28 Okt ini Sekali lagi Perang Berlaku di Perak

Pada 28 Oktober ini nampaknya satu lagi drama ‘ perang’ persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka berlaku.


Ini gara-gara bekas Speaker DUN dari parti DAP V Sivakumar dan geng wakil rakyat Pakatan Pembangkang nak adakan ‘sidang DUN’ mereka pada hari yang sama sidang itu nak dia
dakan oleh kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menteri Besar itu dijadual membentangkan belanjawan negeri pada sidang DUN berkenaan.

Difahamkan keputusan nak adakan juga ‘sidang DUN’ pada hari sama dibuat oleh mesyuarat pimpinan Pakatan Pembangkang Perak Selasa malam.

Para pemerhati politik menilai tindak tanduk mereka tidak lebih dari usaha untuk bikin kacau urusan rasmi kerajaan negeri.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Rabu Sivakumar memberitahu beliau telah mengeluarkan notis memanggil sidang DUN kepada 49 ADUN yang dijadualkan 10 pagi 28 Oktober.

49 ADUN itu tidak termasuk Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry (ADUN Pangkor) dan enam Exco iaitu ADUN Sungai Rapat, Kamunting, Kota Tampan, Manong, Sungai Manik dan Chenderiang yang 'digantung' Sivakumar daripada menghadiri sidang DUN sebelum ini.

Selain itu, ADUN Jelapang, Behrang dan Changkat Jering yang
turut 'digantung' Sivakumar sebelum ini juga turut tidak diberikan notis.

Notis yang dikeluarkan oleh Sivakumar kepada 49 ADUN itu menggunakan kepala surat Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ganesan pula menegaskan notis yang dikeluarkan oleh Sivakumar itu adalah tidak sah kerana Sivakumar bukan lagi seorang Speaker.

Speaker itu berkata sidang DUN yang dijadualkan pada 28 Okt ini adalah bagi memperjuangkan nasib rakyat dan bukan medan pertempuran politik bagi mereka yang kecewa..

Beliau berkata persidangan yang akan berlangsung itu adalah sah kerana telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan ia juga telah diwartakan.

"ADUN Tronoh V.Sivakumar telah beberapa kali melanggar peruntukan-peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak apabila mengadakan, kononnya 'persidangan DUN', tanpa mendapat perkenan Sultan Perak dan pewartaan.

"Pada hal ketika menjadi Speaker, beliau telah mendapatkan perkenan Sultan Perak dan pewartaan sebelum bersidang iaitu pada 5 Mei 2008, 24 Jun 2008 dan 10 Nov 2008," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan dan laporan polis yang dibuat ADUN Titi Serong Khalil Idham Lim bahawa Ganesan bukan Speaker yang sah dan tidak berhak mengeluarkan apa-apa dokumen termasuk notis memanggil sidang DUN pada 28 Okt ini.

Ganesan berkata laporan yang dibuat Khalil itu adalah sesuatu yang menyimpang daripada fakta sebenar dan mengelirukan masyarakat.

Katanya beliau akan membuat satu lagi laporan polis terhadap Sivakumar dan berharap pihak polis akan mengambil tindakan terhadap Sivakumar atas penyamaran beliau sebagai Speaker.

"Pelantikan seorang Speaker adalah berdasarkan undi yang dibuat di dalam DUN Perak melalui ADUN yang hadir dan bukannya melalui pilihan raya.

Comments

Anonymous said…
SIDANG DI BAWAH POKOK DAH
SIDANG KAT HOTEL PUN DAH
apakata kali ni buat SIDANG KAT ATAS POKOK pulak ......
jangan lupa jemput monyet2 kera2 dan orangutan2 yang ada kat penang dan kelantan sekali
hanizam said…
itu dah pasti...lepas ni buat sidang kat kubur je....macam yang digambarkan sebelum ini..ada suasana seorang penggali kubur sedang berehat, dalam fikirannya berkehendak supaya sidang HARAM bawah pokok, kemudian dihotel dan kali ini diadakan dikawasan tanah perkuburan lak...

ada gak teman penghibur lara sambil gali lubang liang lahat tu...banyak cerita, sumbatkan je Nizar Lembu & the geng dalam lubang tu...habis cerita...
Halim Tuah said…
Islam mewajibkan umatnya bersatu dalam pemerintahan dan melarang menggulingkan pemimpin yang majority anggota kabinetnya beragama Islam kerana dianggap oleh Syarak sebagai bukan golongan AHLIL SUNNAH tetapi golongan KHAWARIJ yang kerjanya tidak lain hanya berusaha mencari kesalahan pemimpin dan menentang secara terbuka walaupun perkara yang dibuat oleh pemimpin itu perkara baik, mereka tetap mempersendakannya. Muhammad bin al-Hussin al-Ajuri rahimahumullah berkata, “KHAWARIJ adalah golongan yang menentang kepimpinan orang Islam sebagaimana yang terjadi terhadap kepimpinan Saidina Ali radiayallahu ‘anhu”. Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang datang kepada kamu sedangkan kamu bersatu di bawah seorang pemimpin, dan orang yang datang tersebut ingin merosakkan ketaatan kamu dan memecahbelahkan kamu, maka perangilah dia”. (Riwayat Muslim)

http://www.youtube.com/watch?v=PRzYG9vJXAQ
Anonymous said…
SLM BRO..GITU LAH SETIAP KALI KEJE2 SI MANGKOK JAMBAN NIZAR & THE GENG YG TAK HABIS2 NAK MENYUSAHKAN RAKYAT, NAK MEMENINGKAN KEPALA RAKYAT DGN GELAGAT ANTIK SI BEROK2 LAHANAT NI. DIORANG JAKI TENGOK KEJE2 DS ZAMBRY DH MULA MENAMPAKKAN TANDA2 POSITIF DAN PENERIMAAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN BN.

KLU DIORANG SIBUK2 NAK SGT ADAKAN PRK NEGERI, JGN DI LAYAN SGT. TUNGGU JE PRU13 NANTI. SKRG MASA UTK BERKHIDMAT UTK RAKYAT..TERUSKAN DS ZAMBRY!!..YEZZEKKK!!!

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.