JASA (Jabatan Hal-ehwal Khas) PUNCA UMNO/BN KALAH PRK
Email yang det dapat dari seorang kakitangan JASA, det publish kan untuk bacaan semua orang, terutama orang umno dan pegawai JASA, jangan korang makan gaji buta je... kalau setakat kerja jadi pegawai JASA Dun atau Parlimen, pun korang tak boleh nak laksanakan, dah baik korang berhenti je, kalau det la, setakat kerja macam ni, tutup sebelah mata pun det boleh buat.
Ikuti luahan hati seorang pegawai JASA....
"Saya amat berterima kasih dan berbangga berkhidmat dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), satu-satunya agensi Kerajaan yang bidang kerjanya adalah dalam hal ehwal politik (khususnya parti UMNO). Tetapi saya bukanlah pegawai politik JASA. Saya hanyalah kakitangan sokongan sahaja di JASA.
Selama berkhidmat dengan JASA saya faham apa makna politik sebenarnya, sebelum ini saya buta dan jahil pasal politik. Sejak kebelakangan ini JASA sibuk dengan kerja-kerja pilihan raya kecil di sana-sini. Bila tiba pilihan raya, hampir semua pegawai dan jentera kerja JASA dikerahkan untuk turun padang menjalankan kerja-kerja kempen.Yang saya hairan ialah, setiap kali pilihan raya kecil, UMNO atau BN kalah saja! Maka tertanya-tanyalah saya sendiri..apa lagi yang tak cukup?
Pegawai JASA rata-rata kalau Melayu adalah orang kuat parti UMNO! Takkan tak tahu nak kempen? Nak kata duit kempen tak cukup, setiap kali buat bajet pilihan raya JASA minta beratus ribu. Untuk apa semua tu? Pegawai terlibat pula sampai beratus orang ramainya. Takkan tak boleh nak berkempen lagi kalau bercampur dengan orang UMNO atau BN di kawasan tempat pilihan raya?Pengalaman di beberapa pilihan raya kecil akhir-akhir ini barulah saya tahu apa sebenarnya orang JASA buat di kawasan pilihan raya. Rupa-rupanya yang turun ramai-ramai bukan semua buat kerja.
Ada juga yang diturunkan sebagai `pegawai tugas-tugas khas’ untuk jaga bila Ketua Pengarah turun padang. Selain dariapada itu tiada melakukan apa-apa kerja, sekadar jadi pemantau bilik gerakan macam `anjing pengawal’ gayanya.Pegawai JASA tak sempat buat kerja kempen masa pilihan raya kerana sibuk mengikut bontot mana-mana pemimpin parti yang datang ke kawasan pilihan raya. Inilah hakikatnya! Mereka amat bermegah-megah dengan situasi ini. Mereka tolak kerja ke tepi! Bila sampai masa kena hantar laporan, mereka tulis sahaja apa kawan-kawan lain cakap.
Yang paling sedih ialah ada juga antara pegawai lapangan yang `swastakan’ laporan kerana tak masuk kawasan! Apa dah jadi ni?Ada juga yang terlibat pilihan raya semata-mata nak makan elaun dan over time. Kalau rate over time RM15 satu jam kali dengan 7 jam sehari (5ptg – 12mlm) maknanya RM105/hari over time sahaja. Itu tidak dikira hari Sabtu, Ahad dan cuti umum lagi. RM105 kali dengan 20 hari bekerja dah berapa banyak duit over time..RM2100. Patutlah lagak pegawai JASA hebat-hebat semua. Terkejut saya melihat borang tuntutan over time pegawai JASA gred S22.
Yang peliknya tuntutan over time bukan sahaja di musim pilihan raya sahaja tetapi setiap bulan di semua daerah! Persoalan saya ialah apa kerja yang mereka buat, tapi pilihan raya tetap kalah! Pihak pengurusan pula tidak banyak soal, semuanya lulus. Saya beranggapan bahawa 60 peratus daripada duit JASA dihabiskan untuk membayar tuntutan elaun pegawai dan over time sahaja!Satu lagi ialah program Taqarub! Saya lihat hampir setiap pegawai melaksanakan program Taqarub setiap hari. Satu hari bukannya satu, ada sampai lima program! Perbelanjaan pula di bayar secara tunai. Persoalan saya ialah adakah program ini benar-benar dilaksanakan dan apakah kesan atau impaknya kepada JASA dan Kerajaan? Siapa pula khalayaknya? Orang awam atau sanak saudara sahaja.
Lagi pun prosedur tuntutan kepada program Taqarub amat senang! Kalau di kawasan pilihan raya kecil lagi banyak program Taqarub dan beribu-ribu khalayaknya…tapi BN tetap kalah! JASA buat untuk siapa? Untuk penyokong pembangkang kah?Ada juga kawan-kawan di JASA bercakap, kalau musim pilihan raya inilah peluang nak tukar handphone baru, cat kereta baru, sport rim baru dan kadang-kadang siap boleh tukar kereta baru lagi! Macam mana pegawai JASA `berniaga’ dalam tempoh 20 hingga 30 hari dalam tempoh pilihan raya..? Aneh! Memang aneh kerana perkara ini memang berlaku!Saya dapati banyak `benda-benda pelik’ berlaku dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran JASA.
Saya rasa sedih kerana Jabatan yang diamanahkan untuk menjaga rakyat ini sesunguhnya tidak menjaga rakyat, sebaliknya hanyalah menjaga kepentingan `warga kontrak’ JASA sahaja – samada pengawai DUN gred S22 hinggalah kepada Ketua Pengarah yang bertaraf JUSA. Tidak terkecuali satu kumpulan yang bergelar `Panel Pemikir JASA’.Saya lihat panel pemikir adalah sesuatu yang merugikan duit rakyat. Mengapa perlu ada pemikir lagi kalau semua pegawai kontrak di DUN dan Parlimen itu orang-orang kuat parti dan pakar politik setempat. Panel pemikir tidak tahu apa berlaku di kampong kerana mereka berada di ibu pejabat. Latar belakang mereka pun bukan lah daripada orang politik atau strategist.
Kalau panel pemikir benar-benar berfungsi, adalah mustahil semua strategi tidak menjadi! Bagaimana Kuala Terengganu yang dimiliki oleh BN boleh bertukar tangan kepada PAS? Apa yang difikirkan panel pemikir. Atau adakah panel pemikir mula berfikir bila diminta berfikir…?Sesungguhnya kalau dilihat visi, misi dan objektif serta fungsi, JASA adalah satu-satunya nadi UMNO dan BN dalam memastikan kesinambungan pemeritahan Kerajaan hari ini. Semuanya suci, murni dan indah! Namun di mana silapnya? Adakah kelemahan ini berpunca daripada pihak pengurusan yang gagal atau bersekongkol dengan orang bawahan atau pegawai-pegawai kontak yang di pilih itu sememangnya tidak amanah. Kalau tidak amanah mengapa tidak ambil tindakan? Apa peranan pengurusan tinggi dalam hal ini.
Saya tidak pasti sama ada KP menyedari kepincangan ini atau sengaja melindungi demi kepentingan diri.Walau bagaimanapun saya mengharapkan agar kepimpinan JASA sedia ada ditukar ganti. JASA memerlukan seorang ketua yang energetic, universal dan integriti yang tinggi dalam menangani anak buah yang terdiri daripada orang-orang politik yang sentiasa berpolitik siang dan malam. JASA harus diselamatkan daripada perlakuan keji pelaku-pelaku politik yang berteraskan pangkat, perut dan poket". Sewajarnya dalam kita menghadapi pelbagai isu dan kegawatan ekonomi, fokus dan nawaitu kena bersih dan ikhlas. Janganlah pulak menambahkan keroh dan gelombang sedia ada.
Ini lah puncanya kenapa UMNO/BN tak menang-menang setiap kali pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum lepas..... siape yang harus di persalahkan...???
Sayang Anak Tangan-tangankan
Sayang Isteri Tinggal-tinggalkan
Sayang UMNO...?
korang komen la....
Comments
Kalau ada yang tdak amanah, atau yang tiak brtanggungjawab biasanya individu yang bukan lahir dari UMNO tulin.
Kawan rasa, individu yg punyai maklumat ada pegawai JASA seperti bersikap begitu, kawan rasa perlu bagi ihak yang berkenaan tampil kehadapan dan majukkan dakwaan ke SPRM, dengan cara ini adalah lebih baik daripada individu berkenaan sebarkan menyebabkan semuanya dipandang buruk.
Itu pandangan kawan, agar tidak menjadi seperti pepatah, seekor kerbaumembawa lumpur semua terpalt....
Berani kerana benar........ teguran biar bertempat, jangan dipengaruhi perasaan hasad dan iri hati..... banyak perkara yang ditokok tambah serta fitah...
kalau kau kata sabotaj, jasa perlu di bersihkan dari segala unsur-unsur tu, kemudian buat program dan dekati rakyat, jangan setakat buat program dekati ketua bahagian kemudian claim kata jasa buat kerja untuk rakyat, pi lah tanya sape pun, dia orang akan kata yang jasa ni tak buat kerja...
bagi aku satu contoh program yang jasa buat di selangor, kalau boleh bagi link dia sekali, senang untuk rakyat nilai KPI jasa ni...
PRU-12 dan PRK tidak wajar menyalahkan JASA sahaja, kita ada kemas, BTN, Polis, Tentera dsbg... tak perlu disebut satu persatu...
Pegawai JASA ini telah dilatih sebagai pejuang, ramai tak tau itu, klim, ot dan sebagainya hanyalah sedirkit dengan apa pegawai jasa sumbangkan dari segi masa, kewangan, tenaga dan sebagainya bagi membantu kerajaan. Buatlah penilaian yang adil...
Kalau nak kata teruk... penerangan lagilah teruk, apa yang dibuatnya masa pilihanraya dan ada juga anggota penerangan yang undi pembangkang... sebab mereka bukan ahli UMNO...
so sekarang rakyat boleh nilai siape yang buat kerja jasa atau rakyat biase...
berdasarkan pengalaman saya di lapangan...
tuduhan sdr yang menghantar surat rintihan tu ada benarnya tapi bukan berlaku di semua tempat...
kalau di BKT Selambau... pegawai JASA membuat andaian calon BN mendahului 55 hingga 65 peratus mendahului calon PKR. ramalan ini juga diberikan oleh petugas UMNO di kawasan tu..
tapi bacaan kami pada masa tu tak lebih dari 40 atau 43 peratus saja..
kenapa jadi macam ni???
sebab mereka atau petugas Bn yang diamanahkan tidak turun padang dan tidak tahu atau tak pasti samada penghuni sesebuah rumah tu undi Bn atau PR...
tetapi bukan semua peg JASA seperti itu.. ada yang bertugas dengan baik cuma keadaan sekarang persepsi pengundi tidak menyebelahi BN...
Insyallah keadaan akan berubah... kita lihat sahaja...
salam
dah boleh post komen kira buka la blog tu...
pi la mabuk...
SETAKAT INI SAYA TAK NAMPAK PUN! ADAKAH BENDA INI UNTUK SYOK SENDIRI JE? DENGAR KHABARNYA ADA BANYA K LAGI PERGERAKAN, TAPI APA KESANNYA?
MAKIN LAMA MAKIN TENGGR=ELAM NAMPAKNYA, AKU TETAP RESPEK PADA BLOGGERS YANG BERTUNGKUS LUMUS MELAWAN PEMBANGKANG!
YAN LAIN, ALAHAI TAH LA, SEMUA DOK CLAIM BERJUANG DEMIA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA...TAPI IANYA HANYALAH RETORIK SEMATA-MATA...
BILA KITA CAKAP SESUATU YANG BENAR MEMANG LA ORANG SUSAH NAK TERIMA, TAPI NIAT DET TEGUR TU SAYA TAU KENAPA, DIA NAK TENGOK UMNO BANGKIT DAN BERDIRI DENGAN TEGUH!
ITU AJE, HARAP PIHAK JASA KE, PIHAK MIO KE, TAUA APA SAJA LA, BUAT TUGAS MEREKA DENGAN LEBIH AGRESIF LAGI, INGAT, TEGUR MENEGUR ADALAH UNTUK KEBAIKAN BERSAMA!
AYUH, BANGUNLAH WAHAI BANGSAKU!@ MASA BERJALAN DAN NAMPAKNYA MASIH RAMI YANG SEDANG BERCUTI-CUTI MALAYSIA!
INGAT! SEKALI TERLEPAS KUASA, JANGA HARAP NAK DAPAT BALIK! BERUBAHLAH SEBELUM REBAH!
KALAU LAH JASA NI BOLEH TENTUKAN SEMUA PILIHANRAYA KECIL ATAU PILIHANRAYA UMUM BN BOLEH MENANG. KITA TAK PAYAHLAH MINTAK PERANAN JABATAN-JABATAN LAIN MEMBANTU SEMASA PRK/PRU JABATAN YANG 1 KEMETRIAN PUN TAK PAYAHLAH. ORANG UMNO PUN TAK PAYAH LAH BIAR JASA JELAH YANG BUAT KERJA.
TAPI KEMENANGAN SESUATU PILIHANRAYA BUKAN SEKADAR TERLETAK DIBAHU PEGAWAI JASA SAHAJA TAPI DILETAKKAN KEPADA BANYAK PIHAK LAGI
Sebenarnya det ini bercakap macam orang bodoh. det seorang yang suka mencaci orang lain. Selidik dulu ya. Kalau ada bukti kemukakan lah. Boleh kita sama2 timbang dan bahaskan.
Saya pelawa lah det nanti kalau ada prk dok bersama gan pegawai JASA ya dan tengok apa mereka buat. Jangan lupa bawa kemera dan juga buku catatan. Untuk catit apa mereka buat ya det
BUANGKAN SIFAT PHD YANG ADA DALAM DIRI DET YA.
Tak payah nak berlakon lah sbb aku rasa macam kenal kat hang...
Tulisan hang macam marahkan sesaorang tapi melibatkan orang lain.
Koyak baju di badan bukan kerana orang lain tapi kerana lenggok kita sendiri
Ikut ati mati....ikut rasa binasa
Another one bcoz of malays always envy with one another it just make u weaker from economy side plus lost in political battle...
I dun now politics much but if malays unite it wont give benefit to other races.....the most important is we still can continue our business in this country...who cares....just keep on fighting guys...
he3 serves u right
bullshit this country is just not 4 malays okey
its us who pay the taxes...so who have the money....think ma...
It just my two cent worth of thoughts.
Banyak sangat ke dia bayar cukai ? Tanya pulak berapa banyak dia dapat hasil kemajuan di Malaysia.....
Kalau rasa dia terbeban bayar cukai utuk kesenanagn orang lain, tak payah duduk Malaysia......
boleh blah anony.......
Kalau nak salahkan orang cermin kan diri kita sendiri dulu. Jangan main tuduh aje. Siasat dulu dari mana puncanya. Takan selangor kalah, JASA nak di salahkan. Tak adil lah bro. banyak lagi jabatan kerajaan lain yang turut terlibat. Yang penting YB-YB kat selangor tu turun padang dan dengar malasah rakyat. jangan hantar wakil saje kalau di jemput program. Aku respek kat JASA kerana merekalah negara kita masih ada kerajaan BN. Hidup JASA>
tp saya setuju time Pilihanraya mmg mereka byk ulat dan tak buat kerja pun . dengan perlantikan baru oleh Najib yang mahu membuat perubahan dalam JASA ,Najib telah melantik Pengarah baru iaitu Datuk Fuad Hassan ,Timbalan Presiden Perkasa. Beliau saya lihat seorang yg tegas ,berani dan bertanggujawab dalam kerja. Harap Datuk Fuad dpt membuat transformasi dalam JASA
Baguslah sdr DET bangkitkan isu ini ...
Sekurang2nya banyak pihak membuka mata dan semoga sedar MUNGKIN ada kesilapan dan kelemahan di sana sini...
anyway kita bukannya sempurna kan...
Memang benar ramai pegawai JASA yang bertungkus lumus melaksanakan tugas mereka tapi ada juga yang tidak ... nama juga Insan...
Tapi dengan cerita ini... insyallah semua pihak dapat mengambil iktibar dan jangan mengenepi semua hujah yang disampaikan oleh sdr DET...
salam perjuangan untuk semua...
BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH...
PEDAS....
NAMUN AKU TAHU MATLAMAT SAHABAT AKU NI....
HANYA UNTUK MEMBUKA MATA SELURUH PIHAK AGAR TERUS BERKERJA DENGAN LEBIH KUAT DEMI RAKYAT.
AKU PUN BERBULU JUGAK DENGAN PEGAWAI KERAJAAN NI. KITA LEPAK DENGAN DEPA SEMBANG POLITIK HABIS DIA KECAM KERAJAAN. KUTUK KERAJAAN SANA SINI. TAK SEDAR DIA MAKAN GAJI KERAJAAN.
IKUTKAN HATI AKU MEMANG AKU NAK BALUN JE...TAPI FIKIR BALIK DEPA NI SEBENARNYA DI TIPU OLEH PEMBANGKANG. MASAALAHNYA KITA DI PIHAK KERAJAAN NI KURANG MEMBERIKAN PENJELASAN.
PENJELASAN PERLU DI BERIKAN.
APA PUN BRO...POSTING LU KALI NI MENARIK!!! PEDAS!!! MANTAP!!!
Bagi saya menang kalah bukan terletak ditangan pegawai JASA. Orang tempatan la yang perlu memastikan kemenangan. Mereka ni turun membantu.. anyway saya berterima kasih kat pegawai JASA YANG BANYAK MEMBANTU KAT KAWASAN SAYA. Kepada Det, jangan suka past n copy sedangkan awak tak tau hujung pangkal cerita....ni la yang orang tua2 kata, BODOH TAK TERAJAR, CERDIK TAK LEH NAK IKUT....
TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG MEMAKI DET DAN JUGA MEREKA YANG MEMUJI DET, DET TERIMA DENGAN LAPANG DADA DAN HATI TERBUKA...
YANG BURUK DI JADIKAN SEMPADAN,
YANG BAIK DIJADIKAN TAULADAN...
Kepada saudara Det,
Saya sama skali x stuju dgn apa yg anda paparka utk entri ni.
Jangan kita asyik cari salah org sahaja dan tuduh melulu. saya pun rasa entri 'fitnah' panjang lebar ni ditulis atas rasa dendam dan untuk puaskan rasa tekak sendiri saja.X lebih dari sabotaj...
Sepatutnya sebelum anda ulas ttg JASA, kenalah buat tinjauan utk tugas2 pegawai lain di sekitar Malaysia ni. Jangan ikut sedap mulut je nak belasah org!
Keadaaan politik skrg yg x sebelahi UMNO/BN bolehlah kita sifatkan sebagai trend. Sebab masyarakat skrg cuma gemar fitnah memfitnah,salah menyalahkan (macam yg anda lakukan) dan tak mahu bersatu padu.
Kenalah terima realiti dalam pelbagai aspek...jangan nak tekankan kepada kesilapan JASA semata-mata.
Saya rasa ada bezanya antara JASA dengan anggota kerajaan lain. Sebab mereka dilatih untuk pertahankan misi negara/kerajaan. mereka bekerja atas konsep yang dah digariskan. Bukan hentam kromo je!
Antara pegawai JASA dan ahli UMNO lain juga berbeza....org UMNO ada yang mengundi dan berparti untuk duit...tapi JASA berparti utk menguatkan lagi kerajaan.
Saya rasa bagi pegawai JASA yang memang buat kerja dengan baik,takkan dapat terima tuduhan /fitnah yg berasaskan dengki mcm ni..
Bagi org macam anda mungkin kerja pegawai JASA ni tak susah..sebab kalau anda pegawai JASA,memang apa yg anda sebut dalam entri inilah yg akan ada lakukan(curi tulang,x turun kawasan,jadi anjing penjaga,ikut bontot wakil rakyat,dll...)
Tapi sebenarnya kadangkala nilai material pun x dapat menandingi usaha kerja mereka....
Kita sudah lemas bermusuhan sesama UMNO selama ini sedangkan pembangkang tepuk tangan gembira sahaja di atas kebodohan kita.
Selamatkan negara kita dari dirampas oleh Anwar dan kuncu-kuncu laknatullah.
Pastikan BN dapat majoriti 2/3 dalam PRU 13.
Dalam hal ini menampakkan bahawa muafakat antara sesama kita masih tidak cantik. Masih ada PHD yang tidak ada penghujung.
Tidak semua pegawai JASA terlibat sepertimana yang ditulis. Rasanya penulis mempunyai dendam kesumat dengan JASA. Luahan lebih menjurus kepada membalas dendam.
Masih ingatkah kita dengan dialog yang sering digunakan oleh penjahat didalam filem2 melayu klasik. " kalau aku tidak boleh , maka orang lain pun tidak boleh memilikinya " biar semua orang tidak dapat.
Semenjak dua menjak ini, macam2 hal diperkatakan. Mengapa kekalahan dalam PRU atau PRK dibebankan kepada JASA.
Mungkin penulis berasa tertekan dengan pemberontakan dalaman jiwanya. maka terhasilah " Luahan seorang yang kecewa ini ".
TAK SEMUA PEGAWAI JASA DAPAT CLAIM BERIBU SEBULAN....
KECUALI SEORANG PEGAWAI JASA JOHOR YANG MENDAPAT KEISTIMEWAAN DARI TKP....
DAPAT CLAIM BERIBU SETIAP BULAN...
PEGAWAI JASA YANG LAIN, KADANG-KADANG DUIT GAJI SENDIRI PUN HABIS UNTUK BELANJA ORANG YANG DI JUMPA UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT...
JANGAN TUDUH SEBARANGAN....
JASA BUKAN PENYEBAB KEKALAHAN PRK..
BANYAK LAGI SEBAB LAIN YG MENYUMBANG PADA KEKALAHAN...
BIASALAH.... ORANG CEMBURU MACAM TULAH...
SAYA LIHAT KAWAN SAYA, PEGAWAI JASA BEKERJA TAK TENTU MASA... HARI CUTI PUN KERJA... APA PROGRAM KEMASYARAKATAN, TAK KIRALAH CINA KE INDIA KE, PASTI DIA DATANG..
TAK SEMUA PEGAWAI JASA TAK BAGUS DAN KAKI AMPU...
ORANG YANG KECEWA SAHAJA YANG MENUDUH BEGITU..
yang benar
RAHIM DIN
insaflah wahai srikandi, manz,poyosede, dazymory dll...tnya diri sndri apa sumbangan anda kat Jasa?
apa sumbangan anda???klau bekerja hanya untuk mendapatgaji bulanan tk pyhlah nk jadi srikandi..lupakn sj.doa sy semoga hidup anda semua sentiasa dirahmati..biarpun anda telah mengecewakn sya dn menghancurkn hidup sy..trima ksih bnyk2
kalau kita nak tunjuk hebat..buktikan kehebatan kita..
apa yang kita fikir...
apa yang kita tahu...
atau apa yang kita percaya
sebenarnya tidaklah begitu penting
kerana yang lebih penting ialah
"APA YANG KITA LAKUKAN..."
tindakan kitalah yang akan menentukan kejayaan kita..
banyak mana pun ilmu yang kita miliki hanya tinggal ilmu
semata-mata dan kurang berfaedah buat diri sendiri kecuali kita bertindak...orang rajin mencari jalan...orang malas mencari alasan..jika kita tidak suka sesuatu perkara itu orang lakukan kepada kita maka kita jangan lakukan sesuatu perkara itu kepada orang.."may Allah bless you all.."