UMNO SELANGOR TAK BUAT KERJA... ATAU TAK RETI BUAT KERJA, LUAHAN HATI AHLI UMNO


Selepas kemenangan bergaya BN di Bagan Pinang tempoh hari, det menerima banyak juga email yang dihatar oleh pembaca,rakan blogger dan ahli umno dan ada juga yang menghantar email kepada det menerusi facebook det, dalam email tu (pembaca dan ahli umno) mereka meluahkan rasa pelik, kesal, sedih dan macam-macam perasaan lagi yang melibatkan umno selangor, antara soalan wajib yang kerap mereka hantar ke email det ialah,

1. UMNO TIDO.

banyak orang cakap yang umno selangor tido, pada det memang betul tu, umno selangor tidor berdengkor, tak bangun-bangun sampai sekarang ni, kalau nak di bandingkan umno selangor dan umno terengganu dulu, kalah sahaja terengganu kepada pas, umno disana mengambil masa setahun untuk tempoh bertenang, bertenang dengan kata lain menyusun jentera dan strategi, tahun kedua mereka dah start belasah pas terengganu dan mereka berjaya merampas semula terengganu dan mempertahankannya pada pru 12. tapi apa yang umno selangor buat? penerangan tak bergerak, pemuda tak bergerak, puteri lagi la nak buat program ape pun depa tak tau(itu kata salah seorang ahli umno kepada det) wanita? det kurang pasti.


2. KERJA TAK BUAT TAPI BERANGAN.


Sekarang ni banyak adun umno selangor tak buat kerja tapi berangan lebih... itu salah satu ayat yang kerap terpacul dari mulut ahli-ahli umno bila mereka melihat adun-adun mereka lebih banyak berangan dari turun padang melawat kawasan, ada seorang ajk umno bahagian tu kata kat det " boss aku dah berangan nak jadi MB" haa...haa... buat la kerja dulu jangan nak berangan, nak jadi MB ape kejadahnya kalau tiap-tiap hari dari Isnin sampai Ahad ada kat padang golf. sedih memang sedih bila melihat adun dan pemimpin umno selangor masih berperangai macam pemerintah padahal kamu tu pembangkang.


3. BOLEH MENANG KE UMNO PRU NI?


jawapan det pada soalan macam tu.."boleh pasti boleh" itu jawapan det untuk menyedapkan telinga orang yang bertanya tu, padahal dalam hati det, "hemm...tak tau la"


4. UMNO SELANGOR TAK BOLEH BUAT PROGRAM PASAL TAKDE BAJET (peruntukan)


Itu ayat yang kerap sangat det dengar, pelik bin ajaib, takan takde bajet? takkan umno pusat tak support umno negeri kut? atau pun bajet tu ada tapi tersangkut kat mana-mana pokok. tapi tak kisah la, keluar la bajet sendiri dulu, kamu kan pembangkang, takkan itu pun Datuk Najib nak kena cakap kut, cuba bagi tau det mana satu ketua bahagian umno kat selangor ni tak masyukkk?


5. BOLA TANGGUNG BANYAK, KENAPA UMNO SELANGOR TAK SMASH.


Terlalu banyak kepincangan dalam kerajaan pakatan, dari adun bodoh sampai la ke exco kerajaan negeri, umno sepatutnya berani membongkar kepincangan mereka, yang mana patut buat laporan polis pi buat laporan, yang mana patut buat report SPRM, ke sprm lah reportnya. hantar memorendum, demostrasi aman itu adalah teknik pembangkang, so sekarang umno selangor dah jadi pembangkang teknik ni la yang patut mereka gunakan, takan itu pun blogger macam det dan kawan-kawan blogger lain nak ajar kut. kalau betul-betul umno selangor gunakan kekuatannya det percaya tak sampai dua tahun pakatan dah terlingkup dah.


6. TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI BUSY.


det cukup setuju dengan seorang otai umno di kampung det, betul juga yee... ye la datuk noh kan ahli parlimen dia juga menteri dan dia timbalan pengerusi perhubungan, pehhh... sampai tiga position dia pegang, pengsan la kawan tu, pada det timbalan pengerusi di negeri yang kalah ni patutnya bagi la kat adun atau ketua bahagian je, pasal ape? ye la dia orang tu kan tak banyak kerja sangat kalau nak di bandingkan dengan datuk noh, baru la dia boleh turun padang, jumpe akar umbi, buat program dan macam-macam lagi pasal dia free tak banyak tanggungjawab, kalau datuk noh susah la sikit, ye la orang busy la katakan. harapan det harap-harap Datuk Najib boleh la melihat perkara ni: det sekadar memberi idea.


7. KHIR TOYO DAN NOH OMAR GADUH KE?


Itu soalan cepuemas, det tak mau komen... pi tanya sendiri dua orang pemimpin hebat tu.


8. UMNO SELANGOR TUMPANG PROGRAM KEMENTERIAN.


Ada juga det nampak macam tu, tapi logik la, peruntukan tak dapat(tersangkut atas pokok) macam mane nak buat program boss..., ketua-ketua bahagian dan adun umno kat selangor ni semua dulu kerja makan gaji, kalau depa ni dulu bisnes man boleh la depa pakai duit depa dulu.


9. BLOGGER AKA CYBERTROOPERS UMNO SELANGOR BELA.


Haaa... ni det cukup marah, kami ni para blogger buat kerja dah ala-ala orang PAS zaman 80an dulu tau, kami tak pernah terima apa-apa imbuhan yang boleh melayakan kami ni dikatakan kami di bela oleh umno selangor, nak kata tak ada langsung tu bohong la, ada la sikit-sikit, lepas duit minyak moto det dua-tiga hari tu ada la, tapi kalau dapat sampai boleh beli laptop, kamera digital atau beli moto memang langsung tak ada.. kerja Lillahitaala.. tapi tak pasti la pulak kalau ada rakan-rakan blogger yang dapat tapi tak mau syer dengan kawan-kawan lain, tak patut, tak patut...

Berubah la UMNO Selangor sebelum kamu di ubah secara total oleh rakyat dan ahli kamu sendiri...

lagi cerita umno selangor clik sini.
juga sini.

Comments

Salam DET,

Cucu Tok Selampit bersamamu dalam hal ini. Kita bukan blogger upahan. Boleh belasah, kita belasah. No favor and no fear.

Regards,

Khairul Rizal bin Osman.
Anonymous said…
mereka tidur dan terus tidur akibat berbuntang kekenyangan.
Halim Tuah said…
mendedahkan bahawa ANWAR IBRAHIM PERNAH BERSUMPAH bagi tujuan MENAFIKAN TUDUHAN LIWAT ke atas beliau. Sila ikuti penyaksian sumpah Anwar Ibrahim tersebut di:-

http://www.youtube.com/watch?v=rTN4Xt3wH-M
A.Rangkuti said…
Pemimpin-pemimpin UMNO diperingkat cawangan dan Bahagian masih lagi berlagak BODOH SOMBONG. Kalau Najib dan Muhyiddin masih lagi kelabu biji mata, lagi lingkuplah UMNO dan BN dalam PRU13 nanti. jangan Najib dan Muhyiddin pun macam meraka sudah lah......
Anonymous said…
bro,kalau kita bagi komen membangun utk dioarg pun ok gak..tapi kalau ada yang silap..tegur tetap tegur..tegur untuk kebaikan tak salah beb
Anonymous said…
betul laa...UMNO tido....yang tua sibuk main golf....yg muda...sibuk main betina....8788(shah alam)
Anonymous said…
hehee.. tapi ADUN aku turun padang., setiap masa.. ade je kat kawasan dia,,,

ahli umno hulu langat
Anonymous said…
cuma sekarang ni sibuk pasal dewan DUN bersidang... sepanjang masa masuk kampung-kampung.,..

ahli umno hulu langat
Anonymous said…
Itu tak betul.Selama ini Puteri UMNO Ampang dan cawangan sentiasa merujuk kepada bloggers tul dapatkan situasi atau isu-isu tang jarang kami dapat.

Mengenai program kami sebenarnya gelisah kerana mainstream paper seminggu baru nak keluarkan hasil program kemasyarakatan yang kami jalankan.

Ada masalah teknikal yang babitkan UMNO Selangor sebenarnya.Jangan tuduh macam ni.Kami sendiri berusaha untuk berdiri sendiri tanpa bantuan dana perbadanan hubungan UMNO Negeri.

Banyak latihan jati diri dan kelangsungan yang kami hadiri. Bukan semua Ketua Bahagian loaded.Itu pun ada gak DUN pakatan pembangkang haram nak minta tip lagi macam mane nak selesaikan masalah rakyat.

Harap maklum.
Salam...

Mohon dimasukkan dlm blog kami. TQ

pemudatelokdatok.blogspot.com
Sabar said…
Ya.Umno selangor memang tak tahu buat kerja dan kerja yang tak pernah siap.Sejak zaman Tan Sri Mohd Taib lagi berjanji dengan Peneroka Gugusan Sungai dusun(FELDA SOEHARTO,GEDANGSA,SG TENGI/SELATAN)konon kononnya nak jadikan kawasan Industri.Tipu Peneroka dan kakitangan Felda.sehingga kakitangan felda berhenti.Hidup jadi punah lanah.Beribu peneroka kena tipu hidup hidup.Kakitangan felda kena halau.Padahal dijanjikan 2 ekar tanah dan tapak rumah.Tinggal habuk.Memang benar soalan Umno tak pandai buat kerja.

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.