UMNO SELANGOR: TIDO... TIDO... DAN TERUS TIDO
Tahniah det ucapkan kepada sahabat-sahabat blogger di selangor atas usaha berani anda membantai UMNO Selangor yang kini merekot tidor sambil berdenkor, pemimpin UMNO Selangor masih tidor lena dibuai mimpi indah, ingatlah mimpi tidak selalunya indah.
Kenapa kami blogger bantai UMNO Selangor? kerana sejak dari tewasnya kerajaan BN Selangor, tidak ada satu pun usaha yang mereka ni buat untuk merampas semula Selangor dari tangan pakatan haram, det tak mau mintak banyak pada pembaca semua, det cuma minta pembaca sebutkan satu cukup apa program di peringkat negeri yang UMNO Selangor buat? jawapannya TIADA...
Kalau kita tengok Terengganu dulu, sebaik sahaja kerajaan BN disana tumbang, UMNO Terengganu bingkas bangun mengatur segala program dan strategi untuk menawan kembali negeri mereka dari PAS, tapi di selangor apa program yang ada? cuma ada satu, dua bahagian je yang betul-betul buat kerja, tapi bahagian lain? depa buat ape? tido laa...
Tanggung jawab untuk melaksanakan program penerangan seperti ceramah dan lain-lain terletak di atas bahu ketua penerangan, tapi di selangor ketua penerangannya pun tido, jadi apa program penerangan yang umno selangor boleh buat? seluruh kepimpinan umno selangor bermula dari timbalan pengerusi perhubunggan negeri sampai la ke ahli jawatan kuasanya semua tak bergerak, mereka ni tak tahu apa isu yang mereka nak bangkitkan, senang kata mereka ni semua terlalu naif untuk menjadi pembangkang, yang nampak boleh jadi pembangkang yang baik hanyalah Datuk Seri Khir Toyo, dia adalah seorang ketua pembangkang yang tahu macam mana nak jadi pembangkang.
Isu di selangor sudah terlalu banyak di ketengahkan oleh blogger dan orang perseorangan, tapi tidak ada satu pun disusuli oleh kenyataan oleh pemimpin umno, yang bersuara hanyalah Datuk Seri Khir, kalau balik-balik dia je yang bersuara yang lain semua tido lama-lama lenguh juga la kawan tu, tapi bila khir toyo di gantung, semua adaun umno yang lain terkedut, kecut teloq takut kalau mereka pula bersuara, mereka juga akan di gantung... mana perginya semangat Almarhum Datuk Harun?
Datuk Seri Najib sepatutnya melihat perkara ini, kalau betul la vision datuk najib nak tawan semula negeri selangor, pandangan det, seluruh kepimpinan perhubungan negeri, pemuda, wanita dan puteri harus di rombak semula, carilah orang-orang yang tidak terlalu busy untuk memegang jawatan yang penting seperti timbalan pengerusi perhubungan negeri, setiausaha, ketua penerangan dan ketua pemuda dan lain-lain kalau semua orang-orang yang dilantik ini busy macam mana kerja di negeri nak jalan, ada seorang tu sampai empat jawatan dia pegang sekali gus, dia lah menteri, dia lah ketua bahagian, dia timbalan pengerusi perhubungan dan dia lah juga ahli parlimen, korang fikir logik orang macam ni ada masa ke nak buat program untuk negeri?
Sekarang ini bukan masanya untuk menghantar pegawai khas atau pembantu khas untuk melawat kawasan, adun dan ahli parlimen yang patut datang melawat kawasan, kehadiran adun atau ahli parlimen lebih megembirakan pengundi di situ berbanding kehadiran pegawai dan pembantu khas mereka, adun dan ahli parlimen tu kena ingat, pengundi di situ dulu mengundi mereka bukan pengundi di situ mengundi pegawai atau pembantu khas mereka.
akhir kata, UMNO SELANGOR BANGUN LA WOIII....
lagi artikel mengenai umno selangor di sini di sini di sini dan di sini.
Comments
Kah!...3X
KUALA LUMPUR 21 Nov. - Ketua-ketua UMNO yang sedang dibicarakan di mahkamah atas pelbagai tuduhan termasuk rasuah dinasihatkan tidak campur tangan dalam urusan bahagian masing-masing.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, larangan itu selaras dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) bahawa pemimpin di semua peringkat yang sedang didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan secara automatik akan digantung semua jawatannya dalam parti itu.
Saya minta kepada mereka ini jangan campur tangan dalam urusan bahagian sebaliknya biarlah pemangku ketua bahagian yang uruskan.
Sikap mereka yang masih ingin campur tangan boleh menjejaskan imej UMNO di kalangan rakyat dan menyukarkan usaha kita untuk meraih sokongan pengundi," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai rungutan ahli-ahli UMNO Bahagian Pandan berikutan tindakan pemimpinnya yang masih mempengerusikan mesyuarat dan menyampaikan ucapan pada majlis anjuran bahagian walaupun telah dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah.
MT UMNO dalam mesyuarat pada Mei lalu memutuskan pemimpin parti yang digantung jawatan secara automatik itu hanya akan dikembalikan jawatan masing-masing sekiranya mahkamah mendapati mereka tidak bersalah.
Mengikut Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO, mereka yang digantung akan hilang hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti sepanjang satu tempoh yang telah ditetapkan.
Tengku Adnan yang mengesahkan menerima aduan mengenai bahagian itu turut mendedahkan bahawa pihaknya juga mendapat aduan membabitkan satu bahagian lain.
Kita telah menerima aduan mengenai bahagian berkenaan dan satu lagi bahagian lain. Kita akan bawa kes ini ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang akan datang.
Saya serahkan kepada jawatankuasa ini (yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk memutuskan tindakan selanjutnya," ujar beliau.
Satu bahagian dalam selangor duk goyang teloq......Seorg kena gantung duk kaco...srg ambik alih tapi takut ngan si gantung....macammana la nak rampas kawasan tu balik daaaa...kehkehkeh
saya antara penyokong kuat umno di selangor bagi bahgian kapar, dun selat klang..
sekarang dun saya berada dibawah hamPAS..adunya dr.halimah...
punca tewasnya b.n ditangan beliau mudah saje..adun lama dari umno tidak mesra rakyat..
beliau susah untuditemui mahupun didekati..malah dipandang terlalu elit oleh orang2 kampung..ke hulu dan ke hilir dengan toyota wish beliau...masuk bawa kete gitu mane orang nak respect..
satu lagi sebab ialah jentera umno itu sendiri..dalam pru12..pemuda umno yang sedia untuk bergerak tidak mendapat bantuan logistik secukupnya..malah sudah hari ke-3 kempen kebanyakkan bahan baru saja tiba..
wanita umno pula masih dengan sikap 'yes boss'..depan calon mereka kate semua beres..tapi sebenarya tidak ada aktivi yang dilakukan...
sikap memikirkan keuntungan dan mengisi tombok perot sendiri juga jelas..dalam pru12..barong2 b.n hanya dibekalkan dengan desktop dan printer cabuk..sedangkan juak2 hamPAS mengunakan laptop dan broadband..hamPAS turut mengunakan khidmat sms untuk dekati pengundi..
apa yang saya lihat sekarang di dun selat klang...ada saje aktiviti dan promosi yang dilakukan puak hamPAS..nama dr.halimah ada di mane2..sedangkan b.n senyap seperti sudah pupus...
saya turut sedih melihat beberapa pemimpin utama umno kapar yang sedang menghadapi masalah perundangan..isu utama ialah PKFZ..tak perlulah saya sebutkan nama dan jawatan mereka..pasti anda semua tahu siapa mereka itu..
isu terakhir yang ingin saya ketengahkan ialah sokongan pengundi muda..untuk rekod permohonan saya untuk menjadi ahli umno masih belum diluluskan walaupun dah 2 tahun memohon..pemimpin2 muda yang berkebolehan dan tiasa kepentingan dan punyai kelulusan akedemik yang tinggi dicantas oleh pemimpin2 atas yang dah bagi saya terlalu lama memimpin..
banyak lagi nak ditulis sebenarnya..mungkin lain kali..