UMNO SELANGOR DAH KENCING DATUK NAJIB


UMNO Selangor masih berdengkor lagi, belum pun ada tanda-tanda yang mereka bingkas bangun akibat terkejut mendengar ketukan kuali di tepi telinga mereka, mungkin penat kut... ye la dulu jadi kerajaan penat buat kerja, sekarang dah jadi pembangkang bagi la peluang aku tidor dan relax sikit, ye la semenjak kalah ni, banyak masa free, boleh main golf dari pagi sampai ke petang, dari isnin hingga ahad tapa perlu fikir nak melawat kawasan, tak perlu fikir nak hadir meeting ahli majlis dan yang sewaktu dengannya.


Masa pemimpin UMNO Selangor sekarang ini untuk beristirehat bersama keluarga, menyelesaikan berberapa urusan perniagaan yang tertangguh sekian lama, time ni la kalau ni pi melancong ke jakarta, medan, danau toba, phuket dan danok boleh pi sana lama sikit, kalau ke jakarta tu dulu 2-3 hari je, ape orang kata "buat lepas air?" tah la apa maksud tu pun det tak paham, maklum la tak pernah ke sana, sekarang ni kalau pergi jakarta boleh la lepak sana kurang seminggu, sempat la tempah kemeja kain linen 10-20 helai, buat bagi kat anak buah, yang bini pula kecoh nak shopping kasut dan beg LV. (itu pun kalau pi sana dengan bini laa..)



Sidang dun tah kemana, melawat kawasan tah kemana, program bahagian tah kemana, program negeri lagi la, haramm.... pengundi-pengundi di luar kawasan(jakarta, medan, danau toba, phuket, danok) lebih penting, "aku bukan perintah, aku pembangkang, ni lah masanya aku nak relax" mungkin itu la bisikan hati sesetengah adun UMNO Selangor. tinggal la rakyat berhadapan dengan kerajaan yang merapu seperti sekarang ni, " tok bebudak blogger tu bantai kita (UMNO Selangor) bebudak tu kata kita tidor, "ahh... bebudak tu bukan dia tau ape, aku buat kerja OFF LINE, ape dia tau" kata salah seorang pimpinan UMNO Selangor, kerja offline ape? hanya mamat yang kata tu je tau ape maksud offline dia tu.



"Siapa kata UMNO Selangor tak kuat? siapa kata? next election rakyat mesti pangkah BN balik, pasal dia orang dah menyampah dengan pakatan" "dah menang esok baru la kita buat kerja macam biasa, itu lah pemikiran yang ada pada pimpinan UMNO Selangor sekarang ni."



Kesian Datuk Najib, jadi Pengerusi di negeri yang mempunyai pemimpin yang tongong, bayangkan la, ada dia antara pemimpin UMNO Selangor ni langsung tak paham apa maksud pemutihan ahli seperti yang di sebut oleh Datuk Najib sewaktu AGM lepas, iskk...iskk... kesian Datuk Najib, korang tau ape jawapan pemimpin UMNO Selangor tu pasal pemutihan ahli ni?

dia kata "buat ape kita susah-susah nak buat, SPR kan ada" kau orang pembaca yang cerdik nilaikan la sendiri jawapan orang yang pegang jawatan nombor empat dalam hairaki UMNO Selangor.


Apa segala visi dan misi yang Datuk Najib buat di peringkat pusat untuk memperkuat dan memperkasakan UMNO nampaknya tidak turun sehingga ke akar umbi, det tak pasti lah di negeri lain, tapi di Selangor ni memang hampehh.... agaknya la macam mane bentuk report yang UMNO Selangor hantar kepada Datuk Najib tiap-tiap bulan ekk...? mesti dalam report tu menceritakan yang baik-baik dan yang enak-enak belaka,"semua ok boss," line clear boss" program semua jalan boss" agaknya macam tu la kut report yang Datuk Najib dapat dan kalau itu la reportnya sah-sah la yang Datuk Najib dah kena kencing.



Terima Kasih kepada berberapa Ketua UMNO Bahagian yang bertungkus lumus berkerja dan menjayakan program walau pun kamu tu bukan adun, bukan ahli parlimen dan hanya sekadar AJK Perhubungan Negeri, kamu semua memang layak untuk menerima pujian dan Datuk Najib patut melihat mereka-mereka ini yang bangun dan berkerja dan terus berkerja ini.

lepas ni det dan rakan-rakan blogger akan mengejutkan JASA Selangor dari lena dibuai mimpi untuk bangun dan berkerja.

Comments

satu nak minta tolong pada det..hentam jasa selangor ni kuat sikit...penceramah2 yang depa dok anta le akar umbi kurang sengat..macam tiada isu untuk diketengahkan..sekaligus tak dapat langsung perhatian orang ramai..dah lah ceramah depa ni kurang promosi..
The Insider said…
A'kum.

Salam Eidul Adha. The Insider ingin mengucapkan Salam lebaran pada seluruh bloggers di Selangor. Nak sambung cerita sahabat kita... Cerita tentang Jabatan dan Agensi kerajaan pusat yang ada di Selangor ni. Kalau sahabat2 tahu satu bahagian contributing factor pada kekalahan kita pada PRU12. Sekarang ni pun diorang masih buat kerja2 syok sendiri. Dia orang kata apa dia orang peduli, KITA hanya bekerja untuk Government of the day, tak kira lah sape Government memerintah itu. Sakit hati gak bila dengar ni.

The Insider mahu sahabat2 highligh perkara ini kerana jatuh bangun UMNO BN di Selangor berkait rapat dengan kerjasama diantara Jabatan2 dan Agensi2. Dia orang ni macam gunting dalam lipatan, api dalam sekam, makin lama makin naik minyak. Bulat2 dah tahu orang2 dibawah adalah pembangkang Pakatan kenapa mereka ini masih menggunakan kuasa yang mereka ada digunakan diberi kepada pembangkang Pakatan. Sepatutnya mereka ini juga wajib bertindak sebagai "Pembangkang" kepada sesiapa yang tidak menyokong kerajaan pusat.

Dari SPR Selangor hinggalah ke Jabatan Ugama. Kerja2 mereka masih membuka peluang bagi pihak yang sana. Kalau zaman Mahathir lah, habis semua kena ambil tindakan. Apa yang kita nak takut, kita Pembangkang di negeri sendiri, kita masih ada kuasa di pusat. Jangan kita buat macam cara dulu... minta jalan elok, sampah minta dibersihkan, air paip bocor... sepatutnya jalan yang baik tu kita korek bagi berlobang, tong sampah yang ada kita sepahkan, Kita buat macam kerja mereka dahulu.

Balik pada topik,The Insider berharap sangat Najib dapat lihat semua ini kerana terlalu ramai dari Jabatan dan Agensi masih ada "tak apa attitude" pada kerajaan pusat dan pemimpin2 kita di Selangor. Gerak kan dia orang ni juga, jangan bila Menteri,Timb Menteri atau KSU turun baru nak tunjuk muka. Seribu satu alasan Pengarah,Timb Pengarah,Pegawai2 Tinggi ni bagi alasan. Mereka wajib berada di mana2 sahaja bila pemimpin2 kita turun padang. I hate the fact that they take things too easily, bagi mereka buat kerja sikit2 sudah. Satu lagi isu yang patut kita fikirkan, mengapa orang2 berpolitik tidak boleh bekerja untuk Kementerian, Jabatan, Agensi sedangkan ramai diantara generasi muda kita adalah educated tetapi pada masa yang sama bekorban untuk parti. Mengapakah menjadi ahli sebuah parti dan memegang jawatan parti penyebab seseorang itu harus menggugurkan jawatan dia kalau nak bekerja dengan kerajaan. Yang kita dok ada pilihanraya ni apa gunanya kalau hanya kita memilih yang atas, tetapi yang pangkal nya kita pegang, rapuh lah jadi asanya. Yang buat dasar pun Menter/Kabinet kita. Macam mana kita dapat melaksanakan Dasar tu dengan lebih berkesan kalau yang dibawah tiada menjiwai perjuagan kita... With that I conclude. Salam
memang dah terang lagi bersuluh ramai kakitangan jabatan kerajaan tak kira jabatan atau agensi ape pun atau duduk di mana pun yang mereka ini penyokong PR..

tapi taiada sebarang tindakan dikenakan..mereka dibiarkan berleluasa dan berkuasa..hasilnya banyak rahsia kerajaan bocor..mereka ini jugalah yang banyak menimbulkan masalah pada kerajaan..bila diberi bonus nak minta lebih..bila tak diberi berkokok katakan kerajaan tak ambil perhatian pada rakyat..
Aku Org UMNO said…
Nih namanya bodo piang...dh kalah lagi x sedar...org melayu dh siap kener gadai dh pun kt Selangor...
Anonymous said…
salam perjuang,sape kate umno selangor kencing d.najib,saudare kene ingat,partiumno masih dalam proses membaik pulih semangat di kalangan ahli,ini sebab kn kekalahan yg teruk pade pru 12,so bg aku, beri ruang untk ahli umno memprbaiki serta membuat transfomasi untuk memulihkan semangat ahli2. buat pengetahuan saudare bnyak program2 yg sedang diatur pada bulan disember ini bagi memantap serta memulih semangat ahli umno di negeri selangor.so aku harap saudare d.e dapat terus memberi khidmat serta kerjasama dan berjalan seiring bg menaikan serta dapat membantu memantapkn semangat ahli umno selangor.
MK IV said…
salam:

saudara kata bagi ruang untuk memulihkan semangat ahli. kenapa lemah semangat ke ahli umno ni, umno baru kalah di dun, dah ambil masa dekat 2 tahun untuk di pulihkan, bagai mana pula nanti kalau umno terus hilang kerusi di parlimen seterusnya menjadi pembangkang di malaysia, agak-agak berapa lama harus masa di ambil untuk memulihkan semangat ahli-ahli, 5 tahun?

det bukan main hantam je mengkritik umno selangor, tapi det kritik berdasarkan fakta dan suara-suara ahli akar umbi yang keluh kesah, risau umno selangor masih tak bergerak-gerak, terengganu mengambil masa hanya setahun untuk memulihkan semangat ahlinya, takan selangor nak ambil masa lebih dari itu kut...
Matbank said…
Salam,

Det, kamu dah lupakah?? 6 orang ADUN Bn termasuk DS Khir telah digantung dari menghadiri sidang DUN selama 1 tahun kerana telah mengkritik SELCAT. Kamu dah lupa ka?? La ni dengaq kata ada lagi 4 orang ADUN BN yang akan digantung sebab dia orang saman SELCAT. Kalau yang 4 orang ni pun kena gantung semuanya jadi 10 orang maka akan lebih kosong la lagi tempat duduk sebelah pembangkang di DUN Selangor. Ini lah caranya PR hendak menekan BN supaya jangan bercakap. Kebebasan hanya bagi PR bukan BN.
MK IV said…
bikini girl:

BN ada 20 adun tolak 6 orang kena gantung ada 14 orang lagi, katakan la 4 orang lagi akan di gantung, tinggal 10, tapi yang 4 tu tak di gantung lagi pun, dengar kata jee.. dalam gambar ada 8, mane pergi lagi 6 orang???

di sebapkan pakatan haram ni zalim la, umno selangor harus bangun untuk lawan, tak cukup setakat kenyataan akhbar, ceramah umum harus di perhebatkan, ingat ceramah tu mestilah dihadiri oleh rakyat terbanyak bukan ceramah untuk ahli umno sahaja.

umno pembangkang di selangor, so buat kerja macam pembangkang laa...
Anonymous said…
Saya tertanya tanya gak dimana agaknya suara demokrasi?saya tak kecik hati pun kalau ruangan komen saya tak dipaparkan..tetapi harus diingat bahawa ni bukan salah pemimpin UMNO atau adun sekarang tetapi salah pemimpin terdahulu yg menerajui BN sgor..siapakah org yg bertanggungjawab diatas semua ni?dah jatuh kita masih lagi nk salahkan pemimpin tu ini..tak bagusla..saya nasihat je..tapi kalau sedara byk mkn tempe..pasti akan merasa perubahanya..tol x?
Anonymous said…
"Terima Kasih kepada berberapa Ketua UMNO Bahagian yang bertungkus lumus berkerja dan menjayakan program walau pun kamu tu bukan adun, bukan ahli parlimen dan hanya sekadar AJK Perhubungan Negeri, kamu semua memang layak untuk menerima pujian dan Datuk Najib patut melihat mereka-mereka ini yang bangun dan berkerja dan terus berkerja ini."

Aku suka ayat nie...tahniah dan syabas kepada mereka yg benar2 berkerja....

Bukan apa....aku tak cite ketua bahagian yang lain ... tgk kat bahagian pandan pun cukup macam mana huru hara nya... ketua dah kena gantung sebab kes rasuah...kendian pemangku ambil alih tapi meeting semua dan keputusan masih ditanggan ketua yg digantung....so bila ada majlis atau activity yg di buat kalo tak inform dia mesti kena....siap keluar surat kabar utusan last week... jap aku copy kan...>>>>>>

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, larangan itu selaras dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) bahawa pemimpin di semua peringkat yang sedang didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan secara automatik akan digantung semua jawatannya dalam parti itu.

Saya minta kepada mereka ini jangan campur tangan dalam urusan bahagian sebaliknya biarlah pemangku ketua bahagian yang uruskan.

Sikap mereka yang masih ingin campur tangan boleh menjejaskan imej UMNO di kalangan rakyat dan menyukarkan usaha kita untuk meraih sokongan pengundi," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai rungutan ahli-ahli UMNO Bahagian Pandan berikutan tindakan pemimpinnya yang masih mempengerusikan mesyuarat dan menyampaikan ucapan pada majlis anjuran bahagian walaupun telah dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah.

MT UMNO dalam mesyuarat pada Mei lalu memutuskan pemimpin parti yang digantung jawatan secara automatik itu hanya akan dikembalikan jawatan masing-masing sekiranya mahkamah mendapati mereka tidak bersalah.

Mengikut Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO, mereka yang digantung akan hilang hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti sepanjang satu tempoh yang telah ditetapkan.

Tengku Adnan yang mengesahkan menerima aduan mengenai bahagian itu turut mendedahkan bahawa pihaknya juga mendapat aduan membabitkan satu bahagian lain.

Kita telah menerima aduan mengenai bahagian berkenaan dan satu lagi bahagian lain. Kita akan bawa kes ini ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang akan datang.

Saya serahkan kepada jawatankuasa ini (yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk memutuskan tindakan selanjutnya," ujar beliau.

So skang tgk macam mana kawasan pandan yg dah berapa penggal BN menang pilihan raya....tapi untuk PRU13 kalo masih ada jadi tukang kacau, pentingkan diri sendiri dan malas buat kerja...jangan harap la boleh rampas balik....
khairul said…
jawapannyer 1 jer bro2 sekalian..... dorang tido sebab x digoncang kepala dorang dengan alarm sebesar kubah masjid !

kerja asyik nak harapkan imbalan.. sikit2 nak duit, buat kerja skit nak duit, haram sampai bila pun x jalan kalau asyik nak duit je.

bukan nak kata duit tu tak penting, tapi tgk je la, kalau cerita pasal duit baru semua nka buat kerja, kecewa sungguh.

sekarang anak muda senang nak disogok. depan sokong kerajaan, belakang? "pi mampos la dorang"

minda dah diracun dengan kerajaan zalim. even yg keja dengan government pon bodoh piang kutuk2 government. rasa nka sepak je orang2 macam ni.

selangor harus bangkit dan tingkatkan kesedaran. semangat juang perlu ada.

TOTAL REVAMP !!!!!!!!!!!!!!!!!
Unknown said…
aku nak jemput det masuk forum ni :

http://www.carigold.com/

kena reg. dulu, lepas tu dah lebih 50 post baru boleh masuk seksyen politik.

dah jadi lubuk pembangkang dah forum tu. semua menda akan dipilitikkan. tak kira topik. negatif gile la jadinya forum tu.

orang UMNO yang berani melawan tak banyak dalam tu.

itu pon kalau det sudi la...
Anonymous said…
sesekali pemimpin UMNO ni patut kena 'basuh otak'

dah lama sangat dok kerusi empuk. sesekali bagi dia org rasa penangan jadi loser..


baru tau...
Anonymous said…
det kalau nk hentam jasa, det cek dulu kenapa jasa macam tu.. pergi tanya menteri atau ksu....atau pun KP si datuk fuad....

KP asyik promosi diri nak jadi calun semula.....

Pentadbiran ibupejabat lintang pukang....

Pegawai yang baru-baru tak faham dengan politik dan ada juga yang langsung tak tahu politik...

baru kerja 1 tahun dah cabut cari kerja lain...

jawatan tiada jaminan masa depan... kontrak....so kerja sambil lewa...

Lebih utamakan bisnes... banyak isu tak boleh jawab.

lain masa zaman BHEK.. pegawai semuanya terdiri dari orang politik.. walaupun tiada diploma atau degree.. tapi banyak membantu kerajaan.. kerja benar2 ikhlas...

berani menghentam pembangkang...

pegawai yang ada sekarang.. harapkan degree je.. tapi pr tak baguih.. tak pandai berkomunikasi dengan baik...

pegawai di Ibupejabat buat kerja sesukahati...

JASA harus dikemaskini semula... harap datuk fuad dan menteri penerangan buat sesuatu..

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.