bertemu masyarakat kampung serta mengadakan program bersama Wakil Rakyat Kawasan.

Kalau ada yang tdak amanah, atau yang tiak brtanggungjawab biasanya individu yang bukan lahir dari UMNO tulin.

Kawan rasa, individu yg punyai maklumat ada pegawai JASA seperti bersikap begitu, kawan rasa perlu bagi ihak yang berkenaan tampil kehadapan dan majukkan dakwaan ke SPRM, dengan cara ini adalah lebih baik daripada individu berkenaan sebarkan menyebabkan semuanya dipandang buruk.

Itu pandangan kawan, agar tidak menjadi seperti pepatah, seekor kerbaumembawa lumpur semua terpalt....

Berani kerana benar........ teguran biar bertempat, jangan dipengaruhi perasaan hasad dan iri hati..... banyak perkara yang ditokok tambah serta fitah...
MANZ said…
Salam,maklumat yang diberi kurang tepat dan bersifat berat sebelah kepada JASA,kakitangan tersebut telah di buang kerja atas masalah displin dan sebagai balasan memburuk-burukkan JASA.
kelambuharimau said…
BETUL TU..MEMANG DAH KEADAAN SEKARANG DAH TAK MENYEBELAHI KERAJAAN..NAK BUAT CAMNA?BUKAN SALAH JASA ATAU SAPA2 PUN..WAKTU KEMPEN PRK DI KAMPUNG AKU DULU..JASA MEMAINKAN PERANAN YANG BAIK UNTUK TARIK PENGUNDI..KALU TAK MASAKAN SETIAP KALI PRK UNDI KAUM MELAYU NAIK BEB!JASA PUNYA STRATEGI MEMANG BAIK..CUMA DISALAH TAFSIR SEPERTI KAWAN KO TU JER..ENTAH2 KO SENDIRI NI MEMANG GENG PEMBANGKANG YANG TERTEKAN DENGAN KERJA2 YANG DIBUAT OLEH JASA
dzymory said…
Ish tulisan saudara macam tulisan kawan saya kat kedah tu ..ala rahim din...tapi walau macam manapun ...tak baik tulis semua pegawai JASA macam tu...anda sprang je yg macam tu...
MK IV said…
kalau baik kenape semua prk umno/bn asyik kalah je... tolak la kat sarawak. di selagor ape program yang jasa buat...??? aku tak nampak ape pun...

kalau kau kata sabotaj, jasa perlu di bersihkan dari segala unsur-unsur tu, kemudian buat program dan dekati rakyat, jangan setakat buat program dekati ketua bahagian kemudian claim kata jasa buat kerja untuk rakyat, pi lah tanya sape pun, dia orang akan kata yang jasa ni tak buat kerja...

bagi aku satu contoh program yang jasa buat di selangor, kalau boleh bagi link dia sekali, senang untuk rakyat nilai KPI jasa ni...
Unknown said…
hang ni sama jerk ngan orggomen kan...suka nk salahkan org len..sbb kekalahan PRK tu bknnya salah JASA jgak..koi dgr org2 UMNO pun x kuat gak..waktu PRK ni org nk timba pengalamanlah bro..bknnya nk membodek2 ni..kje bio ikhlas bro...jangan nak sesuka ati jerk fitnahkan org..dosa tau..hang ni mesti bks JASA yang dah kne buang kan..sbb tulah hang bkn main lg ngutuk JASA abis-abisan..jangan2 tu perangai hang lama kot yg smpi kne buang tu..setahu koilah, org JASA ni xdelah smpi nk abskan duit kerajaan..koi pernah tgk org JASA wat kje bgs jerk..sanggup pg ke kampung2 n cr maklumat yang diperlukan..maklumat pun sentiasa tepat n padat..cuma x smpi ke atas jerk..diorg sanggup jerk tggl anak bini berkorban utk kerajaan..sepatutnya hang x pyh r nk salahkan JASA jerk..banyak lg agensi kerajaan n swasta yang terlibat dengan PRK ni..hang ni mesti dah sah2 jd pengikut TGNA kan..sbbnya dah x reti dah nk nilai yg mana betul atau tipu..lupa daratan kan..sedar2lah weii..hang ni dengkilah kan ngan org S22 ni..coz x dpt nk kutip claim banyak kan..hahahah...
poyosede said…
Kepada jeffry.. jangan nak jadi pak turut dan pak angguk geleng-geleng.. kalau tak tau selidik dulu, kau kenal ke ngan orang JASA? Warga JASA buat keje tak kira siang malam tak kira sabtu ahad.. melainkan orang yang fitnah JASA ni, aku rasa aku kenal siapa die ni , die dah dibuang kerana tidak berdisiplin, semua yang dicerita itu semua tentang dirinya.. rasa macam namenye Rahim Din.. I know you very well...
Aspirasi said…
salam det, jangan sebab nyamuk seekor dibakar kelambu, jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga..

PRU-12 dan PRK tidak wajar menyalahkan JASA sahaja, kita ada kemas, BTN, Polis, Tentera dsbg... tak perlu disebut satu persatu...

Pegawai JASA ini telah dilatih sebagai pejuang, ramai tak tau itu, klim, ot dan sebagainya hanyalah sedirkit dengan apa pegawai jasa sumbangkan dari segi masa, kewangan, tenaga dan sebagainya bagi membantu kerajaan. Buatlah penilaian yang adil...

Kalau nak kata teruk... penerangan lagilah teruk, apa yang dibuatnya masa pilihanraya dan ada juga anggota penerangan yang undi pembangkang... sebab mereka bukan ahli UMNO...
MK IV said…
ok ....aku ada satu dokumen yang aku akan dedahkan sedikit masa lagi, aku rase jasa pun tak mampu nak buat macam ni, kalau jasa betul-betul buat kerja, sure dokumen ni umno dah dedahkan dulu...

so sekarang rakyat boleh nilai siape yang buat kerja jasa atau rakyat biase...
Lin said…
salam bro DET

berdasarkan pengalaman saya di lapangan...

tuduhan sdr yang menghantar surat rintihan tu ada benarnya tapi bukan berlaku di semua tempat...

kalau di BKT Selambau... pegawai JASA membuat andaian calon BN mendahului 55 hingga 65 peratus mendahului calon PKR. ramalan ini juga diberikan oleh petugas UMNO di kawasan tu..

tapi bacaan kami pada masa tu tak lebih dari 40 atau 43 peratus saja..

kenapa jadi macam ni???

sebab mereka atau petugas Bn yang diamanahkan tidak turun padang dan tidak tahu atau tak pasti samada penghuni sesebuah rumah tu undi Bn atau PR...

tetapi bukan semua peg JASA seperti itu.. ada yang bertugas dengan baik cuma keadaan sekarang persepsi pengundi tidak menyebelahi BN...

Insyallah keadaan akan berubah... kita lihat sahaja...

salam
MK IV said…
kepada Tungaklangit, saya menghargai pandangan dan komen saudara, komen, bantai, teguran haruslah di lihat sebagai satu usaha untuk memperkasa dan menguatkan jasa.
Anonymous said…
betul ke apa yang det cakap ni...jgn menuduh melulu tanpa usul periksa. Betul ke JASA tak buat kerja? Bagi saya BN kalah bukan kerana JASA atau mana-mana agensi kerajaan, tapi kerana trend pengundi dah berubah. Cuba fikir betul2...
Unknown said…
awat hang tutup dah blog hang???takut kne bantai ker?coz terkena diri hang sendiri..
Anonymous said…
kalau nak tulis biar pakai otak jangan hantan ktromo je beb. Ini luahan orang yang tak pakai otak. Kalau betul lapor polis kita tengok siapa yang salah. JASA berkhidmat untuk negara demi masa depan bangsa Melayu..Apa yang anda sudah lakukan jika anda ini manusia yang bersih?...
MK IV said…
mane ade tutup kak oii....
dah boleh post komen kira buka la blog tu...
Unknown said…
sume yg hang tulis tu mengena diri anda blk jerk..hang tu x reti wat kje kat JASA..bile dah bg peluang kje, hang main2..la ni..hang kutuk lak org JASA..cuba hang bgtau kat pembaca2 ni..per program yg hang wat ms hang jd Pegawai JASA??
kelambuharimau said…
jasa selangor saya tak tahu..tapi kawan saya di jasa pahang memang hebat2 demi mempertahankan kerajaan yang sediada..syabas jasa pahang.sebab kempen mereka saya dah biasa ikut
Anonymous said…
doh le tak buat keje, orang tegor pun nak marah-marah....

pi la mabuk...
PARPUKARI said…
SAYA TAK NAK CAKAP BANYAK LA YA, SAYA CUMA NAK TAU APA PERANAN JASA SEBENARNYA?

SETAKAT INI SAYA TAK NAMPAK PUN! ADAKAH BENDA INI UNTUK SYOK SENDIRI JE? DENGAR KHABARNYA ADA BANYA K LAGI PERGERAKAN, TAPI APA KESANNYA?

MAKIN LAMA MAKIN TENGGR=ELAM NAMPAKNYA, AKU TETAP RESPEK PADA BLOGGERS YANG BERTUNGKUS LUMUS MELAWAN PEMBANGKANG!

YAN LAIN, ALAHAI TAH LA, SEMUA DOK CLAIM BERJUANG DEMIA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA...TAPI IANYA HANYALAH RETORIK SEMATA-MATA...

BILA KITA CAKAP SESUATU YANG BENAR MEMANG LA ORANG SUSAH NAK TERIMA, TAPI NIAT DET TEGUR TU SAYA TAU KENAPA, DIA NAK TENGOK UMNO BANGKIT DAN BERDIRI DENGAN TEGUH!

ITU AJE, HARAP PIHAK JASA KE, PIHAK MIO KE, TAUA APA SAJA LA, BUAT TUGAS MEREKA DENGAN LEBIH AGRESIF LAGI, INGAT, TEGUR MENEGUR ADALAH UNTUK KEBAIKAN BERSAMA!

AYUH, BANGUNLAH WAHAI BANGSAKU!@ MASA BERJALAN DAN NAMPAKNYA MASIH RAMI YANG SEDANG BERCUTI-CUTI MALAYSIA!

INGAT! SEKALI TERLEPAS KUASA, JANGA HARAP NAK DAPAT BALIK! BERUBAHLAH SEBELUM REBAH!
PARPUKARI said…
LAGI SATU SAYA AMAT TERKILAN DENGAN UMNO SELANGOR, SELAIN DARI KHIR TOYO YANG LAIN SEMUA TIDUR...
awgputat said…
pada saya apa yang dinyatakan tadi adalah merupakan luahan hati seorang maknusia yang punya perasaan sakit hati. mungkin juga erihati. Nampaknya penulis banyak tahu pasal kerja-kerja prk dan banyak mungkin bersama dengan JASA semasa PRK kot. Cuma makluman yang diberi itu kurang tepat. Cara penulis menulis macam seolah-olah menimbulkan rasa sakit hati kepada JASA ja. Itu tak mengapa . det.. supaya rasa sakit hati dan pingah PHD yang ada dalam hati itu dapat diluahkan.

KALAU LAH JASA NI BOLEH TENTUKAN SEMUA PILIHANRAYA KECIL ATAU PILIHANRAYA UMUM BN BOLEH MENANG. KITA TAK PAYAHLAH MINTAK PERANAN JABATAN-JABATAN LAIN MEMBANTU SEMASA PRK/PRU JABATAN YANG 1 KEMETRIAN PUN TAK PAYAHLAH. ORANG UMNO PUN TAK PAYAH LAH BIAR JASA JELAH YANG BUAT KERJA.

TAPI KEMENANGAN SESUATU PILIHANRAYA BUKAN SEKADAR TERLETAK DIBAHU PEGAWAI JASA SAHAJA TAPI DILETAKKAN KEPADA BANYAK PIHAK LAGI

Sebenarnya det ini bercakap macam orang bodoh. det seorang yang suka mencaci orang lain. Selidik dulu ya. Kalau ada bukti kemukakan lah. Boleh kita sama2 timbang dan bahaskan.

Saya pelawa lah det nanti kalau ada prk dok bersama gan pegawai JASA ya dan tengok apa mereka buat. Jangan lupa bawa kemera dan juga buku catatan. Untuk catit apa mereka buat ya det

BUANGKAN SIFAT PHD YANG ADA DALAM DIRI DET YA.
Puakumbu said…
Salam det....Awat hang buat kerje macam ni....Tengok macam org berkelulusan agama..tapi...

Tak payah nak berlakon lah sbb aku rasa macam kenal kat hang...

Tulisan hang macam marahkan sesaorang tapi melibatkan orang lain.

Koyak baju di badan bukan kerana orang lain tapi kerana lenggok kita sendiri

Ikut ati mati....ikut rasa binasa
Anonymous said…
ibarat spt surat layang.....anyway I agree that kaum Melayu ni byk masalah PHD - Perasaan Hasad Dengki yg tinggi
Another one bcoz of malays always envy with one another it just make u weaker from economy side plus lost in political battle...
I dun now politics much but if malays unite it wont give benefit to other races.....the most important is we still can continue our business in this country...who cares....just keep on fighting guys...
Anonymous said…
stupid dam dam hehe malays are fools i think the next prime minister better its be DAP
he3 serves u right
bullshit this country is just not 4 malays okey
its us who pay the taxes...so who have the money....think ma...
Pertamanya, tahniah DET kerana posting ini mendapat komen antara yang terbanyak. Buat pengetahuan semua, DET hanya mengulas e-mail yang diterimanya. Maknanya, kita tidak boleh terima dan tolak 100%. Mungkin di kawasan-kawasan tertentu pegawai dan kakitangan JASA telah menjalankan amanah yang diberikan. Tidak kurang juga yang curi tulang, maaf cakap makan gaji buta, ampu boss dan pemimpin politik. Mungkin pengalaman kita berbeza. Namun saya berasal dari utara semenanjung. Bagi saya peranan JASA dari mana tempat saya berasal tidak boleh diharapkan untuk memenangi sesuatu pilihanraya. Tidak kurang juga ada di kalangan mereka yang secara sembunyi terlibat dengan kempen pihak yang satu lagi. Namun seperti yang saya katakan tadi, banyak faktor yang mendorong kekalahan BN di dalam PRK yang lepas. Tidak wajar kita tunding jari kepada segolongan kumpulan. Dalam setandan pisang, pastinya ada pisang yang busuk. Tidak perlu kita membuang setandan pisang berkenaan. Ada banyak lagi pisang yang boleh di makan.

It just my two cent worth of thoughts.
YANG GAMBI said…
Kenapa, blog pro kerajaan ni jadi macam ni, banyak nak mengutuk sama sendiri,.... cuba kita lihat, dah ada orang lain nak abik kesempatan masuk, dah tu buat cerita dia yang bayar cukai konon....

Banyak sangat ke dia bayar cukai ? Tanya pulak berapa banyak dia dapat hasil kemajuan di Malaysia.....

Kalau rasa dia terbeban bayar cukai utuk kesenanagn orang lain, tak payah duduk Malaysia......
boleh blah anony.......
Anonymous said…
salam..
Kalau nak salahkan orang cermin kan diri kita sendiri dulu. Jangan main tuduh aje. Siasat dulu dari mana puncanya. Takan selangor kalah, JASA nak di salahkan. Tak adil lah bro. banyak lagi jabatan kerajaan lain yang turut terlibat. Yang penting YB-YB kat selangor tu turun padang dan dengar malasah rakyat. jangan hantar wakil saje kalau di jemput program. Aku respek kat JASA kerana merekalah negara kita masih ada kerajaan BN. Hidup JASA>
tahniah Bro di atas pendedahan ini..tapi ada juga yg buat kerja contohnya baru2 ni Cawangan saya minta tolong JASA buat tayangan video ceramah politik yg dihadiri hanya ahli2 umno cawangan .

tp saya setuju time Pilihanraya mmg mereka byk ulat dan tak buat kerja pun . dengan perlantikan baru oleh Najib yang mahu membuat perubahan dalam JASA ,Najib telah melantik Pengarah baru iaitu Datuk Fuad Hassan ,Timbalan Presiden Perkasa. Beliau saya lihat seorang yg tegas ,berani dan bertanggujawab dalam kerja. Harap Datuk Fuad dpt membuat transformasi dalam JASA
Lin said…
salam bro DET

Baguslah sdr DET bangkitkan isu ini ...

Sekurang2nya banyak pihak membuka mata dan semoga sedar MUNGKIN ada kesilapan dan kelemahan di sana sini...

anyway kita bukannya sempurna kan...

Memang benar ramai pegawai JASA yang bertungkus lumus melaksanakan tugas mereka tapi ada juga yang tidak ... nama juga Insan...

Tapi dengan cerita ini... insyallah semua pihak dapat mengambil iktibar dan jangan mengenepi semua hujah yang disampaikan oleh sdr DET...

salam perjuangan untuk semua...

BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH...
Mv Agusta said…
Ha, elok la... dah pusa hentam pembangkang pakat dok begaduh sama sendiri. Nasihat saya mungkin ada berlaku seperti email yg disiarkan oleh DET, tapi boleh dikira agak terpencil. Sy warga Shah Alam dan banyak mengikuti serta terlibat dgn program2 anjuran JASA, Alhamdulillah setakat ini sy amat berpuas hati diatas komitment mereka. Kpd yg tak jujur serta kaki ampu, mereka ini memang golongan yg seniasa mengintai peluang. Jika ada maka mereka inilah yg merembat dahulu. Kpd yg sedar serta punya bukti sila buat laporan kpd yg berkenaan.
PAPA GOMO said…
AKU SUKA POSTING NI...
PEDAS....
NAMUN AKU TAHU MATLAMAT SAHABAT AKU NI....
HANYA UNTUK MEMBUKA MATA SELURUH PIHAK AGAR TERUS BERKERJA DENGAN LEBIH KUAT DEMI RAKYAT.

AKU PUN BERBULU JUGAK DENGAN PEGAWAI KERAJAAN NI. KITA LEPAK DENGAN DEPA SEMBANG POLITIK HABIS DIA KECAM KERAJAAN. KUTUK KERAJAAN SANA SINI. TAK SEDAR DIA MAKAN GAJI KERAJAAN.

IKUTKAN HATI AKU MEMANG AKU NAK BALUN JE...TAPI FIKIR BALIK DEPA NI SEBENARNYA DI TIPU OLEH PEMBANGKANG. MASAALAHNYA KITA DI PIHAK KERAJAAN NI KURANG MEMBERIKAN PENJELASAN.

PENJELASAN PERLU DI BERIKAN.

APA PUN BRO...POSTING LU KALI NI MENARIK!!! PEDAS!!! MANTAP!!!
cindaiteja said…
salam...det awak ni tak ada kerja lain..ambik story kat blog orang lain boh kat blog awak...perasaaan bagus. kalau tulis blog pun copyorang punya macam mana awak kata awak boleh jadi pegawai JASA? Saya pun ada kawan jadi pegawai JASA...bagus je kerja...Kawan saya tu perempuan,buat kerja macam orang lelaki, tak kira kat kampung ke, sungai ke, ceramah pembangkang ke, lawat orang susah ke n macam2 lagi semua dia pergi..
Bagi saya menang kalah bukan terletak ditangan pegawai JASA. Orang tempatan la yang perlu memastikan kemenangan. Mereka ni turun membantu.. anyway saya berterima kasih kat pegawai JASA YANG BANYAK MEMBANTU KAT KAWASAN SAYA. Kepada Det, jangan suka past n copy sedangkan awak tak tau hujung pangkal cerita....ni la yang orang tua2 kata, BODOH TAK TERAJAR, CERDIK TAK LEH NAK IKUT....
MK IV said…
RIBUAN DAN JUTAAN TERIMA KASIH DAUN KELADI PADA MEREKA YANG MEMBERI KOMEN DALAM ARTIKEL INI...

TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG MEMAKI DET DAN JUGA MEREKA YANG MEMUJI DET, DET TERIMA DENGAN LAPANG DADA DAN HATI TERBUKA...

YANG BURUK DI JADIKAN SEMPADAN,
YANG BAIK DIJADIKAN TAULADAN...
Wasilah said…
Salam.
Kepada saudara Det,
Saya sama skali x stuju dgn apa yg anda paparka utk entri ni.
Jangan kita asyik cari salah org sahaja dan tuduh melulu. saya pun rasa entri 'fitnah' panjang lebar ni ditulis atas rasa dendam dan untuk puaskan rasa tekak sendiri saja.X lebih dari sabotaj...

Sepatutnya sebelum anda ulas ttg JASA, kenalah buat tinjauan utk tugas2 pegawai lain di sekitar Malaysia ni. Jangan ikut sedap mulut je nak belasah org!

Keadaaan politik skrg yg x sebelahi UMNO/BN bolehlah kita sifatkan sebagai trend. Sebab masyarakat skrg cuma gemar fitnah memfitnah,salah menyalahkan (macam yg anda lakukan) dan tak mahu bersatu padu.

Kenalah terima realiti dalam pelbagai aspek...jangan nak tekankan kepada kesilapan JASA semata-mata.

Saya rasa ada bezanya antara JASA dengan anggota kerajaan lain. Sebab mereka dilatih untuk pertahankan misi negara/kerajaan. mereka bekerja atas konsep yang dah digariskan. Bukan hentam kromo je!

Antara pegawai JASA dan ahli UMNO lain juga berbeza....org UMNO ada yang mengundi dan berparti untuk duit...tapi JASA berparti utk menguatkan lagi kerajaan.

Saya rasa bagi pegawai JASA yang memang buat kerja dengan baik,takkan dapat terima tuduhan /fitnah yg berasaskan dengki mcm ni..

Bagi org macam anda mungkin kerja pegawai JASA ni tak susah..sebab kalau anda pegawai JASA,memang apa yg anda sebut dalam entri inilah yg akan ada lakukan(curi tulang,x turun kawasan,jadi anjing penjaga,ikut bontot wakil rakyat,dll...)

Tapi sebenarnya kadangkala nilai material pun x dapat menandingi usaha kerja mereka....
WARIS PAHANG said…
Asasnya musuh kita adalah pembangkang bukan org UMNO dan JASA.

Kita sudah lemas bermusuhan sesama UMNO selama ini sedangkan pembangkang tepuk tangan gembira sahaja di atas kebodohan kita.

Selamatkan negara kita dari dirampas oleh Anwar dan kuncu-kuncu laknatullah.

Pastikan BN dapat majoriti 2/3 dalam PRU 13.
ejenpukattunda said…
Bagi yang memiliki akal fikiran yang baik pasti akan menilai perkara ini dengan seadilnya.

Dalam hal ini menampakkan bahawa muafakat antara sesama kita masih tidak cantik. Masih ada PHD yang tidak ada penghujung.

Tidak semua pegawai JASA terlibat sepertimana yang ditulis. Rasanya penulis mempunyai dendam kesumat dengan JASA. Luahan lebih menjurus kepada membalas dendam.

Masih ingatkah kita dengan dialog yang sering digunakan oleh penjahat didalam filem2 melayu klasik. " kalau aku tidak boleh , maka orang lain pun tidak boleh memilikinya " biar semua orang tidak dapat.

Semenjak dua menjak ini, macam2 hal diperkatakan. Mengapa kekalahan dalam PRU atau PRK dibebankan kepada JASA.
Mungkin penulis berasa tertekan dengan pemberontakan dalaman jiwanya. maka terhasilah " Luahan seorang yang kecewa ini ".
Anonymous said…
Tq pada Det kerana memaparkan luahanperasaan seorang yang begitu tinggi perasaan hasad dengki....satu yang aku nak tau kenapa nama Rahim Din terselit dicelah celah pulan komen tu...sapa Rahim Din tu.....Ulama ke...Ahli politik ke...Jutawan ke....yang pelik nya nama beliau cukup popular dalam komen blog det...seingat aku nama Rahim Din cukup popular di satu pekan diutara semenanjung...beliau seorang pelakun yang cukup hebat..penyanyi yang terkenal di Ban Dannork dan seorang playboy yang Dayus...So tak payahlah sebut lagi nama Rahim Din..kalau Det rasa Rahim cukup hebat,Det boleh datang ke Ban Dannork dan tanya ,siam mana yang tak tau nama Rahim...Semua nya kenal Rahim.
Anonymous said…
SALAM DET...

TAK SEMUA PEGAWAI JASA DAPAT CLAIM BERIBU SEBULAN....

KECUALI SEORANG PEGAWAI JASA JOHOR YANG MENDAPAT KEISTIMEWAAN DARI TKP....
DAPAT CLAIM BERIBU SETIAP BULAN...

PEGAWAI JASA YANG LAIN, KADANG-KADANG DUIT GAJI SENDIRI PUN HABIS UNTUK BELANJA ORANG YANG DI JUMPA UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT...

JANGAN TUDUH SEBARANGAN....

JASA BUKAN PENYEBAB KEKALAHAN PRK..
BANYAK LAGI SEBAB LAIN YG MENYUMBANG PADA KEKALAHAN...

BIASALAH.... ORANG CEMBURU MACAM TULAH...

SAYA LIHAT KAWAN SAYA, PEGAWAI JASA BEKERJA TAK TENTU MASA... HARI CUTI PUN KERJA... APA PROGRAM KEMASYARAKATAN, TAK KIRALAH CINA KE INDIA KE, PASTI DIA DATANG..

TAK SEMUA PEGAWAI JASA TAK BAGUS DAN KAKI AMPU...

ORANG YANG KECEWA SAHAJA YANG MENUDUH BEGITU..
rahim din said…
En. Det, saya membuka blog sdr bila d hubungi oleh rakan Jasa selangor berkaitan artikal Jasa dan nama saya dikaitkan sebagai penulisnya. banyak komen menghentam saya sedangkan bukan saya saya menulis artikal ini. mengapa nama saya dibabitkan..saya sesekali tidak akan mengotor tangan saya untuk menulis hal yang tidak baik kepada tempat yang telah memberi rezeki kepada saya dan anak2 serta isteri saya selama hampir 10 tahun berkhidmat d Jasa. Jasa terlalu sentimental buat saya. saya lah yang bertanggungjawab mencipta Falsafah, visi, Misi, objektif, Nilai-nilai teras serta MOTTO Jasa pd 2001 yang masih digunapakai hingga skrg. jika saya keluar dari Jasa sekalipun saya akan keluar dengan bermaruah dan bermoral. demi Allah WALLAHI, WABILLAHI, WATALLHI SAYA BERANI BERSUMPAH YANG SAYA TIDAK MENULIS ARTIKAL INI.jika sy menulis sy akan dilaknat oleh Allah s.w.t sepanjng hidup sy didunia dan diakhirat kelak. kpd yang menuduh saya, sy pulangkan kepada allah jua membalasnya..sy tidak sekejam itu dan Jasa tidak berdosa pada untuk apa saya nak memburuk-burukkan Jasa...tak mungkin sama sekali..

yang benar
RAHIM DIN
Anonymous said…
saya kenal siapa Rahim Din, dia org lame dlm Jasa. die takkan buat keje yang tak senonoh nie. org yg tuduh die ialah org yg dengki ngan die. die dikalangan org yg ade masters degre (sains politik) di Jasa. peg2 yg baru di Jasa patut ingat Rahim Din lah yg bertungkus lumus selama 6 bln siapkan kertskerja perjawatan utk wujudkan jwtn Tim Ketua Pengrah,jwtn s44 di HQ,jwtn penyelaras parlimen s41 dan naik taraf jwtn peg Dun s17 ke s22 pada thn 2005. sekurng2nya rezeki peg2 baru d Jasa adalh dari susah payah Rahim Din. tk patut la tuduh die mcm tu. apa bukti die yg tulis..
insaflah wahai srikandi, manz,poyosede, dazymory dll...tnya diri sndri apa sumbangan anda kat Jasa?
wanyesuke said…
bila kalah salah jasa bila menang.... xxxx yang hebat. itulah resam manusia yang bernama melayu. sebab tu kita ketinggalan dengan pakatan. kepada det tahniah anda telah menyuburkan percakaran sesama sendiri. dalam setandan kelapa mana ada baik semua, mesti ada yang busuk. yang busuk tu lah yang tulis artikel ni. aku kerja kat jasa sama masuk dengan rahim din dah nak masuk 9 tahun mmg apa yang di sebutkan dalam artikel tu ada betulnya tapi bukan semua...mcm aku kata yang tulis ni 'kelapa busuk', mungkin ada benda yang dia tak dapat...atau dia nak songlap duit taqarrub tapi kantoi dan kena buang keje...comman sense la bro!!! rahim din ni aku kenal...dia tak buat keje camni dia tu kelapa tua ada prinsip. aku tau ada yang bagi komen dalam ni orang jasa gak dan ada yang hentam dia sbb...mcm aku kata tadi dalam setandan kelapa ada yang busuk....
RAHIM DIN said…
saya menanti jg respon dr org yg menuduh sy menulis artikal itu stelah sy buat penafian terutama srikandi..tp senyap sj. apa pun yang pastinya hidup sy dh hncur kerana anda, rmahtangga sy berantakan, ank perempuan sy yg msih menuntut d uitm jg membaca komen anda semua, dia menangis...apa perasaan sorng ank bila bapanya dituduh punya 2/3 isteri, jd pelakun dn penyanyi terkenal di Danok dn juga playboy...sdgkn bapanya dh berumur hmpir 50thn. sy ucap tahniah kerana fitnah anda semua tlh berjya meruntuhkn rumahtangga org.yg hentam sy jg ada yg lulusn dr mesir tp mungkin dia tk tahu bahawa fitnah itu lebih kejam dari membunuh..sy agak anda semua adlh org Jasa ttp bg sy org Jasa tk akn bersikap begitu, org Jasa penuh berhemah, ada integriti tp anda semua??anda semua tk ubah seprti "srikandi upahan"seseorg atau "betina jalang" yg menyusup masuk ke Jasa utk menghancurkan Jasa..ada yg bertnya apa sumbangan sy dlm Jasa..biarlh sy detailkn sumbangan sy:1.sy yg mencipta Flsafah,Visi,Misi, Objektif, MOTTO Jasa yg msih tergantung di dinding ibupejabat Jasa.2.menyiapkan Pelan tindakan strategik jngkpanjg Jabatan (2002-2012)yg masih berkuatkuasa.3.menyiapkn kertaskja perjawatan yg menbolehkn peg baru sprt anda dpt cari rezeki dlm Jasa.4.menghsilkn buku garispanduan pelaksanaan aktiviti jabatan.5 menyiapkn kerts konsep Taqarrub.6.menyiapkn kerskrja "penambahbaikan" jabatan.7. menyiapkn kertskja "Rebranding" Jabatan. 8.menghsilkn buku "patriotisme dn keutuhan politik negara"dn berpuluh lg kajiselidik..Tnyalh Bekas Ketua Pengarah Jasa Datuk Zainal Abidin Kadir, dia lebih tahu sumbnagan sy.
apa sumbangan anda???klau bekerja hanya untuk mendapatgaji bulanan tk pyhlah nk jadi srikandi..lupakn sj.doa sy semoga hidup anda semua sentiasa dirahmati..biarpun anda telah mengecewakn sya dn menghancurkn hidup sy..trima ksih bnyk2
Anonymous said…
kalau kita nak tunjuk baik...buktikan kebaikan kita..
kalau kita nak tunjuk hebat..buktikan kehebatan kita..
apa yang kita fikir...
apa yang kita tahu...
atau apa yang kita percaya
sebenarnya tidaklah begitu penting
kerana yang lebih penting ialah
"APA YANG KITA LAKUKAN..."
tindakan kitalah yang akan menentukan kejayaan kita..
banyak mana pun ilmu yang kita miliki hanya tinggal ilmu
semata-mata dan kurang berfaedah buat diri sendiri kecuali kita bertindak...orang rajin mencari jalan...orang malas mencari alasan..jika kita tidak suka sesuatu perkara itu orang lakukan kepada kita maka kita jangan lakukan sesuatu perkara itu kepada orang.."may Allah bless you all.."
Anonymous said…
hahaha....waklu...UMNO lingkup lah babi sial pukimakk kau...tak kira sapa jasa ke otromen ke...semua mampus dalam PRU!3 ni....penipu rakyat!...jasa ni org kecik je...tu yang jadi babi bangkai bernyawa tu najib rosmah n the geng....pi mampus la sial umno...puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Anonymous said…
mana srikandi pantat busuk ni???...RAHIM DIN nanti kau tu sial!

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.