Nik Ajis: Sambutan Maulidur Rasul Tiada Fadilat

Maulidur Rasul tiada fadilat, tapi gaul yee sang banyak fadilatnya.

Umno Kelantan menyifatkan kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini adalah kompromi demi politik.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini kerana tidak sewajarnya kenyataan sedemikian keluar daripada mulut seorang tokoh ulama.

"Umno Kelantan dukacita dengan kenyataan Nik Aziz kerana Maulidur Rasul telah menjadi amalan di negara ini.

"Beliau sanggup mengatakan tiada fadilat dalam sambutan itu semata-mata atas kehendak politik DAP dan membelakangkan amalan yang dibuat di negara kita, sambutan itu bukan sahaja diamalkan di negara kita malah ianya juga diamalkan dinegara-negara Islam lain," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan pemimpin Umno Bahagian Kubang Kerian, di Kota Bharu hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang antara lain dilaporkan sebagai berkata bulan 'Maulud' tidak mempunyai fadilat atau sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Kenyataan Mursyidul Am PAS itu menimbulkan kontroversi memandangkan kerajaan Pulau Pinang yang diteraju DAP iaitu sekutu PAS dalam pakatan pembangkang sebelum ini dikecam kerana didakwa membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul di negeri tersebut. DAP bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata kenyataan Nik Abdul Aziz itu juga
memperkecil-kecilkan sambutan Maulidur Rasul yang telah sekian lama diamalkan di negara ini.

"Saya yakin umat Islam tidak setuju dengan pandangan (Nik Aziz) ini," katanya.

- Bernama

nota: betul tak apa yang det tulis kelmarin, nik ajis ni kalau dia bersuara, mesti akan keluar benda-benda bodoh dari mulut dia, nah sekarang dia kata bulan Rabiulawal tiada kelebihan dan sambutan maulidur Rasul tiada fadilat. jadi sambutan apa yang ada fadilat di mata nik ajis? apa dia nak seluruh umat islam sambut birthday dia ke baru ada fadilat? sudah la hari tu dia kata orang yang curi selipar dia tu kerana nak ambil berkat, wahh melampau orang tua ni, apa kata kita minta kerajaan negeri kelantan buat sambutan besar-besaran birthday nik ajis nanti, suruh orang pas buat perarakan mungkin itu ada fadilatnya.

Comments

ISAC said…
Salam Det....

Kalau dulu2...Pas kata meraikan perayaan agama lain pun "Haram".....

Memanglah Perayaan Tahun Baru Cina bukan satu perayaan agama,jadi meraikanya hukumnya harus, demi perpaduan....Tapi bagaimanapula dengan Kristmas dan Depavali? Pas juga "boleh" meraikannya?
Anonymous said…
Hanya orang yang jahil tentang Islam sahaja yang akan menidakkan kenyataan TGNA. Agaknya mereka ini hanya jadikan Islam sebagai agama mereka sedangkan mereka ni tidak betul-betul mengamalkan ajaran Islam.
Anak Klate Pcg said…
Salam semua. Meme laa gaul yee sung tu dapat padilat, 1- dpat kulom bate kayu hok dio pege tu doh brapo rama doh ore dok kulom kayu tu. 2- ore cino kato dale pru nati kito rama rama undi dio kerano dia ni bukenyo ore cerdik bilo2 maso je kita boleh tende dio, holo dua tigo ribu je atau hata dio gi mekoh dah cukup. Tulah padilatnyo.
aliffnajmi said…
Anon February 17, 2010 12:51 PM
Tiada siapa pun menidakkan kenyataan TGNA tu. Apa yg dipersoalkan ialah yg mana lebih afdal diantara perarakan Maulidurrasul dan yee sang?

Hanya org yg jahil bongkak tentang Islam sahaja yg akan menjahilkan org lain.
PASberg said…
Menurut fatwa terbaru TonG NAjis

Berarak demo BERSIH, HINDRAF, guling atas jalan di k.kangsar lebih afdal dan mendapat pahala berbanding perarakan maulidur rasul

sekian

PASberg

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.