UNDI POS JADI KAMBING HITAM
Untuk menjaga hati penyokong-penyokong mereka, PAS terpaksa mempersoalkan ketelusan undi pos dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang baru-baru ini.
Ini kerana mereka malu kerana berasa terlalu confident yang undi pos akan memihak kepada mereka dan mereka terlalu yakin bahawa PAS akan menang kerusi tersebut, itulah yang mereka kata kepada para penyokong mereka hingga mereka sanggup datang berjihad, kononnya, datang beramai-ramai dari seluruh negara.
"Bagi menjaga perasaan penyokongnya, kononnya PAS kuat di bagan pinang, akhirnya parti itu terpaksa mencari alasan dan menjadikan undi pos sebagai 'kambing hitam',"
PAS yang kononnya mempertikaikan ketelusan undi pos dengan membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) semalam dan bercadang memfailkan petisen mencabar kemenangan BN dalam pilihan raya tersebut. tetapi mereka lupa, undi pos jugalah yang memenangkan mereka di parlimen teluk kemang dan tiga lagi dun yang di kuasai pembangkang.
Dalam pilihan raya kecil pada 11 Oktober itu, Mohd Isa menang dengan majoriti 5,345 undi mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar.
Tindakan PAS itu menyerlahkan sikap sebenar parti itu yang akan terus mempersoalkan sistem di negara ini sekiranya tidak memihak kepada mereka.
"Jika membawa untung, mereka akan menyokong. Ini adalah sikap sebenar PAS dan pembangkang," katanya.
Comments